Ads
Home Berita Tragedi FRU: Sembilan Jenazah, Pergi Kerana Tugas, Tak Sempat Ucap Selamat...

Tragedi FRU: Sembilan Jenazah, Pergi Kerana Tugas, Tak Sempat Ucap Selamat Tinggal

Ads

Pagi itu mereka keluar seperti biasa. Berseragam, bersemangat, berjuang demi tugas. Tak pernah terlintas, itu akan jadi pagi terakhir dalam hidup mereka. Berita duka yang amat pedih buat seluruh rakyat Malaysia.

Sekurang-kurangnya 9 anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) maut dalam nahas jalan raya melibatkan trak yang mereka naiki dengan sebuah lori muatan batu kerikil, pagi ini.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Cawangan dan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah, lapan daripada mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian .

Tragedi FRU: Sembilan  Jenazah, Pergi Kerana Tugas, Tak Sempat Ucap Selamat Tinggal

Sementara itu, lapan anggota FRU lain disahkan cedera dalam kejadian itu, yang berlaku  di simpang tiga Jalan Chikus – Sungai Lampam, di sini.

Ads
Menurut Ketua Cawangan dan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah, lapan daripada mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pada masa sama, pemandu lori terbabit telah ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Pada masa sama, pemandu lori terbabit telah ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Shazlean berkata, anggota FRU yang meninggal dunia di lokasi kejadian telah dikenal pasti. Berikut senarai nama mereka:
1. Sjn Perumal Sugunanathan
2. Kpl Nurit Pandak
3. Kpl Amiruddin Zabri
4. Kpl Mohd Pozli Jaudin
5. Kpl Akmal Muhamad
6. Kpl Mohamad Hilmi Mohd Azlan
7. L/Kpl Damarrulan Abdul Latif
8. Konst Akmal Wafi Annuar

Ads

Sementara itu, 10 anggota yang cedera dan dibawa ke Hospital Teluk Intan ialah:
1. Kpl Haslizal Mohd Ali
2. Kpl Syed Isfan Syed Mohd
3. Sjn Mazlan Mat
4. Sjn Mohd Parih Ali
5. Kpl Mohd Harrisul ikhsan Mohd Mahabudin
6. Kpl Nizam Tarmizi
7. Kpl Mohammad Zulnaidi Muhammad Zullkifli
8. Kpl Mohd Izwan ishak
9. Sjn Mohd Roslan Abd Rahim
10. L/Kpl Muhammad Aniq Taufiq Roz

Tragedi FRU: Sembilan  Jenazah, Pergi Kerana Tugas, Tak Sempat Ucap Selamat Tinggal

Ads

Ada tiga orang mangsa yang tersepit di hadapan lori_ – Sayani Saidon

Terdahulu, Pengarah JBPM Perak Sayani Saidon memaklumkan, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 8.54 pagi. Menurutnya, terdapat 18 penumpang dan pemandu berada di dalam trak FRU tersebut

Menurutnya, sebahagian mangsa yang dikeluarkan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan.
Difahamkan kesemua mereka dalam perjalanan balik ke Ipoh selepas tugasan kawalan perarakan sempena sambutan Hari Wesak semalam.

Sumber: Astro Awani

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI


SeeNI ×