Bila dah berhenti susukan bayi sebelum ini atas alasan susu makin kurang, sebenarnya ibu tetap ada lagi peluang untuk bayi merasai susu badan.
Namun kena ada kesungguhan dan sentiasa fikir positif. Perkongsian dari Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom ada jawapannya.
Musim RMO ni, ramai ibu bimbang bila tak dapat beli susu formula untuk bayi mereka.
Jadi ramai yang minta saya kongsikan TIPS RELAKTASI untuk mereka mulakan penyusuan semula dengan bayi.
Menurut DrJack Newman, relaktasi bermaksud memulakan penyusuan semula dengan bayi yang sama setelah penyusuan dihentikan.
📌 MATLAMAT RELAKTASI:
✅ Membawa bayi menyusu semula di payudara.
✅ Meningkatkan semula penghasilan susu ibu supaya bayi dapat menyusu sepenuhnya dengan susu ibu tanpa susu rumusan lagi.
Cabaran: Bayi alami KELIRU PUTING dan menolak penyusuan secara terus di payudara.
Bila ini terjadi, cadangan saya, ibu fokus dulu untuk MENINGKATKAN PENGHASILAN SUSU supaya lebih mudah untuk memujuk bayi menyusu di payudara nanti.
9 LANGKAH YANG IBU BOLEH LAKUKAN UNTUK RELAKTASI
1. Memerah susu dengan menggunakan pam (sebaiknya heavy duty jika ada) sebanyak 8-12 kali sehari.
Ads
Note: Jika 8 kali bermaksud setiap 3 jam sekali. Jika 12 kali bermaksud setiap 2 jam sekali.
Anggaran masa mengepam lebih kurang 20-30 minit. Jika dapat mengepam secara ‘double pumping’ lebih baik. Pada peringkat awal, ibu mungkin hanya pam ‘angin’. Tak apa, teruskan jadual mengepam dengan berdisiplin.
2. Skin to skin dengan bayi. Kerapkan sentuhan kulit ke kulit (bayi hanya memakai pampers dan diletakkan di atas dada ibu)
3. Tawarkan payudara kepada bayi setiap 2 jam sekali. Ibu boleh mulakan dengan menggesel puting payudara di pipi dan hidung bayi.
4. Bila bayi sudah mula terima payudara, susukan bayi di sebelah payudara sekurang-kurangnya 20 minit untuk satu sesi. Jika bayi masih reject menyusu di payudara, beberapa langkah boleh dilakukan antaranya:
a. Oral stimulation therapy (Rujuk:https://m.youtube.com/watch?v=tbXOObIWWnQ&t=6s)
b. Mengubah posisi penyusuan dari kebiasaan ibu lakukan. Jika ibu sebelum ini menggunakan teknik craddle hold, ibu boleh ubah kepada posisi yang lain seperti football hold (Rujuk gambar)
Ads
c. Menggunakan lactation aid (https://www.facebook.com/138141916336863/posts/1587368318080875/?vh=e&d=n)
5. Jika bayi sudah menyusu di payudara, ibu boleh meningkatkan demand dengan melakukan perahan menggunakan pam di payudara selama 10-20 minit.
6. Jika bayi nampak meragam kerana aliran susu di payudara yang masih perlahan, boleh berikan bayi sedikit susu menggunakan cawan sebelum memulakan penyusuan di payudara.
7. Teruskan penyusuan di payudara dan dalam masa yang sama ibu melakukan sesi perahan juga (boleh dilakukan secara tandem)
8. Minum air secukupnya dan amalkan pemakanan yang seimbang.
9. Ibu perlulah positif dan sentiasa yakin yang ibu boleh menjayakan proses relaktasi ini. Jika ibu tidak sabar dan tergesa-gesa, ibu mungkin lambat untuk berjaya. Jadi, tenang dan bersyukurlah untuk setiap titisan yang keluar dari payudara ibu.
Ads
Nota: Pengambilan sebarang ubat-ubatan untuk relaktasi perlulah merujuk kepada doktor bagi mengetahui tahap kesihatan ibu dan dos yang bersesuaian.
‼️Tempoh proses ini berhasil bergantung kepada berapa lama penyusuan sebelum ini telah berhenti.
Jika masih baru, in shaa Allah proses ini tidak mengambil masa yang lama (biasanya dalam 2 minggu akan mula menampakkan hasil).
Ada ibu-ibu yang ikuti sesi kaunseling bersama saya sebelum ni, seawal seminggu sudah mula menampakkan hasil (bermula dengan beberapa titis, kemudian 1 oz dan bila diteruskan meningkat sedikit demi sedikit).
Ada juga ibu-ibu yang mula mendapat hasil selepas 3 minggu (sebelum tu hanya pam angin sahaja).
💯KEYWORD untuk berjaya : SABAR. Kerana orang sabar tidak akan menyerah.
✅ Tambahan 2 minggu tempoh PKP ini mungkin boleh dijadikan MISI MENJAYAKAN PENYUSUAN SEMULA kepada ibu-ibu yang ingin berikan bayi mereka sepenuhnya dengan susu ibu.
✅ Selain bayi dapat banyak kebaikan dari susu ibu, ibu-ibu boleh JIMAT POKET dalam keadaan sekarang. Semoga berjaya!
Bantu #SHARE dan #TAG mommies lain yang memerlukan tips ini. Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu yang memerlukan.
Bayi memerlukan perlindungan yang sepenuhnya daripada ibu bapa walaupun daripada objek lembut yang berada di sekitarnya. Bantal yang lembut dan empuk juga mampu mengundang bahaya buat bayi.
Semasa empat bulan pertama selepas kelahiran bayi, penggunaan bantal ketika mereka tidur boleh menyebabkan bayi anda berisiko menghidapi sudden infant death syndrome (SIDS).
Bilakah bayi anda boleh menggunakan bantal untuk ketika tidur?
Sebenarnya, bayi tidak memerlukan bantal untuk mendapatkan tidur yang nyenyak. Sebagai individu dewasa, kita memerlukan bantal untuk merehatkan kepala. Bantal yang bagus adalah bantal yang memberi sokongan kepada leher agar badan berasa lebih relaks ketika tidur. Namun begitu, bantal sebenarnya adalah berbahaya bagi seorang bayi.
Penggunaan bantal yang tidak sesuai akan meningkatkan risiko bayi anda menghidapi SIDS. Ini kerana bayi anda mungkin akan meniarap, membenamkan muka mereka ke dalam bantal lalu menyebabkan mereka sesak pernafasan. Tanpa pengawasan daripada ibu bapa, kejadian berbahaya seperti ini mungkin berlaku.
Oleh itu, pakar perubatan menegaskan untuk ibu bapa menangguhkan idea untuk bayi tidur bersama bantal sehinggalah mereka mencecah usia 18 bulan. Kebanyakan kanak-kanak sebenarnya tidak mahu langsung tidur bersama bantal.
Apabila anak anda mencecah usia 2 tahun, anda boleh mula membiasakan mereka untuk tidur bersama bantal untuk membantu sistem pernafasan dan menjaga kualiti tidur mereka. Mulakannya dengan menggunakan bantal yang sesuai dan tidak diperbuat daripada bahan yang boleh mendatangkan alahan.
Apakah jenis bantal yang selamat untuk bayi anda?
Jika anda masih risau bayi anda akan menghidapi selesema pada waktu malam, pakaikan mereka baju tidur dan sarung kaki untuk bayi. Pilih bantal yang sesuai dengan saiz bayi anda. Ia seharusnya kecil, rata dan diperbuat daripada kapas yang lembut bagi memastikan bayi anda mendapatkan sokongan yang baik pada lehernya. Bantal yang diperbuat daripada bulu pelepah mungkin bagus untuk individu dewasa, tapi tidak bagi bayi. Ia sangat lembut dan boleh mendatangkan alahan. Lebih bahaya, ia lebih berisiko kepada bayi anda emas jika mukanya terbenam pada bantal ketika sedang tidur.
Pendek kata, bantal boleh menyebabkan bayi sesak nafas sekiranya muka mereka terbenam ke dalam bantal. Kebiasaannya, jika bahu seseorang individu itu lebih luas daripada kepala mereka, bantal akan membantu mereka untuk mendapatkan tidur yang lebih baik. Memandangkan bayi masih belum memerlukan bantal untuk tidur nyenyak, anda boleh menunggu sehingga sekurang-kurangnya sehingga mereka berusia 18 bulan untuk meletakkan bantal di katil bayi.
Selepas bersalin, kebanyakan ibu akan cuba untuk menyesuaikan diri menyusukan anak. Bagi yang pernah ada pengalaman mungkin tiada masalah tetapi jika baru pertama kali bergelar ibu ia satu cabaran.
Apatah lagi bila susu tak keluar, bayi dah mula menangis, ibu pula semakin stres. Dalam keadaan ini, pentingnya ilmu penyusuan dan sokongan orang sekeliling untuk pastikan hasrat menyusukan bayi berjalan lancar.
Namun ada segelintir ibu lebih percaya kepada pelbagai produk untuk menghasilkan susu yang banyak tetapi beberapa step yang sepatutnya dilakukan untuk meriahkan susu tidak dibuat.
Menerusi perkongsian Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom melalui page FEED by Ummi Najla, ibu yang menyusu sepatutnya kena disiplin dan menjaga waktu mengepam dan memberi susu jika bayi ada bersama.
Jika dua perkara ini dijaga secara konsisten, barulah ibu boleh memikirkan kaedah untuk menggalakkan pengeluaran susu lagi meriah.
Kalau mommies tanya Kak Nad, minuman yang boleh tambah penghasilan susu, mommies boleh cuba sendiri campuran kurma merah, longan, kurma hitam, goji ini.
Antara minuman penggalak susu secara semulajadi. Biasa kan nampak orang jual?
Tapi, bukanlah bulat-bulat minum lepas tu tak jaga jadual perah atau menyusu. Memang takkan berhasil mommies.
Ni cuma penggalak, bukanlah minum-minum – susu terus penuh tak yah pam, tak yah menyusu (kalau ada iklan macam ni, merepek ya).
Demand dan supply kena jaga. Then nak minum atau makan makanan penggalak susu tu tak ada masalah. ASAS dua ni kena jaga.
Ni resepi Kak Nad pernah buat sendiri. Boleh beli dengan kos tak sampai RM20 dan dapat stok penuh sebalang. Kalau rajin boleh buat sendiri, kalau tak rajin beli yang dah siap je.
Bahan-bahan (boleh rujuk gambar).
Cara-cara:
1. Potong kecil (kurma merah, kurma hitam, longan).
2. Lepas tu rose bud tu letak dalam bekas uncang teh dan lipat (bekas uncang teh boleh beli kat shopee atau kedai ubat).
Boleh buat bungkusan kecil-kecil untuk satu set
3. Gula madu kami potong guna pisau sambil diketuk dengan tukul. Nak guna gula batu pun boleh.
4. Bila nak minum, bilas dulu bahan no.1 tadi dan masukkan air panas. Biarkan seketika dan masukkan uncang ros.
Rasanya segar dan sedap. Boleh cuba ya
Sumber: Nad Masrom
Kaunselor Laktasi Anda
Tak jual milkbooster ni tau
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun anak tidak aktif ketika mereka sakit, tetapi badan mereka memerlukan nutrien yang mencukupi. Semasa sakit, sistem imun anak akan menjadi kurang dan tidak mampu lawan penyakit. Oleh sebab itu, makanan berkhasiat itu amat penting ketika mereka sakit bagi melawan bakteria jahat dalam badan.
Jika anak – anak sakit tidak makan dengan secukupnya, badan mereka akan susut dan kekurangan zat makanan kerana lemak dan otot badan mereka akan digunakan untuk membekalkan tenaga dan nutrien.
Sumber foto: https://www.freepik.com/free-photo/front-view-kid-eating-sandwich-table_6877796.htm#query=anak%20sakit%20taknak%20makan&position=32&from_view=search&track=ais
Beri anak yang sakit makan merupakan perkara yang agak mencabar bagi ibu bapa. Kebiasaanya, kanak – kanak yang sakit mereka akan makan sedikit sahaja atau tidak mahu makan langsung. Apabila tengok keadaan anak – anak yang lemah tidak bermaya, pasti akan berasa sayu hati terutamanya ibu.
Menurut Poliklinikanna, terdapat beberapa tip pemakanan cukup nutrisi yang boleh diberikan kepada anak – anak yang sedang sakit. Jom lihat video perkongsian mengenai tip pemakanan untuk anak sakit di akaun TikTok.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.