Pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan melibatkan tiga motosikal di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, semalam.
Muhammad Hamadi Zakaria dan Nur Syuhadah Zaini juga meninggalkan dua anak perempuan iaitu Hana Safiyyah, 6, dan Hani Safina, 2.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata motosikal jenis Honda CB500 ditunggang mangsa dipercayai merempuh sebuah motosikal jenis Suzuki yang sebelum itu terbabit kemalangan di tengah jalan.
Ads
“Hasil siasatan mendapati motosikal ditunggang oleh dua mangsa yang cedera itu telah berlanggar dan terbabas di tengah jalan di lokasi tersebut.
“Mangsa dan isterinya tidak dapat mengelak dan telah melanggar dua motosikal jenis Yamaha LC135 dan Suzuki Axelo itu,” katanya.
Ads
Kredit: Harian Metro
Sementara itu, dalam laporan Harian Metro, bapa kepada arwah Muhammad Hamadi, Zakaria Tajudin, 60-an berkata, segala yang terjadi itu adalah ketentuan Yang Maha Esa.
“Terlalu sedih namun saya sekeluarga reda dengan kemalangan yang mengorbankan nyawa anak dan menantu.
Ads
“Saya dan isteri akan berangkat mengerjakan ibadah haji, hari ini dan kedua-dua mereka sudah merancang untuk menghantar kami ke Kompleks Tabung Haji (TH), namun takdir Allah SWT mengatasi segalanya,” katanya.
Kredit: Harian Metro
Menurut Zakaria, anak dan menantunya menaiki motosikal setiap hari untuk ke tempat kerja.
“Inilah yang dinamakan ketentuan. Saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Duit syiling berjaya dikeluarkan dari tubuh seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 3 tahun di China setelah dia menelannya semasa bermain di rumah.
Kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital apabila dia mengalami gejala muntah-muntah dan mual, kata ibunya kepada doktor.
Setelah doktor melakukan imbasan CT, ada sesuatu yang mengejutkan apabila gambar sinar-X mendedahkan objek bulat yang tersangkut di bahagian belakang tekak pesakit kanak-kanak ini.
Kejadian itu dimaklumkan setelah ibu bapa membawa anak itu mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Perubatan Tradisional Cina Nanning di wilayah Guangxi.
Gadis kecil yang dipanggil manja sebagai Bei Bei, telah tinggal di rumah bersama neneknya ketika kejadian, kata sebuah laporan hospital.
Dia dikatakan mengambil duit syiling satu yuan dari meja dan menelannya sebelum nenek menyedari apa yang telah berlaku. Berdasarkan pada versi mata wang, duit syiling satu yuan biasanya berukuran sekitar 25 milimeter (0,98 inci) lebar.
Neneknya yang cemas melihat kejadian itu segera menghubungi ibu bapa Bei Bei yang kemudian bergegas pulang untuk memeriksa anak perempuan mereka.
Bei Bei telah keluar dari hospital Nanning setelah menjalani pembedahan, menurut laporan itu.
Doktor memberi amaran kepada ibu bapa mengenai bahayanya anak-anak menelan benda asing secara tidak sengaja.
“Kami ingin mengingatkan semua penjaga agar memastikan benda-benda kecil dan mainan kecil berada ditempat tinggi dari kedudukan bayi mereka supaya tidak dapat dicapai,” kata seorang doktor.
Kredit: Daily Mail
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Chantiq, anak pelawak & penyampai radio, Johan dan Ozlynn Wati ini mencairkan hati netizen. Pada usia 3 tahun sudah boleh berpuasa selama 22 hari!
Nur Latifah Chantiq Hanania yang dilahirkan 25 November 2014 merupakan anak keempat pasangan ini. Dalam posting Instagram, Ozlynn mendedahkan rupanya Chantiq sudah pun berpuasa 22 hari pada usia 3 tahun.
Perkongsian video solat Chantiq ini juga menunjukkan bacaan solatnya lancar. Bertuahlah ayah ibu ini kerana bijak mendidik anak seimbang dunia & akhirat. Sebelum tiba bulan Ramadan, Ozlynn melatih mereka berpuasa sunat.
Ibu ini juga turut memberi tip agar sentiasa memberitahu sebab kewajipan dan kelebihan puasa kepada anak-anak. Lama kelamaan ini akan menjadi kebiasaan dan tidak berat untuk ditunaikan apabila ‘wajib’ melakukannya nanti. Ibadat solat juga ditekankan dengan mengerjakannya secara berjemaah.
TERLEPAS SOLAT BERJEMAAH
Dia terlepas solat jemaah sb lepas sahur tadi dia guling2 pastu terlelap.. so dia mandi lambat dan kena lah solat sensorang.
BATUK, KALAU TAK TAHAN BERBUKA KAT SEKOLAH
dia batuk arini.. so dah pesan kat dia.. kalau tak tahan boleh berbuka kat sekolah.. so kita tengok la macam mane.
TAHUN LEPAS UMUR 3 TAHUN PUASA 22 HARI
macam last year dia dapat puasa 22 hari.. kira bagus jugak la sb dia 3 tahun boleh puasa.. cuma nk tengok tahun nih mcm mane.. kami tak paksa.. tapi kami didik dorg n terangkan kenapa kita berpuasa n apa kelebihan orang berpuasa.
KALAU TAK LARAT JANGAN PAKSA, INI PROSES PEMBELAJARAN
normal.. bebudak kadang bagitau banyak kali pun depa kadang tak paham jugak.. xpe… jangan lelah.. bagi semangat.. kalau tak larat jangan paksa tau.. sebab nih salah satu proses pembelajaran.. jadi takde la nanti dah cukup “waktu” kena puasa solat.. baru nak praktis.. so untuk ibu-ibu good luck ok..
Serba boleh! Itu istimewanya adik Muhammad Haziq Mohd Asyraf, 12, yang tular kerana kepetahannya bercakap sehingga digelar wartawan cilik selepas memuat naik video penemuan seekor ular sawa secara langsung di media sosial.
Pandai memasak, pernah terima tempahan
Namun, sebalik sifat keanak-anakan itu, Muhammad Haziq akan bertukar menjadi ‘dewasa’ apabila dia mula masuk dapur dan memasak pelbagai menu serta juadah makanan sama ada untuk dijual atau dimakan bersama keluarga.
Difahamkan, jika memasak dia tidak membenarkan sesiapa masuk ke dapur kerana ‘tugas’ itu akan dilakukannya seorang diri dan hasil air tangan kanak-kanak terbabit kemudian akan dikongsi bersama ahli keluarga serta jiran.
Muhammad Haziq yang menghidap penyakit talasemia sejak lahir berkata, dia pernah menerima tempahan untuk membuat roti dan burger Malaysia daripada doktor yang merawatnya untuk dijamu kepada kakitangan hospital.
“Saya memang gemar memasak dan mempelajarinya melalui saluran Youtube seorang chef tempatan dan akan berkongsi video masakan yang ada antaranya turut dijual kepada pelanggan.
“Minat saya ini diketahui guru serta rakan-rakan di sekolah hingga ada yang memanggil nama saya Chef Haziq,” kata murid Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau.
Selain memasak, minat menanam dan pelihara haiwan
Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Penghulu Tua, dekat sini, kanak-kanak terbabit turut menunjukkan kemahirannya memasak kambing perap menggunakan sos ciptaan sendiri.
Menurutnya, selain memasak dia juga turut menanam sendiri sayur seperti kangkung dan bayam di belakang rumah serta gemar memelihara kucing dan arnab.
Antara masakan kanak-kanak terbabit ialah kek marble, garlic bun serta pelbagai lagi menu malah donut dihasilkannya turut diletakkan di kedai kuih untuk dijual.
Belajar dari Youtube
Sementara itu, ibunya Nur Shakila Zainol, 33, berkata dia dan suami tidak tahu yang anak sulung daripada dua beradik berkenaan memiliki kelebihan memasak yang hanya dipelajari melalui Youtube.
“Bagaimanapun, kami hanya mengikut apa yang diminatinya dengan memberi sokongan dan bagi saya masakan paling sedap yang dimasak anak ialah nasi ayam dan siakap tiga rasa. Jika teringin, kami akan minta anak masak namun dia tidak akan membenarkan sesiapa masuk ke dapur selagi juadah dimasaknya belum siap,” katanya.
Muhammad Haziq mula meraih perhatian apabila dia memuat naik video penemuan ular sawa dalam longkang di Pasar Bukit Selambau dengan turut membuat ulasan secara langsung sehingga tular di media sosial.
Video yang meraih lebih 1 juta tontonan itu dikatakan menarik kerana kepetahan Muhammad Haziq yang bertutur dengan lancar seolah-olah pengulas berita.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!