
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dibawa setiap hari oleh bapanya menziarahi pusara ibunya kerana tidak dapat menahan rindu. Bapa kanak-kanak itu, Dzulfikar Ainul Yakin, 35, berkata, ada kalanya dia membawa anak lelaki keduanya itu tiga kali sehari menziarah kubur tersebut.
Katanya lagi berkongsi, isterinya, Nurul Hafiza Kamarulzaman meninggal dunia pada 1 Januari lalu akibat strok pendarahan batang otak (brainstem hemorrhagic stroke) berpunca daripada tekanan darah terlalu tinggi ketika tidur menyebabkan pendarahan di bahagian otak.

Video Tular Sentuh Hati Ramai
Video di media social yang tular menyentuh hati ramai apabila anak kecil itu dilihat berbaring di atas kubur ibunya seolah-olah memeluk ibunya kerana terlalu rindu.
Berkongsi kisah itu, Zulfikar yang menetap di Bakar Batu, berkata, video berkenaan dirakam ketika menziarahi pusara isterinya Ahad lalu selepas tersentuh melihat apa yang dilakukan anak bongsunya.
“Waktu itu kami ke tanah perkuburan untuk gotong-royong bersihkan kawasan kubur arwah isteri.
“Ketika cabut rumput sambil berbual dengan abang ipar, saya terpandang Opal dan bila ditanya kenapa, Opal beritahu dia rindukan mamanya.
“Pertama kali dia begitu tapi saya faham kerana dia terlalu manja dengan mamanya sampai makan pun bersuap. Tapi sekarang tak ada lagi, jadi setiap kali ke kubur, Opal akan bercakap di kubur ibarat mengadu dengan mamanya.
“Bagi melepaskan rindu, saya bawa anak ziarah kubur isteri, boleh dikatakan tiga kali dalam sehari,” katanya berkongsi.
Tambahnya lagi, anak kedua itu pernah bertanya mengapa dia kehilangan ibu diketika usianya masih kecil.
“Kenapa Allah SWT ambil mama waktu umur saya sembilan tahun?,” luah anak kecil itu.

Sempat Makan Malam Bersama
Bercerita lanjut, Zulfikar yang juga bapa dua anak berkata, isterinya tidak menunjukkan kelakuan ganjil sebelum meninggal dunia malah mereka sempat makan malam bersama.
“Subuh keesokan harinya, isteri minta ibunya ambilkan ubat dan tolong urutkan tangannya yang kebas sebelum tidak sedarkan diri.
“Saya terus hubungi ambulans dan apabila diperiksa, bacaan tekanan darahnya terlalu tinggi kerana mencecah lebih 190. Jadi dia dimasukkan ke ke unit rawatan rapi (ICU) sebaik tiba di hospital.
“Tapi Allah SWT lebih menyayanginya. Selepas koma 17 hari, isteri meninggal dunia,” katanya yang bekerja sebagai pembantu di sebuah hospital swasta.
Kuat Demi Anak-Anak
Kata Zulfikar lagi, sebagai suami, dia sedih dan masih berduka dengan pemergian isterinya kerana sudah 12 tahun hidup bersama. Lebih menyedihkannya kerana akan menyambut Ramadan tidak lama lagi dengan anak tanpa isteri.
Pun begitu dia perlu tabah demi membesarkan anaknya malah demi memberi anak-anaknya kekuatan sehingga mereka benar-benar pulih.
“Sedih itu sedih kerana setiap hari dengan dia (isteri) tapi saya reda dan ikhlaskan pemergian isteri sebab sedar, setiap yang bernyawa pasti akan pergi.
“Macam mana pun, hidup kena diteruskan dan perlu kuat kerana jika tidak, kasihan kepada anak.
“Ikutkan isteri tak sakit teruk sebelum meninggal dunia cuma tekanan darah tinggi. Itu menjadi asbab pemergiaannya,” katanya.
@zulimaniempire Bila anak kau rindu dekat mama dia.. Aku tengah bz cabut rumput,eh anak bujang ni boleh barang atas kubur mama dia plak 🤦♂️..bila tanya dia,rinduuunya dekat mama.Lapa tak pelok mama 🥺🥺..sabar eh sayang 🥲. #alfatehahnurulhafizabintikamarulzaman ♬ original sound – Zul Empire
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





