Keadaan ekonomi masa kini yang menyaksikan kenaikan harga barang, sedikit sebanyak membebankan poket pengguna. Jadi, anda perlu pandai menguruskan kewangan. Jika kena caranya, tentu penjimatan dapat dilakukan.
Bagi anda yang mempunyai anak kecil pasti terasa bebannya. Maklum sahajalah banyak barangan keperluan anak terkena tempias kenaikan harga. Salah satu barang keperluan anak bawah tiga tahun yang memang tidak boleh habis dan sentiasa kena ada ialah lampin pakai buang (diaper).
Walaupun anda membeli barangan pada harga yang lebih murah berbanding harga pasaran, jika kualitinya tetap sama, berbaloi bukan? Bagi mendapatkan diaper anak pada harga yang murah berbanding harga pasaran, anda boleh praktikkan tip-tip ini.
Ads
Beli di kedai sensei
Belilah diaper pada harga yang lebih murah di kedai ubat Cina yang memang sinonim dengan nama kedai sensei. Tidak dapat dikenalpasti, mengapa harga barangan yang dijual di sini kebanyakannya lebih murah berbanding harga pasaran luar.
Selain daripada diaper, harga susu pun murah. Kadang-kadang perbezaaan harganya jauh berbeza juga. Jadi, segera kenal pasti lokasi kedai sensei berhampiran rumah anda. Nanti, mudahlah anda hendak membeli barang keperluan si kecil
Ads
Beli di gedung membeli-belah secara online
Kadang kala, gedung membeli-belah seperti Lazada, Shopee, 11st dan lain-lainnya ada menawarkan promsi diskaun atau harga murah. Contohnya di Lazada. Anda boleh dapatkan lampin pakai buang yang murah terutamanya jenama Drypers. Lebih menyeronokkan bila membeli-belah di Lazada, kos penghantarannya adalah percuma. Terdapat banyak lagi jenama murah lain yang boleh didapati di gedung membeli-belah secara online.
Ads
Borong di ekspo bayi
Tentu anda biasa berkunjung ke ekspo yang menjual pelbagai barang keperluan bayi, bukan. Jika berkunjung ke sana, pada hari pertama ekspo berlangsung, anda dapat melihat ramai pengunjung menyerbu booth yang menjual lampin pakai buang.
Selain dijual pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran, anda juga berpeluang untuk mendapat pelbagai jenis hadiah sampingan yang ditawarkan. Berbaloi bukan? Walaupun perlu beratur panjang, banyak benda boleh dapat dalam satu masa. Siapa tidak suka beli satu tetapi dapat dua barang atau lebih. Inilah namanya pembelian bijak.
Promosi di pasar raya
Pasar raya besar seperti Tesco, Giant, AEON Big dan lain-lain kerap kali mengadakan promosi barangan bayi pada waktu tertentu. Jadi, anda kena rajin menjenguk laman web atau singgah ke pasar raya tersebut pada hujung minggu. Jika langkah kanan, dapatlah anda memborong lampin pakai buang bayi itu pada harga yang lebih murah berbanding harga biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tinggal beberapa hari saja lagi sambutan Tahun Baru Cina akan berlangsung. Sudah pastinya akan kita semua sibuk merancang perjalanan sama ada untuk pulang ke kampung atau bercuti bersama keluarga tersayang.
Bagi anda yang memandu, jom ke PUSPAKOM berdekatan – pastikan kereta selamat dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela secara percuma!
PUSPAKOM melancarkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma sempena Tahun Baru Cina sambil memberi peluang kepada pelanggan memenangi hadiah lumayan sepanjang tempoh kempen bermula hari ini hingga 20 Januari 2023.
Dengan tanda pagar #drivesafenoregrets PUSPAKOM ingin mengingatkan orang ramai khususnya pemilik kenderaan persendirian yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina supaya memastikan kenderaan mereka berada di tahap kondisi yang terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Orang ramai boleh mendapatkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau dengan nama singkatan VVI (Voluntary Vehicle Inspection) secara percuma ini di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali cawangan Taman Bukit Maluri, Shah Alam dan Pasir Gudang) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan membuat janji temu di www.mypuspakom.com.my atau aplikasi mudah alih MyPUSPAKOM.
Demi kemudahan orang ramai, PUSPAKOM turut mengerah Unit Pemeriksaan Bergerak bagi menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada orang ramai di beberapa lokasi terpilih seperti berikut:
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, ”Kempen VVI percuma ini bertujuan membantu orang ramai mendapat maklumat tentang kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan kenderaan menggunakan peralatan berkomputer supaya mereka dapat melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya sebelum pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina”.
”PUSPAKOM amat menitikberatkan kepentingan keselamatan kenderaan dan menjadikan pemeriksaan kenderaan percuma ini sebagai tanggungjawab korporat kami sebagai badan pemeriksaan kenderaan yang dilantik kerajaan. PUSPAKOM juga berhasrat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan melalui pemeriksaan terutamanya ketika musim perayaan yang kebanyakan pemilik kenderaan melakukan perjalanan jauh”, ujar Shukor.
”Berlainan dengan pemeriksaan kenderaan yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat. VVI PUSPAKOM melibatkan 25 item pemeriksaan yang menggunakan alatan berkomputer yang dikalibrasi setaraf dengan alatan yang digunakan oleh negara maju seperti Perancis, Belgium dan Sepanyol yang mengikut standard piawaian antarabangsa. Pemeriksaan ini lebih tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu melibatkan pemeriksaan brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan lain-lain lagi”, kata Shukor lagi.
Untuk maklumat lanjut dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma ini dan cara memenangi hadiah, sila layari Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bengkung 3 saat mudah dan selesa dipakai antara ciri penting yang pasti menjadi idaman semua ibu dalam berpantang. Seperti sedia maklum, tradisi memakai bengkung di kalangan ibu lepas bersalin memberi banyak manfaat kepada kesihatan ibu.
Proses pengembangan rahim dan bentuk badan sepanjang sembilan bulan mengandung sudah tentu merisaukan ibu-ibu hamil. Jadi rutin pemakaian bengkung selepas bersalin dikatakan membantu mengampu bahagian abdomen yang menggeleber selepas melahirkan anak.
Dalam rutin harian berpantang, berbengkung dilakukan selepas selesai mandi herba, berurut dan bertungku. Selepas memakai bengkung, ibu lepas bersalin akan berasa selesa kerana bahagian perut terasa diampu dan selesa serta mudah untuk bergerak selepas bersalin.
Kebaikan memakai bengkung
Di antara kelebihan amalan berbengkung ketika berpantang adalah seperti berikut:
Membantu perut menggeleber kembali kempis jika dipakai secara rutin dan mengamalkan pemakanan sihat sepanjang berpantang.
Mengelakkan perut ibu dimasuki angin.
Menggalakkan pengecutan rahim.
Memecahkan lemak.
Menggalakkan pengeluaran darah nifas terutama darah yang berketul.
Memudarkan parut regangan pada perut (jika dipakai bersama sapuan herba).
Merapatkan kembali tulang rusuk dan pelvis yang mengembang semasa hamil.
Membantu ibu memperbaiki postur badan.
Dipercayai boleh mengelakkan sakit belakang kepada ibu dalam jangka masa panjang.
Kembalikan bentuk badan dengan mudah, selesa dan pantas. Bengkung bagi penjagaan selepas bersalin amat digalakkan buat para ibu bersalin normal atau Caesar. Tapi nak cari yang selesa dan memudahkan pergerakan tu susah sangat.
Bengkung 3 Saat Razowa mudah dibuka dan dipakai semula jika ingin ke tandas. Tiada alasan lagi untuk kekal langsing dan berseri.
Apabila bengkung mudah dipakai setiap hari, maka lebih mudah untuk membentuk semula badan dan menyokong abdomen dan tulang belakang.
Antara kelebihan bengkung 3 Saat Razowa yang digemari oleh para ibu lepas bersalin:
Pantas dan mudah
Hanya 3 saat untuk pakai dan kemaskan kedudukan bengkung. Direka untuk memudahkan pergerakan terutama ke tandas.
2. Sesuai untuk ibu bersalin pembedahan caesarean
Rekaan bengkung yang tiada tekanan pada bahagian pembedahan di perut terutama buat ibu bersalin Caesarean. Jadi tidak akan mengganggu proses pemulihan luka.
3. Material yang lembut
Pilihan material yang lembut khas dapat memberi keselesaan maksimum di bahagian pinggang dan perut pemakai supaya dapat melakukan urusan harian tanpa gangguan.
4. Menyokong badan
Menyokong baik tulang belakang dan material yang menyerap peluh dan tidak panas.
Cara pemakaian bengkung 3 saat
Terdapat tiga pilihan saiz bengkung 3 saat yang pasti sesuai untuk semua ibu bersalin.
FREE SIZE
S, M, L
43cm x 124cm
PLUS SIZE
XL, XXL
43cm x 152cm
EXTRA SIZE
2XL, 4XL
50cm x 177cm
Begini cara pemakaian bengkung 3 saat
Foto: razowa.com
Secara idealnya, sebelum memakai bengkung, sapukan tapel atau krim pelangsingan di bahagian abdomen, pinggang dan pinggul untuk kesan yang lebih baik.
Rapatkan kaki, tutup bahagian abdomen dengan kain bengkung.
Tarik getah pelekat bahagian atas sekali mengikut keselesaan.
Diikuti getah ketiga di bawah sekali dan lekatkan mengikut keselesaan.
Akhir sekali, kemaskan bahagian abdomen dan lekatkan getah kedua mengikut keselesaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau anda baharu bergelar ibu bapa, antara perkara paling penting mengenai penjagaan bayi yang perlu diberi perhatian iaitu memilih lampin pakai buang terbaik.
Ini kerana pemilihan lampin pakai buang yang berkualiti menjamin keselesaan si manja dan pastinya mengelakkan daripada risiko masalah ruam lampin.
Sudah tentu ramai yang keliru kerana ada banyak jenama lampin pakai buang, mana satukah yang patut dibeli?
Belum lagi persoalan saiz lampin apa yang padan dengan si kecil? Ataupun bilakah patut menukar saiz lapin supaya ia muat seeloknya?
Tak perlu risau bila memilih Drypers Wee Wee Dry baharu kerana ia menjadi produk pertama di Malaysia yang memberikan indikator saiz ideal dengan ciri panduan Tummy Fit Guide. Ia menjadi garis panduan kepada ibu bapa sentiasa peka perubahan saiz lampin anak mereka.
Selain dari itu salah satu ciri yang diperbaharui ialah 6 AbsorbDRY layers dengan lapisan lilac yang baharu. Ia membantu menyerap dengan pantas malah menyalur urin dengan lebih sekata bagi mengelakkan kebocoran.
Memahami keadaan kulit bayi baru lahir yang halus dan sensitif, lampin Drypers Wee Wee Dry Newborn memberikan penjagaan dan perlindungan optimum dengan ciri Penjagaan Pusat bagi memelihara bahagian tali pusat bayi.
Stool Lock System™ memerangkap dan membendung najis lembut agar kulit bayi kekal bersih dan sihat. Rekabentuk potongan Navel Care di atas zon pita pelekat pula membantu mengelak geseran pada bahagian tali pusat bayi dan pada masa yang sama membiarkan kawasan itu terdedah kepada aliran udara.
Tampil dengan cetakan rekaan haiwan yang comel menjadikan lampin ini pilihan paling tepat untuk para ibu bapa. Rekaan berwarna-warni itu bukan sahaja nampak menarik, tetapi boleh menjadikan proses menukar lampin satu pengalaman yang menggalakan interaksi menyeronokkan antara ibu bapa dan anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aidilfitri semakin menghampiri, pastinya pelbagai juadah manis seperti kek, biskut, dan kuih raya menjadi hidangan wajib di setiap rumah.Antara kek yang semakin mendapat perhatian...