Rumit jadinya bila bayi mula keliru antara puting ibu dengan puting botol biasa selepas pulang dari rumah pengasuh. Buat seketika, sebaiknya cuba tenangkan bayi terlebih dahulu. Beri dia masa dan paling penting kena tahu triknya untuk kembalikan bayi ke payudara ibu.
Tip yang dikongsikan oleh Dr Nurhaya Yacob, Pakar Laktasi daripada Dr Nurhaya Lactation Center ini patut anda ikuti. Barulah senang hati ibu bila bayi nak kembali menyusu.
Tip mudah kembalikan bayi ke payudara (nipple confuse)
1. Membiarkan bayi terlalu lapar untuk dia menerima payudara bukanlah cara terbaik membuatkan si kecil menerima payudara kembali. Kononnya bila dah lapar nanti, mesti dia hisap.
Percayalah ia tidak akan berjaya. Sekiranya perlu, berikan sedikit (contohnya setengah oz ke) susu perahan mummies melalui cawan atau botol sebelum cuba menyusukan si kecil. Bayi yang tenang lebih mudah menerima payudara ibu.
2. Lakukan di tempat selesa dan tidak banyak gangguan atau menarik perhatian bayi. Sekiranya bayi sering terganggu dengan bunyi bising ataupun lampu, lakukan di dalam bilik dan malapkan lampu. Memasang muzik latar atau alunan zikir ke, cuba cipta suasana yang tenang.
3. Banyakkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi. Walaupun bayi enggan menyusu, biarkan mereka selesa dengan bau ibu. Biarkan saja si comel tertidur di atas dada ibu. Nikmatnya luar biasa.
Dengan cara skin to skin ini juga mummies dapat mengenali feeding cue/ tanda awal lapar si comel dan memulakan pemberian susu ibu lebih awal dan tidak menunggu bayi terlalu lapar.
Pendek kata jangan berpisah daripada bayi dan jadikan dada ibu sebagai tilam untuknya. Aktiviti skin to skin ini bukan buat 3 kali anak belum mahu menyusu mummies dah give up ya, atau kata “ala saya dah buat skin to skin 4 5 kali tapi anak still tak nak menyusu direct.
Ads
Kualiti skin to skin dengan hati yang tenang, bayi yang tenang lebih efektif dari skin to skin yang dalam keadaan terdesak dan penuh pengharapan.
4. Tawarkan payudara ibu sekerap mungkin dalam apa jua keadaan. Tak kira la baby sedang tenang-tenang bermain ke atau telah memberi feeding cue untuk menyusu, baru bangun tido ka, mengantuk ka bila-bila masa sahaja.
Saya selalu umpamakan memperkenalkan payudara ibu itu adalah satu permainan di antara ibu dan anak. Mummies boleh cari cara yang sesuai untuk menyusu. Sambil duduk ke, baring ke, sambil berjalan ke, sambil mandi ke dan mana-man posisi yang mummies selesa. Saya yakin mummies pasti dapat mencari cara kretif bagi memujuk bayi untuk menyukai payudara kembali!
5. Mummies boleh perah dulu sedikit, almaklumlah mekanisma menyusu botol berbanding payudara kan sedikit berbeza. Perah agar “let down refleks” sudah tercapai dan aliran susu berjalan lancar. Percayalah ia merangsang & memudahkan si bayi menghisap payudara ibu kerana mengetahui ada makanan disitu.
Ads
6. Pujuk bayi dengan suara yang lembut dan mesra. Sekiranya bayi tidak menerima payudara, jangan tunjuk rasa kecewa kepada mereka. Teruskan memujuk. Sekiranya selepas 10 minit mummies mencuba dan baby still tak nak melekap..ok stop dan jangan di paksa lagi.
Berikan masa berehat kepada bayi. Cuba lagi tidak lama selepas itu. Tapi dalam jangka masa yang lebih pendek! Sekiranya masih tak mahu lagi..tangguhkan sesi itu dan cuba sekali lagi pada masa yg lain.
7. Sekiranya bayi menunjukkan tanda marah & lapar tapi masih tak mahu melekap di payudara, hentikan cubaan dan berikan sesikit susu perahan sebelum mencuba lagi sekiranya perlu.
Gunakan cawan atau picagari. Selepas itu cuba tawarkan lagi. Sekiranya masih tak mau juga lagi, it’s ok mummies. Just habiskan susu perahan itu dengan kaedah yang biasa ibu gunakan.
Ads
8. Mummies yang nak mengamalkan skin to skin dengan cara selesa boleh mengamalkan cara menggunakan alat gendongan bayi seperti ring sling, wrap atau ssc. Lebih rapat dan lama umpama kembar siam ibu & anak lebih cepat & mudah si comel menerima payudara ibunya.
9. Haaaa taaadaaa..apa bila si comel sudah mula menerima payudara, mereka tidak terus menghisap lahap. Seringnya mereka hanya menjilat dulu, lalu mengemam atau menghisap kosong itu adalah permulaan yang baik. Walaupun hisapan itu hanya untuk keselesaan atau confort suckle..dan bukan untuk menghisap susu, SEKURANG-KURANGNYA BAYI SUDAH MULA MENERIMA PUTING!
10. Sekiranya si comel sudah mula melekap dan menghisap payudara dengan betul, aliran susu yang lebih laju akan membantu bayi dalam menghisap. Mummies boleh lakukan breast commpression atau memampatkan payudara lalu lepas seperti memerah, bagi membantu meningkatlan aliran susu..bayi biasanya menggemari aliran yg laju! duhhhh! siapa tak suka ye dak..
11. Sekiranya mummies dalam proses relaktasi dan meningkatkan susu, mummies boleh consider utk add on “supplementary-nursing-system” atau alat tambahan membantu menyusu menggunakan tiub. Finger feeding juga adalah satu method yang baik. Insyallah saya akan kongsikan pada masa yang lain pula.
12. Nak guna nipple shield pun boleh untuk kes2 tertentu. sebaiknya dapatkan nasihat dari pakar laktasi atau kaunselor laktasi sebelum penggunaannya.
Untuk bayi dibawah 1 minggu elakkan penggunaan nipple shield sbb ia akan menganggu milk transfer dari payudara ke bayi dan menganggu produksi susu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelik juga bila anak kita selalu sangat sakit, demam dan selesema. Kadangkala sampai dua kali sebulan. Duit habis belikan ubat setiap bulan. Bila jadi begini kita selalu tertanya-tanya. Soal pemakanan adalah jawapannya bila anak sering sakit dan lemah dalam pelajaran.
Menurut Dr Rizal Abu Bakar, pakar otak dan neuro, pemakanan anak-anak teramatlah penting dalam memastikan kesihatan anak-anak. Malah untuk fokus dalam pembelajaran juga perlukan pemakanan yang sihat. Baca perkongsiannya dan elakkan makanan yang satu ini.
“Anak-anak saya selalu sakit. Lepas seorang sakit, dan baik ,yang lain pula sakit.
Letih ambil ubat.” Kak Kiah melepaskan keluhannya.
Kak Kiah bekerja sebagai operator pengeluaran. Pendapatan tidak seberapa. Kalau kerja lebih masa, dapatlah lebihan sedikit. Tinggal di Bayan Lepas tidak murah. Apatah lagi menyewa. Suami pun bekerja di sektor yang sama. Pulang ke kampung terserempak dengan Kak Kiah.
“Anak-anak selalu sakit apa?” soal saya meminta kepastian.
“Asyik demam jer budak-budak ni. Si Alif masa UPSR pun boleh demam. Akak risau keputusan dia teruk. Dalam sebulan mesti sekali atau dua kali demam. Ubat penuh dalam peti ais.
Kadang-kadang malas nak pergi klinik. Akak la jadi doktornya. Bagi dia orang makan ubat –ubat yang tak habis.” jelas Kak Kiah penuh semangat.
“Maaf Kak. Selalu anak-anak makan apa?” saya cuba mencari pangkal isu.
“Makan nasi macam biasa. Malam biasanya belilah apa-apa kat pasar malam ke. Burger ke.” kata Kak Kiah lagi.
“Makanan ringan anak-anak makan tak?” soal saya lagi.
“Itulah favourite dia orang. Dari segala jenis keropok, gula-gula, asam-asam, ais krim dan mee segera. Hari-hari mesti makan.”
Saya tarik nafas panjang. Masa berbual dengan Kak Kiah anak-anak Kak Kiah masing-masing menjinjing junk food.
JUNK FOOD ATAU MAKANAN RINGAN MELEMAHKAN SISTEM IMUN KANAK-KANAK.
Apabila sistem imun lemah, penyakit dengan bangganya menghampiri. Tubuh mereka jadi sarang pembiakan penyakit. Virus mudah hinggap.
Junk food juga ganggu otak. Bahagian utama gangguan ialah hippocampus- tempat memori. Ganggu proses belajar. Apabila belajar paling susah nak lekat.
Berulang kali pun pelajaran tak masuk. Menjadi benak. Hantar tuisyen terbaik pun tidak akan membantu. Hantar pula ke kem motivasi. Habis duit berkoyan-koyan. Balik ke rumah masih tiada perubahan. Tuisyen atau kem motivasi itu umpama software.
Walau software itu baik, andai hardware iaitu otak tidak baik masakan software dapat dimuat naik ke hardware? Baiki hardware. Baiki otak.
Usah beri racun pada otak. Makanan ringan bukan makanan. Makanan ringan adalah racun. Usah kita racun anak dan diri sendiri.
Jaga otak, otak akan jaga kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu bapa mesti impikan anak-anak yang bijak. Bagaimana cara untuk kita sebagai ibu bapa mendidik anak agar bijak, pandai dan mudah di didik? Dr. Zubaidi berkongsi cara untuk ibu bapa menjadikan anak bijak dan hebat hanya dengan luangkan masa selama 20 minit.
MAHU ANAK BIJAK, LUANGKAN MASA 20 MINIT
Di zaman moden ini, kita selalu sibuk. Kita menyerahkan sebahagian masa kita Bersama anak kepada pembantu asing yang ada di rumah. Atau mungkin pada pengasuh di TASKA.
Tiada lagi hubungan anak-ibu bapa yang akrab.
Saya ingin kongsikan tip untuk melatih anak menjadi bijak
-Caranya ialah luangkan masa dengan anak selama 20-30 minit sehari. Tutup TV dan jauhkan telefon bimbit.
-Gunakan masa itu Bersama anak untuk membantu mereka melakukan kerja sekolah, membaca atau melukis. Jika anak masih kecil, habiskan masa itu dengan bermain Bersama anak.
-Gunakan kebijaksanaan kita untuk berinteraksi dan bermain dengan anak secara efektif.
-Ia boleh dilakukan di rumah, di taman permainan atau ketika berada di tempat awam ketika menunggu.
-Berikan sepenuh perhatian kepada anak. Jangan melayan anak sambal kita melayan telefon bimbit, menonton TV, atau membaca akhbar. Fokus pada anak. Libatkan emosi dan kasih sayang kepada mereka.
Anak susah nak tidur malam? Kdang-kadang kita marah anak sebab tak nak tidur, tapi rupa-rupanya walaupun dah mencuba, mata tetap susah nak terlelap. Sebagai parents, ada beberapa perkara yang boleh kita buat untuk bantu anak mudah tidur.
Sebenarnya untuk buat anak mudah terlelap dan tidurnya juga berkualiti, kita juga memainkan peranan yang sangat penting. Menurut Dr. Ahmad Luqman Bukhari, kadang-kadang parents terlepas pandang satu perkara yang buat anak susah untuk tidur.
Melalui video yang dikongsikan di Facebooknya, Dr. Luqman telah menyenaraikan lima perkara yang boleh dibuat untuk bantu anak tidur;
1. Peluklah tubuhnya terlebih dulu
Emosi yang stabil membuatkan anak lebih tenang dan selesa untuk melelapkan mata. Kasih sayang yang kita tunjukkan pada anak melalui pelukan dapat memberikan ketenangan pada mereka. Fikiran yang ‘ringan’ tanpa sebarang beban emosi akan membuatkan tubuh anak relaks dan mudah mengantuk.
2. Usap ubun-ubunnya
Salah satu cara untuk menunjukkan kita sentiasa peka dengan emosi anak adalah dengan mengusap ubun-ubunnya. Sambil diusap, sebutkan perkara yang baik-baik atau bacakan doa khusus untuk anak.
Sumber foto: www.freepik.com
3. Malapkan lampu di tempat tidurnya
Suasana malap dapat membantu anak lebih selesa dan sebenarnya ia memberi signal kepada otak untuk menjadi lebih relaks dan mudah rasa mengantuk. Sebelum masuk tidur, malapkan lampu bilik (pilih cahaya lampu warna kuning) untuk menggalakkn tubuh rasa bersedia untuk tidur.
Sumber foto: www.freepik.com
4. Ceritakan kisah Para Nabi dan orang soleh atau kisah orang-orang berjaya
Bukan saja ia dapat menambah pengetahuan anak tentang sesebuah kisah yang baik tetapi menjadi inspirasi kepada mereka untuk menjadi individu yang positif. Bercerita pada anak membuatkan mereka leka dan mudah rasa mengantuk.
Salah satu terapi terbaik adalah perdengarkan bacaan doa atau ayat Al-Quran ke telinga anak untuk tidur yang lebih lena dan dapat membantu melindungi mereka dari anasir jahat.
5. Elakkan anak bermain gajet atau menonton TV, dua jam sebelum masuk tidur
Jika dibenarkan dikhuatiri blue light dari gajet atau skrin TV membuatkan anak tidak lena dan susah tidur.
Kasihan anak, kurang tidur maksudnya tak cukup rehat. Ia bukanlah sesuatu yang bagus untuk memastikan kesihatan anak sentiasa berada di tahap yang terbaik. Jika sebelum ini anak susah tidur, mungkin parents boleh cuba beberapa tip yang dikongsikan oleh doktor ini untuk bantu mereka mudah melelapkan mata.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.