Tingkatkan Fokus, Koordinasi Mata Dan Tangan Anak Dengan Buat Latihan Lapan Terbalik

Share

Mudah sebenarnya nak tingkatkan fokus dan koordinasi mata serta tangan anak. Buat sendiri apa yang ada di rumah dah boleh. Asalkan mak ayah kreatif dan ada keinginan nak anak belajar.

Sekurang-kurangnya aktiviti macam ni bukan sahaja dapat kurangkan anak dengan gajet tapi boleh membantu kemahiran membaca dengan bantu gerakkan mata.

Berikut antara latihan lapan terbalik yang dikongsikan Puan Masturah Abu Bakar dan dipraktikkan pada anaknya.

Pagi ni Sarah dan Hakeem buat aktiviti lapan terbalik.

Kalau anak-anak yang baru nak buat latihan ni, disarankan mak ayah buat template dulu. Saya kitar semula kotak pizza untuk buat template.

Aktiviti lapan terbalik ni salah satu aktiviti yang:

✔️ Bantu bina dominasi tangan. Dominasi tangan penting untuk menulis dan melakukan aktiviti harian yang lain.

✔️ Tingkatkan fokus dan koordinasi mata dan tangan. Penting untuk kemahiran menulis dan membaca.

✔️ Tingkatkan kemahiran membaca dengan bantu gerakan mata kiri ke kanan dan kanan ke kiri.

Cara melakukan aktiviti:

➡️ Buat template lapan terbalik
➡️ Mulakan gerakan dari tengah, kiri dan ke kanan secara berterusan.
➡️ Gerakan dilakukan dengan perlahan dan lancar.
➡️ Kalau anak dah mahir, dah tak perlu guna template.

Sumber: Masturah Abu Bakar

 

IKLAN