Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Home Keibubapaan Penjagaan Anak Tidur Meniarap & Mengiring Tak Sesuai Untuk Bayi. Posisi Terlentang Kurangkan Risiko...

Tidur Meniarap & Mengiring Tak Sesuai Untuk Bayi. Posisi Terlentang Kurangkan Risiko Kematian Mengejut

Posisi tidur amat mustahak terutamanya bagi bayi yang masih kecil. Kenapa bayi tidak digalakkan tidur mengiring atau meniarap?

Mama dan papa kena tahu dan faham corak tidur bayi baru lahir & langkah keselamatan yang perlu diambil.

Bayi baru lahir, banyak tidur daripada waktu jaga. Dia akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, dan hanya akan terjaga apabila tiba waktu lapar untuk menyusu. Ini berlaku kerana bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam.

Pada usia sekecil ini, mereka boleh tidur dengan purata 16 jam sehari, di mana dalam tempoh dua hingga empat jam terus-menerus di antara waktu menyusu!

Tidur Meniarap & Mengiring Tak Sesuai Untuk Bayi. Posisi Terlentang Kurangkan Risiko Kematian Mengejut

FAHAMI RUTIN TIDUR BAYI BARU LAHIR

Mama papa perlu tahu bahawa bayi baru lahir tiada ada jadual tidur yang tetap. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan dan lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam iaitu 6 hingga 8 jam.

Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bising jika tidak dapat tidur nyenyak. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam dan tidak tidur. Mama papa tidak perlu risau pada ganggguan tidur kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.

Namun sekiranya bayi menangis berterusan selama beberapa minit, maka anda perlu memberi perhatian. Dia mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.

Tidur Meniarap & Mengiring Tak Sesuai Untuk Bayi. Posisi Terlentang Kurangkan Risiko Kematian Mengejut

IKLAN

POSISI TIDUR

American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah tidur terlentang dan bukan meniarap atau mengiring.

Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan bagi bayi yang mengalami kecacatan pada bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.

Tidur Meniarap & Mengiring Tak Sesuai Untuk Bayi. Posisi Terlentang Kurangkan Risiko Kematian Mengejut

TIP KESELAMATAN BAYI DI TEMPAT TIDUR

#1: Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.

IKLAN

#2: Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada bahagian-bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat.

#3: Jika menggunakan selimut, pastikan kaki bayi berada di penghujung palang katil.

#4: Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya sahaja.

#5: Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.

#6: Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut yang boleh menyebankan dia tenggelam.

IKLAN

Tidur Meniarap & Mengiring Tak Sesuai Untuk Bayi. Posisi Terlentang Kurangkan Risiko Kematian Mengejut

PASTIKAN TIDUR TERLENTANG

Selain itu, pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai. Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.

Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika dalam keadaan jaga untuk menggalakkan perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.

Tidur Meniarap & Mengiring Tak Sesuai Untuk Bayi. Posisi Terlentang Kurangkan Risiko Kematian Mengejut

LANGKAH KESELAMATAN BERKAITAN TEMPAT TIDUR BAYI

  1. Seboleh-bolehnya, elakkan bayi daripada berkongsi katil dengan orang lain kerana ia boleh membahayakan bayi
  2. Boleh tempatkan katil/ kot bayi berdekatan dengan katil ibu untuk memudahkan penyusuan susu ibu dan memudahkan ibu untuk menyentuh bayi.
  3. Sekiranya anda ingin menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak ditidurkan dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas atau longgar. Ini sebagai langkah untuk mengelakkan bayi lemas.
  4. Katil anda perlu dijauhkan dari dinding atau perabot untuk memastikan bayi tidak mudah tersepit.
  5. Orang dewasa dan kanak-kanak selain dari ibu bapa dan bayi tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi untuk mengelakkan risiko bayi tersepit atau tertindih.
  6. Ibu atau bapa yang berkongsi tempat tidur dengan bayi perlu dipastikan tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang mungkin akan membahayakan penjagaan bayi.


5 TIP BANTU BAYI TIDUR

  1. Tidurkan bayi bila tiba masa yang sesuai untuk tidur dan sediakan tempat tidur yang selesa dan selamat untuknya.
  2. Elakkan memberikan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin apabila bayi dalam waktu tidur.
  3. Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
  4. Pangku bayi sebelum tidur dan letakkan bayi ke atas katilnya sebelum bayi tertidur. Dengan cara ini bayi boleh belajar untuk tidur dengan sendiri tanpa didodoi atau
  5. Mainkan muzik/ zikir yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur. Ini boleh membentuk rutin tidur untuknya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI