Siapa yang tak sayang anak kan? Namun dalam pada sayang terlebih, janganlah hingga memudaratkan malah membiarkan perilaku anak berlebihan tanpa kita sedar sehingga memburukkan sikap anak itu sendiri. Jangan sekali-kali dibiarkan.

Anak bertindak agresif bukan disebabkan autism dan sebagainya tetapi dek kerana terlebih memberi perhatian pada anak. Dr Anayasmin Azmi berkongsi cerita dan tip agar anak tak pergi terlalu jauh. Kita bantu anak kita sebelum terlambat.

“Tolak Kerusi, Tendang Meja” Terlampau Ikut Kata, Anak Jadi Makin Besar Kepala!


Ada kanak-kanak ni, dia masuk bilik, tengah saya bercakap dengan ibunya, dia jerit-jerit depan muka saya “DIAM!! DIAM!!”

Dia tolak-tolak kerusi, tendang meja saya, dalam 5-6 kali dia buat macam tu. Mak gelak-gelak tengok dia.
Seolah ‘cute’ sangat perangai macam tu.

Mungkin juga mak dah puas tegur sekarang hanya mampu respon begitu. Di rumah pula waktu makan dia tak nak makan apa yang ada. Dia akan cari alasan untuk paksa mak dia ke kedai beli makanan lain atau air kotak. Kadangkala sampai 3-4 jenis mak akan belikan dia tetap tak mau.

“Tolak Kerusi, Tendang Meja” Terlampau Ikut Kata, Anak Jadi Makin Besar Kepala!

IKLAN

Mak datang bawa anak kat klinik risau jika anaknya autism sebab anak tak dengar cakap dan agresif padanya. Sebab anak ni pukul, tendang, tumbuk, tarik tudung mak sampai mak kena minta orang lain tolong untuk tarik anak umur 5 tahun tu.

Bila jumpa, saya terang pada ibu, ini bukan autism sebab dia tak fulfill DSM5 pun. Ini isu behaviour.

Saya bertahan explain pada mak dengan anaknya yang cuba agressive pada saya sebab memang dia akan begitu pada orang yang tak ‘give in’ pada dia.

“Tolak Kerusi, Tendang Meja” Terlampau Ikut Kata, Anak Jadi Makin Besar Kepala!

3 perkara asas saya boleh share disini untuk kita ulangkaji sama-sama.

IKLAN

1. Jangan reward ‘bad behaviour’. Anak tu jerit dimuka saya. Mak dia gelak seolah it is funny. Anak will take that as reward sebab mak enjoy tengok dia buat macam tu.

Juga bila dia nak itu ini mak turutkan semua kemahuan. Anak rasa dia dapat reward dengan jadi agresif, jerit-jerit.

2. Reward good behaviour bila anak dengar cakap mak. Mak tak puji la pula. Tak cakap apa, bila ada good behaviour puji sikap anak immediately.

“Tolak Kerusi, Tendang Meja” Terlampau Ikut Kata, Anak Jadi Makin Besar Kepala!

IKLAN

3. Correct bad behaviour (mildly), contoh saya guna natural consequence iaitu saya simpan semua toys di situ dan dia tak dapat perhatian dari saya sebab dia jerit berkali-kali di muka saya.

Saya cakap itu salah dan saya ignore dia. Akhirnya dia patuh bila saya nak periksa dia sebab dia tahu sebab dia rude dia tak dapat apa dia nak, maka dia betulkan behaviour dia.

Wallahualam. Sekadar sharing.

Menarik: Kesian Dekat Anak Kurangkan Beban Beg Sekolah Anak, Cikgu Ni Kongsikan Cadangan Bernas

Kalau musim buah-buahan, ramai yang tahu makan je tapi nama buah apa pun tak tahu. Kali ini kita cabar adik-adik BK, agaknya diorang tahu tak nama-nama buah yang ada dalam dunia.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI