Kesan kesakitan akibat daripada pembedahan caesarean akan mula dirasai selepas tempoh enam jam anda dibedah.
Kesakitan yang dialami itu menyebabkan anda tidak berupaya untuk membuat apa-apa dengan sendiri seperti kebiasaannya.
Untuk berganjak sedikit daripada pembaringan pun, memerlukan anda memegang sesuatu ataupun bantuan seorang.
Jadi apa yang patut anda lakukan jika mahu bangun dari katil selepas bersalin secara pembedahan caesarean? Tip ini mungkin boleh membantu.
Enam jam selepas pembedahan, anda tidak dibenarkan mengangkat kepala kerana ubat bius masih ada dalam tubuh. Ia mungkin boleh membuatkan anda sakit kepala.
Ads
Selepas tempoh enam jam, barulah anda boleh bangun. Ketika ini, anda perlu paksa diri untuk bangun dari katil. Hal ini bagus kerana dapat membantu peredaran darah yang lebih lancar.
Langkah 1
Apabila cuba bangun, mengiring ke sisi kanan atau kiri terlebih dahulu. Gunakan lengan untuk menolak badan ke posisi duduk.
Sokong perut dengan menggunakan tuala yang telah digulung ataupun bantal untuk mengampu bahagian luka pembedahan.
Ads
Anda juga boleh gunakan bengkung caesarean untuk rasa lebih selesa. Ia dapat menyokong bahagian luka pembedahan dengan baik dan memudahkan pergerakan anda.
Langkah 2
Bersedia untuk menjatuhkan kaki anda ke bawah dari katil.
Ads
Langkah 3
Dengan mengunakan kekuatan tangan, perlahan-lahan bangun sehingga anda berada dalam posisi duduk.
Langkah 4
Stabilkan diri anda dan bernafas dengan baik. Tunggu sekitar satu atau dua minit untuk memastikan anda tidak pening. Jika anda rasa keadaan baik, bangun perlahan-lahan dan mula berdiri.
Langkah 5
Stabilkan diri anda. Jika tiada rasa pening mulakan langkah anda.
Jalan perlahan-lahan. Tegakkan badan walaupun anda rasa sakit di bagagian pembedahan. Jangan lupa untuk ampu perut anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siti Saerah Tarudin, penyanyi dan adik kepada Datuk Sri Siti Nurhaliza berjaya menurunkan berat sebanyak 17kg selepas 6 minggu bersalinkan anak keempatnya. Wow!
Dia yang bersalin pada 12 Disember 2018 melahirkan bayi perempuannya telah memuatnaik video yang memaparkan perbualan antaranya dan doktor.
Hasil pemeriksaan mendapati Saerah turun sebanyak 17kg! Beratnya sebelum bersalin ialah 88kg dan selepas 6 minggu bersalin beratnya telah turun ke 71kg hasil daripada kawalan pemakanan. Doktor bagaimana pun menasihatkan Saerah untuk turut melakukan senaman.
sitisairahtarudin Hari ni ibu check up… Doktor @yuliarifuddin yang terperanjat berat badan turun.. ? terima kasih @natalismothercare ❤️
Doktor & para peminat Saerah turut kagum dengan penurunan berat badan Saerah dan turut memberikan sokongan kepadanya untuk terus menjalani penurunan berat badan secara sihat.
Mama papa jangan lupa saksikan rancangan TV Pa&Ma Musim Ke-3 Selasa ini,29 Januari 2019 dengan tajuk Stres Di Kalangan Kanak-Kanak pada jam 12 tengah hari & ulangannya 9 malam. Banyak kupasan menarik tentang stres di kalangan kanak-kanak akan dikongsikan untuk anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Kelahiran bermaksud proses fisiologi di mana bayi dan uri dikeluarkan dari rahim. Bagi kelahiran yang normal, proses berlangsung selama 12 jam bagi keseluruhannya.
“Bagi kelahiran yang memakan masa 18 hingga 20 jam, ia dikatakan sebagai poor progress labour”
DEGUPAN JANTUNG & PERGERAKAN JANIN SERTA KONTRAKSI DIREKODKAN
Proses kelahiran adalah proses yang dinamik. Tempoh masa bagi setiap kelahiran adalah berbeza. Menurut Dr Siti Esah, proses kelahiran dan segala bacaan akan direkodkan dalam carta partograf yang akan dipantau oleh doktor dan jururawat yang bertugas.
Catatan partograf ini dapat membantu doktor untuk membuat keputusan sama ada proses bersalin ini normal atau tidak dan apa tindakan selanjutnya.
Antara pemeriksaan penting yang dilakukan semasa proses bersalin ialah cardiotocography (CTG). Informasi yang didapati dari pemeriksaan ini ialah;
1. Degupan jantung janin
2. Pergerakan janin
3. Kontraksi rahim ibu
CARA KEMAJUAN SEBUAH KELAHIRAN DIUKUR
Perkara yang dipantau dalam Partograf termasuklah keadaan ibu, keadaan bayi, perkembangan pembukaan rahim (cervix), penurunan kepala bayi (descend) kontraksi.
Bacaan-bacaan yang direkodkan didalam partograf ini akan dipantau bagi memastikan kemajuan (progress) kelahiran berjalan tanpa sebarang komplikasi.
Bacaan degupan jantung janin (dari CTG) perlulah menunjukkan variability (rawak di mana ada turun naik) dan ciri ciri normal.
JIKA KONTRAKSI TIDAK KUAT & SERVIKS BELUM LEMBUT
Sekiranya tahap kontraksi ibu tidak kuat dan serviks masih belum lembut dan terbuka, ada ubat-ubatan seperti prostin akan diberikan kepada ibu untuk menggalakkan bukaan cervix.
SEKIRANYA SERVIKS LEMBUT TETAPI KONTRAKSI TIDAK KUAT
Sekiranya pangkal rahim (cervix) sudah cukup luas tetapi kontraksi tidak kuat , selaput akan dipecahkan dan pitocin akan digunakan untuk menguatkan kontraksi.
“Doktor akan menilai keadaan dan situasi, sekiranya ibu dalam keadaan yang baik dan bayi tidak menunjukkan tanda-tanda lemas maka proses kelahiran dibiarkan berlaku secara semula jadi dalam jangka masa tertentu.
“Namun jika graf pada partograf menunjukkan pola mendatar ia itu tidak ada perkembangan atau keadaan bayi tidak sihat pembedahan caesarean perlu dilakukan segera,”
3 FAKTOR PENYEBAB POOR PROGRESS LABOUR
Antara faktor yang mencetuskan proses kelahiran yang lambat ialah;
#1. Pecah ketuban awal. Sepatutnya ketuban perlu pecah apabila serviks sudah lembut dan bersedia. Ini akan menyebabkan proses kelahiran menjadi perlahan.
#2. Cephalopelvic disproportion (CPD) iaitu kepala bayi tidak berpadanan dengan saiz pelvis ibu.
#3. Kontraksi ibu yang tidak normal seperti cukup kuat menyebabkan kepala bayi tidak turun ke bahagian pelvis. Ia juga boleh disebabkan oleh kandungan kembar dan polihidramnios iaitu air ketuban banyak.
9 KESAN POOR PROGRESS LABOUR
Bagi ibu yang menghadapi poor progress of labour perlu memahami risiko yang mungkin boleh berlaku pada diri dan bayi.
IBU
ANAK
ADAKAH CAESAREAN SATU-SATUNYA CARA UNTUK PROSES BERSALIN?
Tindakan oleh pihak doktor sekiranya poor progress labour terjadi ialah menilai situasi tersebut terlebih dahulu dan tidak terus memberikan opsyen pembedahan caesarean kepada ibu. Pemberian ubat-ubatan akan diberikan bagi ibu yang mana kontraksi tidak kuat .
Perlu diketahui bahawa alat bantu kelahiran seperti forsep dan vakum tidak boleh digunakan sekiranya bukaan serviks tidak mencapai 10sm (kecuali dalam keadaan ibu yang pernah melahirkan ramai anak)
Namun sekiranya percubaan menggunakan ubat-ubatan gagal, maka pembedahan caesarean akan dilakukan sebelum sebarang komplikasi dan sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Kredit: Dr Siti Esah Bahari, Pakar Obstetrik dan Genikologi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyampai radio dan pengacara, Fizi Ali, 30 atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin mendedahkan dirinya berhenti merokok disebabkan oleh anaknya, Ameena Sofia.
Mula merokok ketika usia remaja, Fizi membulatkan tekad untuk berhenti demi permata hati tercinta.
“Saya dah mula merokok semenjak tingkatan satu. Saya kuat merokok… Dulu, saya hisap sekotak setengah rokok untuk sehari.
“Ketika di awal kelahiran Ameena, saya masih merokok. Kesukaran mula timbul kerana saya harus mandi terlebih dahulu selepas merokok, barulah saya boleh mendukung atau menjaga Ameena.
“Bila merokok, bukan sahaja tangan saya yang berbau, malah badan juga akan melekat bau rokok. Perkara terbabit sangat melecehkan… Dari situ, saya mula berazam untuk berhenti merokok.
“Alhamdulillah, saya berjaya berhenti merokok dan bertekad untuk tidak kembali kepada tabiat itu… Lebih senang untuk saya menjaga dan bermain dengan Ameena,” kata Fizi.
Tambah Fizi, dia juga menggunakan peranti alternatif untuk berhenti merokok bagi mengekang tabiat terbabit.
“Saya menggunakan NCIG sebagai alternatif. Setakat ini, NCIG berjaya membuatkan saya berhenti merokok.
“Selain kesedaran berkenaan dengan anak, saya juga mahu jadi lebih sihat dan mengamalkan gaya hidup yang lebih baik,” katanya pada Astro Gempak.
Sekadar info, Fizi mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan dengan kehadiran Ameena pada 14 Mac lalu.