Otak boleh jadi jem seketika bila tengok anak sepahkan mainan tahap terlampau. Ibu rasa nak pitam melihatnya. Mana taknya, ambil masa yang agak lama juga untuk dikemaskan kepada  rupa asal. Tapi apa nak buatkan, kemas sajalah perlahan-lahan.

Sebenarnya dalam hal kemas mengems ni mama kena kreatif supaya anak taklah biarkan mainan bersepah. Perkongsian dan tip dari Nadh Azkar ni mama boleh cuba. Yang penting relaks-relaks je, jangan stress.


Malam ni rasa macam nak share satu benda kat sahabat-sahabat Nad yang ada anak kecil. Bila main mainan, tak nak kemas.

Tip Mudah Ajar Anak Kemas Semula Mainan, Mama Jangan Strees Tapi ‘Make It Fun’!

Tapi kita boleh didik dia dari kecil dan biasakan diri untuk kemas semula mainan selepas bermain.

Nad dah cuba, memang berkesan!

7 CARA AJAR ANAK KEMAS MAINAN.

1. BERLUMBA DENGAN ANAK

Senang cerita, ‘Race against time’. Jadikan ia satu cabaran, ‘Time-bound challenge’. Sifat kanak-kanak memang suka berlumba. Gunakan ‘stopwatch‘ dan mula berlumba dengan anak. “Siapa yang siap kemas dulu, dia menang!”

IKLAN

2. JADIKAN IA AKTIVITI YANG MENYERONOKKAN

Dengan kata lain, ‘Make it fun’. Kalau kemas kapal terbang, buat bunyi kapal terbang sambil gerak tangan memasukkannya dalam bekas mainan. Kalau kemas lori, buat bunyi lori. Tukarkan daripada suasana tegang kepada suasana yang menarik. Jadikan satu permainan.

3. JANJI MAIN LAGI

Pertama sekali, main dengan anak dulu. Bila mahu kemas, kemas sama-sama. Mungkin anak sedih kalau kita kata mahu berhenti. Masa inilah kita boleh cakap,
“Kita kemas dulu ya. Mama janji, nanti mama main sama-sama lagi. Okay?”

Tip Mudah Ajar Anak Kemas Semula Mainan, Mama Jangan Strees Tapi ‘Make It Fun’!

4. PUJI SUSUNAN MAINAN ANAK

IKLAN

Walaupun berterabur dan masih lagi bersepah, asalkan ada dalam bekas mainan itu, puji anak dengan bersungguh-sungguh.
“Pandainya abang kemas toys. Cantiknya. Macam inilah anak mama!”,
sambil peluk anak. Anak akan tersenyum dan rasa gembira kerana dipuji. Secara tidak langsung, jadi motivasi pada dia untuk kemas pada masa akan datang.

5. SENTUHAN TERAKHIR

Kadang-kadang, anak tidak mampu kemas sendirian. Sebab itu dia malas kerana terlalu banyak untuk dikemas. Biar ibu-bapa buat lebih banyak dari anak, asalkan dia belajar sesuatu. Apa kata ibu-bapa tolong 80% dan anak buat 19%. Lagi 1% bagaimana?

Masa inilah yang paling kritikal. Buat anak rasa dirinya juara kerana dia yang buat sentuhan terakhir. Dia yang buat ‘finishing‘ kemas permainan itu! Secara psikologi, bagaikan dia yang kemas semuanya 100%.

6. RUMAH MESTI KEMAS

Kalau mahu suruh anak kemas, pastikan persekitaran kita kemas. Bukan kemas sehingga tiada habuk langsung, cuma asalkan elok dipandang mata. Bayangkan kalau bantal masih lagi bersepah di sofa di ruang tamu, bagaimana anak ingin kemas permainan di sudut rumah. Dia akan nampak,
“Rumah pun mak aku tak kemas, nak suruh aku kemas toys pulak”.

IKLAN

Tip Mudah Ajar Anak Kemas Semula Mainan, Mama Jangan Strees Tapi ‘Make It Fun’!

7. MAIN TARIK TALI

Kalau tidak kemas, kita akan ambil atau bagi orang lain. Ini biasanya hanya boleh digunakan untuk anak kecil 1-4 tahun. Setelah besar, dia tidak akan peduli. Cuba guna teknik 1-6 di atas.

Jika ingin gaya komunis, buang betul-betul dalam tong sampah buat pengajaran! Tentu dia sedih dan tidak akan buat lagi.

Last sekali nad nak bagitau, paksaan dan meninggikan suara tidak akan menyelesaikan masalah. Kita kena kreatif dalam cara kemas mainan anak. Gunalah teknik psikologi.

Korang boleh cuba okay! ??

Penat mengemas jugak sebenarnya nie. ???

Kredit: Nadh Azkar

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI