Stretch mark tu bukan dosa besar pun tapi kalau boleh elak, siapa tak nak kan? Garis halus yang tiba-tiba muncul kat perut, peha, atau punggung masa bayi tengah membesar tu kadang buat kita rasa down. No worries mama! Jom try 5 tip mudah ni, confirm kulit kekal anjal dan glowing sepanjang 9 bulan yang penuh magik ni!
1. Pelembap Tu Kena Jadi BFF!
Mula amalkan dari trimester pertama lagi, jangan tunggu perut dah besar baru nak cari losen. Pilih yang kaya dengan vitamin E, shea butter, atau cocoa butter. Lepas mandi, sapu terus kat kawasan ‘hotspot’ macam perut, dada, peha & punggung. Antara bahan semula jadi yang boleh mama gunakan untuk dioleskan pada selulit adalah seperti:
MINYAK ZAITUN
Gunakan minyak zaitun asli yang diperkaya dengan khasiat vitamin A, D, dan E di dalamnya. Lumurkan sedikit pada tangan dan urutkan pada kawasan bermasalah, amalkan sebelum tidur kerana vitamin dan khasiatnya dapat diserap pada waktu malam.
MINYAK KELAPA DARA
Selain minyak zaitun, anda juga boleh menggunakan minyak kelapa dara atau minyak vitamin E yang bersesuaian dengan anda. Kalau nak guna minyak aromaterapi dengan haruman lavender, sitrus dan eucalyptus yang mempunyai khasiat tersendiri dalam membantu memulihkan kulit.
ALOE VERA
Aloe vera mempunyai ciri khusus untuk merawat dan memperbaiki kulit kita. Sebab itulah apabila seseorang mengalami luka atau kegatalan, penggunaan aloe vera amat disyorkan.
Sapukan aloe vera pada bahagian yang terdapat stretch mark. Biarkan seketika lebih kurang 15-20 minit sebelum dibilas bersih.
SKRUB KOPI
Buat skrub kopi dengan mencampurkan ¼ cawan serbuk kopi, 3 sudu gula, dan 3 sudu minyak kelapa atau minyak zaitun sehingga menjadi pes. Lumurkan dan urut pada tempat bermasalah kemudian balut dengan plastik jernih. Bau kopi memberi ketenangan dan dapat mengurut dapat melancarkan peredaran darah pada kulit.
2. Minum Air Cukup!
Minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Kulit yang cukup air membantu untuk kulit lebih sihat dan tak mudah ‘koyak’ bila perut mula membulat. Bonus: Kurang sembelit dan badan pun rasa ringan je!
Kalau mama tak berapa pasti cara betul untuk kira waktu subur, tonton video ini:
Ads
3. Makan Macam Nak Kulit Flawless!
Nak kulit cantik, kena makan banyak buah-buahan dan sayur. Fokus pada makanan kaya antioksidan, vitamin C & kolagen seperti:
Buah sitrus (oren, lemon)
Avokado
Kekacang (badam, walnut)
Ikan salmon
4. Gatal? Jangan Garu, Sis!
Ads
Bila kulit makin tegang, memang rasa nak garu tu tinggi. Tahan okay! Bila menggaru boleh rosakkan kulit. Guna gel aloe vera atau minyak kelapa untuk lega dan tenangkan rasa gatal tu.
5. Berat Badan, Jangan Naik Ikut Nafsu!
Bukan tak boleh makan, tapi kena berpada-pada. Bila berat naik terlalu cepat menyebabkan risiko berlakunya stretch mark lebih tinggi.
Ads
Kesimpulan
Stretch mark tu tanda pengorbanan seorang ibu, tapi tak salah kalau kita usaha untuk jaga kulit dari awal. Bila kulit sihat, kita pun rasa lebih yakin, glowing, dan gembira! Semua wanita hamil cantik, biarpun berlaku banyak perubahan fizikal.
Melatih toilet training anak memang mendebarkan. Perlu persiapkan mental dan fizikal, lebih-lebih lagi bila anak tidak dapat mengawal untuk buang air kecil.
Idea Penulis Keibubapaan, Wan Nur Syakira yang berjaya melatih hanya dua minggu anaknya yang baru berusia dua tahun 11 bulan wajar kita contohi. Hanya tiga hari pertama sahaja, anak dah pandai masuk tandas sendiri. Memang terbaik.
Jom ikuti perkongsian beliau.
Sudah 2 minggu, anak kedua melalui proses toilet training. Alhamdulillah, 3 hari pertama saja, ada waktu terbabas, selebihnya alhamdulillah semuanya di tandas. Ianya satu pengalaman baru untuk ummi dan abi. Secepat itu, Yusuf boleh menyesuaikan diri dengan transisi baru.
Betullah, lain anak, lain pengalaman. Lain prosesnya. Abangnya ambil masa 2 minggu untuk sesuaikan diri kerana ketika itu, umurnya 2 tahun 6 bulan. Manakala Yusuf ambil masa 3 hari pada usia umur 2 tahun 11 bulan.
Tidaklah ingin membandingkan, tapi nak berkongsi perbezaan dan pengalaman. Ambil masa pun okay. Sekejap pun okay. Okay saja mana-mana, asalkan anak laluinya dengan tenang dan happy.
Tidaklah toilet training ini satu perlumbaan, tapi ianya satu proses dan perjalanan. Perjalanan untuk tahu mengurus diri.
Proses toilet training anak juga adalah proses latihan juga untuk ummi abi sabar menyantuni dan membimbing mereka melalui perubahan besar dalam hidup mereka.
Ya, bukan senang untuk anak berubah rutin dan kebiasaan kalau tak disediakan dan diselia dengan ilmu dan teknik. Alhamdulillah, dua anak sudah melalui proses toilet training. Memang jimatlah peruntukan pampers itu.
Tak terbabas langsung ke ? Tipulah kalau tak terbabas, tapi taklah sekerap , setiap hari. Sekali dua dalam seminggu itu adelah. Ada yang tanya pada saya tentang anaknya ada kesukaran nak buang air besar di tandas, saya juga pernah lalui perkara yang sama ketika anak pertama dulu.
Ini tips dari OT Aisyah Rozalli dan tambahan pengalaman saya. Untuk buang air besar, kalau anak belum selesa untuk buang di tandas, ada beberapa cara kita boleh buat:
1. Kuatkan core muscles dia. Sebab nak meneran di atas mangkuk tandas ambil masa yang lama. Ada anak akan mudah letih. Jadi, dia akan refuse untuk buang air besar di tandas.
2. Kalau nampak anak dah macam nak terbuang air besar, cepat-cepat bawa ke tandas dan dudukkan atas toilet seat tu. Jangan buka seluar di luar tandas. Tapi, bila anak dah duduk atas toilet seat. Kalau ada najis yang dah terkeluar dalam seluar, kita boleh terus buang dalam toilet seat. So, anak pun tak geli.
3. Kenal tanda-tanda anak perlu ke tandas. Kena alert dengan perubahan riak wajah atas bahasa badan anak.
4. Teman anak masa buang air besar. Ada anak, dia akan anxious masa buang air besar. So, kita kena duduk dengan dia dan peluk2 sementara tunggu dia nak buang air besar tu.
5. Jangan marah anak kalau terberak dalam seluar. Tenang saja. Kawal intonasi suara. Anak menangis sebab terberak, kita senyum je. Bagitahu saja, ” Takpe2, ummi abi ada. Bagus dah pandai berak, cuma lepas ni, berak dalam tandas ye “.
Kami ulang dialog ni tak terkira banyaknya ketika anak pertama dahulu. Anak kedua ini tak macam tu, mungkin sebab dah dibiasakan dengan potty ladder seat dari usia setahun. Kalau kita jerkah, jerit, nescaya makin sukar dan panjanglah proses TT sebab anak takut dan trauma.
6. Walaupun dia nak berak dalam pampers pada mulanya, takpelah. Bawa ke tandas, biar dia berak dalam pampers tapi di dalam tandas. Nak biasakan dia buang air di tandas.
7. Bila anak nak buang air besar, penting untuk kita sebagai ibu bapa cool. Jangan gelabah dan pressure anak , cepat-cepat. Cool aje, terus angkat anak dan bawa ke tandas, letak atas potty ladder seat.
Cakap, ” takpe, ibu ada. Ibu tunggu je. Ibu ada kat sini. Nanti kita flush sama-sama ya bila abang dah siap. Nanti air jadi bersih semula, dah takde najis ” .
Tunggu dengan sabar, ianya proses. Sebab buang air besar ini kena guna tenaga banyak. Tambah lagi kalau anak sembelit, kesian dia kan.
Kalau anak sembelit, fokus juga untuk hilangkan sembelit dia sebab bila susah buang air, dia pun jadi takut nak buang air di tandas.
Kadangkala anak takut buang air di tandas, sebab traumatic experience atau dia pernah dengar cerita menakutkan tentang toilet.
OT Aisyah ada cerita, seorang kanak-kanak takut nak buang air besar di tandas sebab dia pernah dimomokkan ada monster.
Bila dia lihat sendiri najis yang jatuh dan flush, dia pun jadi takjub takde monster. Rupanya dia takut sebab dikatakan ada monster dalam toilet bowl.
Sebab tu, kalau anak takut sangat-sangat, mungkin ada benda atau experience yang tak menyeronokkan berkaitan dengan tandas atau urusan buang air.
Yang tu, ibu ayah kena selalu borak-borak santai untuk korek. Hilang sebenarnya berdebar nak toilet training anak kalau ada rujukan dan bimbingan.
Ilmu yang saya dapat ketika join kelas online Toilet Training ketika nak mulakan pada anak pertama, saya gunakan pula untuk anak kedua.
Ternyata, dengan ilmu dan persediaan, anak dan ibu ayah jadi kurang stress bila nak lalui fasa toilet training ini.
Waktu bermain adalah waktu yang sangat menyeronokkan bagi anak-anak kita. Cakaplah apa sahaja, ada waktunya anak langsung tidak mendengar dek terlalu fokus dengan permainan di tangannya. Jangan sekali-kali memberi pelbagai arahan di waktu ini kerana ia pasti gagal.
Ada waktu tepat untuk mak ayah memberikan nasihat atau pun mahu berkongsi cerita dengan anak. Inilah waktu sebaiknya dan terlalu ‘dekat’ dengan anak. Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, waktu sebelum tidur adalah waktu paling mustajab untuk mak ayah menyampaikan segala ‘cerita’ dan nasihat.
Tolong jangan sia-siakan waktu anak hampir nak terlena tu. Waktu ni lah mak ayah sebenarnya wajib
– jauhkan gajet daripada genggaman tangan – padamkan TV – tinggalkan sekejap kerja yang tengah kita buat
Sebab inilah waktu paling bagus untuk kita ambil kesempatan – usap ubun-ubun anak kita – bermanja dengan dia – banyakkan peluk, cium dan hadiahkan sentuhan penuh kasih sayang untuk si kecil tu.
Dalam masa yang sama – bisikkan kat telinga dia betapa kita sangat sayangkan dia – pesan dan nasihat perkara-perkara yang baik pada anak – beritahu jugak kat dia yang kita nak sangat dia jadi anak yang soleh dan solehah, suka bantu mak ayah dia, tolong jaga adik-adik dia, jadi lebih rajin, berdikari dan lain-lain.
Jangan sia-siakan tempoh berharga ni sebab bermula dari fasa mengantuk sehingga dia mula tertidur, itulah masanya gelombang otak anak berada dalam keadaan yang sangat sangat tenang dan jauh dari kekusutan.
Teruslah manfaatkan betul-betul waktu tersebut untuk kita serapkan sesuatu yang positif ke dalam minda anak dan bentuk dia ke arah yang lebih baik.
Tolong amalkan pada si kecil kita kejap lagi ya.
#share jugak ilmu mahal ni dengan sahabat-sahabat kita yang lain. Semoga bermanfaat.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja ayam goreng pasti anak-anak kita terus berselera untuk makan. Inilah penambah selera anak-anak setiap kali menjamu selera. Resipi ayam goreng yang satu ini cukup istimewa. Bukan hanya penuh rasa perapan bahkan isinya juga kekal lembut walaupun ayam sudah pun sejuk. Bukan itu sahaja malah ayam kekal rangup. Sedap!
Rupanya ada resipi istimewa yang dikongsikan oleh Nor Emiza Suartam bagi melembutkan isi ayam. Ini yang dikongsikan olehnya. Wajib cuba!
Ayam Goreng Tepung Rangup cara saya. Bukan sahaja rangup tapi isi dalamnya juga lembut dan penuh rasa perapan. Crispy dan juicy!
Bahan-bahan:
Ayam
Tepung goreng serbaguna Bestari
Cuka
Serbuk cili
Air sejuk
Ayam tu saya perapkan dengan tepung goreng ayam bestari dan 1 sudu serbuk cili.
Campurkan sedikit air dan cuka dalam 1 sudu makan. Cuka berfungsi untuk melembutkan isi ayam. Dah lama goreng pun ayam masih lembut dan sedap dimakan. Insya Allah.
Gaul-gaulkan ayam dengan bancuhan tepung bestari dan cuka tadi dan perap lebih kurang 30 minit di dalam peti ais.
Setelah 30 minit keluarkan ayam tadi dari peti ais dan golekkan ayam dalam tepung bestari dan kemudian celupkan sebentar dalam air sejuk dan golekkan lagi ayam tu ke dalam tepung. Lakukan satu persatu.
Kemudian boleh la digoreng dalam minyak yang betul-betul panas. Pastikan ayam tenggelam bagi memastikan ayam masak cantik.
Selamat mencuba!
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.