Tiga kanak-kanak berusia dua hingga 10 tahun antara sembilan individu yang disahkan positif COVID-19 di Taman Langat Utama serta Taman Langat Murni, Bukit Changgang setakat jam 12 tengah hari (7 Jun).
Pegawai Daerah Kuala Langat, Mohd Jusni Hashim, berkata ketiga-tiga kanak-kanak perempuan itu adalah warganegara yang mana dua daripadanya tinggal di Taman Langat Murni iaitu di zon B dan C manakala seorang lagi di Taman Langat Utama (zon A).
“Daripada kesemua sembilan kes positif yang direkodkan, tujuh membabitkan warganegara dan dua lagi membabitkan seorang warga Nepal serta Thailand.
“Sementara itu, sehingga 12 tengah hari semalam, sejumlah 4,627 penduduk sudah selesai disaring oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Langat yang membabitkan tiga zon.
“Daripada jumlah itu, 3,686 adalah warganegara manakala 941 bukan warga negara,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Operasi Perintah Kawalan Pergerakan Secara Pentadbiran (SEMCO) di Kuala Langat, di sini, hari ini.
Ads
Beliau berkata, saringan mula dilakukan pada 30 Mei lalu selepas 20 pekerja pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menetap di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama disahkan positif COVID-19.
Katanya, saringan awal dilakukan secara sukarela manakala bermula 2 Jun lalu iaitu pada hari pertama SEMCO dilaksanakan di daerah berkenaan, pihaknya mewajibkan penduduk untuk melakukan saringan.
Ads
“Kita juga terpaksa melakukan pemeriksaan daripada rumah ke rumah untuk memastikan tiada penduduk yang tertinggal seterusnya tidak menjalani saringan,” katanya.
Mohd Jusni berkata, 19 daripada 20 kes positif yang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB) sudah dibenarkan keluar daripada hospital dan dihantar pulang ke rumah di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama pada 4 Jun.
Ads
Katanya, 114 orang kontak rapat yang berada di Stesen Kuarantin Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) (52 orang) dan Stesen Kuarantin Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) (62 orang) juga sudah sembuh dan dihantar pulang ke rumah pada semalam.
“Kesemua 133 individu berkenaan juga diarahkan untuk menyambung dikuarantin di rumah masing-masing sehingga tamat tempoh SEMCO pada 16 Jun,” katanya.
Pastinya ramai yang dah pulang ke kampung halaman untuk beraya. Bagi yang masih lagi dalam proses mengemaskan barang anak-anak pastikan barangan penting anak tidak tertinggal.
Bukan saja baju dan kelengkapan raya tetapi paling penting adalah ubat-ubatan untuk anak. Bimbang jika anak kita sakit atau demam ketika beraya. Maklumlah ada klinik dan farmasi yang turut sama bercuti lama, jadi kena sediakan untuk anak-anak kita.
Senarai yang dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan ini mama kena pastikan ada dalam bekalan ubat-ubatan sebelum balik ke kampung. Wajib!
Jom periksa ubat apa yang belum ada.
Baju raya dah siap. Kuih raya dah siap. Ada yang dah siap pek barang nak balik kampung. Kereta pun dah servis. Namun ada perkara yang ramai lupa untuk bersedia.
Musim perayaan ni, banyak klinik dan farmasi akan bercuti lama. Jadi, kalian kena siapkan beberapa alatan asas penjagaan kesihatan. Terutamanya yang ada anak kecil dan yang nak pulang ke kampung. Malah semua rumah perlu ada set ni.
Ini senarai First Aid Kit Hari Raya wajib ada dari Medtweetmy: Lihat gambar dan kapsyen. Kongsikan agar ramai dapat manfaatnya!
1. Tisu basah / Baby wipes : antara benda penting ni! Rasanya semua orang yang ada anak ada benda ni di rumah.
2. Musim raya ni, kita makan macam-macam, kadang anak yang menyusu badan pula yang kena cirit birit sampai melecet bontot. Benda ni sangat membantu elakkan kulit menggelupas akibat kerap basah.
Ubat Demam Penting!
3. Paracetamol / ubat demam. Dos dia 15mg/kg (setiap kilo berat badan, darab 15mg). Contoh: anak 10kg, maka 10kg x 15mg/kg = 150mg (miligram tau bukan ml).
4. Ubat batuk. Boleh beli ubat batuk komersil atau di farmasi. Sila ikut sukatan yang disyorkan pada kotak produk. Baca betul-betul. Jangan salah. Baca juga mana sesuai untuk kanak-kanak, mana yang tidak. Ada yamg menyebabkan ngantuk, jadi hati-hati.
5. Nasal Aspirator: Kalau hidung anak berhingus dan tersumbat, boleh sedut hingus guna bendalah ni. Picit, masuk lubang hidung, dan lepas. Boleh juga cuba versi Nasal Aspirator : ini versi kena sedut pakai mulut. Bila sedut, hingus masuk tabung kecil tu, tak masuk mulut anda. Cuma virus/bakteria dari anak boleh masuk mulut anda.
6. Oral aid: semasa raya ni kita atau anak-anak mudah kena ulser mulut. Boleh beli gel macam Bonjela, Keno atau apa-apa jenama di farmasi.
7. Termometer: beli termometer. Mudah. Cuma jangan beli yang ada bebuli merkuri. Kalau pecah bebuli dia nanti, susah nak bersihkan. Beli yang eletronik. Yang baca dahi ke, telinga ke, tak kisah.
8. Ubat cirit-birit : Hari Raya adalah pesta makanan dan minuman, jadi keberangkalian terkena cirit-birit adalah tinggi. Boleh beli ubat cirit-birit dari farmasi awal-awal. Tanya siap-siap pada ahli farmasi, mana boleh beri kanak-kanak, mana yang tak boleh. OK?
Bekas: gunalah bekas apapun, asalkan bersih. Susun barang-barang di atas elok-elok. Simpan dalam tempat kering dan suhu bilik. Kecuali ubat. Ubat kena simpan ikut apa yang disyorkan oleh pengeluar. Kalau nak balik kampung, bawa kotak ni sekali! Kalau tengah jalan nanti ada apa-apa berlaku, kan dah senang.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Demi isteri dan anak, apa pun yang perlu dilakukan sanggup ditempuhi. Enggan membiarkan tabiat merokok memudaratkan keluarga, bapa ini sanggup berhenti merokok serta-merta.
Rokok menyebabkan ketagihan. Memang sukar berhenti merokok kerana penangan dan tarikan nikotin menimbulkan rasa ketagihan. Apa yang dilakukan bapa ini wajar dicontohi. Tidak ada yang mustahil apabila beliau benar-benar tekad berhenti merokok. Dugaan melalui seksa selama sebulan pertama amat menguji. Khairul Abdullah berkongsi 6 tips yang diakukannya yang boleh dijadikan panduan.
6 Perkara Yang Aku Buat Sehingga Berjaya Berhenti Merokok.
Aku berhenti merokok sejak anak sulung aku lahir. Dah nak masuk 6 tahun lah jugak aku tak sentuh langsung rokok. Hisap apatah lagi.
Kenapa aku berhenti?
Sebab aku insaf selepas dapat anak. Tak mahu keluarga aku sakit sebab asap rokok aku. Jadi aku nekad untuk berhenti. Jadi, esoknya tu terus aku berhenti sampailah ke hari ini.
Takde slow down dulu, takde tukar ke vape dulu, takde guna benda alah apa pun. Berhenti serta merta begitu jer. Alhamdulillah berjaya walaupun pada bulan pertama tu siksa ya robbi menahan ketagihan. Maklumlah dekat 25 tahun jugak kot aku merokok.
Jadi nah aku kongsikan 6 perkara yang aku buat.
1. Niat
Aku perasan, yang nak berhenti rokok ni, paling penting adalah niat. Niat pulak kena disertakan rasa keinsafan dan keazaman atau kehendak yang tinggi. Kalau ada tiga benda tu maka ianya jadi lebih senang.
Kalau aku tak berniat dan takde sebab untuk berhenti rokok maka aku takkan ada motivation. Mudah gagal.
2. Berhenti serta-merta
Nak berhenti benda alah ni aku kena jadi orang yang nekad. Tak boleh teragak-agak.
“Errr awal bulan depan lah aku stop.”
“Ehh, bulan depan lah aku start.”
Kononnya, namun aku tak boleh gitu. Akan sering gagal.
Jadi, bila dah berniat dan berazam sahaja nak berhenti aku terus ambik keluar semua rokok yang ada dan hancurkan dan buang dalam jamban dan aku pam.
Aku tak simpan langsung sebatang dua atau sekotak dua buat backup kot-kot boleh membantu bila aku sangap teruk nanti.
Tidak. Tak perlu dikenang lagi.
3. Cari aktiviti pengganti
Aku mula tak keruan bila selesai makan dan bila aku masuk toilet nak melepas atau bila aku stay up kerja lewat atau bila aku pergi mamak atau makan dengan kawan. Jadi, lepas makan aku tak keluar pergi bawah pokok atau tempat yang kau selalu hisap rokok.
Kalau kat rumah, aku pergi dapur dan basuh pinggan, kalau kat restoran baik aku kutip nasi yang tumpah tu dan kira berapa butir. Aku perlu “kill the time”.
Kalau dalam toilet tu aku tak berlama macam selalu. Aku buat sepantas mungkin dan terus keluar.
4. Jangan berjumpa dan lepak dengan kaki rokok.
Dalam tempoh 40 hari pertama, aku sebolehnya elakkan terus lepak dengan kawan-kawan yang merokok. Tak payah keluar lepak mamak dalam tempoh tersebut.
Aku kena jauhkan diri dari rokok. Penampakan asap dan bau rokok tu bakal menambah ketagihan. Walaupun kau rasa macam namatey, aku gagahkan juga bertahan.
5. Dapatkan sokongan.
Benda baik gini kena dapat sokongan isteri, anak-anak dan juga ibu bapa. Aku telefon mak di kampung, bagitau dia yang aku nak berhenti rokok ni, minta dia doakan.
Aku bagitau isteri dan anak yang aku nak berhenti, walaupun anak aku tak faham sepatah haram pun waktu tu. Minta diorang sokong dan bagi semangat.
Minta diorang sibukkan aku dan penuhi masa terluang aku supaya aku tak teringat kat rokok tu.
6. Sokonglah diri sendiri.
Aku tahu aku nak buat benda baik ni. Jadi aku kena sentiasa positif. Aku selalu yakinkan aku yang aku boleh, aku boleh. Rasa nak merokok jer aku carilah benda lain, main game atau paling best bukak peti cari makan.
Jika waktu kerja aku lewat malam perlu ada rokok, maka aku carilah benda lain untuk dihisap seperti gula-gula atau chewing gum. Kalau takde gula-gula, bijik durian pun feel jugak.
Bila berjumpa kawan yang merokok, bila dioffer sepam dua, aku takkan sesekali mencuba. Kawan akan kata “Alah, sepam jer pun, takde hal lah.” No no no, aku takkan sentuh pun.
Aku kena percaya dengan diri aku. Yakinlah yang kita nak buat benda baik dan Allah akan permudahkan. Selain itu kena selalu berdoa.
Begitulah.
***
6 benda tu sahaja yang aku buat.
Dalam masa sebulan lebih tu memang sangap gila lah. Lepas 40 hari tu rasa dah macam ok jer. Lepas 3 bulan tu dah rasa tak kisah atau macam dah lupa. Cuma bila lepak dengan kawan maka godaan dia tinggi, jadi sebolehnya aku elakkan.
Alhamdulillah, aku berjaya.
Hari ni kau layan lah rokok cap apa pun depan aku, aku kool jer.
Rasanya semua ibu akan ada tempat khas simpan stok barangan dapur kan? Sama juga seperti pelakon Ozylnn yang turut mempunyai sebuah ‘bilik rahsia’ dalam rumahnya yang meletakkan semua stok tersebut.
Menerusi perkongsian Ozylnn di instagramnya, bilik rahsia itu adalah tempat menyimpan pelbagai jenis stok makanan dan juga barangan dapur.
Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan, berkata, ruangan tersebut juga digunakan untuk berkongsi rezeki buat tetamu yang memerlukan barang bantuan jika betul-betul terdesak.
Katanya dalam bilik tersebut ada pelbagai jenis barang makanan dan keperluan rumah seperti beras, susu, biskut, kuih muih, tisu tandas dan pelbagai lagi untuk kegunaan seharian.
Tambah Ozlynn lagi, dalam pada itu dia menganggap ruangan bilik rahsia itu sebagai ‘syurga’ buat dirinya dan turut mendoakan kaum hawa yang menyimpan hasrat untuk memiliki bilik seperti itu agar dikurniakan rezeki lebih supaya dapat merealisasikan impian mereka itu.
Rasanya semua rumah akan ada bilik rahsia atau almari khas simpan stok barangan dapur. Sebab ada ibu-ibu yang selesa beli stok banyak, lebih-lebih lagi jika anak ramai.
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial tampil memuji sikap prihatin dan pemurah aktres itu yang suka berkongsi rezeki kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.
Sekadar info tambahan, Ozlynn telah mendirikan rumah tangga bersama Johan pada 25 Julai 2009. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan enam orang anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.
Kredit: IG jozylnnhanania
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...