Kesan atau lapisan putih pada lidah bayi kerap kali timbul. Adakah ia berbahaya? Bimbang kalau ia boleh menyakitkan bayi!
BAYI MENYUSU SUSU IBU & FORMULA BOLEH ALAMINYA
Kerap kali mama dan papa mendapati kesan ini pada lidah bayi. Ia tidak hanya terjadi kepada bayi yang menyusukan susu formula, malah bayi yang lima bulan dan menyusu susu ibu sepenuhnya juga boleh mengalaminya.
KULAT SUSU
Ramai ibu yang mendapati lapisan putih ini walau pun kerap dibersihkannya dengan kain lembap tetap berulang lagi dalam masa yang singkat. Kesan atau lapisan putih itu dinamakan sebagai oral thrush atau oral candidiasis yang lebih sering dikenali sebagai kulat susu. Ia nya adalah sejenis kulat yang tumbuh pada kesan susu yang mendap di mulut bayi.
Bayi mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan kerana daya ketahanan tubuh yang lemah dan masih berkembang. Bayi yang lahir pramatang (kurang daripada 37 minggu kehamilan) lebih berisiko untuk mengalaminya.
Ads
BERSIHKAN SETIAP KALI MANDI
Mama dan papa disarankan untuk mengamalkan untuk membersihkan bahagian dalam mulut bayi setiap kali bayi mandi. Kadangkala kulat susu ini boleh membuat bayi tidak selesa pada bahagian dalam mulut yang boleh mengakibatkan bayi kurang menyusu.
Ads
STERIL
Anda dinasihatkan untuk kerap membersihkan dan mensterilkan/ menyahkuman permainan bayi atau teether, botol susu, puting, botol minuman, sippy cup dan segala kelengkapan makan minum bayi. Selain itu, pastikan mama papa dan penjaga mengamalkan membasuh tangan setiap kali selepas menukar lampin bayi.
RISIKO KEPADA IBU MENYUSU
Ads
Jika bayi anda mengalami jangkitan kulat susu ini, anda berisiko untuk dijangkiti. Bagi ibu menyusu, ia dinamakan nipple thrush. Antara simptom nipple thrush ialah rekahan atau kesan berkeping pada puting diikuti rasa sakit pada aerola. Malah puting dan aerola juga boleh bertukar warna.
DAPATKAN RAWATAN
Kulat susu apabila terjadi tidak mudah dibersihkan dan mungkin boleh menyebabkan bayi mengalami kesakitan. Mama papa disarankan membawa bayi untuk mendapatkan rawatan sekiranya ia berlarutan. Terdapat ubat yang boleh diberikan oleh doktor untuk tujuan menyembuhkan bahagian dalam mulut dari kulat susu ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila gigi pertama bayi mula tumbuh, itu tanda si kecil sedang melalui satu lagi tahap perkembangan yang penting! Walaupun saat ini sangat menggembirakan, ia juga boleh jadi mencabar kerana bayi mungkin rasa tidak selesa atau mudah meragam. Jom kita fahami apa sebenarnya berlaku semasa proses ini dan bagaimana ibu bapa boleh bantu bayi lebih tenang dan selesa.
Bila Gigi Pertama Mula Tumbuh?
Kebanyakan bayi mula tumbuh gigi pertama sekitar umur 6 bulan, tapi ada juga yang seawal 4 bulan atau lambat sedikit hingga umur 12 bulan. Gigi pertama yang muncul biasanya adalah dua batang gigi bawah di tengah (gigi insisor tengah bawah).
Tanda-Tanda Bayi Sedang Tumbuh Gigi:
Kerap mengigit atau menggigit jari/mainan
Air liur meleleh lebih dari biasa
Suka menggosok atau menarik telinga
Gusi nampak bengkak atau kemerahan
Lebih mudah meragam atau tidak selesa
Kadang-kadang demam ringan (tetapi bukan demam tinggi)
Cara Legakan Gusi Bayi Yang Sakit:
Teether Sejuk Simpan teether di peti sejuk (bukan peti beku) dan beri bayi gigit — ia bantu kurangkan bengkak dan sakit.
Urut Gusi Dengan Jari Bersih Gosok perlahan gusi bayi menggunakan jari yang bersih untuk beri kelegaan sementara.
Lap Air Liur Berlebihan Selalu lap air liur yang meleleh untuk elak ruam di dagu atau leher.
Tuala Sejuk Boleh beri bayi gigit tuala kecil yang dibasahkan dan disejukkan — selamat & menenangkan.
Elak Guna Gel Gigi Tanpa Nasihat Doktor Jangan guna sebarang produk sapuan yang mengandungi bahan kebas (numbing agents) tanpa nasihat doktor.
Walaupun gigi masih belum tumbuh sepenuhnya, kebersihan mulut tetap penting. Bersihkan gusi bayi setiap hari menggunakan kain lembut yang dibasahkan. Bila gigi pertama muncul, mulakan memberus gigi dengan berus gigi bayi dan air bersih — tanpa ubat gigi dahulu. Elakkan bayi tidur sambil menyusu botol kerana ia boleh menyebabkan kerosakan gigi awal (early childhood caries). Penjagaan awal ini bantu biasakan si kecil dengan rutin kebersihan mulut sejak bayi lagi.
Tumbuh gigi adalah proses semula jadi dalam perkembangan bayi — walaupun kadangkala mencabar, ia akan berlalu. Dengan sokongan, perhatian, dan kesabaran ibu bapa, si manja akan kembali ceria dan tersenyum manis dengan sebatang gigi comel yang pertama!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kegigihan wanita bergelar ibu untuk terus menyusukan bayi walaupun mempunyai jadual kerja terlalu padat sehari semalam patut dijadikan kisah insipirasi oleh ibu-ibu bekerjaya lain.
Semua ibu mesti menyimpan impian untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Namun bagaimana nak terus gigih menyusukan bayi bila jadual kerja bermula seawal 5.30 pagi dan pernah balik rumah lebih pukul 12 tengah malam?
Kisah pengalaman yang dilalui oleh Doktor Marlyana Termizi, seorang doktor pelatih dan ibu menyusu diharap dapat memberi semangat kepada semua ibu-ibu yang menyusukan anak. Jika dia boleh mengapa anda tidak?
DOKTOR PELATIH (HO) DAN MENYUSUKAN ANAK
Bismillahirrahmanirrahim
Sebelum ni saya rasa keberatan sebab rasa tak layak mahu berkongsi sebab susu cukup-cukup makan.
Sejak ayyash 5 bulan setengah dah terpaksa campur dgn susu formula sebab jadual kerja yang terlalu pack sampai tak cukup makan
Tapi alhamdulillah sampai sekarang (7 bulan) saya masih lagi teruskn pam susu
Harapnya perkongsian ni dapat memberikan semangat untuk ibu-ibu diluar sana
JADUAL YANG PADAT!
Jadual harian saya sebagai doktor pelatih
setiap hari perlu sampai di hospital sblum pukul 7 pagi. Paling awal saya pernah smpai pukul 5.30 pagi
pulang ke rumah kebiasaannya sekitar jam 10 malam, paling lambat pernah punch out pukul 12++ midnight (average working hours per day 15 hours)
jadual oncall : 7 pagi smpai 12 tgh hari esoknya utk posting surgical….berbeza ikut posting
Kerja malam Pediatrik 7mlm – 7 pagi
MENTAL PREP
sebelum masuk kerja, semasa tempoh berpantang kene ada aim yg kuat nak exclusively BF for 6 month dn sampai 2 tahun nak breastfeed
TAHU kenapa nak teruskan bf?
*saya niatkn susu yg anak saya dapat akan menjadi darah daging dia dan saya akn dapat pahala berterusan
* manfaat susu ibu itu sendiri dari segi antibodi, IQ baby lebih tinggi, mengurangkan risiko jangkitan paru-paru pada tahun pertama dan macam-macam lagi
KNOWLEDGE PREP
frequency pump, latching(lekapan) bayi, direct feed, cara penyimpanan susu, power pumping semua boleh google atau boleh jumpa pakar laktasi
yang ni PENTING, Kene banyak membaca sewaktu tempoh mengandung
waktu menyusu anak pertama, saya struggle utk latch(lekapan) perfectly sampai jadi sore and irritated nipple, tapi saya teruskan penyusuan, tahan je sakit sampai nangis-nangis
After 2 weeks, dah tak sakit dan dah tahu teknik yang betul
menyusu waktu malam penting utk ransangan pengeluaran susu sebab hormon prolactin dikeluarkan pada waktu malam
jadi saya gagahkan juga waktu malam bangun 2-3 kali untuk menyusu
kalau penat sangat balik pukul 12 tgh malam, dan kerja esok harinya saya akan pump sebelum tidur dan mak mentua saya yang bangun untuk bagi susu (saya masih pjj dengan suami; suami masih di India)
PERSEDIAAN BARANG-BARANG KELENGKAPAN PENYUSUAN
1. BREAST PUMP
saya ada dua pump susu. satu pump susu yang bulky dan tahan untuk heavy work untuk letak di rumah sahaja
satu lagi yang handfree dan sangat mobile
dua-dua jenis dual pump, jimat masa
– knapa saya perlukan dua?
untuk jimatkan masa
pump susu mobile memang letak je dalam beg utk ke tmpat kerja, so takde peluang utk tertinggal
sebelum pergi kerja, saya akan pump sekali,
sebelum tidur kalau tak tidur dgn anak selepas balik kerja saya akan pump sekali
bila ada dua pump,dapat jimat masa untuk sterilize, boleh bawa terus pump yang dah siap sterilize ke tempat kerja
– tapi kalau ad satu sahaja pun dah cukup sebenarnya
2. STERILIZER
ini sangat-sangat penting!
alhamdulillah, dapat hadiah sterilizer avent yang besar waktu bersalinkan anak first di India (terima kasih sgt pada adik-adik yang bagi, sampai sekarang masih berfungsi dan berguna setiap hari).
jimat masa utk sterilize banyak botol sekaligus
basuh botol-botol yang banyak dan pump susu equipment ambil masa juga, yang part ni sangat-sangat penting. MINTA TOLONG suami/ pembantu
saya masih PJJ dengan suami tak duduk dengan suami sekali, jadi pembantu sangat-sangat diperlukan bagi situasi saya
MACAM MANA BAHAGIKAN MASA
Saya WAJIBKAN diri paling minimum perlu pump sekali di tempat kerja, kalau dapat dua kali, sekali waktu solat zohor dan sekali waktu solat maghrib
2. Kebanyakannya saya dapat pump waktu tengah hari, saya tetapkan SETENGAH jam untuk solat, makan dan pam. Sambil makan, sambil pump…jimat masa banyak kat situ. Pending ward work yg tak settle had to be settle down before pm round sekitar pukul 2. Selalu je rasa mcm x sempat, tpi paksa juga pump, HAK ANAK LEBIH PENTING. Kalau kene marah sbb buat kerja lambat… telan je. Macam solat, tanggungjawab kita terhadap allah lebih penting. Xkan kita rela tuhan yang menciptakan kira marah berbanding pakar/specialist marah
3. WAJIBKAN JUGA setiap kali sebelum pergi kerja pump sekali, masa diperlukan sekitar 10-15 minit utk pump. Jadi perlu bangun awal. Kalau jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja jauh… mungkin boleh pump dlm kereta kalau ad suami/ siapa2 yg hantarkan
Sebelum pergi kerja pun wajib pump, tpi pernah jugak terbabas tidur tak sempat pump. Paling lambat bangun pukul 5.40 pagi
Kalau dah lebih, tak sempat dah pam sebab saya perlu sampai ke tempat kerja sebelum pukul 7 pagi untuk am review sebelum pakar round sekitar pukul 8.30 pagi
Ayah mentua saya akan hantar dan ambil kalau jadual habis pukul 10 malam sebab takut saya mengantuk
Jadi, selalu kalau pagi-pagi dah tak sempat untuk pam, saya akan pam dalam kereta walaupun perjalanan ambil masa dalam 10-15 minit sahaja ke hospital
INFORM
untuk HO2 kalau pergi pump susu, inform colleague, saya nak pergi pump susu
kalau oncall lagi penting untuk inform, sebab kita akan menghilang minimum setengah jam
kalau MIA(missing in action) tak inform, silap-silap perlu mengadap HOD(head of department)
kalau hospital tempat anda bekerja hospital rakan bayi means hospital tu, sangat menggalakkan penyusuan, kalau ada siapa-siapa mempersoalkan selalu MIA untuk pump susu, balas balik
CUKUP MINUM AIR DAN MAKAN
tak perlu milk booster, jaga minum air sehari lebih 2 liter
makan on time ( bagi saya susah sikit, tapi saya cuba curi-curi masa untuk makan)
sambil makan sambil pump. Jimat masa!
Akhir sekali, setiap orang ada pengalaman dan cabaran berbeza-beza. Saya respect setiap ibu-ibu yang mengandung dan melahirkan dengan bersusah payah.
Dan sokongan dari ahli keluarga sangat penting untuk menjayakan penyusuan susu badan
Harapnya perkongsian ni dapat memberikan idea dan semnagat untuk saya dan ibu-ibu di luar sana meneruskan penyusuan
Kalau mak ayah perasan, masa bayi menangis kuat-kuat masa newborn dulu… tak ada setitik pun air mata keluar. Muka merah menyala, suara macam siren ambulans, tapi pipi kering. Kenapa ya?
Jangan risau. Ini bukan tanda baby tak normal. Sebenarnya, bayi memang lahir tanpa air mata yang mengalir keluar. Dan ia ada sebab saintifik yang sangat menarik!
Air Mata Bayi – Ada, Tapi Belum “Keluar” Lagi
Sebenarnya kelenjar air mata bayi (lacrimal glands) dah mula terbentuk sejak dalam rahim lagi. Tapi, sistem tu masih belum cukup matang untuk hasilkan air mata yang mencurah-curah.
Jadi… waktu dia lahir dan menangis, hanya suara & ekspresi je keluar dulu. Air mata? Tunggu turn dia.
Selalunya sekitar umur 2 ke 6 minggu, barulah ibu ayah boleh nampak baby menangis dengan air mata sebenar. Ada juga kes yang lambat sikit, tapi tak perlu panik kalau baby aktif, sihat dan respon normal.
Ramai menyangka air mata hanya berkait dengan emosi, namun sebenarnya air mata mempunyai peranan penting dalam kesihatan mata, antaranya:
Melembapkan permukaan mata supaya tidak kering
Menyingkirkan habuk atau bahan asing
Melindungi mata daripada jangkitan
Membantu penglihatan lebih selesa
Jadi apabila bayi mula mengeluarkan air mata, ia bukan semata-mata kerana sedih, tetapi sebagai satu proses biologi untuk menjaga kesihatan matanya.
Menangis tanpa air mata dalam tempoh awal kelahiran adalah perkara biasa dalam proses perkembangan bayi. Ia bukan petanda masalah, sebaliknya menunjukkan tubuh si kecil anda sedang belajar dan berkembang dengan baik.
Sebagai ibu bapa, memahami fakta ini dapat membantu anda bertenang dan tidak terlalu bimbang. Teruskan memerhati perkembangan anak, dan jangan ragu untuk mendapatkan pandangan doktor jika terdapat perkara luar biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi doktor gigi adalah antara kerjaya profesional yang bukan sahaja memberi manfaat kepada individu, tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhan. Walaupun bidang ini mungkin...