Setelah berkahwin setiap pasangan ingin mempunyai zuriat sendiri. Namun tak semua yang bernasib baik terus dikurniakan anak, ada yang terpaksa menunggu lama sehingga beberapa tahun barulah dikurniakan anak. Tapi ada juga sehingga berbelas tahun masih lagi belum ada rezeki ada cahaya mata sendiri.
Paling penting jangan putus harap dan sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Yang Maha Esa, InsyaAllah dengan izinNYA suatu hari peluang untuk mempunyai anak sendiri pasti hadir.
Selain mungkin tertekan dengan diri yang masih tidak dikurniakan anak, pertanyaan daripada orang sekeliling juga membuatkan ramai pasangan berjauh hati. Orang lain tidak akan pernah puas, setelah mempunyai anak, pasti ada yang bertanya bila pula hendak menambah zuriat lain.
Seperti yang dikongsi oleh usahawan terkenal Nur Liyana Abdul Rahman yang mengaku dirinya sukar untuk mendapat zuriat. Namun dia bersyukur dapat juga menjadi seorang ibu setelah menjalani In Vitro Fertilization (IVF) pada tahun lalu.
Allah dengar doa, dapat anak dengan teknologi IVF
Ads
Saya tak pernah malu langsung untuk mengaku yang saya susah nak dapat rezeki anak .
Alhamdulillah Allah dengar semua doa saya dan hadiahkan saya seorang anak dengan bantuan teknologi IVF awal tahun lepas.
Tapi kan , org takkan pernah putus untuk tanya kita pasal anak . Tambah2 bila usia perkahwinan dah cecah 2 tahun.
Ads
Pastu bila anak dah nak masuk 2tahun , orang sibuk tanya “eh bila nak tambah lagi “ . Eh eh kalau nak ajak borak boleh kot cari soalan / topik lain . Perasaan orang yang susah nak dapat anak ni betul2 sensitif . Kalau pasal anak ni , air mata laju je boleh mengalir tau. Hanya yang mengalami je tahu perasaan ni. Lagi stress kalau suami takde action
Belum ada anak, Jangan sedih, InsyaAllah ada rezeki lain
Yang belum ada anak , korang jangan sedih2 ya. Mungkin Allah susah nak bg rezeki anak tapi Dia bagi rezeki kita kat tempat lain. Ramai org skrg ni dahulukan kerjaya dan melambatkan perkahwinan . Bila kawen waktu usia meningkat , tahap kesuburan akan jd rendah. Tambah2 pulak makanan yg kita makan tak sehat so benda tu jugak menyumbang kepada ketidaksuburan kita.
Ads
Dannnn yang paling penting , hidup jangan stress . Kebanyakannya org business yang banyak berpikir , selalu stress dgn kerja , pikir keja 24 jam. tu pon salah satu punca susah nak dapat anak.
Wanita yang hamil selalu dikaitkan dengan masalah kencing kotor yang menjadi ketidakselesaan sepanjang hamil. Jangan dibiarkan kerana ia merbahaya untuk wanita hamil. Dr Zubaidi Hj Ahmad berkongsi permasalah ini.
Melakukan pemeriksaan air kencing adalah suatu pemeriksaan rutin yang dilakukan pada wanita yang hamil. Tujuannya untuk mengesan jangkitan kuman dalam saluran air kencing. Sistem pembuangan air kencing bermula dari ginjal hingga ke saluran kencing yang terakhir. Jangkitan kuman dalam air kencing, dikenali dalam masyarakat sebagai “kencing kotor”
Apa itu kencing kotor pada wanita hamil?
Jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI) atau kencing kotor adalah masalah yang sering dialami oleh golongan wanita, terutama wanita yang hamil. Kencing kotor selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman.
Sistem saluran kencing terdiri dari ginjal, saluran ureter (menghubungkan ginjal ke pundi kencing), pundi kencing dan saluran urethra (saluran yang membawa keluar air kencing dari pundi kencing).
Kencing kotor pada wanita hamil melibatkan saluran urethra dan pundi kencing. Jarang berlaku pada ginjal, namun kuman dari pundi kencing boleh naik ke bahagian ginjal menyebabkan masalah yang lebih berbahaya.
Mengapa kencing kotor pada wanita hamil sering berlaku?
Kencing kotor pada wanita hamil berlaku kerana saluran urethra mereka lebih pendek berbanding dengan lelaki. Jadi kuman pada bahagian kemaluan, terutama anus dan faraj senang masuk ke pundi kencing.
Wanita hamil juga mengalami perubahan hormon yang menyebabkan kekuatan otot pada saluran ureter dan pundi kencing bertambah lemah.
Peningkatan tahap keasidan dan terdapat gula dalam air kencing menyebabkan air kencing pada wanita hamil boleh berlaku dengan mudah.
Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia menjadi lebih parah dan kuman boleh merebak pula ke ginjal. Ia boleh menyebabkan kerosakan ginjal dan kematian.
Jangkitan yang teruk akan menyebabkan air kencing wanita hamil kelihatan berdarah. Jika jangkitan tidak parah, ia mungkin hanya dapat dilihat dengan pemeriksaan air kencing menggunakan mikroskop saja.
Apa tanda kencing kotor pada wanita hamil?
Mereka mungkin mengalami masalah berikut. Sebahagian dari mereka mungkin tidak mengalami sebarang masalah.
* Rasa terbakar sewaktu kencing
* Darah di dalam air kencing
* Air kencing keruh
* Kerap ke bilik air untuk kencing walaupun hanya sedikit urin yang keluar
* Tidak dapat menahan kencing
Jika kencing kotor pada wanita hamil telah parah dan menjangkiti ginjal, mereka mungkin mengalami :
* Demam dan menggigil
* Loya dan muntah
* Sakit pada bahagian belakang badan, di bawah rusuk
* Tidak bermaya
* Tiada air kencing langsung
Apa yang perlu dibuat apabila berlaku kencing kotor pada wanita hamil?
Memandangkan komplikasi jangkitan kuman pada saluran air kencing adalah berbahaya, doktor akan melakukan ujian saringan. Ini kerana sebahagian wanita hamil tidak mengalami sebarang tanda-tanda jangkitan kuman, sehinggalah masalah jangkitan kuman ini merebak dengan lebih teruk.
Bagi wanita hamil yang mempunyai tahap imuniti yang rendah seperti pesakit diabetes atau yang mempunyai masalah penyakit autoimmune, kebarangkalian untuk menghadapi kompliasi (jangkitan pada ginjal) adalah lebih besar.
Bagi yang mengalami masalah kencing kotor pada wanita hamil, selalunya mereka dinasihatkan agar minum air secukupnya. Tujuannya untuk membuang kuman yang berada pada pundi kencing.
Masalahnya ramai wanita hamil tidak selesa dengan cara ini kerana apabila usia kehamilan semakin meningkat, mereka lebih mudah untuk membuang air kencing. Dengan minum lebih banyak air, semakin kerap mereka ke tandas. Namun inilah antara cara terbaik untuk merawat kencing kotor pada wanita hamil. Pemeriksaan semula air kencing boleh dilakukan selepas seminggu.
Bagi kes kencing kotor pada wanita hamil yang lebih serius, sama ada dibuktikan dengan pemeriksaan air kencing atau mengalami sebarang tanda (rujuk tanda-tanda di atas), doctor akan memberikan antibiotic yang selamat diambil bagi wanita hamil.
Selain itu saya mencadangkan bagi masalah kencing kotor pada wanita hamil adalah:
1. Minum air secukupnya. Pastikan air kencing berwarna jernih sedikit kekuningan.
2. Jika rasa pundi kencing telah penuh, terus ke tandas. Ini membantu membuang kuman yang berada dalam pundi kencing. Jangan bertangguh.
3. Selepas membuang air kecil, lap kemaluan dari depan ke belakang. Ini bertujuan untuk mengelakkan kuman pada anus merebak ke bahagian hadapan (faraj) jika kita mengelap dari belakang ke hadapan.
4. Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap.
5. Elakkan daripada mengambil minuman bergula.
6. Amalkan minum cuka teen. Caranya ialah dengan mencampurkan satu sudu besar cuka teen ke dalam segelas air kosong. Minum selepas makan. Tiga kali sehari. Atau campurkan 3-5 sudu besar cuka teen dalam satu jug 1L. Minum sepanjang hari. Campurkan sedikit madu atau stevia jika perlu.
Kesimpulannya, masalah kencing kotor pada wanita hamil kerap berlaku. Oleh itu pemeriksaan saringan adalah penting bagi mengelakkan komplikasi yang lebih teruk.
Amalkan cuka teen (cara amalan seperti di atas) untuk mencegah dan sebagai usaha merawat masalah kencing kotor pada wanita hamil.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat penari profesional, Alam Wakaka yang telah pun selamat menimang cahaya mata sulung selepas isterinya, Nurul Alisya Najwa selamat melahirkan bayi mereka.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan Alam menerusi Instagramnya awal pagi tadi. Malah menurut kata Alam lagi, isterinya dan bayi berada dalam keadaan stabil dan baik.
“Assalamualaikum dunia.
“Syukur ke hadrat Illahi, alhamdulilah segala puji milik Allah, hari ini lahirnya seorang bayi yang bakal menjadi ketua suatu hari nanti,” tulisnya ringkas.
Malah kata Alam lagi, dia bersyukur isteri dan anak lelakinya dalam keadaan baik malah berterima kasih pada semua yang membantu.
“Keadaan Alisya & bayi stabil. Terima kasih pada Doktor & Nurse yang sangat baik memberi layanan yang terbaik buat isteri saya serta semua yang mendoakan kesejahteraan mereka berdua.
“Selamat datang anakku,” tulisnya lagi.
Rata-rata rakan selebriti dan pengikut Alam di Instagram turut sama mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi lelaki mereka.
Terdahulu, Alam mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Nurul Alisya Najwa pada 7 Mac 2021.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika hamil macam-macam dugaan yang dilalui ibu hamil. Ada yang buang air kecil tidak lawas, ada yang sembelit dan menghadapi kesukaran membuang air besar. Macam-macam.
Namun mengambil jumlah air yang mencukupi amat disarankan disamping pengambilan buah-buahan dalam diet harian. Wajib!
Perkongsian dan tip yang dikongsikan oleh Mastura Rashid ini boleh mama cuba sebagai usaha untuk membantu masalah kencing kotor dan melawaskan masalah buang air kecil. Namun dalam kita mencuba pelbagai petua sihat, perlu juga mendapatkan nasihat dan rawatan dari doktor.
Waktu mengandung dulu, setiap kali kena kencing kotor, saya mesti akan minum air barli. Alhamdulillah berkesan sangat untuk lancarkan semula kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.
Minuman barli ni juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum.
Dan kalau demam pula, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Kejap je kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecik juga.
Cara masak barli ni pun mudah. 1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam bagi lembut.
2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.
3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.
4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah.
5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.
Sejak saya kecik lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli dimakan seperti bubur.
Saya boleh ratah barli ni bercawan-cawan sampai tersandar kekenyangan.
Kakak ipar yang berbangsa korea pula suka tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser.
Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1. Iaitu 2 pot beras, 1 pot barli. Rendam dulu barli ya bagi lembut. Dan adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.
Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari okeh. InsyaAllah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits.
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.