Anak yang sedang membesar memang suka meneroka. Kadang-kadang sikap anak yang sedang membesar memang menguji kesabaran ibu bapa. 

Ada ibu bapa yang sangat tegas sehingga tidak memikirkan emosi anak-anak atau lebih tepat ibu bapa yang autoritarian. Cara membesarkan kanak-kanak oleh ibu bapa ini dengan mengenakan kawalan yang ketat ke atas tingkah laku anak mereka dengan membuat peraturan-peraturan dan nilai-nilai yang mesti dipatuhi dan tidak boleh dipersoalkan. Ibu bapa yang mengamalkan corak didikan ini, tidak mengamalkan sikap bertolak ansur dan mempersepsikan bahawa kanak-kanak harus menerima perintah mereka tanpa di persoalkan.

Jika Kita Bagi Memori Indah Pada Anak, Maka Indahlah Akhlak Anak Membesar

Sebenarnya cara yang terbaik untuk mendisiplinkan kanak-kanak ialah dengan menggunakan disiplin yang sederhana iaitu tidak longgar dan tidak terlalu ketat. Kenapa? Ikuti perkongsian ini.

Lebih tengking daripada puji.
Lebih pukul daripada peluk.
Lebih marah daripada belai.
Lebih rotan daripada cium.

Bila anak dah besar hanya memandang sepi telefon yang tak berdering.
Bila anak dah besar hanya merenung redup rumah yang kosong.
Bila anak dah besar hanya menatap sendu meja yang sunyi.

IKLAN

Anak dikata sibuk bekerja.
Anak dikata lupa orang tua.
Anak dikata pentingkan keluarga.
Sehingga abaikan ibu dan bapa.

Tapi pernah tak kita fikir memori apa yang kita tinggalkan untuk anak-anak sepanjang mereka membesar? Memori yang indah atau memori yang perit?

Anak sepahkan rumah, kita marah.
Anak tumpahkan air, kita pukul.
Anak pecahkan cawan, kita rotan.
Anak menangis, kita herdik.
Anak ajak main, kita leka.
Anak ajak berbual, kita tak endah.
Anak ajak pergi jalan, kita penat.
Anak makan sendiri terkial-kial.
Anak main sendiri termangu-mangu.
Anak tidur sendiri tersedu-sedu.
Anak tak pandai, kita keji.
Anak pandai, kita tak puji.
Anak berjaya, kita tak hargai.
Anak membesar dengan memori sepi.

Antara dosa-dosa besar ialah ANAK YANG DERHAKA PADA IBU BAPA tidak boleh dijadikan status KEBAL ibu bapa untuk meletakkan semua salah atas bahu anak-anak sahaja tanpa fikir memori apa yang kita dah tinggalkan kepada mereka.

IKLAN

Akan terhakis perasaan sayang anak-anak kepada ibu bapa itu sedikit demi sedikit jika setiap hari dimarahi, diherdik, dipukul dan dirotan sejak dari kecil. Mereka akan bawa segala memori itu sehingga dewasa.

Bila dewasa, hanya sisa HORMAT sahaja yang akan tinggal dalam hati anak bukan curahan kasih buat ibu bapa. Anak-anak hanya menziarahi kita, salam kita, peluk kita hanya kerana HORMAT bukan kerana SAYANG kepada orang tua.

Jika memori indah, maka indahlah akhlak anak membesar.
Jika memori perit, maka peritlah hakikat yang terpaksa ditelan ibu bapa apabila anak-anak dewasa kelak.

IKLAN

Jika Kita Bagi Memori Indah Pada Anak, Maka Indahlah Akhlak Anak Membesar

“Untuk berada dalam memori anak pada MASA DEPAN, kita perlu berada dalam hidup anak pada MASA SEKARANG”

Kekadang anak yg jadi mangsa belasahan mak dan ayah masa dia kecil lebih mengenang budi…kerana dibesarkan …walaupun tidak dibelai dan dimanja.

Cipta memori indah bersama anak sekarang, bukan tinggalkan memori perit kepada mereka pada masa akan datang….

Saidina Umar Al Khattab pernah berkata “Ibu bapa juga pernah derhaka kpd ank2 jika didikan kpd ank2 salah & tidak menepati ajaran Islam”

Sumber : Uswatun Hasanah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI