Trauma buat anak kecil ini apabila tiba-tiba dipatuk ular dalam rumah ketika sedang bermain. Mujurlah ketika kejadian semua ahli keluarga ada dan terus di bawa menerima rawatan dengan segera.
Biarpun masih dalam keadaan terkejut dan sehingga kini masih lagi dibawah pemantauan doktor, keadaan Naira Nur Aleena atau Nana (nama manja) yang berusia 4 tahun makin beransur baik dan sihat.
Perkongsian daripada PuanSyakira Abu Samah ini sebagai peringatan buat ibu bapa untuk sentiasa berhati-hati walaupun di dalam rumah.
Tiba-tiba anak menangis
Kejadian berlaku pada 24/8 jam 3.45 petang. Masa tu anak tengah main pijak-pijak bubble wrap dengan neneknya. Tiba-tiba anak menangis dan seekor ular menyusur keluar dari bawah kerusi di ruang tamu. Nenek dan atuknya bunuh ular (NAJA SUMATRA).
Ads
Dapat rawatan pertama di Klinik Kesihatan Sanggang, Temerloh. Selepas doktor dan MA periksa, memang kena pergi hospital (Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh). Dalam jam 4.30, tiba di wad kecemasan hospital. Doktor bagi suntikan antivenom (ular tersebut bawa sekali untuk bukti) dan jam 8 malam baru naik wad.
Perlu jalani pembedahan
Ads
Doktor on antibiotik, untuk kawal surut bengkak. Dari malam pertama sampai malam ke-5, bengkak beransur surut dan doktor pakar ortopedik, pakar ular n pakar paediatrik buat keputusan, dah boleh operate esoknya.
Operatenya pada 30/8, tarikh operation. Kami merdeka dalam wad. 2/9 dah boleh keluar wad. Mulalah episod hari-hari buat perlu dressing do klinik kesihatan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berat badan bayi bukan untuk melihat sama ada bayi kurus atau gemuk, ia merujuk ia adalah penanda aras perkembangan dan tumbesaran bayi. Tumbesaran bayi mesti mengikut aliran carta kesihatan yang betul.
“Berapa berat baby ni?” Itulah antara soalan ‘wajib’ yang sering ditanya setiap kali berbual tentang perihal bayi. Isu berat badan bayi juga ada kala menimbulkan kebimbangan pada ibu bapa apabila ia tidak selari dengan perkembangannya.
FAKTOR GENETIK, KESIHATAN & PEMAKANAN IBU TENTUKAN BERAT BADAN BAYI SEMASA LAHIR
Bayi dilahirkan dengan ukuran dan ciri yang berbeza. Berat badan bayi yang baru dilahirkan berbeza antara 2.5 hingga 4.5kg. Ukuran berat bayi boleh ditentukan berdasarkan faktor genetik, kesihatan ibu dan pemakanan ibu sepanjang kehamilan.
Selalunya berat bayi bergantung kepada berat lahir. Menjelang umur lima hingga enam bulan, kebanyakan bayi akan mencapai berat badan dua kali ganda daripada berat badan ketika dilahirkan.
Makanan amat penting untuk pertumbuhan bayi. Bagi enam bulan pertama bayi amat bergantung kepada susu ibu. Ketika ini berat bayi akan meningkat. Namun bagi bayi yang mempunyai masalah kesihatan seperti masalah penghadaman, cirit birit berterusan, muntah akan menjejaskan perkembangan bayi. Bayi perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor.
IBU BESAR BERMAKNA BAYI JUGA BESAR?
Ibu yang mempunyai saiz badan yang besar maka bayinya juga besar atau ibu mempunyai saiz badan kecil? Fakta ini tidak benar! Namun, jika berlaku, ia mungkin disebabkan oleh faktor genetik, bayi yang dilahirkan adalah sihat.
Ada juga yang disebabkan oleh masalah kesihatan seperti rahim, uri, pemakanan dan penyakit yang dihidapi oleh ibu semasa hamil. Misalnya kencing manis tidak terkawal semasa hamil akan mengakibatkan bayi dilahirkan bersaiz besar.
BERAT BADAN BAYI DIREKODKAN LEPAS LAHIR
Selepas dilahirkan, bayi akan ditimbang dan berat badannya akan direkodkan dan perkembangannya dicatitkan setiap bulan walaupun ketika anda masih berpantang. Malah ia diteruskan semasa anda mendapatkan suntikan imunisasi anak di klinik.
Maklumat tumbesaran bayi akan dicatatkan dalam rekod kesihatan bermula setelah bayi dilahirkan.
NAIK BERAT TERLALU TINGGI PERLU DIRUJUK KEPADA DOKTOR
Jika bayi anda dilahirkan bersaiz besar, ia tidak perlu dirisaukan asalkan beratnya dalam lingkungan kesihatan. Jika berlaku peningkatan yang tinggi sehingga keluar daripada had paras yang sepatutnya, doktor atau jururawat akan bertanya mengenai jumlah penyusuan bayi, berapa kali bayi kencing dan berapa lama dia tidur.
LEPAS LAHIR 10 HARI, BERAT BAYI BOLEH TURUN HINGG 20% DARI BERAT BADAN ASAL
Apabila anda menyedari bahawa berat bayi menurun, jangan panik! Ia perkara biasa bagi bayi selepas dilahirkan. Biasanya selepas 10 hingga 14 hari, berat bayi akan menurun antara 10% hingga 20% daripada berat badan asal. Dapatkan pemantauan kesihatan bayi untuk mengesan sebarang ciri abnormal jika berat badannya semakin menurun!
BERAT BADAN KURANG, IBU MESTI PASTIKAN PEMBERIAN HINDMILK MENCUKUPI & PELEKAPAN BETUL
Sebelum lahir, bayi mendapat bekalan nutrien melalui plasenta secara tetap, tetapi selepas dilahirkan bayi mendapat sumber makanan melalui penyusuan susu ibunya. Selepas dua minggu berat bayi akan mula bertambah disebabkan oleh penyusuan susu ibu.
Tetapi jika berat bayi masih berkurangan iaitu tidak mengikut carta kesihatan yang betul, ia mungkin disebabkan kesihatan bayi dan tidak mendapat susu ibu yang cukup. Oleh itu, ibu perlu mendapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu yang betul seperti pelekapan dan tempoh penyusuan sehingga bayi kenyang (pemberian susu foremilk dan hindmilk kepada bayi).
BAYI KURANG BERAT BADAN
Ia tidak menjadi masalah asalkan berat bayi masih lingkungan carta kesihatan. Tetapi jika berat bayi telah turun ke paras yang rendah pihak doktor akan membuat pemeriksaan lanjut.
Bayi pramatang selalunya dilahirkan kurang berat badan dan tidak boleh dibandingkan dengan bayi yang dilahirkan cukup bulan. Bayi pra matang mempunyai carta perkembangan khas sendiri. Selalunya bayi pramatang mempunyai jadual penyusuan untuk menaikkan berat badannya. Ini kerana bayi pra matang ini kerap tidur dan tidak akan bangun untuk menyusu. Oleh itu, bayi pra matang diberi susu khas untuk meningkatkan berat badannya. berbanding permintaan penyusuan bayiz
Kembar selalunya dilahirkan dengan berat badan yang berbeza. Jadi setiap mereka mempunyai carta dan perkembangan masing-masing.
PANTAU PERKEMBANGAN BERAT BADAN BAYI
Biasanya, perkembangan bayi akan dicatat dalam carta kesihatan pertumbuhan bayi. Carta ini dijadikan rujukan dan panduan untuk mengetahui sama ada bayi mengalami pertumbuhan yang normal atau tidak.
Pastikan anda melakukan pemeriksaan rutin perkembangan kesihatan bayi untuk mengetahui perubahan-perubahan yang terjadi setiap bulan.
Carta ini akan dapat membantu jika timbul sebarang masalah kesihatan kepada anak anda. Melalui carta kesihatan bayi akan menunjukkan berat badan idea pada setiap bulan dan pertumbuhan tinggi dan ukuran lilitan kepalannya.
Menurut carta pertumbuhan kesihatan, berat badan bayi yang sihat akan menunjukkan peningkatan pada setiap pertambahan usianya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu hamil memang teruja untuk bertemu bayi yang dikandung, tapi bila memikirkan proses kelahiran, Datin Zizie Izette rasa takut pula. Apa pun ia adalah perasaan yang normal.
Zizie yang mempunyai pasangan kembar Aadam Zac Izette & Aaleph Zeke Izette yang dilahirkan secara pramatang 34 minggu 5 hari.
Kini pada usia kehamilan 34 minggu 3 hari, beliau mula berasa risau dan berdebar untuk dalam masa bersalin sebulan lagi.
“Going to be 34 weeks pregnant in 3 days time.
“Kalau ikutkan time Adam Aaleph, minggu depan I dah bersalin. I gave birth to my boys at 34 weeks 5 days. (Premature babies)
“Alhamdulillah, pregnant kali ni terasa lebih senang berbanding dengan dulu. Mungkin sebab kali ni single baby.
In shaa Allah sebulan je lagi nak jumpa baby girl. Tapi bila fikir nak kena inject epidural di tulang belakang & perut nak kena belah lagi tiba-tiba jadi takut pulak.
Ya Allah, I’m praying for a safe delivery & a healthy baby. Amin Aminn Aminnnn.
Selain anak kembarnya, Zizie turut memiliki dua anak angkat yang amat disayanginya iaitu Naila Nurjenna, 4 tahun, dan Aaric Zayn Izette, 2 tahun.
Ahli keluarga, rakan artis dan peminat berkongsi tip memberikan sokongan kepada Zizie yang bakal melahirkan dalam masa 30 hari lagi.
IBU TURUT MENDOAKAN
IBU KONGSI PENGALAMAN CAESEREAN 3 KALI
NOURUL DEPP BERI SARANAN PAKAR BIUS
Sumber: Instagram @zizieizette
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak adalah amanah dan anugerah terindah daripada Allah buat pasangan yang berkahwin. Bagi pelakon Lana Nodin, kehadiran dua anak, Gia Quinn dan William atau Billy melengkapkan kebahagiaan rumah tangganya dan suami, Mohd Daud McKienzie.
Kata Lana, dia sanggup berkorban apa saja demi memastikan dua anaknya itu membesar dengan sebaik mungkin.
“Selepas anak kedua, Billy diuji dengan masalah jantung sebelum ini, saya sedar betapa besarnya nikmat kesihatan pada anak.
“Saya bersyukur kerana kami sekeluarga berjaya melalui ujian getir itu sebelum ini berkat doa yang tidak pernah putus daripada keluarga, rakan dan peminat,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri di kediamannya di Taman Melawati, Hulu Klang, baru-baru ini.
Bercerita mengenai kesihatan Billy, Lana berkata, anak keduanya itu sudah pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan sebelum ini.
Billy menjalani prosedur rawatan ‘baloon valvuloplasty’ berikutan mengalami masalah injap sempit (aortic stenosis) di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada Februari lalu.
“Alhamdulillah, Billy sudah sihat sepenuhnya selepas pembedahan dijalankan. Ia satu keajaiban kerana pembedahan itu berjaya dan sempurna,” katanya.
Bagaimanapun, doktor turut mengesan ada kebocoran di tempat lain pula selepas pembedahan itu tetapi ia tidak berbahaya.
“Kebocoran itu tiada kaitan dengan tempat atau kesan dari pembedahan terbabit. Doktor juga beritahu, kami tidak perlu bimbang mengenai kebocoran itu, “ katanya.
Walaupun keadaan Billy sudah pulih, mereka masih memantau keadaan kesihatan Billy dari semasa ke semasa.
“Saya akan membawa Billy untuk membuat rawatan susulan pada Ogos nanti. Keadaan Billy sekarang lebih aktif dan lasak daripada kakaknya, Gia. Sebelum pembedahan dulu, Billy kurang aktif,” katanya.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.