Pelakon terkenal, Rita Rudaini, turut berkongsi pandangannya sebagai seorang ibu mengenai cadangan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, untuk menghapuskan sistem pembelajaran berorientasikan peperiksaan.
Jauh dari sudut hati, Rita menyuarakan pandangannya bahawa seorang menteri wajar mendengar suara rakyat terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang perubahan.
Sebagai seorang ibu, pelakon terkenal Rita Rudaini menyuarakan pandangannya mengenai cadangan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk memansuhkan sistem pembelajaran berorientasikan peperiksaan.
Dalam coretan menerusi insta story meluahkan rasa tidak setuju, Rita berpendapat seorang menteri harus mendengar keluahan rakyat sebelum membuat sebarang perubahan.
Ads
Menurut Rita lagi, peperiksaan tidak seharusnya dimansuhkan, sebaliknya silibus yang perlu diperbaiki.
“Cikgu-cikgu belum sempat nak hafal dan hadam sistem yang lama, dah tukar hat lain pula. Payah-payah mansuhkan sekali SPM untuk elak murid stres.”
Ads
Bagi Rita, peperiksaan bukanlah punca tekanan utama pelajar sebaliknya, silibus yang terlalu berat dan tidak relevan menjadi beban yang harus dipertimbangkan.
Ads
“Semua budak dulu jadi orang, siap ada yang jadi menteri lagi” – Rita Rudaini
Selebriti ini berkata, setiap pelajar pasti akan merasai tekanan apabila memasuki universiti atau alam pekerjaan kelak.
Pelakon itu juga sempat menyelitkan rutin harian anaknya yang dipenuhi dengan jadual pembelajaran untuk ‘mengejar’ silibus pendidikan yang semakin ‘advanced’.
Sumber: Instagram ridrud77
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penjawat awam pastinya mampu tersenyum lebar kerana bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam & Pesara sekali lagi tahun hadapan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM500 dan pesara kerajaan sebanyak RM250.
“Bulan Disember ada kenaikan, bulan Januari ada kenaikan, bulan Februari ada bonus. Alhamdulillah.”
Demikian reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan peruntukan untuk kelompok penjawat awam menerusi Belanjawan 2025.
Anwar turut mengingatkan kakitangan awam untuk terus memberikan komitmen terbaik selaras dengan ‘ganjaran’ yang diberikan.
Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam (BKK 2025)
* Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 akan disalurkan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
* Bantuan ini turut diberikan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen sebanyak RM250.
* Bantuan ini akan disalurkan pada bulan Februari 2025.
Sementara itu, pelarasan pencen juga akan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing termasuklah pesara Angkatan Tentera Malaysia.
Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam 2025
Bonus akan Bantuan Khas Penjawat Awam ini akan dibayar pada Februari 2025.
Nak jadi ibu bapa terbaik? Barulah kita dapat didik anak-anak jadi insan cemerlang! 👏🏼💪🏼
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! 🩷🩷
Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw 🎁🎈🎊🎉 bernilai sehingga RM3000!
Hati ibu mana yang tidak sayu dan bersedih hati bila anak sakit. Pelakon Anzalna Nasir yang sentiasa menghulurkan bantuan buat anak-anak yatim dan golongan memerlukan kali ini tampil melancarkan misi mengumpul dana bagi membantu seorang anak kecil yang menghidap tumor.
Kanak-kanak malang itu, Mas Muhammad Luth atau Luth yang kini berusia empat tahun disahkan menghidap high grade glioma tahap empat iaitu sejenis tumor yang hinggap di kepala.
Menerusi Instagramnya, Anzalna berkongsi cerita dan mengharapkan keprihatinan rakyat Malaysia untuk membantu adik Luth yang merupakan anak kepada rakan baiknya.
“Luth seperti anak Anzalna sendiri. Dia seorang anak yang baik, pintar, active, penyayang dan sangat manja. Setiap kali bercerita pasal anak mesti kami tergelak sebab perangai dan minat mereka yang sama!
“”Dilahirkan sihat tetapi awal tahun ini dia disahkan menghidap penyakit High Grade Glioma Grade 4. Kes yang paling jarang berlaku di dunia terhadap kanak kanak.
“Doktor juga mengatakan hanya 10% jangka hayat kanak kanak yang menghidap penyakit ini dan kemungkinan Luth mempunyai kurang dari 1 tahun untuk hidup sekiranya tidak dirawat secepat yang mungkin,” ujarnya berkongsi.
Kongsi Anzalna lagi, anak kecil itu yang dulunya ceria dan sihat sudah pun menjalani pembedahan dan rawatan susulan termasuklah radioterapi dan kimoterapi namun ujian MRI baru-baru menunjukkan keputusan yang kurang memberangsangkan.
“Ibunya sendiri sudah mengeluarkan segala simpanan yang ada bagi mengumpulkan dana namun masih belum mencukupi. Jadi saya minta jasa baik semua untuk sama-sama membantu meringankan beban mereka.
“Hati ibu mana tak hancur bila dapat tahu anak sakit. Anak syurga ini ramai sangat yang sayang dan Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan.
“Terima kasih kepada semua yang menderma hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikkan. Dana yang dikumpul masih tidak mencukupi untuk merawat Luth.
“Marilah kita tolong meringankan beban yang ditanggung. Buat masa sekarang, Luth ditidurkan dan berada dalam ICU. Minta semua tolong doakan untuk Luth,” kongsi Anzalna lagi yang mengharapkan doa buat anak kecil ini untuk terus kuat berjuang.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Kisah benar ini mengundang sebak di hati ramai. Seorang wanita dikenali sebagai Mas berkongsi detik paling memilukan dalam hidupnya apabila suami tercinta, Muhammad Amir, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Lebih menyayat hati, arwah sempat berpatah balik ke pejabat semata-mata untuk mengambil susu anak mereka yang tertinggal, namun tidak sempat pulang ke pangkuan keluarga.
Dalam perkongsian yang tular di platform Threads, Mas memuat naik beberapa gambar serta tangkapan skrin mesej terakhir bersama arwah suaminya, detik yang kini menjadi kenangan paling bermakna dan menyayat hati buat dirinya.
Menurut Mas, arwah sempat meminta dirinya memasak ayam goreng kunyit, lauk kegemaran keluarga kecil mereka. Namun siapa sangka, permintaan kecil itu menjadi hidangan terakhir yang tidak sempat dijamah.
“Suami saya minta masak ayam goreng kunyit. Saya masakkan, tunggu dia balik… tapi dia tak sempat pun makan,” luah Mas dalam hantaran penuh sebak.
Katanya, suaminya sebenarnya sudah pun pulang awal dari kerja. Tetapi setelah menyedari susu anak mereka tertinggal di pejabat, dia terus berpatah balik untuk mengambilnya tanpa berfikir panjang.
“Suami saya dah balik awal, tapi sebab susu anak tertinggal, dia patah balik ambil. Tapi… dia tak sempat balik semula,” tulisnya sayu.
Malangnya, dalam perjalanan pulang, arwah terlibat dalam kemalangan maut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mas turut berkongsi bahawa wajah arwah suaminya kelihatan tenang seperti sedang tidur, meskipun telah pergi buat selama-lamanya.
“Bila tengok wajah dia, nampak tenang sangat. Macam dia cuma tidur. Tapi hati ni tahu… dia dah takkan bangun lagi.”
Perkongsian itu mengundang ribuan reaksi daripada warganet yang rata-rata turut bersedih, mengenangkan kasih seorang suami dan ayah yang sanggup berpatah balik semata-mata untuk memastikan anak kecilnya tidak kehausan susu.
Lebih meruntun jiwa, Mas memberitahu bahawa anak mereka yang baru berusia 1 tahun 10 bulan masih kecil dan belum memahami erti kehilangan.
“Doakan saya dan anak kecil kami. Semoga Allah beri kekuatan untuk teruskan hidup tanpa insan yang paling saya sayang.”
Ramai yang menitipkan doa agar Mas terus tabah membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang, dan semoga roh arwah Muhammad Amir ditempatkan di kalangan orang beriman.
Kisah ini bukan sekadar berita duka, tetapi sebuah pengajaran tentang kasih sejati seorang suami dan ayah yang sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga tersayang.
Dalam setiap keluarga, mungkin ayah jarang berkata “saya sayang awak” atau “saya rindu”, tetapi kasih mereka terserlah melalui tindakan kecil — mencari rezeki tanpa mengeluh, memastikan anak cukup makan, dan dalam kisah ini, berpatah balik hanya untuk sebotol susu anak yang tertinggal.
Kisah Mas dan arwah suami mengingatkan kita tentang pentingnya menghargai masa bersama orang tersayang. Hidup ini terlalu singkat untuk ditangguh dengan marah atau ego. Setiap perpisahan boleh jadi yang terakhir.
Hargailah pasangan, peluk anak-anak lebih lama, ucapkan kasih setiap hari — kerana kita tak tahu bila kali terakhir kita akan dapat melakukannya.
“Setiap kali saya tengok susu anak, saya akan ingat dia. Itu tanda kasih sayang yang takkan pernah padam.” – Mas
Semoga roh Allahyarham Muhammad Amir dicucuri rahmat dan keluarganya terus diberi ketabahan menghadapi ujian ini.