Hisap jari sebenarnya tabiat biasa di kalangan anak-anak. Namun dah tidak jadi biasa apabila anak semakin meningkat usia tetapi masih menghisap jari. Menurut pakar kanak-kanak, anak menghisap jari kerana mahu menenangkan diri atau mendapat perhatian.
Walau bagaimanapun sampai bila tabiat atau ketagihan ini akan berterusan. Sebagai ibu bapa pastinya anda mahu lihat tabiat ini dihentikan secepat mungkin. Jadi bagaimana cara terbaik untuk hentikannya.
Berikut perkongsian dari Dr Wan Nurhana Wan Chek mengenai cara terbaik boleh diajar untuk anak lepaskan tabiat ini perlahan-lahan tampa perlu berkeras secara mendadak.
Anak hisap jari
Apabila anak menghisap jari yang paling terkesan adalah pertumbuhan gigi serta tulang muka anak.
Terutama bila anak-anak berusia 3 tahun ke atas. Budak 2 tahun ke bawah dianggap normal jika menghisap jari. Dipanggil thumb sucking.
Apakah kesan ” thumb sucking”
Rahang atas mengecut dan menyebabkan pertumbuhan gigi dan rahang yang tidak normal seperti di gambar.
Mouth breather. (bernafas melalui mulut. Mulut mudah kering menjadikan gigi mudah rosak)
Open bite – gigitan terbuka. Gigi hadapan tidak rapat. Bila gigi hadapan tidak rapat sukar untuk mengigit makanan.
Mengapa anak ‘thumb sucking”/ menghisap jari?
Menurut catatan dari Puan Saleha Idris,
Anak hisap jari dari kecil kerana kurang mendapat keperluan asas yang cukup ataupun ketika mereka sedang explore dunia semasa kecil hingga terbiasa melakukannya.
Maka ia dipanggil habit atau kebiasaan.
Biasanya bayi menghisap jari kerana refleksi emosi seperti bosan, marah atau letih.
Cara nya untuk menghilangkan tabiat menghisap jari anak atau ‘thumb sucking’ :
1. Tawarkan hadiah untuk proses tukaran dengan hisap jari. Jika berjaya maka dipanggil peneguhan positif. Kerana tingkahlaku yang dikehendaki berhasil.
2. Hukuman
Apabila hisap jari letakkan perisa yang tidak disukai atau rasa pahit
3. Memberi pujian dengan menyebut usaha dan doakan. Bagus ani tidak hisap jari. Nanti kawan sayang ani. Jari ani pun bersih dan tak ada kuman . jari ani wangi. Allah suka orang bersih. Kalau Allah suka boleh masuk syurga.
4. Boleh sediakan carta plan tindakan tidak hisap jari. Kira satu hari berapa Kali. Dalam tempoh 20 hari fokus untuk kurangkan tingkahlaku dalam kekerapan.
5. Semasa anak tidur dan bedtime lakukan teknik tutup mata dan bayangkan kalau hisap jari nanti jari putus. Jari pun hilang. Sayang kan jari kita ada 5 tinggal 4.
Kemudian perlahan lahan dalam gelombang alpha beritahu dia esok mesti bangun tidur dengan gembira jari ada 5. Sebab kita tak makan jari.
Siapa yang tidak kenal dengan pelawak wanita berbakat, Jihan Musa dan suaminya Ungku Hariz? Kedua-dua artis berbakat ini telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ungku Arsalan Haq yang dilahirkan dengar berat 3.85 kg pada bulan Januari tahun lalu.
Ketika ditemui semasa sesi penggambaran rancangan TV Pa&Ma, team kami sempat bertanyakan tentang karakter anak sulung mereka itu. Ditanyakan tentang tabiat comel anaknya yang dipanggil Baby Ninja itu, Jihan memberitahu yang Arsalan suka mengenyitkan mata apabila diminta. “Bila kita cakap blink your eyes, nanti dia akan kenyit mata. Dua-dua belah pula tu,” kata Jihan sambil tertawa.
Kami tanyakan pula apa persamaan karakter Jihan dan Arsalan. Menurut Ku Hariz, tidak boleh berjanji dengan kedua-dua mereka. Pasti akan dituntut sehingga janji dilaksanakan. Turut menambah, Ku Hariz dan Jihan tidak memanjakan anak mereka dengan kemewahan, tetapi setiap keperluannya akan dibeli untuk Arsalan. “Belikan ya, tapi mewah tidak,“ kata Ku Hariz. Kata Jihan pula, anak mereka masih kecil untuk tahu tentang jenama mewah.
Memandangkan Jihan mengandung Arsalan ketika sibuk menjalani penggambaran di Jepun, kami tanyakan jika Arsalan sukakan makanan negara itu. “Belum pernah kami cuba bagi dia makan. Pulut pun tak pernah kami bagi,” terang Ku Hariz. Pun begitu, kata Jihan anak mereka itu gemarkan sup ayam.
Ditanyakan tentang siapa yang akan pujuk jika Arsalan merajuk, mereka sepakat mengatakan Ku Hariz. Penyayang Ku Hariz ni rupanya! Sempat juga suami Jihan ini memeberitahu, anak mereka akan merengek jika berada di tempat yang panas.
Semasa kami menjalankan sesi temu ramah ini, jelas kelihatan Ku Hariz seorang suami dan bapa yang bertanggung jawab dan menyayangi keluarganya. Pa&Ma mendoakan agar mereka sekeluarga sentiasa berbahagia dan dikurniakan lebih banyak rezeki selepas ini.
Saksikan pasangan Jihan Muse & Ungku Hariz dalam Pa&Ma Musim kelima dengan kupasan topik episod ke-6 ‘Mula Jaga Mulut & Gigi Anak Dari Kecil’ pada 7 Ogos 2019, Rabu jam 9 malam di saluran Astro Prima (ch 105), Prima HD (ch 121) dan Astro Go (apps).
#pamatv
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan sahaja mendidik anak mengenali huruf dan menulis untuk anak jadi pintar tetapi dengan makan buah-buahan pun boleh rangsang otak anak. Buah-buahan ni dikenali sebagai food brain.
Pengambilan makanan secara sihat terutama buah-buahan penting untuk meningkatkan perkembangan dan kecerdasan otak anak-anak. Jika perkembangan otak terganggu, ia akan mengurangkan daya memori yang boleh mengganggu pembelajaran anak-anak.
Jom cuba ‘brain foof’ atau buah-buan untuk otak anak. Berikut beberapa buah yang dikenal pasti boleh membantu meningkatkan kecerdasan otak anak.
1.Bluberi
Buah ini sangat baik untuk perkembangan otak anak, dan juga meningkatkan daya ingat. Ia mengandungi zat yang membantu melindungi otak dari stress oksidatif (oxidative stress). Malah membina daya tahan daripada serangan penyakit, elok untuk pencernaan, memelihara struktur dan kekuatan tulang. Buah ini kaya dengan vitamin C, Zat Besi, Kalsium, Magnesium, dan Vitamin K .
2.Delima
Delima (pomegranate) mengandung zat gizi yang melindungi sel-sel otak terhadap kerosakan radikal bebas, daya tahan penyakit serta dapat mengurangkan batuk dan asma. Ia juga sebagai ejen anti-radangan yang hebat serta bertindak sebagai ajen imunisasi dalam tubuh. Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
3.Epal
Buah ini merupakan salah satu buah yang baik untuk kecerdasan otak anak. Hal ini karena kandungan zat quercetin yang mampu melindungi sel pada otak dari serangan radikal bebas. Malah memiliki kandungan kaya akan vitamin, terutama vitamin A, B1, B2, dan C serta kandungan mineral seperti kalium, kalsium, zat besi, fosfor, serta yodium yang sangat penting guna perkembangan anak iaitu pertumbuhan tulang, organ, kulit dan darah.
4. Buah kurma
Buah ini amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar, menguatkan daya tahan tubuh, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang dan membentuk minda anak-anak yang cerdas.
5. Anggur
Anak-anak tentu suka makan anggur kerana rasanya manis. Lebih menarik anggur hitam, anggur ungu, dan anggur merah semuanya mengandung quercetin dan anthocyanin yang diketahui membantu menyihatkan otak dan meningkatkan memori. Malah ia mengandungi zat amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak yang berkesan untuk membantu merangsang minda
6.Strawberi
Bestnya makan stawberi yang dicelup dengan coklat cair. Kandungan vitamin C yang banyak terdapat dalam buah strawberi membantu menjaga kesihatan gigi dan gusi anak-anak tetap sihat, membantu penyembuhan luka dan meningkatkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan. Ia juga menjadi antioksidan yang membantu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makanan Bijak untuk Otak Cerdas – Panduan Lengkap untuk Ibu Bapa dan Anak-anak
Anak-anak yang bijak, cergas dan sihat adalah impian setiap ibu bapa. Namun, dalam usaha membina masa depan yang gemilang untuk mereka, aspek pemakanan seringkali terpinggir. Pemakanan yang betul bukan sahaja membantu pertumbuhan fizikal, malah memainkan peranan besar dalam perkembangan otak. Video “Makanan Untuk Otak Jadi Lebih Bijak” dari saluran Bintang Kecil menyerlahkan betapa pentingnya makanan sihat dalam meningkatkan kecerdasan anak-anak. Artikel ini akan menghuraikan kepentingan, jenis makanan yang sesuai, cara penerapan, dan beberapa tips mudah yang boleh diamalkan oleh ibu bapa.
Kepentingan Pemakanan Sihat Untuk Otak Anak
1. Meningkatkan Daya Fokus dan Tumpuan
Pemakanan yang kaya dengan nutrien seperti zat besi, asid lemak Omega-3, dan vitamin B memainkan peranan penting dalam meningkatkan keupayaan anak untuk memberi tumpuan dalam tempoh yang lama. Apabila otak mendapat bekalan tenaga yang cukup dan stabil, anak-anak lebih mudah menumpukan perhatian dalam kelas, mendengar arahan dengan lebih baik, dan menyelesaikan tugasan tanpa gangguan emosi atau keletihan. Contohnya, sarapan dengan bijirin penuh dan buah beri dapat membantu otak kekal aktif hingga ke tengah hari, berbanding sarapan bergula yang hanya memberi tenaga sementara.
2. Meningkatkan Daya Ingatan dan Pemikiran Logik
Nutrien seperti kolin (terdapat dalam telur), vitamin E (daripada kekacang), dan antioksidan (dari buah beri dan sayuran hijau) membantu dalam pembentukan dan penyambungan sel-sel otak. Ini memperbaiki keupayaan anak untuk mengingati pelajaran, memahami konsep yang sukar dan berfikir secara logik. Anak yang mendapat makanan sihat secara konsisten berpotensi untuk menunjukkan peningkatan dalam pencapaian akademik kerana otak mereka lebih ‘tajam’ dan responsif terhadap maklumat baharu.
3. Menyokong Emosi dan Mood Anak
Ramai tak sedar bahawa apa yang anak makan juga mempengaruhi emosi dan mood harian mereka. Makanan tinggi gula, lemak trans dan pewarna tiruan boleh menyebabkan emosi anak tidak stabil – mudah marah, cepat letih, atau tiba-tiba menjadi murung. Sebaliknya, makanan kaya magnesium, vitamin D, dan karbohidrat kompleks seperti pisang, oat dan kekacang membantu menghasilkan serotonin – hormon ‘gembira’ yang membuat anak rasa tenang dan ceria. Pemakanan sihat membantu mengurangkan risiko tantrum dan masalah tingkah laku dalam jangka panjang.
4. Membantu Pertumbuhan Fizikal yang Seimbang
Otak dan badan membesar serentak, dan kedua-duanya memerlukan bekalan nutrien yang cukup dan seimbang. Protein, kalsium, zat besi dan pelbagai vitamin membantu memastikan anak membesar dengan ketinggian dan berat badan yang sihat, serta mempunyai perkembangan otot dan tulang yang kuat. Anak yang mendapat nutrien mencukupi juga lebih aktif secara fizikal – mereka bertenaga untuk bermain, bersukan dan menjalani rutin harian tanpa keletihan berlebihan. Ini juga menyokong tidur yang lebih berkualiti, yang penting untuk pembaikan dan pertumbuhan sel.
5. Mengelakkan Penyakit Kronik Sejak Kecil
Tabiat pemakanan yang buruk sejak kecil boleh membuka jalan kepada pelbagai penyakit kronik di usia muda, seperti obesiti, diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, dan masalah kolesterol. Anak yang kerap mengambil makanan tinggi gula, garam dan lemak tepu berisiko mengalami berat badan berlebihan, kerosakan organ dalaman dan tekanan emosi. Sebaliknya, pemakanan seimbang membantu mengawal berat badan, menguatkan sistem imun, dan melindungi organ dalaman daripada keradangan. Mendidik anak makan sihat sejak kecil adalah langkah pencegahan terbaik untuk kesihatan jangka panjang mereka
Tips Mudah Untuk Ibu Bapa Amalkan Di Rumah
1. Rancang Menu Sihat Mingguan
Rancang menu harian yang seimbang dengan campuran karbohidrat kompleks (nasi perang, oat), protein (ikan, ayam, telur), serta sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini bantu elakkan keputusan saat akhir dan pastikan semua nutrien penting tersedia dalam diet harian anak.
2. Sediakan Bekal Sekolah yang Kreatif
Gunakan idea menarik untuk menjadikan makanan sihat lebih menyeronokkan. Contohnya:
Sandwich tuna berbentuk kartun,
Buah potong dalam bekas berwarna-warni,
Nasi goreng berwarna dengan sayur tersembunyi. Anak-anak akan lebih teruja untuk makan bila bekal mereka nampak menarik!
3. Libatkan Anak Ketika Memasak
Ajak anak bantu di dapur – walau hanya mencuci sayur atau menyusun bahan. Bila anak terlibat dalam penyediaan makanan, mereka akan lebih terbuka untuk mencuba makanan sihat yang mereka bantu sediakan.
4. Ganti Snek Manis dengan Pilihan Sihat
Tukar jajan bergula kepada alternatif sihat seperti:
Yogurt asli,
Kek pisang buatan sendiri tanpa gula tambahan,
Biskut oat homemade,
Buah kering atau potongan buah segar. Sediakan snek ini dalam bekas comel supaya nampak menarik!
5. Makan Bersama Tanpa Gajet
Jadikan waktu makan sebagai peluang untuk berinteraksi dan mengajar anak tentang makanan. Tanpa gangguan skrin, anak akan lebih menghargai makanan dan belajar fokus semasa makan.
Cara Didik Anak Tentang Pemakanan Sihat
1. Gunakan Cerita dan Permainan
Anak belajar paling baik melalui cerita dan permainan. Contohnya:
Cipta cerita dongeng tentang “Super Sayur” dan “Puteri Susu”,
Main permainan “Misi Makan Pelangi” – cabaran makan makanan dari 5 warna setiap hari.
2. Tunjukkan Contoh Yang Baik
Anak-anak meniru apa yang mereka lihat. Bila ibu bapa sendiri makan sayur, minum air kosong dan elak jajan – anak juga akan ikut secara semula jadi. Jadilah contoh tabiat makan sihat di rumah.
3.Berikan Pujian Bila Anak Buat Pilihan Sihat
Sokongan positif sangat penting. Bila anak pilih buah atau cuba sayur baru, ucapkan:
“Bagusnya adik pilih buah, macam hero sihat!”
“Berani adik cuba brokoli, mama bangga!” Galakan sebegini buat anak rasa dihargai dan bermotivasi untuk terus mencuba.
4. Sediakan Pilihan, Bukan PaksaanAnak tak suka dipaksa, jadi beri mereka kuasa membuat pilihan dalam ruang yang sihat. Contoh:
“Adik nak lobak atau bayam dalam nasi hari ni?”
“Nak buah epal ke tembikai lepas makan?” Bila mereka diberi pilihan, mereka akan rasa lebih seronok dan tidak memberontak.
Membesarkan anak bijak bukan hanya tentang pelajaran, tetapi juga bermula dari dapur. Pemakanan sihat adalah asas kepada otak yang cerdas dan tubuh yang sihat. Dengan pengetahuan dan usaha kecil setiap hari, ibu bapa mampu mencipta impak besar terhadap perkembangan anak-anak. Jadikan makanan sebagai ‘bahan bakar’ utama kejayaan mereka – kerana anak yang sihat dan bijak hari ini, adalah harapan negara esok.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.