Triffle Puding Cocktail, Tiga Lapisan Kastard & Cocktail, Sedapnya Makan Waktu Sejuk!

Share

Tercari-cari pencuci mulut yang sedap tetapi paling senang hendak disediakan, triffle puding cocktail ini antara manisan yang cukup mudah disediakan. Hanya kacaukan sahaja adunan hingga mendidih dan tuangkan ke atas lapisan kek. Cukup mudah.

Resipi ringkas tapi sedap yang dikongsikan oleh Sharla Rose ini menggunakan kek gulung, kastard, jeli serta paling sedap disekalikan dengan cocktail buah-buahan yang membuatkan puding bertambah enak rasanya. Ringkas tapi cukup mudah dan sedap. Nak tahu macam mana rasanya enaknya, jom cuba!


Nak pulangkan pinggan jiran-jiran, tak tahu nak balas apa, so harini kita bagi dessert je. Buat untuk anak-anak sekali.

TRIFFLE PUDING COCKTAIL

Bahan-bahan untuk 1 adunan:
1 roll kek gulung (tak kisah perisa apa-apa pun)
1 tin buah cocktail
1 paket kristal jelly (saya guna perisa Red Berry, Epal, Manggo)
5 sb tepung custard
1 tin susu cair
Gula ikut sesedap rasa
Selasih (optional)

1. Potong dan susun roll cake dalam bekas. Tuang air buah cocktail sikit-sikit menggunakan sudu ke atas kek yang disusun dalam mangkuk.

2. Masukkan susu cair ke dalam periuk sehingga mendidih, bancuh 400ml air dengan 5 sudu tepung custard.

3. Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair yang dah mendidih tadi. Kacau atas dapur hingga kental dengan api yang perlahan.

4. Sentiasa kacau supaya tak hangit. Dah agak kental, curahkan atas kek yang dah susun tadi. Ratakan.

5.Tuang buah-buahan cocktail atas lapisan custard. Ratakan. Boleh tambah selasih kalau suka.

6. Masak kristal jelly dengan 400ml air, sedikit gula. Dah larut semua tapis curah perlahan-lahan atas lapisan cocktail. Masukkan dalam peti sejuk.

 

Done!

IKLAN