
Tiga anak yang masih kecil dan belum mengerti apa-apa kini hilang kasih seorang ayah akibat kecuaian orang lain. Kemalangan yang cukup tragik itu yang berlaku berdekatan Plaza Pelangi, Johor Bahru sungguh tak disangka.
Menerusi laporan Kosmo Online dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, Mohd. Rizal Buseri, 31, yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut di tempat kejadian.

Dua lagi mangsa iaitu Nur Fatin Nazrah, 23, dan Chang Ah May, 78, yang menaiki dua buah kenderaan lain cedera ringan.
Baru lepas hantar bapa mertua
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Honda Accord dikatakan baru sahaja menghantar bapa mertuanya untuk menghadiri mesyuarat agung di sebuah hotel berdekatan lokasi berkenaan.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd. Rahman, pihaknya menerima panggilan kemalangan melibatkan Honda Accord, Perodua Myvi dan Proton Saga berhampiran simpang empat di Plaza Pelangi.
Sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin dengan sembilan anggota dikerah ke tempat kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, pihak kami mendapati Honda Accord dipandu si mati dalam keadaan terbalik dan mangsa tersepit di bahagian pemandu.
“Mangsa dikeluarkan dalam masa dua minit dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan sebelum dibawa ke hospital.
Difahamkan, kenderaan mangsa dilanggar sebuah kereta lain yang terbabas.

Tinggalkan anak usia 5, 2 tahun dan lapan bulan
Sementara itu, kakak ipar mangsa dikenali sebagai Farhana Amir berkata, Mohd. Rizal baru menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya yang berusia lima tahun sebelum kemalangan meragut nyawanya.
“Sejak semalam (kelmarin) dia kerap berdiam diri. Malam tadi dia menyambut hari lahir anak sulungnya.

“Dia (mangsa) ada tiga anak berusia lima, dua tahun dan lapan bulan,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!






Kalau sapu ubat baru akan terjadi mcm ni. Berulang selama 4 bulan. Tiap2 malam depe akan menggaru2. Yelah kitapun pun kdg2 terlena. Mana nak sedar depa dok garu2. Sedar2 muka kita basah. Pergi tengok cermin rupanya penuh darah kat muka. Sebab kepala depa dok kena muka kita. Masa ni kita redha jela nak buat mcm mana. Den gerakkan depa tengah malam. Basuh pakai air garam dan sapu ubat lagi. Ini fasa yang paling sedih dalam hidup. Ujian ni berat dirasakan sebab macam takde jalan penyelesaian. Penat.
Masa ni hospital bagi antibiotik tapi kena makan mengikut arahan yg betul sebab banyak effect dia ok. Masa ni kepala dah makin baik rupanya dia rasi dgn ubat yg dari hospital jugak. Mana2 ubat sama samada dari pakar kanak2 atau klinik atau hospital. Cuma kita tak tahu anak kita rasi yg mana. So kena try and error, itulah doktor cakap.












