Keibubapaan

Tiga Tahun Tak Balik Singapura, Tak Sempat Kenalkan Anak Lagi. Shah Iskandar Nak Bawa Anak Jumpa Saudara-Mara.

Share

Serangan virus Covid-19 pada seluruh dunia sangat memberi kesan kepada semua. Antaranya pelakon Shah Iskandar yang sudah tiga tahun tidak pulang ke Singapura akibat pandemik ini.

Malah dia juga tidak sempat lagi untuk memperkenalkan anak lelakinya yang kini sudah berusia dua tahun kepada saudara-maranya di negara kelahirannya itu.

“Ketika anak saya dilahirkan, kita sudah berhadapan dengan situasi pandemik dan sekatan pergerakan. Jadi memang tidak boleh pulang ke Singapura.

“Kemudian apabila boleh keluar negara, saya pula sibuk dengan jadual penggambaran. Jadi belum sempat lagi bawa anak bertemu saudara-mara di sana.

“Saya rancang untuk ambil cuti dalam masa terdekat. Tetapi tidak boleh berehat lama kerana terikat dengan jadual kerja,” kata Shah kepada Mstar.

Pastinya kerinduan kepada keluarga terutamanya terhadap ibu dan adik-beradik di sana tak dapat digambarkan. Menurut Shah pasti akan ada air mata yang tumpah apabila mereka berhimpun semula sekeluarga nanti.

“Mestilah saya rindu ibu dan adik-beradik. Selain itu saya juga rindu katil bujang di rumah saya. Kalau boleh nak habiskan masa tidur di atas katil itu.

“Perjalanan pulang nanti saya akan rakamkan supaya jadi kenangan. Saya pasti air mata akan jatuh nanti.

“Kalau nampak saya menangis percaya itu bukan sekadar drama kerana saya sudah lama tidak pulang ke sana,”jelasnya lagi.

Untuk rekod, Shah mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah Mohd Noor pada Januari 2006 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Yusuf Zulkarnaen yang kini berusia 2 tahun.

Sumber: mstar online & Instagram

Jom hantarkan gambar comel si pipi pau papa mama di sini! https://forms.gle/Z2vQVEbYfjhtcWxd6

Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat  

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN