Lemas dalam tali air, bapa naikkan jasad anak perempuan sambil menangis, ibu pengsan. Ainun Mardiah Azeman, 14 ditemukan bapanya, Azeman Harun, 56, pada jam 5 petang di dasar tali air sedalam kira-kira semeter.
Lemas Dalam Tali Air
Menurut Ahmad Azizi Azeman, 24, abang kepada Ainul Mardiah yang lemas selepas motosikal ditungganginya terjatuh ke dalam tali air di Kampung Pangkal Pisang, Peringat, Kota Bharu, Kelantan, bapanya menemui sendiri jasad adiknya di lokasi kejadian.
Bapa Naikkan Jasad Anak Perempuan Sambil Menangis, Ibu Pengsan
“Ayah menyentuh sesuatu di bawah motosikal dan ia tubuh Mardiah yang tertindih dan sudah tidak sedarkan diri. Ayah menaikkan jasad adik sambil menangis,” kata Ahmad Azizi Azeman.
Tambah Ahmad Azizi, kali terakhir dia berjumpa dengan Ainun Mardiah ketika mengambil remaja itu pulang dari di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Kala pada jam 4 petang.
Lebih menghibakan, ibu remaja itu, Roshanita Ahmat, 51, pengsan selepas mendapat perkhabaran terbabit dan dimasukkan ke wad untuk rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini namun sudah sedarkan diri.
Gambar kenangan Ainul Mardiah bersama rakannya.
DALAM KEJADIAN KIRA-KIRA 5 PETANG SEMALAM, AINUL MARDIAH DITEMUKAN DALAM KEADAAN TERTINDIH DENGAN MOTOSIKAL YAMAHA EGO YANG DITUNGGANGINYA.
Ahmad Azizi berkata, sebelum itu, adiknya keluar dari rumah jam 4.40 petang untuk ke kedai runcit tidak jauh dari rumah.
“Setengah jam selepas itu ayah menerima panggilan dari orang kampung mengatakan ternampak motosikal kami dalam air kira-kira 500 meter dari rumah dalam keadaan lampu terpasang serta enjin masih hidup.
“Sebelum itu penduduk cuba mengangkat motosikal terbabit tapi gagal sebelum ayah sendiri ke lokasi dan turun ke dalam tali air,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Ahmad Azizi berkata, Ainul Mardiah segera dibawa ke Klinik Kesihatan Peringat sebelum doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia selepas dijalankan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).
Menurutnya, jenazah adiknya dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.
Ahmad Azizi menunjukkan foto arwah adiknya, Ainul Mardiah.
“Dalam masa yang sama, ibu juga dimasukkan ke wad di hospital sama sejak malam tadi kerana pengsan disebabkan terlalu tertekan dengan kejadian yang menimpa ini.
“INI KALI KETIGA KAMI DIBERI UJIAN KEMATIAN APABILA DUA BERADIK SAYA JUGA DIJEMPUT ILAHI AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA SERTA LEMAS DI PAYA,” KATANYA.
Jenazah Ainul Mardiah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pangkal Pisang, selepas selesai proses bedah siasat. Mangsa anak ke sembilan daripada orang 10 adik beradik.
Sementara itu, sepupu mangsa, Najwa Adina Abdul Ghani, 14, berkata, beberapa hari kebelakangan ini, Ainul Mardiah dilihat banyak termenung dan pendiam berbanding sikap sebenarnya yang agak aktif.
Ads
“Kami belajar di sekolah serta kelas yang sama dan tak sangka perubahan itu adalah petunjuk dia akan pergi meninggalkan kami buat selamanya,” katanya.
Setelah sekian lama melalui fasa sedih, akhirnya Puteri Sarah berkongsi anak sulungnya, Syaikhul Islam bertanya soalan yang benar-baenar buatkan dirinya terkedu mengenai Syamsul Yusof.
Berkongsi perkara tersebut di instastory, Puteri Sarah, 38, tidak tahu untuk menjawab soalan Syaikhul yang berusia enam tahun itu.
“Baru balik daripada photoshoot, sampai-sampai rumah Syaikhul tanya saya, ‘Mama betul ke ayah kahwin lain?’
“Sebab tu ke ayah dah lama tak balik rumah? Kenapa ayah ada orang lain? Macam mana nak jawab soalan budak umur enam tahun? Saya terkedu,” katanya.
Dalam pada itu, Puteri Sarah turut bertanya kepada Syamsul bagaimana dia mahu menjawab soalan anak mereka yang masih tidak tahu apa-apa.
Dalam kenyataan tersebut, Puteri Sarah menyoal adakah Syamsul pernah terfikir jawapan yang mahu diberikan kepada anak-anak mereka sekiranya perkara itu dibangkitkan suatu hari nanti.
“Jadi kepada lelaki-lelaki yang pentingkan diri sendiri tu, isteri nak kena jawab apa dekat anak kecil ni?
“Pernah tak kamu terfikir satu hari nanti nak jawab apa dekat anak?,” ujarnya.
Puteri Sarah juga turut menitipkan pesanan sebelum nak perjuangkan konon poligami itu sunnah, belajar balik agama Islam ya. Dan fikir apa consequences dia,” tulisnya.
Sebelum ini, Puteri Sarah telah memfailkan permohonan cerai pada 16 Januari lalu. Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.
Untuk rekod, Syamsul mendirikan rumah tangga bersama Sarah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, selain Syaikhul mereka dikurniakan anak perempuan, Sumayyah yang kini berusia lima tahun.
Selepas melalui pembedahan membuang tonsil, anak kepada pelawak, Achey iaitu Nur Tiara Zinnirah sekali lagi diduga apabila kaki kanannya mengalami keretakan.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, isteri kepada Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya atau lebih dikenali sebagai Anne memberitahu kaki Tiara mengalami bengkak selepas tersadung pada batu di tapak niaga.
“Salam semua doakan Tiara ya. Petang semalam dia main-main dekat tapak niaga, lepas itu hujan lebat dia lari nak ke booth tetapi tersadung batu lalu jatuh.
“Ingat macam tak ada apa-apa, tapi makin lama makin bengkak dan dia kata sakit.
“Itu yang bawa pergi X-ray terus, rupanya retak.
“Banyak betul dugaan awak kakak (panggilan Tiara) bulan ni,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mendoakan agar Tiara diberi kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan.
Terdahulu, Tiara selamat menjalani pembedahan buang dua tonsil di sebuah hospital swasta.
@anne_achey21 Salam semua Doakan Tiara ya 😭 petang semalam dia main2 kt tapak event tu,lepastu hujan lebat dia lari nak ke booth…tersandung batu jatuh….ingat mcm tak ada apa2,tapi makin lama makin bengkak…lepastu dia sakit2…tu yang bawak g xray terus…rupanya 😭😭😭 retak…Banyak betul dugaan awak kakak bulan ni 😭😭😭😭 @KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG @tiaracandy_official @TC_Haziq @Tc_poksu🍬 ♬ original sound – anne_achey21
Di sebalik kejayaan seorang lelaki, adanya seorang wanita yang menyokong kuat di belakangnya. Begitulah pentingnya peranan seorang isteri dalam memberi kekuatan buat si suami mengharungi segala kepayahan dalam hidup. Ada wanita yang bersusah-payah dengan suaminya, sehingga hidup mereka menjadi senang. Dari makan nasi tidak berlauk sehingga mampu penuhkan makanan atas meja!
Doa seorang isteri itu memainkan peranan yang penting dan memberi kesan dalam kehidupan seorang suami. Seperti yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin, betapa doa seorang isteri itu sangat mustajab.
Ikuti perkongsiannya ini.
Besar kesan doa seorang isteri dlm kehidupan seorang suami…
Asbab doanya, rezeki suami dimurahkan…asbab doanya, urusan suami dipermudahkan…asbab doanya, suami diberikan kesihatan yg baik…asbab doanya, suami dilindungi dari segala bentuk kejahatan dan kemudaratan…asbab doanya, suami dipelihara oleh Allah s.w.t…
Doa seorang isteri itu sangat mustajab…
Jika rumahtangga diuji, berdoalah…jika suami tidak seperti yg diimpi, berdoalah…jika suami berpaling hati, berdoalah…jika isteri dizalimi, berdoalah…jika hak2 isteri tidak dipenuhi, berdoalah…
Allah akan mendengar doamu itu wahai isteri…jgn pernah putus asa utk berdoa…🤲
Berikut adalah kompilasi doa-doa yang boleh anda bacakan untuk suami tercinta seperti yang dikongsikan melalui laman web Bidadari.my:
# Doa Dikurniakan Suami Terbaik
“Ya Allah, berikanlah kepadaku suami yang terbaik di sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”
# Doa Untuk Suami Murah Rezeki
“Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya, jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah. Jika masih di langit, maka segera turunkanlah untuknya. Jika tertanam di dasar bumi, hanya Engkaulah yang mampu mengeluarkannya.”
# Doa Untuk Suami Selalu Ingat Isteri
“Ya Allah, jadikanlah hambamu ini dicintai oleh suami dengan rahmat-Mu wahai Zat Yang Maha Penyayang Di Antara Para Penyayang.”
# Doa Untuk Suami Memperolehi Rezeki Yang Berkat
“Ya Allah, berkahilah rezeki yang diperoleh suami hamba-Mu agar membawa kebaikan kepada kami sekeluarga di dunia dan di akhirat.”
# Doa Untuk Memohon Suami Berbuat Kebaikan (boleh juga diamalkan untuk diri sendiri)
“Ya Allah, aku mohon kepada-Mu agar terbuka hati untuk berbuat kebajikan dan menjauhi kemungkaran.”
# Doa Agar keluarga Dilindungi
“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.”
Yakinlah doa seorang isteri adalah hadiah yang paling bernilai untuk suaminya. Biar apa pun yang terjadi, jangan putus berdoa dan serahkan segalanya kepada Allah SWT selepas anda sudah berusaha. Semoga perkahwinan kita semua dilindungi dan terus bahagia selamanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!