
Kadang-kadang jadi mak ni rasa macam superhero tak pakai jubah. Mana taknya, pagi-pagi dah kena kejutkan anak, sediakan sarapan, sambung kerja rumah dan dalam masa yang sama, urus emosi sendiri supaya tak meletup! Tapi jangan risau mommies, ada cara yang lebih relaks (dan terbukti!) untuk urus semuanya.
Bangun awal 10 minit sebelum anak-anak boleh buat keajaiban! Gunakan masa tu untuk tarik nafas panjang, minum air suam, atau baca sedikit doa dan affirmasi positif. Kajian menunjukkan rutin pagi yang tenang membantu emosi ibu jadi lebih stabil sepanjang hari.
Bukan kena buat semua sendiri ya. Anak-anak boleh tolong lipat baju (walau lipatan tak sempurna, it’s okay!), siram pokok, atau susun kasut. Aktiviti ni bantu anak rasa bertanggungjawab dan dekat dengan ibu. Menurut American Academy of Pediatrics, aktiviti ini bantu perkembangan kemahiran sosial anak sejak awal lagi.
Daripada anak asyik minta jajan, apa kata mommy sediakan bekas khas berisi potongan buah, biskut gandum atau kekacang tanpa garam? Ini bukan saja jimat masa, tapi ajar anak buat pilihan makanan lebih bijak. Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menyarankan amalan pemakanan sihat bermula dari rumah.
Bila anak mula buat perangai dan mommy dah mula rasa nak ‘meletup’, cuba pause, tarik nafas dalam-dalam, dan kira sampai lima. Ini bukan sekadar teori teknik ni dikenali sebagai mindful parenting
Kadang-kadang kita rasa nak buat semua sendiri, tapi sokongan dari suami, keluarga, atau group mommy online boleh bantu sangat! Berkongsi rasa, gelak sama-sama dan dapat idea parenting baru tu sangat healing. Kajian juga membuktikan sokongan sosial antara faktor penting dalam kesejahteraan ibu.