Pejam celik, pejam celik pelakon Elfira Loy akui walaupun tinggal hampir dua bulan untuk bersalin namun dia masih belum melakukan apa-apa persediaan.
Menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya, Elfira memberitahu dia perlu buat perancangan rapi terlebih dahulu agar tidak terlupa perkara yang penting.
“Tinggal lagi dua bulan dan saya masih belum membuat apa-apa persediaan lagi tapi saya rasa sungguh teruja.
“Teruja untuk menyiapkan bilik nurseri, membeli barangan keperluan bayi. Diri sendiri dan juga membuat sesuatu perkara dengan teratur tetapi saya juga perlu melakukan perancangan supaya tidak terlepas apa-apa yang penting kalau tidak nanti El stress, ini tak okay itu tak muat.
Ads
“Rancangan saya adalah untuk memulakan bilik tersebut dengan melabelkan bahagian-bahagian tertentu, meletakkan barangan ditempat yang sepatutnya dan membaca segala informasi mengenai selepas kehamilan, penyusuan dan juga bayi.
“Tetapi apa pula pengalaman anda? Apa benda yang rasa dah lengkap tetapi selepas dah beranak baru macam “ohh I forget about this, I forget about that.”
“Mungkin anda boleh kongsikan bersama saya supaya saya tidak melakukan kesalahan yang sama, hehe, terima kasih,” ujarnya.
Ads
Dalam pada itu menerusi ruangan komen juga, ramai peminatnya dan rakan selebritinya turut membantu Elfira dengan menceritakan pengalaman mereka.
Ads
Barang sempat lagi beli, persediaan mental penting
Belajar Ilmu Penyusuan
Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris pada 1 Januari lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 2 September 2018.
Sumber: ig elfira loy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tinggal tiga bulan sahaja lagi, MUA yang amat dekat dengan pengikutnya, MUA Bellaz bakal menyambut kelahiran anak keempatnya.
Melalui Instagramnya, Bellaz berkongsi perkembangan terkini dirinya dan bayi di dalam kandungan yang berada di dalam keadaan baik dan sihat.
Malah melalui pemeriksaan bulanannya, Bellaz juga turut memuat naik gambar imbasan wajah comel anak keempatnya ini. Malah kata Bellaz lagi dia teruja bila mana anak di dalam kandungannya itu menunjukkan wajah biar pun hanya di pandangan sisi sahaja.
“Amboiii ai dia tak tau ni lah part paling mama dia excited setiap kali check up.
“Harini baby belanja sisi muka ja. Puaihh doc pujuk nak scan tak mau jugak, pemalu macam mama dia kot,” tulisnya berkongsi.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata yang kini hamil enam bulan ini juga amat bersyukur bayi di dalam kandungannya berada dalam keadaan baik dan sihat malah turut mendoakan ibu-ibu lain agar dipermudahkan segala urusan mereka.
“Hi hampa saya 6 bulan dah. Alhmdulilah baby ibu sihat. Ya Allah kurniakan zuriat dan permudahkanlah urusan ibu-ibu semua. Aminn,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, perkongsian gambar imbasan dari Bellaz itu sudah semestinya mendapat perhatian pengikutnya di media sosial. Masing-masing memuji kecomelan bayi malah hidung mancung bayi keempat Bellaz ini sudah semestinya menarik perhatian ramai.
Semoga kehamilan Bellaz dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kredit: @muabellaz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua wanita mengandung pasti memasang niat untuk bersalin secara normal dan proses melahirkan anak berjalan lancar. Bersalin normal menjadi impian kerana ibu lebih cepat sembuh berbanding yang melahirkan bayinya melalui pembedahan, luka mungkin mengambil sedikit masa untuk sembuh.
Sumber foto: www.freepik.com
Banyak faktor yang mempengaruhi proses kelahiran seseorang ibu. Selain mental dan fizikal ibu yang bersedia, tahap kesihatannya juga mesti berada di tahap terbaik bagi membolehkan kelahiran normal. Bukan itu saja, keadaan bayi dalam kandungan juga mempengaruhi sesebuah proses bersalin.
Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, Dr. Maiza Tusimin ada berkongsi tentang faktor yang menentukan kejayaan kelahiran normal;
#1 POWER Power = kekuatan kontraksi rahim yg stabil & konsisten penting untuk : • menolak bayi turun & masuk ke dalam rongga pelvis, vagina & keluar dari faraj • membuka serviks sehingga 10cm • menolak bayi dalam posisi yang betul – occipito-anterior (OA) di mana kepala bayi menyentuh dagunya & memberikan diameter yg muat untuk melepas rongga vagina & faraj
#2 PASSAGE Passage = Laluan i.e rongga pelvis, vagina & faraj boleh dihalang atau jadi tidak sesuai untuk melahirkan secara normal bila : • ketinggian ibu < 150cm dengan pelvis yg sempit atau bentuk yang tidak normal, CPD • tumor yang menghalang bayi untuk masuk ke dalam rongga pelvik seperti cyst atau fibroid
Sumber foto: www.freepik.com
#3 PASSENGER Passenger = Penumpang i.e bayi dengan keadaan berikut berisiko tinggi jika bersalin normal : • posisi bayi tidak dalam posisi OA seperti muka menghadap vagina (face presentation), mendongak (brow presentation) • kepala bayi besar e.g hydrocephalus • bayi yang besar 》4kg • CTG atau jantung bayi yang tidak stable / distres
Sekiranya kelahiran normal selamat dan kedua-dua ibu dan bayi sihat, itu adalah satu detik yang menggembirakan bukan saja untuk keluarga bahkan pegawai perubatan serta jururawat yang bertugas.
Biar apa jua teknik kelahiran seseorang ibu, pengorbanannya tak boleh dipandang remeh kerana dia tetap bertarung nyawa demi bayinya. Terima kasih, ibu!
Ibu sebenarnya boleh mengelakkan bayi dalam kandungan terkena alergi selepas lahir. Lakukan empat perkara ini masa mengandung sebagai usaha awal.
Ramai yang berpendapat pemakanan yang sarat dengan makanan pencetus alergi pada trimester terakhir menjadi penyebab utama si kecil yang di kandung mendapat reaksi alergi sejurus selepas lahir. Betul ke?
Menurut Dr Dharmini Veerakumaran, pakar perbidanan dan sakit puan Kelana Jaya Medical Centre, belum ada penyelidikan dan kajian yang 100% membuktikan kenyataan ini. Ibu yang hamil perlu mengamalkan diet yang seimbang sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam piramid makanan. Tidak perlu mengubah terlalu banyak dan mengambil setiap makanan yang baik dalam kuantiti yang sederhana sahaja walau pun ia baik untuk anda dan bayi.
Alahan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu alahan yang disebabkan oleh seperti pemakanan, pernafasan, kulit, logam atau ubat-ubatan. Ia disebabkan oleh faktor yang dipanggil allergen. Apabila terdedah kepada allergen, reaksi alergi akan berlaku.
SEJARAH KELUARGA
Bagi ibu bapa yang mempunyai sejarah keluarga yang alergi terhadap sesuatu allergen perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Alergi sememangnya boleh diwarisi dalam keluarga. Apabila tahu, maka anda akan lebih bersedia menghadapinya dan akan berhati-hati untuk memperkenalkan makanan tersebut apabila dia mencecah usia enam bulan. Bagi golongan yang berisiko, persiapkan diri untuk penyusuan susu ibu. Penyusuan susu ibu adalah usaha terbaik untuk menghindari masalah alahan pada si kecil.
MAKAN KUANTITI SEDERHANA
Sesetengah ibu mengambil makanan yang berkhasiat sehingga memudaratkan sehingga menyebabkan keracunan toksin. Sebagai contoh ikan salmon yang kaya dengan omega 3 dan vitamin A. Mustahak untuk memastikan sajian yang diambil tidak terlalu banyak.
Hal ini kerana ia boleh menyebabkan keracunan merkuri.
Begitu juga vitamin A, D, E dan K perlu diambil dalam kuantiti minimum. Hal ini kerana vitamin-vitamin tersebut adalah jenis yang berasaskan minyak dan akan disimpan oleh hati apabila terlalu banyak dan tidak diguna oleh tubuh seterusnya menyebabkan keracunan toksik. Hal ini juga secara tidak langsung akan mempengaruhi kualiti kesihatan bayi yang di kandung apabila lahir kelak.
JAUHI ASAP ROKOK DAN ELAK JADI PEROKOK SEKUNDER
Bagi ibu yang pernah merokok, suami atau ahli keluarga perokok atau pun selalu terdedah kepada asap rokok, hal ini akan menyebabkan bayi lahir kurang berat badan dengan paru-paru tidak matang.
Walau pun hal ini tidak berkaitan dengan alergi si manja, kajian menunjukkan bayi yang dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai sejarah alergi dan terdedah kepada asap rokok akan mempunyai risiko besar untuk mendapat allergic rhinitis apabila dia mencecah usia setahun.
Para perokok yang merancang untuk hamil harus berhenti merokok sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil. Nikotin yang ada dalam darah ibu boleh masuk ke dalam darah bayi menerusi plasenta dan ini boleh mengancam paru-paru dan meningkatkan risiko asma dan kematian bayi mengejut (sudden infant death syndrome).
MAKANAN KAYA PROTEIN
Pengambilan diet yang kaya protein amat disarankan. Protein yang tinggi akan membina imuniti badan. Hal ini kerana sel-sel antibodi terdiri daripada protein. Kemungkinan besar ini adalah cara yang boleh digunakan oleh para ibu untuk mengurangkan risiko alergi pada si kecil apabila lahir. Daging tanpa lemak dan ikan adalah contoh makanan yang boleh diambil oleh mama hamil untuk menguatkan antibodi bayi.
SUMBER VITAMIN
Bakal ibu juga perlu mendapat sumber vitamin secukupnya daripada sumber semula jadi. Ia lebih baik berbanding pil atau kapsul lebih segar dan lebih mudah diproses tubuh terutama sekali vitamin C yang menguatkan pertahanan tubuh daripada penyakit dan alahan.
Pengambilan vitamin pranatal oleh secara berterusan seperti yang diarahkan oleh doktor memberikan manfaat membina tubuh bayi yang sihat. Vitamin pranatal mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu untuk perkembangan tubuh sendiri dan janin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kejayaan Nurul Nisa Md Nazir, murid Tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rakyat, membuktikan bahawa dengan usaha dan sokongan, apa sahaja boleh dicapai....