Di saat rakyat Malaysia terus dihimpit tekanan hidup daripada kos sara hidup yang melambung, kerjaya yang tak menentu, hingga hubungan peribadi yang semakin renggang hadir semula satu peluang untuk mereka yang nekad nak ubah hidup, bukan sekadar luaran, tapi dari dalam.
Cakna dengan kemelut ini, program pembangunan diri intensif anjuran RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks Academy) iaitu Transformasi360 bakal kembali untuk kali kedua pada 5 hingga 7 September 2025 setelah mendapat sambutan yang luar biasa pada pengajuran kali pertama pada Mei lalu.
MOTIVASI BANGKIT SEMULA BINA KEHIDUPAN LEBIH SUKSES!
Pengasas & Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, melihat permintaan tinggi yang diterima, penganjur menyasarkan penyertaan kali ini akan meningkat sekurang-kurangnya dua kali ganda, dengan sasaran minimum seramai 5,000 peserta untuk sesi September ini.
“Ramai yang menyuarakan rasa terkilan kerana terlepas peluang Mei lalu. Jadi kami adakan sekali lagi, tapi kali ini khas untuk mereka yang benar-benar serius mahu alami transformasi dalam hidup ini.”
“Transformasi360 bukan sekadar program motivasi, tetapi sebuah pengalaman sebenar yang menyeluruh dan mendalam. Ia membantu peserta mengenal kekuatan dan kelemahan diri dengan lebih jujur, memahami serta membuang corak sabotaj diri yang sering menjadi penghalang kejayaan dan menstruktur semula kehidupan termasuk aspek hubungan dan kewangan.”
ASTRO RAKAN MEDIA
Ads
Tambah Azizan, peserta Transformasi360 juga didedahkan kepada cara memperbaiki komunikasi dalam keluarga dan organisasi, serta mendalami tujuan hidup sebenar agar mereka dapat membina kejayaan yang lebih seimbang antara dunia dan akhirat.
“Menariknya, penganjuran kali ini turut dimantapkan dengan sokongan Astro sebagai rakan media strategik, yang akan membantu menjangkau lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara, agar manfaat Transformasi360 dapat dirasai lebih meluas.
“Dengan elemen teknologi AI interaktif, peserta dibantu mengenal gaya tindakan dan emosi mereka, seterusnya mampu membuat perubahan yang lebih terarah dan kekal,” jelasnya.
Ads
Dalam pada itu, Azizan memberitahu, program ini dibangunkan berdasarkan pengalaman membimbing lebih 2 juta peserta dan ribuan usahawan selama lebih dua dekad.
“Transformasi360 ini bukan untuk yang hanya mahu ‘cuba-cuba’. Ia untuk yang benar-benar nak ubah hidup dan sanggup bertindak. Ini kali kedua dan mungkin yang terakhir untuk tahun ini,” tegasnya.
Ads
Terdahulu, hampir 300 usahawan bimbingan beliau yang mengikuti program Ai Branding & Marketing Growth (AiBMG) diberikan peluang hadir ke ibu pejabat Astro bagi melihat dan alami sendiri ekosistem stesen penyiaran terbesar di negara yang boleh membantu dari segi penjenamaan dan pemasaran syarikat masing-masing.
Yang turun hadir, Pengarah Digital & Pengalaman Pelanggan Astro, Cynthia Seow dan Naib Presiden Pembangunan Komersial, Perniagaan Digital Astro, Datin Norashikin Habibur Rahman dan Ketua Pegawai Operasi RichWorks Academy, Dr. Radz Mohd.
Orang ramai yang berminat boleh layari www.transformasi360.com dengan tempat adalah terhad dan hanya dibuka kepada mereka yang bersedia untuk mengalami perubahan sebenar dalam hidup.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan saja hebat di atas padang, malah pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek, juga seorang suami dan bapa yang penuh tanggungjawab dalam membina keluarga bahagia.
Suka kening Isteri
Dalam sesi temubual eksklusif bersama Pa&Ma, Apek berkongsi detik awal perkenalan dengan isterinya, Leuniey Natasha. Menurut Apek, dia mula tertarik dengan Leuniey sewaktu pertama kali melihatnya.
“Awal sebelum kahwin saya suka tengok kening dia, ” kongsi Apek sambil tersenyum apabila ditanya ciri yang membuatkan dia menyukai isterinya.
Namun katanya, selepas mereka berkahwin, Apek meluahkan rasa kagum memiliki Leuniey yang merupakan seorang yang berdikari, suka berniaga dan sangat rajin mencari rezeki.
Lebih istimewa, walaupun sibuk dengan urusan kerja dan perniagaan, Leuniey tetap cekap menguruskan anak-anak dan rumah tangga.
Cabaran Rumah Tangga
Tentang cabaran rumah tangga, Apek tidak menafikan sebagai pasangan selebriti, mereka pernah berdepan dengan ujian.
“Awal-awal kahwin, ada yang masih minat. Tapi Leuniey sangat matang. Dia faham kerja saya, dan kalau ada orang nak bergambar pun dia okay, asalkan tak lebih batas,” jelas Apek.
Bila ditanya bagaimana mereka menjaga keharmonian rumah tangga untuk mengelak orang ketiga, Apek dengan tenang menjawab:
“Bagi saya, semuanya terpulang pada diri sendiri. Saya selalu fikir pasal keluarga dulu sebelum buat apa-apa. Anak-anak dan isteri adalah keutamaan saya.”
Kewangan Isteri Uruskan
Dalam hal kewangan pula, Apek dengan bangga menyatakan bahawa Leuniey adalah pengurus kewangan keluarga.
“Gaji saya, 90% memang saya serahkan pada Leuniey. Setiap kali gaji masuk, saya terus transfer.”
“Saya percaya dia uruskan sebaiknya. Komitmen bulanan pun saya tak tahu sangat, semua dia yang urus. Dia memang akauntan terbaik saya,” ujar Apek dengan nada berseloroh, namun jelas penuh penghargaan.
Pasangan ini kini bahagia bersama tiga orang cahaya mata. Dalam kesibukan kerjaya masing-masing, mereka tetap menjadikan keluarga sebagai keutamaan.
Saling memahami, percaya dan menghormati antara satu sama lain menjadi rahsia rumah tangga mereka kekal utuh hingga ke hari ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Disangka rezeki rupanya perangkap. Seorang pesara guru hilang RM164,000 hasil simpanan sekian lama, lesap hanya kerana satu klik yang dipercayai tawaran cabutan bertuah di Facebook.
Satu pautan cabutan bertuah yang kononnya ditawarkan oleh sebuah bank tempatan melalui laman sosial Facebook sebelum ini.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @Abu berkata, lelaki berumur 60 tahun itu menyedari wang di dalam akaun banknya berkurangan apabila menerima email daripada bank tempatan menyatakan berlaku transaksi dalam akaun simpanan miliknya Khamis lepas, sebelum dia tampil membuat laporan polis pada hari sama.
Ganbar hiasan
“Mangsa yang terkejut kerana tidak membuat sebarang transaksi dalam tempoh tersebut terus pergi untuk mendapatkan penyata di sebuah bank di bandar Jertih, dan semakan mendapati telah berlaku 39 kali pengeluaran dari akaunnya ke akaun berbeza, yang semuanya dipercayai berpangkalan di luar negara
“Akibatnya sebahagian besar wang di dalam akaun itu hilang dan hanya berbaki sekitar RM30,000 sahaja,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Azamuddin berkata, pesara itu mengesyaki dia menjadi mangsa penipuan ‘phishing’ setelah dia memasukkan butiran peribadinya dalam pautan di laman sosial Facebook yang menawarkan peraduan cabutan bertuah sebelum ini.
Kes sedang disiasat mengkut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebuah pesawat Batik Air nyaris mengalami nahas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (Soetta) pada Sabtu, selepas cuaca buruk melanda kawasan tersebut.
Pesawat jenis Boeing 737 dengan nombor pendaftaran PK-LDJ itu dilaporkan mendarat dalam keadaan miring akibat angin silang yang kuat, sehingga sayap dan enjin kanannya hampir menyentuh permukaan landasan.
Rakaman video insiden yang tular di media sosial menunjukkan detik-detik mencemaskan ketika pesawat itu cuba menstabilkan kedudukannya sebelum berjaya mendarat dengan selamat.
Seorang penumpang yang juga pempengaruh media sosial, @keynaazami, berkongsi pengalaman mendebarkan itu menerusi Instagram miliknya. Difahamkan, dia menaiki pesawat tersebut bagi tujuan urusan kerja.
]
“SAYA SALAH SEORANG RAKYAT MALAYSIA YANG BERADA DALAM FLIGHT BATIK TU… ADA URUSAN KERJA DI JAKARTA. FIRST TIME NAIK BATIK AIR. MULA-MULA SEMUANYA TENANG, SMOOTH, TAK ADA APA-APA GANJIL. TAPI BILA DAH NAK SAMPAI…”
Demikian kata Keyna yang masih jelas terbayang detik mencemaskan yang berlaku dalam pesawat tersebut.
“DALAM 20 MINIT TERAKHIR SEBELUM MENDARAT, CUACA MAKIN TERUK. TIBA-TIBA FLIGHT MULA BERGOYANG KUAT. SATU FLIGHT MENJERIT!”
Nyata pastinya ketikaa itu, keadaan dalam kabin jadi huru-hara. Tangan saling berpaut. Ramai yang mula membaca doa kuat-kuat. Ada yang teresak menangis. Waktu itu, semua terasa macam berada di antara langit dan maut.
“BILA FLIGHT TU MULA TURUN, RASA MACAM MENJUNAM. TAPI MACAM TAK STABIL LANGSUNG. SAYA RASA MACAM FLIGHT TU NAK TERBALIK. SAYA TERUS PEJAM MATA. SAYA FIKIR SAYA AKAN MATI.”
Namun apa yang paling meruntun hati adalah saat dia terbayangkan anak kecilnya yang masih perlukan dia sebagai ibu.
“Saya fikir akan mati. Masa landing tu, fikir anak kecil yang masih kecil. Kalau nak tarik, tolonglah lepas anak dah besar. Sebab nak anak menyusu sampai dua tahun…”
Selepas beberapa saat yang terasa seperti seabad, pesawat akhirnya berjaya mendarat walaupun dalam keadaan mencabar. Tiada kecederaan dilaporkan. Namun trauma masih segar di hati.
“Saya fikir akan mati. Saya tak sangka ada di sini dan masih hidup…” sebab dalam flight memang teruk dan tak sangka Allah akan pilih saya. kami dalam flght fikir mati aje.”
Ramai yang menonton video viral itu dari luar mungkin rasa ‘tak jadi apa pun’. Tapi bagi mereka yang berada dalam perut pesawat — rasa takut tu nyata, dan waktu itu semuanya seolah-olah sudah redha dengan takdir.
Hidup ini pinjaman. Bila-bila masa boleh ditarik balik. Pengalaman Keyna ini jadi satu peringatan buat semua untuk tidak leka, untuk lebih menghargai hidup dan mereka yang ada di sisi.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.