Melalui fasa getir selepas melahirkan anak secara pembedahan akibat tekanan darah yang tak stabil, kini nampaknya doa semua orang di dengar oleh Allah.
Melalui apa yang dikongsikan Abby mengenai perkembangan bayi lelaki pramatangnya itu, Danial Firman nampak ada banyak perkembangan positif setiap hari walaupun di awal kelahiran doktor tidak menaruh harapan tinggi dan minta bersedia.
Berkat doa yang tak putus dan usaha Abby memberikan susu badan serta setiap hari memberi urutan pada bayinya itu, tindak balas yang ditunjukkan setiap hari makin baik dan stabil.
Walaupun berada dibawah pemantauan rapi, perkembangan positif ini pastinya melegakan Abby dan suaminya, Faizal Zakaria.
Ads
“Terima Kasih ALLAH untuk perkembangan Baby Danial. Terima Kasih juga pada yang tak putus mendoakan.”
Tiap Hari Beri Sentuhan & Kekuatan
Jelas Abby, memandangkan kini dia berpantang di rumah, setiap hari akan ke hospital untuk pastikan Danial mendapat sentuhan dan kekuatan darinya dan suami.
Ads
Walaupun terpaksa berulang-alik tapi puas hati bila dapat maklum balas yang baik dari doktor mengenai Danial.
Seolah-olah Danial menunggu kehadiran mama dan abah. Ini juga jadi sumber kekuatannya untuk terus bertahan.
“Mama abah terus doakan Danial terus bertahan dan boleh keluar hospital cepat. Kakak, abang semua tunggu di rumah,” katanya.
Ads
Sebelum ini Danial pernah kritikal dan 90% bergantung pada mesin. Lepas tu turun 65% serta turun lagi 50% .
Berat Danial juga makin bertambah sebanyak 618 gram berbanding di awal kelahirannya hanya 535 gram sahaja ketika di usia kandungan 24 minggu.
Setiap kali perkongsian Abby, dia sentiasa mohon mendoakan baby Danial. Kami sayang dia sangat! Dan saya tahu ada ramai juga sahabat-sahabat yang sayang pada Baby Danial kan walaupun tak pernah tengok.
Sumber: ig abby abadi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis gigi anak
Terdapat empat jenis gigi utama. Setiap satunya adalah unik serta memberi fungsi dan kegunaan yang berbeza:
Gigi kacip adalah gigi depan atas dan bawah. Apabila kita menggigit makanan, gigi kacip akan berfungsi seperti gunting untuk memotong makanan tersebut.
Gigi taring adalah tajam dan mengapit gigi seri pada rahang atas dan bawah. Gigi taring berfungsi untuk mengoyak makanan.
Gigi geraham depan adalah gigi yang mempunyai permukaan rata pada bahagian belakang mulut di sebalik gigi taring dan berfungsi untuk menghancurkan makanan.
Gigi geraham belakang terletak di bahagian belakang dan lebih besar daripada gigi geraham depan. Jenis gigi ini juga rata dan juga digunakan untuk menghancurkan makanan.
Gigi sebelum lahir
Semasa dalam kandungan, bayi sudah mula membentuk gigi pada awal kehamilan. Hakikatnya, tisu pertama tunas gigi bayi terbentuk pada minggu keenam semasa dalam rahim ibu.
Enamel mula untuk berkembang apabila fetus berada pada usia tiga ke empat bulan. Apabila bayi lahir, mereka selalunya sudah mempunyai 20 gigi susu di bawah gusi.
Gusi selepas lahir
Kanak-kanak bermula fasa tumbuh gigi (teething) sekitar usia mereka enam bulan. Ini adalah proses di mana gigi susu hendak keluar melalui gusi bagi membolehkan gigi berfungsi.
Kanak-kanak selalunya tumbuh semua 20 gigi susu sebelum usia mereka 24 bulan. Gigi bayi selalunya akan keluar dalam turutan tertentu termasuklah gigi kacip, gigi geraham depan, gigi taring dan gigi geraham belakang.
Gigi geraham belakang kekal mula tumbuh pada usia kanak-kanak 5 tahun. Gigi geraham ini berada di bahagian belakang dan tumbuh terakhir sekali.
Seterusnya, gigi kacip tengah pada rahang bawah akan tercabut dan digantikan dengan gigi kacip kekal. Meskipun ini adalah turutan standard, namun setiap kanak-kanak mengalami pertumbuhan gigi berbeza dan giginya boleh tercabut pada masa atau turutan yang berbeza.
Dari usia 5 hingga 11 tahun, kanak-kanak akan hilang gigi susu yang lain dan digantikan dengan gigi kekal.
Kanak-kanak akan tumbuh gigi geraham belakang kedua sekitar usia 11 atau 12 tahun. Ini adalah gigi paling belakang yang tumbuh sebelum gigi bongsu, sekitar usia anak 17 hingga 21 tahun.
Namun, bukan semua orang akan tumbuh gigi bongsu. Walau bagaimanapun, jika semua gigi sudah terbentuk, maka terhasil 32 batang gigi secara keseluruhannya bagi orang dewasa.
Bagaimana untuk menangani kehilangan gigi?
Walaupun ia merupakan proses semulajadi, namun kehilangan gigi boleh jadi menyakitkan untuk kanak-kanak, terutamanya bagi anak kecil. Namun, sesetengah kanak-kanak juga ada yang tidak merasai kesakitan semasa gigi tercabut.
Sebagai ibu bapa, anda perlu membantu anak menangani proses ini secara fizikal dan emosi. Setiap ibu bapa perlu menenangkan anak mereka dengan cara menerangkan bahawa setiap kanak-kanak akan merasai pengalaman proses kehilangan gigi untuk tumbuh gigi kekal.
Bagi melegakan kesakitan akibat kehilangan gigi, anda boleh letakkan ubat anti-keradangan atau kompres-dingin tanpa preskripsi bagi melegakan ketidakselesaan.
Berbincanglah dengan doktor gigi anak anda untuk mendapatkan saranan bagi ubat yang boleh mengurangkan sakit gigi kanak-kanak.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Tidur meniarap sebenarnya bukan posisi tidur yang sesuai untuk bayi kecil anda. Tetapi ia menjadi satu kebiasaan apabila ramai ibu yang mengiayakan perkara ini kerana berpendapat bayi akan tidur lebih lena.
Perlu diketahui seperti yang dibincangkan dalam zuriat.my jika waktu anda tidak sedar, bayi berisiko untuk mengalami situasi yang sukar dijangka. Antaranya adalah:
Biasanya bayi yang tidur meniarap, kedudukan kepalanya akan berubah-ubah. Tidak mustahil untuk bayi tertutup muka sendiri. Pada umur yang baru sahaja beberapa bulan, tulang mereka masih belum kuat dan tidak berupaya untuk mengangkat kepala semula andai mukanya tersembam.
Apabila tersembam, bayi tidak boleh minta tolong kerana mereka masih belum dapat bercakap. Sekiranya tersembam dan tiada orang terdekat berhampiran dengannya untuk membetulkan kepala, adalah sangat bahaya dan boleh menyukarkan pernafasan.
Apabila bayi tidur meniarap, akan berlaku tekanan di bahagian rahang bayi. Keadaan ini boleh menyempitkan saluran pernafasan dan menyebabkan mereka susah bernafas. Bayi juga boleh mengalami kesukaran untuk bernafas sekiranya mereka tersembam semasa tidur.
Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) atau Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut sebenarnya adalah nama yang digunakan untuk kes kematian bayi yang berlaku secara tiba-tiba. Bagi kes seperti ini, bayi biasanya tidak menunjukkan tanda sakit ataupun tidak sihat. Bagaimanapun posisi tidur meniarap juga dikaitkan dengan kes kematian seperti ini.
Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) atau Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut sebenarnya adalah nama yang digunakan untuk kes kematian bayi yang berlaku secara tiba-tiba. Untuk kes sebegini, bayi biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda sakit ataupun tidak sihat. Posisi tidur meniarap juga dikaitkan dengan kes kematian bayi sebegini.
Bagi mengatasi kerisauan berkenaan tidur bayi ini, Akademi Pediatrik Amerika telah mencadangkan posisi tidur telentang sebagai posisi tidur yang terbaik bagi bayi pada tahun 1992. Semenjak posisi tidur telentang dicadangkan, kes kematian bayi secara mengejut (SIDS) direkodkan berkurang sehingga 50%.
Bagi kes-kes bayi tertentu seperti yang mempunyai masalah kecacatan di bahagian kepala ataupun mempunyai risiko pernafasan tersekat disebabkan oleh lidah yang besar, posisi tidur telentang ini dikecualikan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih ingat sekitar tahun 2018, tular kisah seorang bayi perempuan, Nur Adriana Maisarah yang menderita kerana menghidap penyakit kulit ekzema yang kritikal.
Kisah Adriana itu turut mendapat perhatian suami kepada pelakon popular Nora Danish, iaitu Nedim Nazri.
Keluarga Adriana dicari dan Nedim telah menanggung segala kos rawatan untuk memulihkan Adriana.
Sejak daripada itu, tanpa sebarang publisiti media, hubungannya bersama keluarga Adriana bertambah akrab dan mereka saling berhubung antara satu sama lain.
Kini selepas 4 tahun berlalu, dalam hantaran terkini Nedim di Instagramnya, dia ada memuatnaik keadaan terkini Adriana.
“This is Adriana now. Pada 2018 saya berkesempatan untuk membantu seorang anak comel yang mempunyai masalah kulit yang kritikal.
“Saya dan isteri mengambil keputusan pada waktu itu untuk menampung kos perubatan si comel ini sepenuhnya dan semenjak itu ayahnya sering memberi update tentang perkembangan Adriana,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Nedim turut menzahirkan rasa teruja apabila Adriana kini telah pun memulakan sesi persekolahannya buat pertama kali.
Katanya lagi, doanya juga akan sentiasa mengiringi Adriana agar urusannya sentiasa dipermudahkan.
“Alhamdulillah after 4 years this beautiful girl is starting her 1st day of school. Syukur Alhamdulillah, uncle Du’aa kan semua di permudahkan untuk Adriana sekeluarga,” kongsinya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa gembira selain turut menitipkan ucapan terima kasih buat Nedim.
“Alhamdulillah, may Allah bless you and family.
“Allahuakbar, semoga Allah balas segala kebaikkan abangku. SubhanAllah saham akhirat yang tinggi dan besar nikmatnya.
“Ya Allah. Empat tahun dah. Rasa kejap je. Alhamdulillah.
“Semoga menjadi asbab saham pahala Boss Ned dan keluarga di akhirat kelak. InsyaAllah. Keep it up boss.
“Alhamdulillah, she’s so beautiful.”
Tidak ketinggalan bapa kepada Adriana sendiri iaitu Mohd Sharil turut menitipkan ucapan terima kasihnya kepada pasangan suami isteri itu.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...