Sebagai ibu bapa sejauh mana kita cukup reda dan maafkan anak bila mereka ada melakukan kesilapan? Adatlah dalam hal ini akan ada situasi anak akan buat perangai dan ibu bapa akan termarah secara spontan.
Kadang tu benda yang kecil pun, kita cepat je marah anak. Mungkin waktu tu kita dalam keletihan dan tak dapat nak kawal perasaan. Menurut Pakar Psikologi, Maznah Ibrahim anak kecil pun boleh jadi pemaaf walaupun dimarah berkali-kali oleh ibu bapanya. Ini kan pula diri kita sendiri.
Saya yakin, sahabat saya semua di sini pemaaf orangnya.
Percaya tak, anak kecil juga amat pemaaf. Namun kadangkala kita orang dewasa yang mudah simpan lama dan belum memaafkan orang, hatta anak sendiri, mungkin anda masih marah untuk beberapa jam atau hari lagi.
Semalam malam saya ada termarah anakanda sulung saya, dalam keadaan saya amat mengantuk (balik hari dari Perlis-Putrajaya-Perlis).
Saya tersedar bila terbangun awal pagi dan teringat untuk minta maaf padanya sesegera mungkin.
Paginya bila dia dalam keadaan cukup segar dan sedar, saya minta maaf untuk insiden semalam.
Mukanya biasa aja, macam tak nak maafkan, hehe
Saya cakap lagi, betapa pentingnya memaafkan agar hati kita bersih, ringan dan boleh move on macamtu… dalam bahasa mudah saya bercerita.
Ads
Kemudian antara ayat saya tu macam kita akan teringat-ingat jika tak memaafkan orang, sukar nak ke depan lebih jauh.
Lepas tu dia kata, dia sebenarnya dah tak ingat dah, dia memang dah maafkan saya (Adeh, mak eh ).
Saya pun puji dan ucapkan terima kasih, puji sebab dia boleh memaafkan dan terima kasih sebab memaafkan kesalahan saya.
Benarlah seperti saya selalu katakan, anak kecil emosinya ringan macam belon. Mereka amat suka main belon, dan beza orang dewasa tak kisah tak heran sangat nak main belon, kejar belon, kan? Sebab emosi anak kecil ringan macam belon dan emosi orang dewasa sarat berat macam sedepuk benda di atas tanah.
Ads
Kat sini ada satu cerita Human Kind kisah benar, bagaimana seorang ibu yang amat redha dan memaafkan pembunuh anaknya….
Dan bagaimana ayat ibu ini amat menyentuh hati sesiapa mendengarnya… betapa positif pandangannya terhadap si remaja pesalah ini, sebagai seorang anak yang suci bersih, dan belum cukup aqalnya.
Ibu ini amat benar. Seorang anak remaja seperti itu masih muda, dan belum cukup matang untuk bertindak rasional. Beza seorang anak dengan seorang ibubapa iaitu orang dewasa, dalam sebarang tindakannya.
Memaafkan adalah kuncinya, agar anak ini boleh move on, jauh lagi
Memaafkan juga adalah kunci perhubungan ukhuwwah sesama manusia, kerana jalinan ini perlu sarat dengan kasih sayang atas nama Rahman Pemurah dan Rahim Pengasihnya Allah, Pencipta kita.
Ads
Bagaimana kita boleh menyamakan diri kita dengan anak kita? Jika anak anda berusia 6 dan anda 36 tahun, beza 30 tahun asam garam dirasai tu, mana mungkin anda layak menyimpan hati, dendam dan menyalahkan si kecil itu, sedang Allah sendiri amat pengampun kepada hambaNya kita yang baaanyak sangat salahnya.
Kuncinya, jadilah seorang Pemaaf, kerana Allah Al Afuw amat pemaaf, dan sifat itu sudah ada dalam diri kita.
Saya merasakan, dan mempercayai, seorang anak, lagi kecil usianya, lagi kuat jati diri dan sifat Asmaul Husna Allah dalam dirinya.
Betapa seorang anak amat innocent, malah bijaksana jauh lebih smart dari kita, kerana kita banyak dipengaruhi judgement, hasil dari pengalaman lampau.
Betapa anak eczema saya jauh lebih berdisiplin dan penyabar dari saya, untuk mempelawa serta menyuakan makanan yang dia tidak boleh makan kepada saya, dan dia tetap berdisiplin tidak makan, kerana dia tahu dia akan kegatalan bila makannya.
Betapa hebat emosi dan kecerdikan anak kecil kita! Kita? Tentunya banyak belajar dari mereka.
Isteri kepada pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie, Nina Sabrina Ismail Sabri akui selepas melahirkan anak, Jeanelle Nika Mandagie dia telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 12 kilogram melalui kaedah urutan dan amalan minum jamu semasa dalam pantang.
Bagaimanapun, dia masih lagi dalam usaha untuk menurunkan berat badan kepada berat badan ideal dan masih lagi berusaha untuk capai berat ideal.
Cuma dalam hal ini, dia tak terlalu obses nak menurunkan berat badan kerana mahu memfokuskan kepada penyusuan anak. Walaupun ramai yang bertanya kepadanya kaedah nak menurunkan berat badan dengan cepat, Nina dengan positifnya memberi jawapan.
Kita tak boleh nak samakan diri kita sebelum mengandung dan selepas melahirkan anak. Ini kerana, kita pernah membawa seorang zuriat dalam rahim selama 9 bulan. Jadi tak boleh nak harapkan badan kita sempurna 100 peratus selepas itu.
Inilah pengorbanan terbesar kita sebagai wanita. Sekurang-kurangnya paling minimum 6 bulan kita boleh mencapainya dan mungkin bagi sesetengah wanita dah tak boleh nak dapat badan yang ramping kerana badan telah mula mengembang.
Apa-apa pun janganlah nak membandingkan antara satu sama lain kerana setiap individu tak sama. Sebaiknya fokus pada diri sendiri untuk elakkan rasa rendah diri.
Penyusuan juga mungkin membuatkan kita cepat lapar dan mahu mengunyah. Jadi ada baiknya memilih snek yang menyihatkan kerana kita yang membuat pilihan.
Ingat tak semua orang sempurna dalam hidup ini. Bagi ibu yang rasa tertekan dengan masalah berat badan susah nak turun janganlah jadikan ia sebab yang boleh buat kita jadi tak gembira. Percayalah jiwa yang positif akan menjadikan kita wanita yang kuat menghadapi setiap cabaran dan cemuhan orang sekeliling.
Sumber: ig ninaismailsabri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau di rumah bila anak dah mula bermain dengan mainannya, mama memang tak kisah. Tapi bila anak dah mula main koyak-koyak kertas, sepahkan sana sini, mula mama naik rimas sebab semakkan seluruh rumah. Mama tolong jangan larang bila anak buat perkara ni!
Apa sebabnya? Sebabnya aktiviti yang nampak remeh dan simple macam ni sebenarnya cukup baik untuk perkembangan anak kecil. Menurut Puan Aisyah Kassim, Patalogis Pertuturan Bahasa, aktiviti yang nampak remeh ini sebenarnya membantu perkembangan anak.
4 Perkembangan Terangsang
Simple je aktiviti, tak payah susah-susah cari barang-barang mahal. Hanya gunakan kertas, koyak, tiup, tampal… itu pun dah banyak skill boleh ajar masa aktivit ni. Contohnya:
1. Fine motor skill – anak-anak gunakan jari-jari untuk koyak kertas. Koyak tau bukan tarik sampai kertas tercabut. Pegang dengan dua belah tangan, 3 jari (tripod) satu tangan twist ke depan, satu tangan twist ke belakang. Semua ni boleh latih kekuatan dan koordinasi sekali gus. Nak lagi kuat, guna kertas tebal sikit.
2. Skill meniup – Boleh ajar anak untuk bentukkan mulut. Mulutkan organ untuk bercakap, jadi kena belajar gerakkan dengan betul supaya dirangsang.
3. Skill Sensory – Main gam tampal-tampal, lumur sikit gam tu kat tangan anak dan tengok react dia macam mana. Anda pun lumur lah kat tangan anda sekali, so anak boleh tengok contoh. Tengoklah samada dia geli atau ok je.
4. Bahasa & Komunikasi – Dan of course masa aktiviti kita mesti bercakap kan dengan anak. Introduce la apa nama objek, nama action, take turn tampal, tiup semua yang penting have fun. Ok ke ok.. ??
Ok..boleh praktis dengan anak kat rumah ya. Selamat bermain…
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perasan tak walaupun anak kita hari-hari gosok gigi tapi gigi tetap jadi hitam dan rosak. Akhir sekali sebab malas nak fikir, ibu biarkan je dengan alasan baru gigi susu. Memang nampak mudah tapi jika dibiarkan ia akan makin melarat.
Mungkin lepas anak dah besar sikit dan tahu malu, boleh menjejaskan keyakinannya bila bersosial sementara tunggu gigi kekal tumbuh.
Susulan perkongsian Wawa Zainal di instagramnya mengenai masalah gigi anak keduanya, Hayla yang reput, Dr Iqbal Rosali berkongsikan pandangan dan tip penjagaan gigi untuk anak-anak.
Jangan biarkan anak tertidur dengan botol mengandungi susu atau air manisan. Walaupun anak sudah tidur dan tidak menghisap lagi, susu tetap akan menitik dan menyebabkan bertakung di dalam mulut. Pengumpulan susu ini boleh merosakkan gigi.
Bersihkan mulut anak 2 kali sehari seperti mana kita menggosok gigi. Gunakan kain lembap yang dibalut pada jari manis anda dan digosok pada gigi dan gusi.Bagi anak yang sudah mempunyai banyak gigi susu, boleh bertukar kepada berus gigi kanak-kanak atau gunakan ‘finger toothbrush’.
Perlahan-lahan perkenalkan penggunaan ubat gigi. Anak kecil sudah boleh gunakan ubat gigi mengandungi flourida. Pastikan yang dibeli adalah untuk kanak-kanak. Cuma letakkan ubat gigi dengan saiz sebiji beras. Ia akan lebih mudah dibersihkan dan tidak takut ditelan oleh anak kerana kuantiti yang sangat sedikit.
Anak yang sudah besar sikit (2-3 tahun), pastikan jangan dibiarkan mereka gosok gigi sendiri. Pastikan ibu bapa menolong mereka menggosok gigi.
Kurangkan penggunaan botol susu secara berperingkat. Galakkan minum menggunakan cawan, ‘sippy cup’ atau sudu seawal usianya 6 bulan.
Bilas mulut bayi anda dengan menggalakkan meminum air kosong selepas menghabiskan susu atau hidangan ‘solid food’.
Elakkan memasukkan gula ke dalam susu bayi anda. Malah, elakkan menggantikan dengan apa-apa jenis minuman manis ke dalam botol susu.
Jika anak menangis semasa membersihkan gigi, kentalkan jiwa, cekalkan hati. Biarlah mereka menangis seketika itu. Ia tidak akan membawa trauma sepanjang hayat hanya semata-mata membersihkan gigi.
Yang paling penting, bawalah anak masing-masing untuk pemeriksaan gigi seawal gigi pertama tumbuh. Kemudian, disusuli pula dengan setiap enam bulan sekali. Pada masa inilah ibu bapa boleh menilai dan muhasabah adakah penjagaan gigi anak selama ini betul dan berkesan.
Sebagai hadiah sempena Hari Raya dan bagi meringankan beban, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56.