Tuntutlah ilmu hingga ke negara Cina. Itulah kata-kata yang menjadi petanda buat kita yang mana ilmu adalah sesuatu yang tidak akan habis dipelajari walaupun berkurun lama. Mungkin ini semangat yang dipegang oleh para ibu yang sarat membawa bayi dalam kandungan namun masih gigih untuk menhadiri kelas antenatal bagi melengkapkan diri dengan ilmu yang secukupnya sebelum mengalami detik cemas penuh bermakna buatnya.
Pelbagai topik yang dibincangkan oleh para doktor bagi memastikan semua peserta dan pasangannya menguatkan mental dan fizikal sebelum mendengar tangisan insan yang ditunggu sembilan bulan lamanya.
Salah satu topik yang menarik untuk diketengahkan ialah, ‘Epidural Analgesia During Labor’ yang disampaikan oleh Pakar Bius DEMC, Dr. Wan Afaf Zainal Abidin.
Melalui perkongsian beliau, ternyata epidural yang dikatakan mempunyai kesan sampingan negatif kepada kesihatan si ibu sebenarnya hanya berlaku jika doktor yang melaksanakan proses bius tersilap menyuntik epidural tersebut ke dalam tulang belakang ibu.
Ads
Katanya, untuk mengelakkan perkara seumpama itu, hanya doktor pakar sahaja yang patut dipercayai agar kesilapan yang berlaku dapat diatasi.
“Setiap manusia melakukan kesilapan, namun in sha Allah, dengan pengalaman dan kepakaran yang ada, untuk seorang doktor pakar melakukan kesilapan adalah sangat minimum,” terangnya lagi.
Memberi sedikit fakta mengenai epidural, Dr. Wan memberitahu si ibu tidak akan merasa sakit sehingga selesai bersalin. Ibu tetap berada dalam keadaan terjaga, hanya bahagian bawah badannya yang akan merasai kesan bius epidural berbanding bius yang lain.
Ads
“Berbeza dengan bius secara gas dan injection, epidural membolehkan ibu melihat sendiri anak yang bakal dilahirkan kerana mereka tidak tidur sepanjang proses kelahitan tersebut. Apabila kesan ubat bius hilang, badan akan kembali berfungsi seperti normal.
Ads
Dr. Wan amat menekankan, epidural adalah untuk wanita yang sudah tidak tahan menahan sakit bersalin namun ’jalan’ masih lagi belum terbuka secukupnya.
“Kalau bukaan baru 1sm tapi si ibu betul-betul tidak mampu bertahan lagi dengan rasa sakit, ketika itu saya akan cadangkan untuk mengambil epidural bagi mengurangkan rasa sakit yang ditanggungnya.
Bagaimanapun, kaedah epidural ini tidak digalakkan bagi para ibu yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung dan pernah mengalami masalah tulang belakang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang jadi mak ni rasa macam superhero tak pakai jubah. Mana taknya, pagi-pagi dah kena kejutkan anak, sediakan sarapan, sambung kerja rumah dan dalam masa yang sama, urus emosi sendiri supaya tak meletup! Tapi jangan risau mommies, ada cara yang lebih relaks (dan terbukti!) untuk urus semuanya.
1. Mulakan hari dengan rutin ‘me time’ walau 10 minit
Bangun awal 10 minit sebelum anak-anak boleh buat keajaiban! Gunakan masa tu untuk tarik nafas panjang, minum air suam, atau baca sedikit doa dan affirmasi positif. Kajian menunjukkan rutin pagi yang tenang membantu emosi ibu jadi lebih stabil sepanjang hari.
2. Libatkan anak dalam tugasan rumah – fun & bonding time!
Bukan kena buat semua sendiri ya. Anak-anak boleh tolong lipat baju (walau lipatan tak sempurna, it’s okay!), siram pokok, atau susun kasut. Aktiviti ni bantu anak rasa bertanggungjawab dan dekat dengan ibu. Menurut American Academy of Pediatrics, aktiviti ini bantu perkembangan kemahiran sosial anak sejak awal lagi.
3. Sediakan ‘snack station’ yang sihat dan mudah capai
Daripada anak asyik minta jajan, apa kata mommy sediakan bekas khas berisi potongan buah, biskut gandum atau kekacang tanpa garam? Ini bukan saja jimat masa, tapi ajar anak buat pilihan makanan lebih bijak. Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menyarankan amalan pemakanan sihat bermula dari rumah.
4. Guna teknik ‘pause & breathe’ bila stres melanda
Bila anak mula buat perangai dan mommy dah mula rasa nak ‘meletup’, cuba pause, tarik nafas dalam-dalam, dan kira sampai lima. Ini bukan sekadar teori teknik ni dikenali sebagai mindful parenting, dan ia bantu kawal reaksi serta kurangkan rasa bersalah lepas marah anak.
5. Jangan abaikan sokongan, mommy bukan sorang!
Kadang-kadang kita rasa nak buat semua sendiri, tapi sokongan dari suami, keluarga, atau group mommy online boleh bantu sangat! Berkongsi rasa, gelak sama-sama dan dapat idea parenting baru tu sangat healing. Kajian juga membuktikan sokongan sosial antara faktor penting dalam kesejahteraan ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hello Kitty, kucing kesukaan ramai, akan berada di Malaysia. Peminat ‘Hello Kitty’ dapat berjumpa dengan watak kegemaran mereka di karnival ‘Hello Kitty Go Around!! In Malaysia’.
Karnival tersebut akan diadakan di Viva Home Expo Hall, dari 19 Disember 2015 hingga 19 Januari 2016.
Peminat ‘Hello Kitty’ bukan sahaja dapat bertemu dengan watak kegemaran mereka, mereka juga berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti seperi ‘Apple Temple’, ‘Hello Kitty Party Hall’, ‘Save The Goldfish’ and ‘Papa’s Reading Room!’ Aktiviti- aktiviti ini merupakan antara tarikan di ‘Hello Kitty Go Around!’ Carnival.
“Kami berasa teruja kerana berpeluang untuk merealisasikan karnival ini di Malaysia. Ini merupakan kali pertama karnival ‘Hello Kitty’ diadakan di Malaysia. Sambutannya amat menggalakkan. Ini merupakan peluang untuk peminat berjumpa dengan ‘Hello Kitty’, kata Jane Chan, Ketua Pegawai Operasi Hey Day Sdn. Bhd, penganjur ‘Hello Kitty Go Around!! In Malaysia’
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hello Kitty Go Around!! Carnival In Malaysia, layari www.hellokittygoaround.com.my atau ikuti www.facebook.com/HELLOKITTYGOAROUNDMALAYSIA.
Jawab soalan mudah di bawah dan menang pas masuk ke ‘Hello Kitty Go Around’. Sebanyak 20 pasang tiket masuk bernilai RM160 setiap satu menanti anda!
Soalan:
1. Hello Kitty Go Around!! In Malaysia akan diadakan dari 19 Dis 2015 hingga 19 Jan 2016.
A. Betul
B. Salah
2. Hello Kitty Go Around!! In Malaysia akan diadakan Viva Home Expo, Kuala Lumpur.
A. Betul
B. Salah
3. Lengkapkan slogan di bawah:
Saya ingin berkunjung ke Hello Kitty Go Around!! In Malaysia kerana ………………….
Emelkan jawapan anda ke: imc.karangkraf@gmail.com sebelum 23 Disember 2015. Pemenang bertuah akan dihubungi melalui e-mel.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tak sayang cucu kan? Berbanding anak, cucu selebihnya meraih lebih perhatian daripada Atuk dan Wan. Perkongsian sebuah video yang dikongsikan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Ismail Sabri semalam ketika bertemu dengan cucunya, Jeanelle Nika Mandagie ternyata mencuit hati seluruh wargamaya.
Video keletah Dato’ Ismail Sabri yang keanak-anakkan dan meniru gaya Jeanelle ketika bertemu dengan Jeanelle amat mencuit hati semua.
“Bila dengan cucu kita kadang-kadang jadi lebih baby dari cucu,” katanya berseloroh.
Gelagat Atuk membuatkan kita rasa terhibur. Biarpun dihimpit dengan tugasan yang berat setiap hari namun beliau masih sempat meluangkan masa bersama cucunya kesayangannya.
Difahamkan semalam, Jeanelle dan Atuk bertemu untuk menyambut ulangtahun kelahiran anak keduanya yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-5, Gadaffi Ismail Sabri atau Dafi. Ulang tahun kelahiran ke-32 itu disambut oleh keluarga terdekat dengan majlis serba ringkas tapi cukup meriah.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Dato’ Ismail di instagramnya cukup terhibur dengan video yang dikongsikan beliau. Tidak kurang juga yang memuji aksi comel kedua-duanya yang menghiburkan hati.
“Cuteness oveloadddddd”
“Sooo comel lah atok”
“Alololo comel je….semoga sihat selalu dato”
“Comelnya gelagat atok dengan cucu”
Jeanelle Nika Mandagie merupakan cucu sulung kesayangan Dato’ Ismail Sabri yang merupakan cahaya mata pertama pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie dan isterinya, Nina Sabri.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.