Ads

“Tolonglah Jujur, Jangan Sembunyikan.” Bantulah Kami Untuk Membantu Anda! – Dr Adham

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba merayu kepada orang ramai yang mendapatkan rawatan di pusat kesihatan supaya bersikap jujur.

Beliau mengingatkan mereka supaya tidak menyembunyikan sejarah perjalanan ke luar negara atau mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang positif COVID-19.

"Tolonglah Jujur, Jangan Sembunyikan." Bantulah Kami Untuk Membantu Anda! - Dr Adham

“Saya merayu kepada semua yang datang mendapatkan rawatan di semua fasiliti kesihatan untuk bersikap jujur.

“Jangan sembunyikan maklumat sejarah perjalanan ke luar negara atau sekiranya anda merupakan kontak terdekat kepada pesakit positif COVID-19,” katanya menerusi status di Facebook rasminya.

Ads

"Tolonglah Jujur, Jangan Sembunyikan." Bantulah Kami Untuk Membantu Anda! - Dr Adham

Dr Adham berkata, mereka yang mempunyai gejala, perlu menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat terlebih dahulu bagi mengetahui pusat kesihatan yang harus dikunjungi.

Ads

Katanya, pegawai kesihatan terpaksa membuang masa membersihkan sebuah Jabatan Pesakit Luar di pusat kesihatan selepas mendapati seorang pesakit yang mendapatkan rawatan disahkan positif COVID-19.

Ads

"Tolonglah Jujur, Jangan Sembunyikan." Bantulah Kami Untuk Membantu Anda! - Dr Adham“Masa yang sepatutnya digunakan untuk merawat pesakit terbuang untuk hal sebegini. Lebih malang lagi, ketika ini terdapat 12 petugas kesihatan didapati positif virus COVID-19.

“Seorang mereka kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan. Bantulah kami untuk membantu anda,” katanya.

Sumber: FB Dr Adham Baba & BH

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Syifa Melvin Kongsi Pengalaman Anak ‘Potty Train’ Sebelum Usia 3 Tahun, Senangnya!

Syifa Melvin Kongsi Pengalaman Anak ‘Potty Train’ Sebelum Usia 3 Tahun,...

Syifa Melvin kongsi pengalaman anak menjalani potty train sebelum usia tiga tahun dan sudah selesa tidur siang serta malam tanpa memakai lampin.