Dekorasi

Tip Hilangkan Bau Kepam Dalam Rumah, Guna Campuran Dua Bahan Ini

Share

Bau kepam di dalam rumah biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Selalunya bau yang kurang enak ini datang daripada bau masakan, makanan/minuman yang tertumpah serta karpet yang tidak dikeringkan dengan betul.

Maka terhasillah bau yang menusuk hidung ini. Untuk menghilangkannya, ada di antara kita yang menggunakan pewangi, namun tidak semuanya berkesan. Ada yang jenis berbau harum sekejap sahaja, selepas beberapa minit hilang begitu sahaja.

Berikut dikongsikan cara terbaik supaya rumah tidak berbau kepam. Selalunya bau kepam ini disebabkan karpet yang berhama dan sudah lama tidak dibersihkan.

Cara yang paling berkesan, selamat dan menjimatkan bagi mengatasi masalah ini ialah dengan cara menggunakan dua bahan ini:

1. Baking Soda
2. Essential Oil

Boleh guna bau lemon dan lavender agar rumah berbau segar.

CARA-CARA:

1.Letak baking soda dalam bekas yang berlubang seperti bekas garam.

2.Masukkan lebih kurang 10 titis essential oil pilihan anda.

 

 

3. Taburkan atas karpet, biarkan dalam 30 minit  kemudian vakum. Hasilnya rumah anda akan kekal wangi sentiasa. Selamat mencuba!

Sumber: Fatin Jalil

 

 

 

 

 

 

IKLAN