Ayah kepada Allahyarham Khairil Anwar Jamaludin meluahkan isi hatinya apabila kedua-duanya dijemput Ilahi dalam bulan dan keadaan yang sama.
“Saya betul-betul tak mampu terima kenyataan ini,” ujar Jamaludin Husin, 53, bapa kepada Allahyarham Khairil Anwar Jamaludin dalam nada sebak.
Begitulah yang dirasai kini perasaan seorang ayah setelah kehilangan anak akibat kemalangan tu, peritnya tak tergambar dengan kata-kata. Hati rasa kosong, rindu yang takkan pernah terubat. Tiap hari teringat senyum, suara, dan tawa dia, tapi hakikatnya, dia dah tak ada.
Memetik laporan Harian Metro, selepas tujuh tahun kehilangan anak sulung dalam kemalangan jalan raya, kini keluarga berkenaan kehilangan seorang lagi anak iaitu pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Khairil Anwar Jamaludin, 20, sekali lagi diuji dengan tragedi yang memilukan apabila anak bongsu pula pergi buat selamanya.
Ads
Foto Bernama
“Kehilangan yang sukar diterima” Apa yang lebih menyayat hati, pemergian kedua-dua anaknya terjadi pada bulan yang sama dan dalam keadaan yang hampir serupa, bagaikan takdir mengulangi detik pilu itu.
“Saya dah hilang kedua-dua anak lelaki saya, mereka pergi dalam kemalangan jalan raya. Lebih memeritkan, kedua-duanya dijemput Ilahi dalam bulan dan keadaan yang sama. Saya betul-betul tak mampu terima kenyataan ini,” ujar Jamaludin dalam nada yang penuh kesedihan.
Ads
Katanya lagi, telah menerima panggilan yang membawa berita malang itu sekitar jam 9 malam daripada seorang kakitangan UiTM, dan tanpa berlengah, dia bergegas ke Dungun. Dia tiba di sana pada 3.30 pagi dengan hati yang berat dan penuh resah.
“Kali terakhir kami berjumpa adalah pada 6 Oktober, ketika kami menghantarnya kembali ke kampus. Saya masih ingat dengan jelas, kami balik ke Ampang pada hari itu tanpa sebarang rasa curiga,” katanya sambil mengimbau kenangan bersama anak bongsunya yang merupakan anak kelima daripada lima beradik.
“Saya tak pernah sangka ini akan berlaku lagi. Tujuh tahun lalu, pada 3 Oktober 2017, anak sulung kami, Muhammad Khairul Izzudin, juga terlibat dalam kemalangan jalan raya di Senawang, Negeri Sembilan. Kini, anak bongsu kami pula pergi pada 9 Oktober, hanya beberapa hari sahaja beza.”
Ads
Hilang dua anak lelaki dalam keadaan yang sama Khairil Anwar, penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTM, maut dalam kemalangan yang berlaku berhampiran universiti di Kampung Sura Hujung sekitar jam 7 malam, bersama dua lagi rakan, Ku Adib Aizab Ku Azmi dan Muhammad Akmal Md Tukirin, yang juga pelajar universiti.
Rakan mereka, Mohd Ammar Danish Mohd Rodhuan, masih menerima rawatan di hospital akibat kecederaan parah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keletah anak-anak pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusof Iskandar dan Alisa Aishah seringkali menghiburkan hati para netizen.
Ada sahaja gelagat dua anak kecil ini yang menarik perhatian. Terbaru, anak sulung pasangan ini, Yusof Iskandar begitu teruja untuk berpuasa tahun ini selepas merasai kenikmatannya tahun lepas.
Menerusi perkongsian video di Tik Tok, Hanis meluahkan rasa terharunya bila mana Yusuf teruja untuk cuba berpuasa penuh untuk tahun ini.
“Bila anak cakap dia excited nak puasa, terharu jap,” tulis Hanis menerusi kapsyennya.
Menerusi video yang dikongsikan, Hairul dan Hanis cuba bertanyakan kepada Yusof mengenai puasa. Yusof kemudiannya membalas dengan begitu teruja untuk berpuasa dengan kawan-kawannya.
“I’m so excited to puasa,” kata Yusof menerusi videonya.
Malah Hairul juga turut bertanyakan berapa banyak hari Yusof mahu berpuasa dan kemudiannya dijawab Yusof dengan bersahaja. Nampak keriangan di wajah anak kecil itu yang begitu teruja menyambut Ramadan kali ini.
“Tahun ini nak puasa 1 billion days,” kata Yusuf bersahaja.
Rata-rata wargamaya turut menzahirkan perasaan kagum dengan semangat yang ditunjukkan Yusuf.
Terdahulu, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 7 dan Alisa Aisyah yang kini berusia empat tahun.
Sesetengah ibu ayah gemar membawa anak-anak untuk melakukan aktiviti luar seperti hiking dan sebagainya. Salah satu kebaikan aktiviti begini adalah anak-anak dapat diperkenalkan dengan alam sekitar.
Biarpun begitu, aspek keselamatan harus dititikberatkan kerana aktiviti luar terutamanya di hutan mungkin boleh mendatangkan bahaya kepada anak yang masih kecil.
Artikel yang dikongsikan di Detik.com melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di Minahasa Tenggara Sulawesi Utara dilaporkan mengalami hiportemia. Kanak-kanak ini yang dikenali sebagai Muhamad Gifari dikatakan telah sesat selama dua hari selepas mengikut ibu ayahnya mendaki gunung.
Kredit foto: Detik.com
Mangsa yang sesat ini telah ditemui bersama tujuh lagi pendaki dewasa di Gunung Soputan yang turut serta dalam ekspedisi tersebut. Menurut Ketua Basarnas Manado Monce Brury, kanak-kanak tersebut ditemui oleh pasukan SAR gabungan ketika mangsa berehat.
“Dia ditemui sedang berehat di tepi jalan dan apabila diperiksa didapai mengalami gejala hipotermia.”
Tambah Monce lagi, mangsa dan tujuh lagi pendaki dewasa yang lain didapati hilang pada hari Ahad 25 September yang lalu. Pasukan SAR telah dikerahkan untuk operasi menyelamat dalam kadar segera memandangkan salah seorang mangsa adalah kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, pasukan penyelamat SAR hanya menjumpai kesemua pendaki yang tersesat itu sekitar jam 8.00 pagi semalam. Monce turut mengesahkan kesemua pendaki gunung yang tersesat itu ditemui dalam keadaan yang baik.
“Pasukan SAR telah memindahkan kesemua mangsa dan kanak-kanak itu dibawa turun dengan motorsikal memandangkan dia mengalami gejala hipotermia. kesemua mangsa berjaya dipindahkan dengan selamat.”
Kesemua mangsa yang terlibat berumur dalam lingkungan 18 – 27 tahun termasuk kanak-kanak tiga tahun tersebut.
Ibu kesal anak di dera guru pra sekolah hingga trauma datang sekolah. Seorang wanita mendakwa anak lelakinya berusia enam tahun mengalami trauma akibat didera seorang guru wanita di sebuah pra sekolah di Jelapang, Ipoh, sejak September lalu.
Ibu Kesal Anak Di Dera Guru Pra Sekolah Hingga Trauma Datang Sekolah
Aiza Salzul Hanira Zulkapli mendakwa guru berusia lingkungan 30-an itu memukul kepala, merotan, mencubit telinga dan pernah menampar pipi sehingga meninggalkan kesan lebam teruk di beberapa bahagian tubuh badan anaknya.
Menurut ibu tunggal berusia 42 tahun itu, beliau sudah membuat laporan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dan mengadu kepada guru besar sekolah berkenaan pada September lalu, namun mendakwa tiada tindakan diambil terhadap guru wanita itu sehingga kini.
“Walaupun aduan dibuat, anak saya memberitahu bahawa guru terbabit masih merotan dan memukul kepalanya setiap hari atas alasan tidak buat kerja rumah sehingga dia takut untuk pergi ke sekolah.
“Saya bawa berjumpa pakar psikitri kanak-kanak di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan doktor mengesahkan anak saya mengalami ‘acute stress disorder’, selain ada kecederaan tisu lembut pada kedua-dua tapak tangan.
“Laporan SISPAA mengatakan tiada sentuhan fizikal dilakukan terhadap anak saya. Saya sedih dan hilang sabar kerana kes ini seakan ditutup,” dakwanya pada sidang media di sini, hari itu.
Aiza Salzul berkata, kecewa dengan SISPAA, beliau kemudiannya membuat tiga laporan polis masing-masing pada 8 dan 14 Disember tahun lalu serta 16 Januari berhubung kecederaan dialami anaknya.
“Saya ingin membuka mata masyarakat bahawa kes penderaan di sekolah memang wujud.
“Bukan sahaja fizikal anak yang cedera, tetapi mengganggu emosi dan menjejaskan perkembangan pelajaran anak,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika digunakan berkata, pihaknya akan menyemak semula laporan dibuat wanita itu.
Sebagai hadiah sempena Hari Raya dan bagi meringankan beban, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56.