“Tiada rezeki kami..” Pelakon Safwan Nazri dan isteri, Fathin Nur Amalina reda apabila hasrat untuk menimang cahaya mata pertama tidak kesampaian apabila kandungan yang sudah mencecah empat bulan keguguran.
Menerusi perkongsian di instagramnya, Safwan berkata ini adalah ujian besar buat dirinya dan isteri melalui saat getir ini. Namun disebabkan perancangan Allah lebih dari segala-galanya, mereka reda.
Pasangan ini juga telah memberi nama bayi sulung mereka Muhammad Kaif yang membawa maksud ‘semangat yang kuat.’
Ini ujian paling besar untuk saya dan isteri saya. Rezeki kami untuk dapat cahaya mata yang pertama sampai disini sahaja. Nama dia Muhamad Kaif ❤️ Maksud : Semangat yang kuat! Dia semangat untuk hidup, semangat untuk jumpa mummy dengan daddy dia, tapi perancangan Allah itu lebih sempurna!
Ads
Kita jumpa di Syurga nanti ye Kaif ! Teruskan doa untuk mummy and daddy okay ! Dia dah cukup sifat, dah nak masuk 4 bulan, Comel, Sempurna, tapi Allah lebih sayangkan dia !
Dalam pada itu, Safwan turut memberi penghargaan kepada isterinya yang disifatkannya sangat hebat dan kuat dalam keadaan dirinya berdepan detik sukar ini.
Terima kasih sayang @lynakhairul ! You memang HEBAT ! You wanita yang sangat KUAT ! Saya dapat tahu benda ni terjadi ketika saya sudah sampai Turkey, Isteri saya lalui benda ni sorang2 dengan family tanpa suami🥺 Ya allah hebatnya you sayang ! I sayang sangat dekat you ! Kita lalui benda ni together okay !
Ads
Muhamad Kaif, you will always be our Child, Thankyou temankan Mummy selama ini, kita jumpa nanti okay❤️
Safwan yang merupakan bekas finalis Hero Remaja 2017 mendirikan rumah tangga dengan kakitangan kerajaan, Fathin Nur Amalina pada bulan Mac lalu.
Adakah anda selalu memberikan telefon atau gajet kepada anak? Anak selalu menangis, anda tak tahu nak buat apa, maka terus bagi gajet? Anak anda seolah-olah ketagih kalau sehari tak dapat jadi resah gelisah. Anak anda boleh menghadap gajet sehari suntuk tanpa perlu makan atau ke tandas?
Kalau dah sampai tahap macam ni, mohon hentikan serta-merta.
Perkongsian dari Puan Juliana Aziz melalui apa yang berlaku pada anaknya sendiri, Dhiya yang ketagih gajet hingga menyebabkan juling sebelah wajar diberi perhatian oleh semua ibu bapa lain supaya lebih beringat.
Mula Bagi Anak Gajet Sejak Usia Setahun
Moga jadi iktibar pada kalian ; Jangan bagi anak kecil main handphone/tab/ipad apa² gajet…!
Dhiya dah berjaya dipisahkan dari gajet sejak hampir 2 tahun lepas dah tapi mata kanan yg dibuka tu sampai ke hari ni kadang² juling sikit.
Dulu dia banyak tengok skrin handphone/tab sejak usia setahun lebih hingga usia 2 tahun lebih gitu…it takes few months jugak la sama² sepakat dengan husband Arif Puding untuk sorok segala gajet, elakkan sedaya upaya dari guna handphone depan dia and struggle ‘pisahkan dan rawat’ keinginan dan ketagihan dia pada handphone.
Alhamdulillah, dia sekarang dah tak peduli pun kalau kita main handphone depan dia (melainkan kalau tengok video yg menarik perhatian telinga dia, dia akan tanya “Apa tu? Dhiya nak tengok jugak boleh takkk?”), plus dia lebih alert and lebih cepat respond kalau kita panggil or mintak dia buat apa²…
Bulan lepas dah jumpa mak saudara kami Makcik Mastura Mustaffa (owner Optometris Siti Mastura) and mintak dia tengok²kan mata Dhiya, betul ke tidak tu simptom ‘lazy eye’ macam yg Jue baca di internet…kebetulan time tu kami jumpa masa balik kampung kat rumah mentua je and takde alat untuk cek betul², dia just cek with few steps and suggest kitorang beli patching @ topeng mata lanun gini untuk tutup mata dia yang ok tu and biar mata kanan yg kadang² juling tu ‘bekerja’ sebab mata Dhiya ni lazy eye di tahap mild, belum betul² teruk…tapi kalau after amal pakaikan patching tutup mata kiri tu pun masih jugak yg kanan tu takde improvement, she prefers bawak Dhiya dapatkan rawatan dengan doktor pakar mata di Klinik Mata UIA Kuantan…. Katanya kalau di UK, perkara biasa nampak budak² pakai patching topeng mata lanun gini sebab diorang mostly tahu cara merawat mata kanak² yg ‘lazy eye’ dengan cara ni…
Then, 3 minggu lepas dah bawak Dhiya gi cek mata dengan my friend Ab Adamia di kedai optikal Focus Point @ East Coast Mall Kuantan, try cek mata dia rabun ke tidak, rupanya mata kiri rabun ±50 while mata kanan yg bermasalah tu rabun silau ±100…! Dia cakap result’s accuracy dari alat pemeriksaan mata berkomputer tu cuma 80% je, so better bawak Dhiya jumpa doktor pakar mata untuk sahkan tahap rabun mata dia guna alat² yg lebih proper and few procedures sebab dia masih kecil lagi, still too young…
Mama and papa mintak maaf sebab kurang bijak dan tersilap langkah bila bagi Dhiya main phone/tab masa kecik dulu…we will try our best untuk rawat semula mata Dhiya.
Moga² mata Dhiya kembali pulih…aamiiinnn.
Moga post dengan caption panjang berjela ni memberi sedikit sebanyak manfaat dan peringatan buat kalian yg ada anak kecil baik anak sendiri mahupun anak saudara waima cucu sekalipun.
Niat Bagi Handphone Supaya Anak Diam
Untuk pengetahuan kalian, Dhiya ni dulu takde la main handphone sepanjang masa setiap hari…Dhiya memang jenis budak yang sejak kecil suka layan buku² and flash cards (belajar ABC, nombor², baca muqaddam etc) and setiap hari berlambak² mainan yg dia selalu main andddd never to forget, also sepahkan rumah. Bukan la dia hadap tengok main handphone je setiap masa…plus dulu mama dia ni ada buat online business for few years, so memang mama la yg lagi banyak guna handphone berbanding Dhiya…
Apa pun, mistakes has been done by us when kami start bagi dia main handphone masa dia umur setahun lebih…kononnya bagi sekejap² dikala kami rasa perlu la masa tu… Contohnya waktu nak elakkan dia kacau mama masak kat dapur tapi dia dah takmau main mainan, kononnya untuk make sure dia duk diam² sekejap waktu nak suapkan dia makan (sejenis budak yg liat makan sejak dulu hingga kini ), waktu mama terlalu penat nak rehat sekejap, waktu papa and mama solat, waktu dia meragam kat dalam child carseat masa travel gi mana² dan sebagainya.
Bila dia makin besar, dia dah mula pandai ambil sendiri and buka sendiri handphone mama and papa…when we start lock with password, dia akan nangis² mintak bukakan and nak tengok video kartun.
Mata Dhiya dalam proses penyembuhan dan makin baik
Mengadu Pening, Sakit Kepala & Asyik Gosok Mata
Tindakan yang kononnya bagi dia main handphone diwaktu yg perlu sahaja tu akhirnya tinggalkan kesan yg buruk pada anak sulong kesayangan kami ni… Kami mula berkeras larang and tak bagi dia main handphone almost 2 years ago dulu bila perasan dia mula ada simptom ketagihan untuk main handphone and in the same time dia makin kerap mengadu pening sakit kepala and gosok² mata…masa tu mata kanan dia masih belum kerap juling macam sekarang, and then kami terbaca artikel² tentang bahayanya kesan pendedahan gajet pada mata, minda dan emosi kanak².
Dalam tempoh few months kami suami isteri dan jugak Dhiya sendiri struggling untuk pisahkan dia dari handphone and rawat rasa keinginan/ketagihan dia pada handphone tu kebetulan mata kanan dia baru start jadi kadang² juling sekejap² gitu.
It’s almost 2 years dah Dhiya ‘putus cinta’ dengan handphone, end of this month dia akan sambut birthday ke-4 and next year dia akan mula masuk preschool… Moga mata Dhiya cepat sembuh and pulih semula supaya tak perlu pakai topeng lanun tu dah bila gi belajar di preschool dengan kawan².
Untuk parents out there yg kini dalam dilema dan kerumitan bab anak yang ‘jatuh hati jatuh cinta’ dengan gajet handphone/tablet/ipad, pisahkanlah ceraikanlah sepenuhnya anak dari gajet secepat mungkin (especially usia bawah 7 tahun) dan rawatlah ketagihan/kemahuan anak pada gajet sebelum terlambat…
I’m not saying its gonna be easy, It is hard, stressful and the struggle is real… But believe me, it’s worth it…!
Pasangan selebriti, Che Ta dan suaminya Zain Saidin yang baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke lapan pada 11 Disember lalu mendedahkan pernah dijangkiti Covid-19 bulan lepas.
Berkongsi cerita mengenai jangkitan virus yang melanda dunia itu, menurut Che Ta, anak kesayangannya, Aaisyah Dhia Rana dan suaminya Zain disahkan positif pada bulan lalu.
Namun kini dia amat bersyukur, kedua-dua insan penting dalam hidupnya itu kembali pulih sepenuhnya. Tambah Che Ta lagi, dia dan dua anak lelakinya negatif virus berkenaan.
“Apa nak buat, kita tak mampu menghalang semua ini. Suami saya sepatutnya menjalani penggambaran sebuah drama bulan lalu, tapi akhirnya tawaran tersebut terpaksa ditolak.
” Semua memang bergejala seperti batuk, selesema dan demam. Cuma dia sendiri kurang pasti terkena virus itu di mana. Kemudian berjangkit pula kepada Aaisyah.
“Bagaimanana pun Aaisyah hanya demam saja tetapi deria rasanya masih ada. Tapi saya dan dua anak lelaki bersyukur kerana kami disahkan negatif. Alhamdulillah mereka kini sudah pulih sepenuhnya,” ujar Che Ta.
Che Ta reda dengan ujian yang menimpa dan mengakui ibunya turut positif Covid-19 termasuk beberapa adik beradiknya beberapa bulan lalu.
“Tapi apa daya kita nak menghalang semua ini daripada terjadi. Walaupun suami sudah lengkap dua suntikan vaksin, ia bukan jaminan yang virus jahat ini takkan menyerang. Virus ini memang ada disekeliling kita.
“Apabila kena batang hidung sendiri saat ahli keluarga dan adik beradik sendiri positif wabak itu, kita kena reda. Kadang-kadang sejauh mana pun kita berhati-hati, nak jadi, jadi juga,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Che Ta dan Zain yang menyambut ulang tahun perkahwinan kelapan mereka turut sama mengadakan sesi fotografi dan majlis sederhana sempena ulang tahun itu.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Media Hiburan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berang dengan tuduhan netizen dirinya tidak berpantang dengan sempurna selepas bersalin anak kedua, aktres jelita Emma Maembong meluat dengan tohmahan tidak berasas tersebut.
Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail berkata, kalau boleh dia enggan ambil pusing dengan telahan khalayak namun nampaknya, kini semua semakin menjadi-jadi hingga menimbulkan fitnah.
“Saya tak faham kenapa isu saya berpantang ini ‘beriya’ sangat (diperkatakan). Sesiapa yang nasihat saya secara baik, saya okeylah saya fikir mungkin mereka sayang dan ambil berat.
Tegas Emma, keadaan kesihatannya berada dalam keadaan baik-baik belaka dan tidak seperti dakwaan sebilangan orang yang menyatakan dirinya menangis, tumpah darah dan sebagainya.
“Alhamdulillah, saya sihat tiada pun sampai yang kata saya menangis, ke tumpah darah – semua (tuduhan) itu fake (palsu). Saya berpantang, jangan risau.
“Saya berpantang dengan confinement lady. Saya dah buat dah semua benda seperti bertungku, tangas, urut, sauna dan pakai bengkung ,” katanya menerusi satu video di Instagram.
Jelasnya lagi, setiap wanita melalui proses berpantang yang berbeza-beza bergantung kepada kondisi para ibu ketika dan selepas melahirkan anak.
Namun, dia tetap menjaga pemakanannya yang sihat ketika berpantang bagi memastikan kesihatan dalamannya turut berada dalam posisi terbaik.
“Saya dah biasa kerja. Masa saya mengandung pun saya kerja dan aktif. Bila saya aktif saya cepat sihat dan cepat sembuh sebab pemakanan pun kita kena jaga.
“Cuma saya taklah sertai marathon (pertandingan larian). Takkanlah sebab orang lain tak boleh nak bangun dan bergerak, dia nak samakan dengan saya. Tak payah beriya-iya samakan cara orang berpantang,” tegasnya penuh sinikal.
Terdahulu, isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila dikatakan tidak berpantang sepenuhnya selepas melahirkan anak kedua, Shakila Ryan Shah pada 10 Mei lalu.
Dia dilihat selamba duduk bersila dan mendukung anak lelakinya, Shariq Gabriel, 3, semasa berlangsungnya sebuah majlis aqiqah yang diadakan hanya beberapa hari selepas selamat bersalin secara normal.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.