Lain orang lain cara kehidupannya. Memilih gaya hidup sederhana tanpa dipengaruhi oleh orang lain adalah yang sebaiknya kita lakukan. Sederhana dalam segala segi.
Jika ada ibu bapa yang memewahkan anak dan isteri dengan barang kemas dan barangan mewah namun tidak bagi bapa ini, Mohd Yazid Ismail yang lebih senang memilih cara hidup sederhana buat keluarganya.
Itu pilihan masing-masing, asalkan kita bahagia. Tak perlu terikut-ikut dengan cara hidup orang lain.
Tiga orang anak dara ni tak pernah pakai apa-apa barang kemas kat tubuh mereka. Tak pernah belikan.
Ads
Mama dan Abah diorang kurang minat eksesori mewah. Beg tangan mahal, kasut mahal semua tak minat.
Jangan kata kami kedekut. Ini pilihan yang kami rasa selesa. Kami bahagia dengan cara begini. Kami hormati pilihan orang lain yang suka emas dan barang mewah.
Itu hak mereka. Pilihan dalam hidup kita tak semestinya sama. Setiap orang jangan fikir hanya pilihan mereka yang terbaik. Raikan pilihan citarasa orang lain selagi ia patuh syariah.
Ads
Ada orang bila tengok perempuan tak ada seurat gelang kat tangan mulalah mengata perempuan tu malang sebab tak mampu beli emas, miskin, tak pandai urus duit.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak kembar seringkali menjadi perhatian apabila berada di tempat awam. Berbaju sedondon, wajah seiras, ketinggian lebih kurang sama, bermain bersama, keletahnya sangat mencuit hati. Ramai yang jatuh cinta dengan anak kembar, tidak kurang juga ramai yang mengimpikan untuk memiliki anak kembar.
Namun, adakah anda telah bersedia mental dan fizikal untuk memelihara dan membesarkan mereka? Tidak sama dengan membesarkan dua orang anak anda yang selang setahun umurnya. Ianya begitu berbeza kerana anak kembar ini umurnya sama, perkembangannya sama, akalnya sama, lasaknya sama.
Kadang-kala bayi kembar menangis serentak, ibu ayah pun jadi keliru mahu menenangkan siapa terlebih dahulu. Oleh itu, saya mahu mengatakan bahawa kedua ibu ayah perlu memainkan peranan yang sama banyak dalam membesarkan anak kembar. Lebih-lebih lagi semasa bayi berumur bawah 1 tahun yang memerlukan lebih perhatian. Di sini saya ingin berkongsi tips menguruskan anak kembar kepada ibu dan ayah.
1) Bahagi tugas
Berdasarkan pengalaman saya yang mempunyai anak kembar, kedua ibu dan ayah perlu berbincang dan berbahagi tugas. Bukan sahaja tugas menjaga anak, ianya juga meliputi tugas menguruskan rumah dan juga tugas di pejabat. Sebagai contoh, ketika ibu sedang menidurkan kembar A yang mengamuk mahu tidur, si ayah boleh melayan kembar B yang ingin bermain. Dalam menyelesaikan kerja rumah, ibu ayah juga perlu berbahagi tugas. Ibu membasuh pakaian, kemudian ayah menyidainya jika ibu tidak sempat. Apabila ibu mempunyai kerja pejabat yang perlu diselesaikan di rumah, ayah boleh mengambil alih membantu menjaga anak. Pembahagian tugas ini perlu dibincang, dan dipersetujui sejak sebelum si kembar lahir lagi. Dengan itu, selain sibuk menjaga bayi kembar, kerja-kerja lain pun dapat diselesaikan. Ingat, ayah jangan hanya berharap kepada ibu, dan ibu juga jangan hanya berharap kepada ayah. Kedua-duanya ada peranan, tugas dan tanggungjawab masing-masing. Jangan beri tekanan kepada salah seorang sahaja untuk menguruskan si kembar. Kedua ibu ayah mesti bekerjasama.
2. Bahagi kasih sayang
Ibu ayah perlu bijak memainkan peranan. Menguruskan anak kembar memang sulit. Apatah lagi apabila seorang demam, seorang lagi berpotensi untuk demam juga kerana mereka sentiasa berdampingan bersama, mudah untuk virus merebak. Dalam bab kasih sayang, anak kembar kadang-kala mempunyai rasa cemburu terhadap kembarnya sendiri. Oleh itu, ibu ayah harus bijak mencari solusi dalam hal ini. Kerana itulah anak kembar seringkali dipakaikan baju yang sama, dan dibelikan barang-barang yang sama. Ini salah satu cara untuk meminimumkan rasa cemburu antara mereka. Apabila salah seorang menangis, berilah perhatian kepadanya dahulu. Jika kedua-duanya menangis serentak, di sinilah kreativiti dan kesabaran ibu dan ayah diperlukan. Tugas ini ternyata mencabar, dan kadang-kala ibu ayah juga bimbang tidak mampu memberi kasih sayang yang sama rata. Buat yang terbaik semampunya.
3. Ikut jadual
Ibu ayah anak kembar pastinya ada cara menguruskan anak mengikut keselesaan dan keutamaan yang tersendiri. Sebenarnya, cara paling berkesan dan teratur tanpa rasa sangat terbeban adalah dengan membuat jadual harian. Jadual atau rutin ini adalah berbeza dari hari pertama si kembar lahir sehinggalah besar. Ini sangat perlu supaya ibu ayah dapat menguruskan masa dengan lebih bagus, dah mempunyai masa untuk berehat walaupun sekejap. Ianya nampak remeh, tapi percayalah ia dapat memberi impak yang besar untuk rumahtangga yang lebih harmoni dan kurang bebanan dan tekanan. Sebagai contoh dalam keluarga saya, kami mempunyai jadual yang berbeza untuk hari minggu dan hari bekerja. Untuk rutin hujung minggu pastilah lebih panjang kerana si kembar berada 24 jam dengan kami. Tentukan masa untuk si kembar tidur serentak (sebaik-baiknya jika boleh), masa makan yang sama setiap hari, dan masa yang sama untuk tidur setiap hari. Bayi harus dibiasakan dengan rutin sejak lahir.
4. Berkorban
Benar kata orang, membesarkan anak kembar ini, penat dan letihnya dua kali ganda. Harus berkorban dua kali ganda juga dari segi kewangan. Jika anak kembar tiga, akan jadi tiga kali gandalah semuanya. Sebelum lahirnya anak kembar, ibu ayah harus bersiap sedia secara fizikal dan mental. Banyakkan membaca buku-buku panduan menguruskan anak kembar. Bertanya kepada ibu ayah lain yang ada pengalaman dengan anak kembar. Barang-barang keperluan bayi juga perlu disediakan untuk dua orang. Apabila mereka lahir,ibu ayah harus berkorban dari sudut lain pula. Tekanan dan perasaan penat sememangnya ada. Ibu dan ayah bergilirlah menjaga si kembar. Beri peluang antara satu sama lain bergilir untuk berehat juga. Kedua-duanya harus ringan tulang dan tahu peranan masing-masing.
Semakin si kembar membesar, lain pula cabaran yang ibu ayah bakal hadapi. Bersabarlah, semua kepenatan dan tekanan ini hanya sementara. Melihat keletah mereka setiap hari akan menjadi hiburan dan pengubat buat ibu ayah.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak lena tidur dibuatnya bila anak demam panas. Bergilir-gilir jaga malam atau setkan jam untuk pantau suhu anak setiap masa. Penting supaya suhu anak tidak naik terlalu tinggi dan merbahayakan kesihatan anak. Sukarnya kerana bukan semua anak suka makan ubat.
Macam-macam cara yang mama lakukan tapi anak masih bergedil. Ini jugalah yang dilalui oleh Lufya Omar bila anak kesayangannya, Laana Haura demam baru-baru ini. Pun begitu dia dan suami ada cara yang dikongsikan.
Hati ibu ni kalau anak sakit rasanya dialah orang yang paling risau dan berjaga malam tak tidur. Bila berjaga malam emosi kita juga akan terganggu, dengan tak cukup tidur tapi lebih menyedihkan kalau anak dalam keadaan lemah dan tak nak makan ubat.
Tips nak bagi anak makan ubat tanpa ‘berperang’ Pastikan ubat tak terkena pada lidah anak. Bila ubat yang pahit terkena lidah, memang mereka akan muntahkan balik ubat. Jadi sebaiknya cuba elakkan.
Sambil tu boleh juga tarik perhatian anak dengan syringe yang ada toy.
Bukan elakkan dari terkena pada lidah sahaja tapi Lufya lebih bijak bila alihkan perhatian anaknya dengan menggunakan syringe yang ada toy di hujungnya. Secara tak langsung anak tidak akan fokus pada ubat dan tertarik pada mainan di hadapannya. Menarik juga cara Lufya ni.
Tip Anak Suka Makan
Dalam pada itu ibu muda ini juga turut berkongsi tip nak bagi anak lebih suka makan, terutama bila waktu demam melanda. Tak adalah aksi kejar mengejar.
Selalu tak kejar anak bila nak suruh makan? Adoi fya pun sama selalu ada sesi kejar mengejar dengan Haura tapi bagus lah jugak sebab fya berjaya turunkan berat badan ? tapi kalau Haura takboleh lah. Kita mak mak ni susah hati kalau tengok anak kurus kan. Betul tak?
Ada tips nak bg anak suka makan.
1. Makan bersama sama anak. Sambil suap menyuap anak dan mak.
2. Kreatif dalam menyediakan makanan. Contoh dalam 1 hidangan ada warna merah, oren, hijau dan boleh buat makanan dalam bentuk kartun-kartun kesukaan anak.
3. Menggunakan buah-buahan atau makanan yang boleh tambah selera anak. Contoh buah anggur, epal merah, tomato, susu blended dengan pisang dan lain-lain.
Insyaallah anak ada selera nak makan!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebenarnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga tersayang. Bagi ibu-ibu tentulah acara memasak menjadi rutin setiap hari. Ada sahaja hidangan tersedia untuk dihidangkan buat keluarga tersayang. Maklum sahaja kalau ada anak-anak yang tengah membesar memang asyik cakap lapar je.
Selebriti tanah air Shakilla Khoriri tidak terkecuali menunjukkan bakat mencipta resipi baru ketika PKP berlangsung. Mengintai akaun Instagram isteri kepada DJ Radio Fizi Ali ini, menurut Shakilla tak menjadi masalah untuk duduk di rumah ketika PKP ni.
Menurutnya banyak aktiviti yang boleh dibuat di rumah seperti mengemas dan membuat aktiviti bersama keluarga dan anak-anak. Dia sendiri bersama suaminya mencuba resipi baru untuk minum petang bersama si kecil Ameena.
Dalam perkongsiannya itu, Shakilla menggunakan aiskrim yang memang popular sejak zaman kanak-kanaknya sehingga sekarang yang dicampurkan bersama bahan-bahan lain.
Dia juga sempat berpesan pada pengikutnya di Instagram supaya hanya seorang wakil atau ketua keluarga sahaja yang perlu membeli bahan-bahan untuk buat resipi tersebut dan berharap agar semua kekal selamat walau dimana berada.
#StayAtHome bukan susah sangat pun. Atau bukan suruh duduk rumah jiran.TAK !
Sebenarnya banyak benda boleh kita buat dekat rumah.Mengemas setiap sudut rumah dan boleh buat aktiviti bersama keluarga dan anak2.
Ni aku try buat satu resepi baru untuk minum petang dengan mengunakan Paddle Pop Melon Slice baru. Ehhhh… sedap pulak.. Lagi sedap dari kopi viral tu. Lagipun Paddle Pop Melon Lime Fizzy amat sesuai untuk kanak2, low in sugar dan low in fat.. Actually boleh je buat kt dapur tapi gigih lah buat kat luar untuk suasana lain dan habiskan masa dengan dua ketul kesayangan aku ni.
Bahan2 untuk buat Paddle Pop Melon Lime Fizzy: 2 Paddle Pop Melon Slice ais krim, 200gm tembikai susu , 3g Daun Mint, 6gm serbuk limau, 200gm ais, 80gm sugar syrup…
Boring ? Jangan lah….pi cuba buat Paddle Pop Melon Lime Fizzy ni. Confirm tekak you happy :heart_eyes:🤩🥰 Korang dapatkan bahan2 ni dari 99 Speedmart time MCO ni ketua keluarga/seorang wakil untuk belikan bahan2 ingredients dan stay safe!
Mula-mula PKP dulu memang rasa macam mati kutu nak buat apalah dekat rumah lama-lama. Banyak benda sebenarnya boleh buat bila lama berada di rumah. Paling penting boleh bonding dengan keluarga tersayang. Jadi duduklah di rumah dan sama-sama kita bendung penularan wabak Covid-19 ni. Stay Safe semua!