Penyakit kanser menjadi ketakutan bagi sesiapa pun. Kanser payudara dan kanser serviks semestinya menjadi satu igauan ngeri bagi semua wanita. Namun kanser, penyakit tanpa faktor dan sebab ini boleh dihidapi sesiapa sahaja tanpa ketahui apa punca sebenarnya.

Namun kenyataan daripada doktor pakar ini pastinya memberi sedikit kelegaan kepada wanita, lebih-lebih yang menyusukan anak.

Menurut Dr Sarinah Basro, Consultant Breast & Endocrine Surgeon,  Avisena Specialist Hospital, memberi susu badan kepada bayi sekurang-kurangnya enam bulan dapat mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.

Tidak Mustahil Hidap Kanser Waktu Hamil, Penyusuan Mampu Rendahkan Risiko!
Dr Sarinah Basro.

 

Lebih lama seseorang wanita memberi susu badan, lebih kecillah risikonya untuk mendapat kanser payudara. Menyusu badan mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 4.3 peratus setiap tahun penyusuan.

Walaubagaimanapun, pengurangan risiko ini tidak terjadi kepada semua wanita, malahan ada wanita yang menyusu bayi lebih dari setahun pun tetap mendapat kanser payudara.

Malah Dr Sarinah Basro turut merungkai permasalahan kanser payudaya yang turut berlaku kepada ibu hamil.

Secara umum, faktor sebenar penyebab kanser payudara tidak diketahui. Semua wanita berisiko mendapat kanser payudara, tetapi sesetengah wanita lebih berisiko daripada yang lain. Faktor- faktor yang meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara adalah:

Tidak Mustahil Hidap Kanser Waktu Hamil, Penyusuan Mampu Rendahkan Risiko!

  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara (terutamanya ibu atau adik-beradik perempuan)
  • Sejarah telah mendapat kanser pada satu payudara.
  • Terdedah kepada kesan hormon estrogen yang berpanjangan seperti

                –  peningkatan usia

                – mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat               (selepas umur 50 tahun)

                – tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada       umur melebihi 30 tahun.

IKLAN

                – pengambilan pil hormon gantian yang berpanjangan di kalangan wanita-           wanita keputusan haid ( menopause)

  • Obesiti atau kegemukan

Walaubagaimanapun, faktor risiko ini tidak terjadi kepada semua wanita, malahan mereka yang tidak punya faktor risiko juga boleh mendapat kanser payudara.

Tidak Mustahil Hidap Kanser Waktu Hamil, Penyusuan Mampu Rendahkan Risiko!

Wanita yang menghidap kanser ketika hamil adalah insiden atau satu kebetulan. Tiada punca dan kesan yang jelas yang dapat dikaitkan antara kanser dengan kehamilan. Beberapa kajian kanser payudara mendapati majoriti kanser payudara yang didiagnosis ketika hamil adalah reseptor hormon yang negatif. Ini bermaksud, ia tidak bergantung pada kadar tinggi hormon wanita yang hadir ketika mengandung.

Oleh itu, tiada bukti menunjukkan bahawa terdapat perubahan dalam wanita mengandung yang mendedahkan mereka kepada pembentukan kanser.

Risiko Rawatan Kanser Pada Ibu Hamil

Adalah berbahaya bagi ibu hamil untuk menjalani setiap rawatan kimoterapi dan sebagainya namun menurut Dr Sarinah lagi, setiap pesakit perlu menjalani rawatan yang sama seperti pesakit kanser yang lain.

Ibu hamil yang disahkan mengidap kanser payudara perlu mendapat rawatan sepertimana pesakit-pesakit yang lain. Rawatan yang diberikan adalah bergantung kepada tahap kanser payu dara itu. Walaubagaimanapu ia perlu disesuaikan dengan peringkat kehamilan untuk mengurangkan risiko terhadap bayi dan kandungan.

IKLAN

Antara risiko kemoterapi kepada janin adalah keguguran, kematian bayi dalam kandungan, kecacatan dan merencat perkembangan bayi atau kurang berat badan.

Oleh itu, rawatan kemoterapi ketika trimester pertama (< 12 minggu) cuba dielakkan kerana ia tempoh penting untuk pembentukan organ dalaman bayi dalam kandungan. Kemoterapi yang dilakukan ketika trimester kedua (12-24 minggu) dilaporkan selamat untuk pesakit hamil. Doktor juga akan cuba tidak melakukan rawatan kemoterapi pada penghujung trimester ketiga supaya tidak timbul komplikasi ketika hampir waktu kelahiran.

Teknik Penyusuan Perlu Tepat

Tidak Mustahil Hidap Kanser Waktu Hamil, Penyusuan Mampu Rendahkan Risiko!

Terdapat pelbagai aspek yang seharusnya diberikan perhatian ibu bagi memastikan kesihatan ibu terjamin. Antara hal yang perlu diberikan keutamaan adalah ketika proses menyusukan anak serta menjaga payudara itu sendiri agar dapat memberikan susu berkualiti disamping menjaga kesihatan ibu. Jangan lepas pandang, wajib berikan perhatian kepada teknik penyusuan misalnya supaya dapat mengelakkan sebarang risiko.

Penyusuan ibu juga perlu dilakukan secara berterusan sebagai salah satu langkah mengelakkan daripada kanser payudara. Hal ini perlu diketahui oleh semua wanita.

Satu hal yang perlu diberikan perhatian adalah mengenai teknik penyusuan yang tepat agak ibu terhindar daripada permasalahan ketika menyusu. Malah pelbagai risiko bakal mengundang jika penyusuan tidak dilakukan dengan sebaiknya.

IKLAN

Menurut Puan Suriayana Mohd Said, Nurse Manager Nursery dan Kaunselor Laktasi, Avisena Women & Children Hospital, ibu sering berdepan dengan masalah ketika menyusukan anak. Antara permasalahan yang sering dihidapi ibu adalah masalah merekah dan melecet.

Tidak Mustahil Hidap Kanser Waktu Hamil, Penyusuan Mampu Rendahkan Risiko!
Puan Suriayana Mohd Said.

 

“Jika merekah/melecet, ibu masih boleh meneruskan penyusuan. Sekiranya ibu merasa sakit atau terdapat luka berdarah dari puting, boleh rehatkan payudara tersebut daripada menyusu dan melakukan perahan sekurang-kurangnya 8 kali sehari dan mulakan penyusuan semula apabila puting sudah sembuh.

Jika susu perahan mengandungi darah adalah selamat diberikan tapi ada beberapa pengecualian dan perlu dielakkan memberi susu ibu jika dalam masa terdekat ibu pernah menghidapi jangkitan seperti hepatitis, sepsis atau penyakit bahaya yang lain. Bincang dengan doktor sebelum memberi anak susu bercampur darah.

Selain itu, ibu juga boleh dikaitkan dengan tiga permasalahan lain yang mengundang bahaya kepada ibu ketika menyusu.

Tidak Mustahil Hidap Kanser Waktu Hamil, Penyusuan Mampu Rendahkan Risiko!

Jangkitan kulat

  • Jangkitan kulat mudah terjadi kepada puting atau kulit yang luka dimana medium yang lembab yang sesuai untuk pertumbuhan kulat.
  • Tanda-tanda jangkitan kulat seperti merasa sakit semasa dan selepas penyusuan yang tidak pernah dialami sepanjang penyusuan. Sakit seperti pisau yang menusuk/ bersifat panas serta terbakar pada payudara. Puting dan kawasan areola menjadi keruping dan kemerahan. Terdapat tompokan putih pada mulut bayi yang menunjukkan si bayi mungkin terkena jangkitan.
  • Jika ibu ada jangkitan kulat pada puting adalah selamat untuk menyusukan bayi dengan syarat ibu dan anak mendapat rawatan. Susu ibu mengandungi pelbagai antibody, anti-bacteria dan juga anti-kulat. Ibu perlu berjumpa doktor untuk mendapat ubat anti kulat dan bayi perlu diberikan oral anti-kulat sebagai pencegahan.

Tidak Mustahil Hidap Kanser Waktu Hamil, Penyusuan Mampu Rendahkan Risiko!

Bengkak susu

  • Payudara yang bengkak, rasa sakit, nampak berkilat, merah. Terjadi disebabkan lewat memulakan penyusuan selepas bersalin, pelekapan salah, tidak menyusu dengan kerap. Ia boleh dicegah dengan menyusukan bayi seawal mungkin selepas kelahiran, dengan kerap mengikut permintaannya dengan posisi dan pelekapan yang betul.

Mastitis

  • Mastitis keadaan dimana payudara mengalami keradangan dan boleh menjadi jangkitan. Ibu akan merasa sakit, demam dan tidak sihat. Sebahagian payudara bengkak, keras dan merah.
  • Beza bengkak dan mastitis: bengkak berlaku pada keseluruhan payudara dan biasanya kedua-dua belah. Mastitis berlaku sebhgian payudara dan selalunya sebelah sahaja.
  • Mastitis boleh berlaku kepada payudara yang bengkak/akibat saluran tersumbat.
  • Boleh dirawat dgn antibiotik.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI