Sekiranya anda pilih untuk berpantang sendiri selepas melahirkan bayi, pastikan persiapan rapi telah dilakukan untuk elakkan daripada rasa tertekan.
Selepas bersalin, wanita akan menjalani tempoh berpantang bertujuan untuk memulihkan kembali kesihatan dan tenaga yang hilang semasa proses melahirkan bayi.
Kalau dulu, orang Melayu sahaja yang mengamalkan berpantang selepas bersalin.
Tetapi kini, kaum lain turut mengamalkannya kerana kesannya positifnya kepada tubuh badan wanita lepas bersalin.
Biasanya wanita akan memilih untuk balik ke kampung sendiri bagi menjalani tempoh berpantang dan dijaga oleh ibunya.
Tetapi kini ramai yang mengambil keputusan untuk berpantang sendiri tanpa bantuan ibu disebabkan faktor kesihatan ibu atau ibu sudah meninggal dunia.
Jika anda memilih untuk berpantang sendiri di rumah, pastikan penglibatan suami dalam memberikan bantuan.
Suami perlu menjadi orang kuat yang membantu isteri sepanjang tempoh berpantang.
Pastikan 7 senarai semak ini memang ada dalam to do list anda.
1. Persiapan makanan
Salah satu faktor penting dalam penjagaan ibu berpantang adalah pemakanan. Ibu lepas bersalin mesti makan makanan yang berkhasiat dan tidak boleh terlepas waktu makan.
Tetapi ibu tidak boleh makan sebarangan jenis makanan. Jadi, pastikan beberapa minggu sebelum bersalin, anda sudah buat persiapan menu makanan berpantang dan bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.
Ini bagi memudahkan suami membantu menyediakan masakan tersebut. Maklumlah pada minggu-minggu awal, ibu tidak boleh bergerak banyak.
Menu orang berpantang mudah disediakan dan ringkas sahaja. Barang basah yang sudah dibeli, simpan di dalam peti sejuk. Pastikan sudah siap dipotong dan dibersihkan untuk satu kali masak.
Pada minggu pertama, ibu digalakkan makan makanan kering bagi mempercepatkan pengecutan rahim.
Pastikan juga waktu makan tepat untuk mengelakkan perut masuk angin. Makan nasi ketika panas dalam kadar sederhana.Tetapi ibu perlu makan dengan kerap apatah lagi sedang menyusukan bayi, maka ibu cepat berasa lapar.
2. Peranan suami
Suami adalah orang yang paling rapat dengan anda. Sokongan dan bantuan suami sangat penting bagi membolehkan ibu menjalani tempoh berpantang dengan sempurna tanpa tekanan.
Berbincanglah dan terangkan kepada suami bagaimana dia boleh membantu anda semasa berpantang.
Suami mesti membantu menguruskan kerja-kerja rumah seperti membasuh, menjemur dan melipat pakaian, menjaga anak, memasak makanan berpantang isteri dan menguruskan keperluan isteri berpantang.
Oleh itu sebaiknya, suami mengambil cuti yang panjang lebih kurang seminggu atau dua minggu untuk menguruskan isteri dan anak yang baru lahir. Bantuan amat diperlukan terutama jika ibu bersalin secara pembedahan
3. Sediakan jadual berpantang
Rutin harian semasa berpantang amat penting supaya ibu dapat rehat yang cukup. Sediakan jadual rutin waktu mandi, bertungku, bertangas, berpilis, memakai bengkuk, berurut, mengepam susu (untuk stok jika anda bekerja) dan menguruskan bayi.
Dengan adanya jadual, anda akan berdisiplin mengikut rutin berpantang supaya cepat kembali cergas.
4. Hantar anak di taska
Sekiranya anda mempunyai anak, pastikan mereka juga mempunyai jadual aktiviti harian supaya mereka tidak membuat ‘perangai’ dan boleh mengganggu emosi ibu.
Jika mereka memang anda tinggalkan di taska atau pengasuh ketika bekerja, maka sepanjang berpantang anda perlu tetap menghantar mereka.
Sukar untuk anda menjalani tempoh berpantang sendirian tanpa bantuan orang lain dan dalam masa yang sama perlu menjaga anak-anak lain terutama jika mereka berusia di bawah enam tahun.
5. Mencari bidan/tukang urut
Keperluan ini sangat penting untuk memastikan rutin berpantang dapat dilaksanakan dengan lancar.
Oleh itu pastikan anda sudah membuat tempahan awal bidan atau tukang urut untuk mengurut anda semasa berpantang.
Sekarang bukan sahaja ada khidmat tukang urut, kalau ada bajet lebih anda juga boleh mengupah confinement lady yang akan membantu menguruskan penjagaan ibu dalam berpantang.
Menariknya, anda boleh pilih pelbagai pakej yang ditawarkan mengikut bajet anda.
Pakej yang ditawarkan termasuk mengurut, memakaian bengkuk, memasak makanan berpantang dan memandikan bayi. Ia lebih mudah dan banyak membantu ibu berpantang.
6. Kelengkapan ibu bersalin dan bayi
Pastikan kesemua kelengkapan untuk anda dan bayi sudah tersedia. Antara kelengkapan ibu yang mesti ada adalah stoking, baju sejuk, kain batik, bengkung, tungku, herba berpantang, pam payu dara, keperluan menyimpan susu ibu perahan, tuala wanita dan coli penyusuan.
Sementara keperluan bayi pula termasuk pakaian, lampin pakai buang, tisu basah, sarung kaki dan tangan, set tilam, minyak telon, bedung dan lain-lain yang penting.
Bagaimanapun jika kehabisan stok barangan keperluan tersebut dan tiada sesiap boleh membantu membelikan, anda boleh beli sahaja secara online. Kini ada bermacam kedai barangan ibu dan bayi yang menawarkan khidmat jualan secara online.
7. Persediaan mental, fizikal dan emosi
Anda mungkin fikir anda kuat dan boleh menguruskannya sendirian tetapi selepas melalui tempoh berpantang sendiri, ternyata ia tidak semudah yang disangka.
Oleh itu pastikan anda sudah membuat persiapan mental, fizikal dan emosi. Banyakan mencari maklumat dan info daripada pengalaman ibu-ibu lain yang pernah melaluinya.
Berpantang seorang diri memang berisiko. Anda mungkin akan bersedih dan tertekan apabila semuanya perlu dilakukan sendiri kerana biasanya ibu berpantang dilayan seperti ‘permaisuri’ oleh orang yang menjaganya.
Oleh itu pastikan anda sudah menjangkakan cabaran yang akan dilalui sepanjang tempoh berpantang terutama dalam bab menjaga bayi baru lahir.
Elakkan daripada rasa tertekan kerana jika emosi tidak stabil,anda mungkin berasa sedih atau meroyan.
Tetapi kini dengan kecanggihan teknologi internet, anda tak perlu risau kerana boleh sahaja mendapatkan maklumat dan info yang diperlukan dengan sekali klik sahaja di telefon pintar. Yang penting ada khidmat internet!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Si kecil anda tidak membuang air besar selama berhari-hari, najisnya pula agak keras, itu mungkin petanda mereka mengalami masalah sembelit. Biasanya bayi yang disusui ibu secara eksklusif tidak akan mempunyai masalah seperti ini, kerana hampir semua nutrien dari susu ibu akan diserap.
Namun berbeza kepada bayi yang diberi susu formula, mereka mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk diserang masalah sembelit. Malah masalah dalam kalangan bayi turut berlaku disebabkan makanan tertentu yang dimakan selepas makanan pepejal diperkenalkan.
Persoalan yang diutarakan oleh seorang ibu kepada Dietitian Puan Fizab Sobro tentang anak yang berusia 10 bulan dan sukar untuk membuang air besar sedikit sebanyak akan menerangkan faktor-faktor mengapa ini terjadi.
Ikuti perkongsian beliau:
Soalan dari mommies
Puan anak saya usia 10 bulan dan susah nak berak kadang 4 hari sekali, bila berak macam rupa tahi kambing. Saya dah cuba tukar susu tapi sama jugak, saya ada juga bagi buah. Macam mana nak buat ye?
Jawapan saya
SUSU TIDAK BERSALAH
ITu bukan solution/jawapan utama
Ads
Sembelit 70% disebabkan dari pemakanan anak yang kurang tepat
Sembelit akibat susu adalah jarang sekali…dan jika ye bukan disebabkan komposisi susu tersebut malah lebih kepada cara bancuhan susu yang kurang tepat
PERTAMA
Kena pastikan betul betul ke sembelit
Maksudnya najis yang keras (jika di skala Bristol type 1) dan boleh mengakibatkan kesakitan bila nak membuang
Apabila anak sembelit perlu tengok dari pelbagai sudut
Ads
Adakah air yang diambil mencukupi?
6-12bln perlu 800ml sehari,ini termasuk susu yang diminum, air kosong
Elakkan ambil air manis ketika sembelit seperti jus
Adakah serat diambil mencukupi?
Untuk lawas kena ambil 2 jenis serat.
Bukan terhad kepada buah sahaja.
Serat yang dimaksudkan adalah serat tidak larut air yang datang dari sayur sayuran hijau sebab ini yang lawaskan
Serat dari buah (serat larut air) lebih kepada melembutkan najis.
Maka kena pastikan anak ambil 2 jenis serat bukan fokus kepada buah sahaja.
Adakah anak aktif?
Merangkak, berjalan, meniti,bergolek..boleh buat exercise kaki bagi najis lancar
Ye aktif boleh bantu pergerakan najis dalam usus ke bawah.
Pengambilan probiotik
Probiotik adalah bakteria baik yang memberi kesan baik kepada manusia
Tujuan ambil probitok lebih kepada nak selesakan perut si manja.
Natural probiotik datang dari yoghurt,cheese manakala yang bukan natural datang dari probiotic granules (serbuk)..tidak perlu ambil setiap hari..seminggu sekali pun ok
Jika masih sembelit setelah semua perkara di atas dah buat dan sembelit lebih dari 3 hari SILA JUMPA DENGAN DOKTOR PERUBATAN
Jangan ambil supplement/herbal tradisional yang tidak tahu keberkesanannya (atas cadangan makcik bawang sebelah rumah)
Dan….
Jangan buat perkara berikut jika anak sembelit
1. Kurangkan pengambilan susu
– susu breastmilk definitely teruskan
– susu fm jika dah lama(lebih seminggu) perkenalkan teruskan dengan kuantiti dan bancuhan sekarang
– tukar tukar susu akan lebih menerukkan keadaan sebab kurangkan zat yang baby dapat
Ads
Kurangkan makanan
– teruskan kuantiti yang biasa diambil tetapi pastikan ada penambahan serat dan air jika tidak mencukupi
Jangan bagi probiotic drinks…
Kebanyakan probiotic drinks amat manis dan tidak sesuai untuk bayi bawah 12 bulan
Umum mengetahui Jumaat lalu, Abby Abadi terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan bayi walaupun usia kandungan ketika itu baru mencecah 24 minggu. Ini disebabkan berlaku beberapa komplikasi yang boleh membahayakan Abby dan bayi dalam kandungannya.
Ketika dilahirkan berat bayi lelaki itu hanya mencecah 540 gram sahaja. Kini anak lelaki mereka yang dikenali sebagai Baby D sedang menerima rawatan di NICU untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun, selepas kelahiran bayi lelaki, suami Abby, Faizal Zakaria memberitahu keadaan baby masih belum stabil.
Apa yang mengembirakan pasangan ini perkembangan positif telah ditunjukkan oleh bayi lelaki selepas tiga hari dilahirkan.
“Baby tahu tak kat luar sana semua doakan moga baby sihat, baby kuat. Abah dan mama ta putus berdoa pada baby D.” Tulisnya.
Ramai yang turut mendoakan
Berita baik tersebut turut disambut baik oleh para peminat dan netizen. Ramai yang mendoakan agar anaknya itu akan sentiasa dalam keadaan sihat dan membesar dengan baik.
Baby tahu tak kat luar sana semua doakan moga baby sihat, baby kuat….Ada yang doakan di Madinah Mekah.
Pusat Tahfiz pun ada buat solat hajat untuk baby…semua sayang baby
Mama pun dah sihat..BP mama tak tinggi sgt dah….Baby jangan risau tentang mama ya. Allah ada, Allah yang lebih berkuasa dari segala2nya….
Baby x keseorangan kat NICU, abah dan mama akan sentiasa datang jumpa baby…..
Tadi lama sangat baby pegang jari mama….nampak kuat jari baby pegang jari mama….Abah tahu dalam diri baby ada kekuatan mcmana dalam diri mama…
Abah sayang baby dunia akhirat….Abah sayang semua, Abah doakan agar kita semua dapat berkumpul.
Hari ke-4..Baby D hari ni abah turun tengok baby lagi…Alhamdullilah perkembangan baby terus positif
Mancung hidung Baby D. Mesti ikut abah ni betul tak mama @abby_abadi112 . Baby D dah kencing ya…abah pegang kaki baby terus kencing…Doc kata itu perkembangan baik sangat-sangat. Lega hati abah.
Baby D dah minum susu mama, InsyaAllah boleh jadi lebih kuat….abah akan hantar susu untuk baby tiap-tiap jam tiap-tiap hari. Jangan risau baby D akan terus dapat minum susu mama.
Baby tiap kali abah jumpa baby, abah akan azan biar baby dengar…abah mengaji untuk baby terus kuat..
Walaupun kdg kala tu rasa sebak, tapi abah kuatkan juga…abah nk baby dengar betapa nikmatnya kalimah azan…
Ramai yang doakan baby D tiap2 hari, semua nak baby sihat…abah dan mama tak sabar nk peluk baby. Abah dan mama sentiasa doakan baby D agar panjang umur, diberikan kesihatan yang terbaik, abah sayang baby…abah rindu baby
Abah harap baby terus kuat dan kuat….kalau sakit ini boleh ditukar ganti…dah lama abah lakukan…
Ya Allah, aku hamba yang hina dan tidak layak untuk aku meminta dengan Mu, Tapi Engkau Yang Maha Pemurah, Engkau Yang menjadikan Alam ini, Engkau Yang boleh hidupkan yang mati, Engkau yang lebih berkuasa dari segala2nya
Kau tunaikan setiap permintaan ku ini, panjangkan umur baby D, Kau berikan kesihatan yang terbaik untuknya…Kau berikan berita gembira untuk kami dan Kau hindarkan berita kedukaan untuk kami
Sayang Abah…..jangan risau abah tetap bersama baby setiap masa…kerna abah tidak akan jemu untuk perdengarkan azan, alquran untuk baby…biar roh2 kalimah Allah terus bersama Baby D setiap saat dan waktu.
Sumber: ig Faizal Zakaria
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selebriti yang kini penyampai radio di Molek FM, Mat Dan atau nama sebenarnya Mohammad Kareef Daniel bin Abdullah akhirnya mendedahkan wajah serta nama anak ketiganya.
Anak ketiganya yang juga satu-satunya puteri dalam keluarga akhirnya diperkenalkan kepada umum setelah 36 hari kelahiran.
“Perkenalkan Esabelle Zahra..♥Born on 30/3/2023 at @kpjklanghospital_. The latest edition to the Tyler/Che Wan family”
Sebelum ini Mat Dan sempat menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila isteri tersayang, Nadifa Adnan selamat bersalin anak ketiga mereka.
zainunzmn’s profile picture Assalamualaikum princess Zahra. Mek Tenganu ni. Hok 2 boys tu Awang England.
Hi Esabelle…mula2 muka melayu pah ikut daddy blako lepah tu. Abg abg sblm ni gtu juga untie tgk.
nurmaznie11’s profile picture Comeyyy mek tranunggggg.. sebijik ikut mok dio
sarienazheefaqli’s profile picture Hi..pure ganu ni girl…
Untuk rekod, Mat dan Nadifa Adnan telah mendirikan rumah tangga pada 12 Mac 2017 di Bukit Chendering, Terengganu.
Mat Dan merupakan warganegara United Kingdom dan sudah menetap di Malaysia sejak 2009. Dia tertarik untuk tinggal di Malaysia selepas pengembaraan beliau ke Pulau Kapas, Terengganu.
Selepas kisahnya tular, dia telah menceburkan diri dalam bidang seni apabila muncul sebagai seorang pengacara, pelakon dan kini merupakan penyampai radio di Molek FM.