Kadang-kadang jadi mak ni rasa macam superhero tak pakai jubah. Mana taknya, pagi-pagi dah kena kejutkan anak, sediakan sarapan, sambung kerja rumah dan dalam masa yang sama, urus emosi sendiri supaya tak meletup! Tapi jangan risau mommies, ada cara yang lebih relaks (dan terbukti!) untuk urus semuanya.
1. Mulakan hari dengan rutin ‘me time’ walau 10 minit
Bangun awal 10 minit sebelum anak-anak boleh buat keajaiban! Gunakan masa tu untuk tarik nafas panjang, minum air suam, atau baca sedikit doa dan affirmasi positif. Kajian menunjukkan rutin pagi yang tenang membantu emosi ibu jadi lebih stabil sepanjang hari.
2. Libatkan anak dalam tugasan rumah – fun & bonding time!
Bukan kena buat semua sendiri ya. Anak-anak boleh tolong lipat baju (walau lipatan tak sempurna, it’s okay!), siram pokok, atau susun kasut. Aktiviti ni bantu anak rasa bertanggungjawab dan dekat dengan ibu. Menurut American Academy of Pediatrics, aktiviti ini bantu perkembangan kemahiran sosial anak sejak awal lagi.
Ads
3. Sediakan ‘snack station’ yang sihat dan mudah capai
Daripada anak asyik minta jajan, apa kata mommy sediakan bekas khas berisi potongan buah, biskut gandum atau kekacang tanpa garam? Ini bukan saja jimat masa, tapi ajar anak buat pilihan makanan lebih bijak. Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menyarankan amalan pemakanan sihat bermula dari rumah.
Ads
4. Guna teknik ‘pause & breathe’ bila stres melanda
Bila anak mula buat perangai dan mommy dah mula rasa nak ‘meletup’, cuba pause, tarik nafas dalam-dalam, dan kira sampai lima. Ini bukan sekadar teori teknik ni dikenali sebagai mindful parenting, dan ia bantu kawal reaksi serta kurangkan rasa bersalah lepas marah anak.
Kadang-kadang kita rasa nak buat semua sendiri, tapi sokongan dari suami, keluarga, atau group mommy online boleh bantu sangat! Berkongsi rasa, gelak sama-sama dan dapat idea parenting baru tu sangat healing. Kajian juga membuktikan sokongan sosial antara faktor penting dalam kesejahteraan ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak comel yang paling beruntung sekali. Itulah kelebihan yang dimiliki oleh Rizqaa, anak kesayangan pereka fesyen terkenal, Rizman yang mengenakan rekaan busana khas bapanya untuk ke sekolah.
Kalau dah bapanya seorang pereka fesyen, sudah tentulah Rizqaa mendapat sentuhan paling eksklusif dari bapanya.
Menerusi Instagramnya, Rizman berkongsi beberapa busana yang seakan uniform untuk Rizqaa ke sekolah.
“When your dad is a fashion designer and he decides to do my own school uniform,” tulis Rizman di Instagramnya.
Apa yang menarik pastinya rekaan unik seakan baju seragam sekolah yang cukup cantik dan bergaya.
Bukan sahaja satu warna sahaja, bahkan bapa penyayang ini turut menyediakan beberapa jenis warna seperti hijau dan biru serta termasukkan warna kesukaan Rizqaa iaitu warna merah jambu.
Gaun cantik dan kemas itu turut dilengkapkan dengan reben besar di bahagian leher yang membuatkan Rizqaa terlihat cukup comel dan bergaya.
Perkongsian beberapa foto Rizqaa dengan fesyen baju sekolahnya itu menarik perhatian ramai termasuklah rakan selebriti.
Rizqaa mula mendaftarkan diri ke tadika pada tanggal 10 Januari yang lalu. Keterujaan Rizman mahupun isteri tersayang, Nurida Suraya menghantar anak perempuan mereka ke tadika jelas terpancar apabila memuat naik beberapa foto kerenah Rizqaa di tadika pilihan mereka.
Kecomelan wajah Rizqaa sering menarik perhatian umum apatah lagi dengan wajah sempurna gabungan ibu dan ayahnya. Malah Rizqaa juga cukup pandai bergaya yang membuatkan sesiapa sahaja cair. Memang comel.
Terdahulu, Rizman mendirikan rumahtangga bersama isterinya, Nurida Suraya pada 13 September 2019 dan dikurniakan anak perempuan, Princess Rizqaa pada tahun 2020.
Malaysia kini berdepan trend yang semakin membimbangkan apabila jumlah kelahiran hidup terus menunjukkan penurunan pada suku pertama tahun 2026.
Walaupun jumlah penduduk negara meningkat sedikit kepada 34.4 juta berbanding 34.2 juta pada tempoh sama tahun lalu, kadar pertumbuhan penduduk dilihat semakin perlahan iaitu hanya 0.5 peratus, menurut laporan demografi terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Lebih menarik perhatian, statistik menunjukkan bilangan kelahiran hidup di Malaysia terus menurun sebanyak 3.1 peratus kepada 94,807 kelahiran berbanding 97,843 pada suku pertama 2025.
Jumlah penduduk Malaysia meningkat kepada 34.4 juta pada suku pertama 2026, sedikit naik berbanding 34.2 juta dalam tempoh sama tahun lalu, namun kadar pertumbuhan menjadi lebih perlahan iaitu 0.5 peratus, menurut DOSM.
Pada masa sama, jumlah kelahiran hidup terus menunjukkan trend penurunan apabila berkurang 3.1 peratus kepada 94,807 kelahiran, dengan bilangan bayi lelaki didapati melebihi bayi perempuan.
Dalam tempoh sama, bayi lelaki didapati melebihi bayi perempuan dengan jumlah 49,137 kelahiran berbanding 45,670 kelahiran bayi perempuan.
Situasi ini sekali lagi mencerminkan perubahan demografi negara yang semakin ketara apabila kadar kelahiran semakin perlahan selain komposisi penduduk muda juga menunjukkan penurunan.
Ketua Perangkawan, Mohd Uzir Mahidin berkata penduduk Malaysia bagi suku pertama 2026 dianggarkan mencecah 34.4 juta orang, dengan jumlah lelaki meningkat kepada 18.0 juta manakala perempuan kepada 16.3 juta.
Nisbah jantina negara kini ialah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah bagi warganegara pula ialah 102 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata penduduk lelaki meningkat kepada 18.0 juta daripada 17.9 juta pada S1 2026 manakala perempuan meningkat kepada 16.3 juta daripada 16.2 juta bagi tempoh yang sama setahun lepas.
Nisbah jantina ialah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi warganegara ialah 102. Komposisi penduduk tua (65 tahun dan lebih) meningkat daripada 7.9 peratus kepada 8.0 peratus pada S1 2026.
“Pada masa sama, penduduk umur muda (0 hingga 14 tahun) menurun daripada 21.8 peratus kepada 21.6 peratus. Penduduk umur bekerja (15 hingga 64 tahun) pula meningkat daripada 70.3 peratus kepada 70.4 peratus bagi tempoh yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada masa sama, Malaysia turut merekodkan peningkatan populasi warga emas berusia 65 tahun ke atas daripada 7.9 peratus kepada 8.0 peratus, manakala kumpulan umur muda 0 hingga 14 tahun menurun daripada 21.8 peratus kepada 21.6 peratus.
Perkembangan ini memberi gambaran jelas bahawa Malaysia sedang menuju ke arah negara menua atau ageing nation, dengan kadar kelahiran Malaysia yang semakin rendah serta bilangan penduduk muda yang semakin mengecil.
Selangor kekal mencatat jumlah kelahiran hidup tertinggi dengan 17,990 kelahiran, manakala Labuan merekodkan jumlah paling rendah iaitu hanya 294 kelahiran.
Sementara itu, sebanyak 49,139 kematian direkodkan bagi suku pertama 2026, menurun 1.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Trend ini secara tidak langsung menimbulkan persoalan besar mengenai masa depan struktur penduduk negara, terutama dari sudut ekonomi, tenaga kerja dan keseimbangan populasi generasi akan datang jika kadar kelahiran terus menurun dari tahun ke tahun.
Pakar demografi melihat situasi ini sebagai cabaran besar kepada negara dalam tempoh jangka panjang. Jika kadar kelahiran Malaysia terus merosot, negara mungkin berdepan kekurangan tenaga kerja muda selain peningkatan beban kewangan untuk menampung populasi warga emas yang semakin bertambah.
Selain itu, perubahan struktur umur penduduk juga boleh memberi kesan kepada sektor pendidikan, pasaran pekerjaan serta pertumbuhan ekonomi negara pada masa depan. Keadaan ini menyebabkan kerajaan dan pelbagai pihak perlu meneliti langkah lebih efektif bagi memastikan keseimbangan populasi dapat dikekalkan.
Dalam masa sama, peningkatan kos sara hidup, cabaran ekonomi serta perubahan gaya hidup masyarakat antara faktor yang sering dikaitkan dengan penurunan kadar kelahiran Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Situasi tersebut dijangka terus menjadi perhatian kerana ia melibatkan perancangan jangka panjang negara termasuk pembangunan sosial, ekonomi dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.
Gelagat Afwa minta ibunya buat susu ketika live cuit hati warga maya, “Ibu, susu ni dah lama.” Datuk Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan sapaan Tokti kerap meluangkan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman Instagram dan Tiktok.
Tambahan pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial Tiktok milik @sitizoner yang menarik perhatian ramai. Di dalam video berkenaan memaparkan Tokti yang membuat live kemudian keadaan menjadi huru hara apabila anak keduanya, Afwa memintanya membuatkan susu.
Rata-rata warga maya terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa telatah anak-anak Tokti sama seperti anak mereka, tak boleh tengok ibunya ‘bersenang-senang.’
Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk rekod, Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang dilahirkan pada 19 Mac 2018 dan Muhammad Afwa pada 19 April 2021.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.