Macam mana nak masak dengan cepat? Ini antara yang selalu ditanya ibu-ibu yang ada anak kecil terutamanya nak jimat masa.
Perkongsian dari Puan Zuera Burn yang memberikan tip yang dilakukannya boleh dicuba. Yang pertama kita kena kenalpasti menu favourite suami dan anak-anak.. Apa yang dia orang suka dan apa yang dia orang tak suka.
Kenalpasti sebanyak mungkin menu yang mereka makan kalau tak makan memang jangan buat laaa sebab nanti takkan sentuh. Kenalpasti dan senaraikan …SILA TULIS anda boleh tulis pada buku. Wujudkan 1 buku atau kertas je tapi kalau buku senang tak hilang dan kita boleh simpan banyak-banyak.
Ada orang kata cerewetnya, nak masak je pun tapi percayalah ia memudahkan anda bila anak anda mencapai 10 orang.
Macam saya dah 6 orang tapi tak perlu nak mulakan dari awal balik sebab dah ada pun. Saya memang catat sejak anak seorang.
Antara Tipnya:
Kemas peti ais duluSaya tunjukkan macam mana saya buat SILA perhatikan apa yang penting di sini yeSemua barang dalam peti letak dalam bekas dan labelkan satu persatu..ikut keperluan anda memasak,gaya anda memasak laaa…ini gaya saya boleh ikut atau ubah ikut cara masing-masing.Yang frozen pun labelkan senang kerja kita jangan biar duk jer dalam plastik nanti tak nampak lama-lama kita buangggggg kan?Sos pun letak dalam peti??? Hehee saya letak tapi terpulang kepada anda laaaaRempah pun saya letak sini sebab senang 1 pusat bahan heheehe lagipun nampak apa yang ada apa yang takde so takdelah bergerak mencari di banyak tempat kan?Yang packing macam ni pun susun bagi kemas supaya bila buka kita nampak semua jadi idea masak ting ting ting tak sampai 5 saat dah keluar mentol kat kepala kita kan? KihkihkihUntuk bahan basah setiap hujung minggu saya beli stok untuk seminggu dan packing ikut keperluan kemudian labelkan(ikut menu anda yang telah disenaraikan dalam step pertama)Yang ni contoh peti ais ruang sedikit kecil jadi anda boleh ikut cara ni
Hujung minggu belilah stok untuk 1 minggu ke 2 minggu ke terpulang laaa tp saya cukuplah untuk 1 minggu sahaja…
Lepas tu bahagikan siap2lah…packing 1 bekas tu untuk sekali masak sahaja..saya sediakan untuk 8 orang makan… tapi macam ikan saya beli fresh ikuthari nak makan sebab almaklumlah duk tepi pantai memang laa mudah nak dapat ikan fresh hehee…tapi kalau korang kat bandar boleh jer beli dan packing macam bahan lain jugak…
Contoh hari ni:
Ads
Ayam 4 ekor rm50
Sotong,udang,lala,ikan merah seekor rm74
Semua stok sayur tu tak termasuk bawang rm19.80
Jimatlah kan? Hehehe
Untuk ayam saya asingkan kepak,paha,tulang,isi sebab nanti ade yang berebut so 4 ekor ade 8 kepak dan paha oklah kan? Takdelah berebut hehehee
Isi tu saya perapkan dan boleh jadikan inti kebab,wrap,sate dan lain2 terpulang laaa pada citarasa dan menu anda..
Jangan lupa buat skali untuk rencah nasi goreng,mee goreng,mee rebus ke ikutlah menu korang kan…letak siap2 1 bekas sotong+udang atau isi ayam yang dh siap potong kecik2 dan apa2 jelah
Ads
Sayur pulak berubah2 ikut anak tekak -potong siap2 nanti nak masak campak jer…sampah pun kurang,tangan pun tak kotor dan bekas pun tak banyak kena basuh
Tambahan:
Ada yang komen sayur kalau potong hilang zatnya…huhu terpulang kepada andalah sebenarnya sebab sya mmg 1@2 bekas sehari dah habis dan sayur mmg kena beli lagi bukan stok untuk seminggu pun…
Bawang camne? Bawang kupas siap-siap nanti nak guna guna chopper jer kalau anda nak blend siap boleh tapi kan kalau lama sangat simpan akan keluar asidnya so tak bagus untuk dalaman kita…jadi kalau nak buat jugak blend dalam kuantiti yang sedikit sebab kalau blend korang guna air kan..so carilah 1 chopper nanti senang tak perlu tambah air….ada lagi 1 cara saya memang ada food processor so bila blend tak perlu guna air.
Cili kering pulak buat banyak siap-siap nanti nak masak campak ajer. Jangan lupa letak minyak yer
Selamat mencuba
Kaedah ini buat suami dan anak2 anda tak suka makan kat kedai dahhh..tak pandai masak sila belajar..tanya jer pak google nak resepi apa semua ada…lama2 nanti mesti pandai punye insyaAllah
Ads
Tapi ada 1 jer sebab tak menjadi kalu guna kaedah ni.. kalau ada mim alif lam sim
M.A.L.A.S
Semua bahan kena label, barulah senang
So again and again…dalam banyak-banyak cubaan gaya memasak this is the best saya rasa laaa… Sebelum ni(bbrp tahun lepas) saya cuba pelbagai kaedah ikut kesesuaian tapi bila dapat idea ni rasa lagi kebaboom urusan masak setiap hari… Anda bila nak cuba ye…mai laaa terjebak sama baru best blh share hasilnya… Bukan sejenis menu sahaja tau tapi pelbagai Dari gorengan sampai laaa ke kariiii gulai bagai…
Okay dah penuh. Bajet RM140 breakfast, lunch,dinner untuk seminggu
Bersama 6 jenis pes yang maybe bertahan sebulan atau tak sampai sebulan dah habis. Mak mak sila rajin, jimat banyak tau.
nota kaki:budget tu hanya untuk bahan basah dan bahan pes sahaja tak termasuk bahan kering seperti beras dan lain-lain.
Kala sambutan raya, kanak-kanaklah menjadi orang yang paling seronok. Girang gembira dan teruja, elok juga dingatkan beberapa pesanan penting supaya menjaga adab.
Manisnya menyambut hari raya buat kanak-kanak, kenangan yang akan terpahat dalam ingatan. Dalam sambutan meriah raya dan ziarah menziarahi, mungkin ada anak-anak yang masih dalam mood gembira bertingkah laku sumbang hingga mengguris perasaan orang lain.
Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengingatkan mereka tentang adab dan kelakuan sopan semasa beraya. Antaranya perihal duit raya dan tingkah laku semasa sambutan ini. Perkongsian Dr Taufiq Razif memberikan peringatan beberapa perkara yang perlu dititikberatkan.
Mak Ayah Wajib Pesan Pada Anak
#7 Nasihat Ni Masa Pergi Beraya Nanti
#1- Jangan minta duit raya
Nak ziarah rumah boleh. Nak tawaf satu kampung pun boleh tapi bila masuk rumah orang, jangan sekali kali minta duit raya.
Kita tak tahu keadaan ekonomi tuan rumah. Jadi, makan dan minum je kuih muih yang tuan rumah hidangkan tapi ajar anak kita untuk tak meminta minta duit raya
#2 – Jangan buka sampul duit raya di depan tuan rumah
Membuka sampul duit raya di depan tuan rumah dan menyebut jumlah duit adalah perbuatan yang memalukan dan tak beradab pada tuan rumah
Ada orang mampu je nak bagi RM50 tapi ada orang, nak bagi 50 sen pun mereka terpaksa menyimpan sepanjang tahun.
#3 – Jangan intai rumah orang
Kalau dah ketuk 3 kali dan tak ada orang respon, baliklah. Itu adab bertamu.
Bila ketuk rumah orang pula, jangan berdiri betul betul muka pintu, ajar anak untuk berdiri di tepi pintu supaya bila pintu tu dibuka kita tak terus nampak aurat ahli keluarga tuan rumah tu.
#4 – Jangan masuk ke bilik tidur orang tanpa izin
Bagitahu anak kita bahawa bilik tidur adalah tempat paling privasi bagi tuan rumah.
Nak solat atau nak ke tandas sekalipun, kena minta izin dulu.
#5 – Jangan buka peti ais rumah orang
Ada orang mengadu kat saya haritu katanya ada anak anak tetamu datang rumahnya, buka peti ais dan minta macam macam makanan kat dalam tu ?
Sebagai tuan rumah, kita hargai dan muliakan tetamu tetapi sebagai tetamu, kena la hormat tuan rumah. Tak boleh biarkan anak kita sesuka hati meneroka rumah orang ni.
#6 – Jangan usik barang tuan rumah
Musim beraya ni la orang duk pakat ‘display’ perhiasan termahal mereka.
Pesan kat anak anak kita jangan duk usik barang orang terutamanya yang berkaca. InsyaAllah anak kecil pun boleh faham kalau kita ingatkan berkali kali.
#7 – Jaga kelakuan
Terutamanya anak kecil yang aktif dan suka berlari tu memang kita wajib pesan untuk beringat. Kalau anak tak boleh dikawal sangat, bawa anak keluar rumah supaya mereka boleh ‘channel’ energi mereka di luar tapi kalau kita sendiri tak yakin boleh kawal anak kita tu sebaiknya tak bertamu pun tak apa.
Gambar hiasan.
Bertamu tu SUNAT hukumnya tapi menjaga kelakuan anak daripada merosakkan barang orang itu WAJIB!
p/s : Banyak cara nak kawal anak ni. Antaranya bawa mainan kesukaan mereka ketika ziarah rumah orang. Ni la ‘art of distraction’ yang kita kena belajar ☺️
Boleh dikatakan setiap rumah mesti ada cili api atau cili besar untuk digunakan dalam masakan. Biasanya paling sikit dibeli pun segenggam. Ini kerana jika beli banyak risau ia mudah busuk walaupun disimpan dalam peti sejuk.
Kadang rasa rugi juga beli kalau tiba-tiba nak guna dah rosak kan? Biasanya kebanyakan daripada kita menyimpan dengan alas tisu dan diletakkan bawang putih sebelum diletakkan dalam bekas untuk kekal segar.
Namun kali ini tip yang dikongsikan oleh Puan Haslinda yang menyimpan cili dalam botol dan kesegarannya terjamin sehingga 8 bulan benar-benar wow!
Cara menyimpannya simple sangat. Hanya guna botol air mineral atau minuman.
Berikut antara perkongsiannya:
Jiran berkebun tuai berkilo-kilo cili besar. Dia beri saya cili bulan Januari. Saya letak dalam botol mineral dan simpan dalam peti sejuk. Sekarang dah hampir 8 bulan, semuanya masih segar. Tips untuk simpan cili besar agar tahan lama.
Menjengah di ruangan komen pula, penulis mendapati Puan Haslinda telah membalas pertanyaan-pertanyaan dari pengikut laman tersebut berkenaan penyimpanan cili yang lebih terperinci.
Malahan, bukan hanya cili besar sahaja tetapi cili api pun boleh ikut cara ini dan rasanya masih sama walaupun disimpan lama. Ini cara-caranya yang dapat disimpulkan:
CARA-CARA SIMPAN CILI DALAM PETI SEJUK
1. Basuh cili terlebih dahulu, kemudian di tos sehingga kering.
2. Sediakan sebuah botol mineral dan masukkan cili tadi ke dalamnya.
3. Cili tidak perlu dibuang tangkai dan tidak perlu dimasukkan air juga.
4. Kemudian tutup botol dengan penutup botol.
5. Simpan botol berisi cili di dalam peti sejuk di bahagian bawah iaitu tempat simpanan sayur.
Kanak-kanak sangat mudah mengikut atau meniru perlakuan ibu bapa mereka baik dari segi perlakuan mahupun percakapan. Mereka masih kecil untuk menentukan sama ada perlakuan atau percakapan itu adalah betul atau salah. Menjadi tugas ibu bapa untuk mendidik anak mereka bagi memastikan mereka membesar dengan sebaiknya.
Dalam percakapan misalnya, kanak-kanak kecil sangat mudah terpengaruh dengan ibu bapa atau orang di sekeliling mereka. Sebagai contoh, mereka suka mengajuk perkataan yang diujarkan kepada mereka. Ini kerana mereka masih dalam tempoh belajar untuk bertutur dan meniru merupakan praktis yang terbaik untuk mereka. Proses ini penting bagi melahirkan minat seseorang kanak-kanak itu terhadap bahasa yang membolehkan mereka untuk membaca dan menulis kelak.
Adakah penggunaan kata ‘jangan’ memberi kesan kepada anak?
Perkataan yang diujarkan oleh ibu bapa akan mempengaruhi anak-anak dari segi mental. Ibu bapa seharusnya menggunakan perkataan yang tepat ketika mendidik anak-anak. Ketika sedang marah, kawal perasaan anda dan cuba gunakan perkataan yang paling tepat agar tidak menyinggung sekaligus merencatkan perkembangan mental anak anda.
Adakah perkataan ‘jangan’ merupakan perkataan yang tepat untuk melarang anak anda melakukan sesuatu? Kajian mengatakan bahawa penggunaan kata ‘jangan’ dengan kerap akan menyebabkan anak anda tidak mudah terpengaruh atau terbiasa yang akan menyebabkan anak anda tidak lagi percaya mahupun menurut larangan anda.
Sebaiknya, perkataan ‘jangan’ ini seharusnya digunakan ketika waktu kecemasan sahaja. Contohnya ketika anak anda bermain dengan peralatan bahaya seperti pisau atau gunting, maka penggunaan kata ‘jangan’ ini diharuskan.
Perkataan alternatif yang boleh digunakan untuk menggantikan kata ‘jangan’
Selain perkataan ‘jangan’, terdapat beberapa perkataan ataupun cara untuk melarang, mencegah atau menghindar anak anda daripada melakukan sesuatu yang tidak diingini. Ibu bapa boleh cuba menggunakan cara berikut dalam situasi yang tepat.
Jika anda ingin melarang anak anda daripada makan sesuatu yang tidak sihat seperti coklat atau aiskrim, anda boleh menggunakan cara ini:
‘Ibu tahu kamu suka coklat, tetapi makan dalam kuantiti yang banyak tidak bagus untuk kesihatan’
‘Ibu akan belikan aiskrim kegemaran kamu pada esok hari’
Jika anda ingin melarang anak anda daripada bermain dengan makanan mereka, anda boleh menggunakan cara ini:
‘Makanan itu untuk makan, bukan untuk main’
Jika anda ingin melarang anak anda yang salah cara bermain permainannya, anda boleh menggunakan cara ini:
‘Permainan itu bukan untuk digigit, biar ibu tunjukkan cara untuk main’
Jika anda ingin melarang anak anda daripada memukul orang lain atau menjerit ketika sedang marah, anda boleh menggunakan cara ini:
‘Gunakan mulut, bukan tangan kamu’
‘Ibu tidak faham apa kamu cakap jika kamu menjerit, guna nada yang sesuai’
Jika anda ingin melarang anak anda daripada bermain sesuatu yang anda tidak gemar, anda boleh menggunakan cara ini:
‘Berikan ibu telefon itu, ibu ganti dengan lego’
‘Anak patung yang cantik ini akan jadi milik kamu jika kamu berikan ibu krayon itu’
Terdapat juga beberapa perkataan yang pendek namun memberikan maksud yang sama seperti jangan namun lebih berkesan, contohnya perkataan ‘tidak’, ‘sudah’ atau berhenti’. Kita juga boleh menggunakan kata yang memberi maksud fizikal sesuatu barangan yang hendak didekati oleh anak-anak seperti ‘panas’ untuk seterika serta ‘bahaya’ untuk dapur gas.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bacaan surah Al-Fatihah oleh anak usahawan Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal dipuji wargamaya malah memuji cara didikan pasangan ini dalam mendidik anak mereka.