“Tiada Talak Antara Anak & Ayah” Ibu Aliff Aziz Akhirnya Meluahkan Perasaan

Share

Ibu kepada pelakon dan penyanyi kontroversi Aliff Aziz, Siti Hafiza Sheikh Mohamad akan tetap menyayangi cucunya Mohamad Ayden Adrean, 2.

Kata Siti Hafiza, dia akan sentiasa mendoakan cucunya itu biarpun sudah tidak akan bertemu lagi pada masa akan datang.

Baca Selanjutnya Kisah Aliff Aziz:

“Apa pun yang diperkatakan, kami semua sayang Ayden terutama Daddy (Aliff Aziz). Semoga Ayden membesar dengan sihat dan sentiasa bahagia,” kata ibu penyanyi Aliff Aziz

Siti Hafiza Basharahil merujuk kepada cucunya selepas berlaku perceraian membabitkan Aliff dan Bella Astillah, semalam.

Hafiza menerusi status di Instagram berkata, kehadiran Ayden dalam hidup Aliff dan Bella ibarat cahaya buat mereka sekeluarga.

Menurutnya, tiada ‘talak’ antara anak dan ayah. Begitu juga hubungan mereka dengan Ayden sebagai datuk dan nenek.

“Melalui semua ujian dan kesengsaraan, perkara yang terbaik Allah berikan kami ialah cucu. Ia sangat berharga buat kami.

“Ayden akan sentiasa menjadi cahaya hidup kami walaupun tidak dapat melihat dia membesar pada masa akan datang.

“Umi Wan dan Tok Ayah akan sentiasa mendoakan Ayden dari jauh agar menjadi insan yang hebat suatu masa nanti,” katanya.

Menerusi status sama, Hafiza meletakkan wajah cucunya yang kini berusia dua tahun itu berserta tanda #tiadatalakantaraayahdananak #allahknowsbest #redhadantawakkal

Terdahulu, Aliff melafazkan cerai talak satu terhadap Bella di hadapan Hakim Syarie Izzat Syazli Murshid selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 25.

Permohonan cerai itu difailkan Bella selaku plaintif pada 21 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Hmetro

IKLAN