Bila jarak anak terlalu jauh memang sedikit sebanyak buat kita sebagai ibu bapa lupa apa persiapan yang diperlukan untuk menyambut kelahiran anak baru. Malah mungkin ada yang mula lupa bagaimana cara penjagaan bayi baru lahir. Orang kata ‘gap’ anak jauh-jauh jadikan kita lebih excited sebab dah lama tak merasa dukung baby kan?
Sama seperti penyanyi popular, Siti Sarah Raissuddin dimana dia mengakui sudah lupa apa barang keperluan bayi yang perlu disediakan kerana sudah 6 tahun tidak mempunyai bayi.
Kalau sarah ingat nak tunggu 9 bulan baru beli ok ka? Salah 6 tahun bukan 5 😂🤣
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kes kedudukan uri pada bahagian bawah adalah sesuatu yang sering berlaku di kalangan ibu mengandung. Uri atau tembuni adalah tisu atau organ yang terbentuk bersama janin bagi membolehkan bayi mendapat oksigen, tenaga dan nutrisi daripada ibu melalui tali pusat. Bahan-bahan kumuhan bayi pula akan disalurkan semula ke uri. Dr Nurul Azwa Hasny, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dari SALAM Shah Alam Specialist Hospital menjelaskan tentang hal ini.
Kedudukan uri semasa kehamilan merupakan satu proses yang spontan dan rawak. Pada peringkat awal kehamilan, kebanyakan uri akan mengelilingi kawasan karung kehamilan. Rupa bentuknya seperti bulatan berwarna cerah dalam imej ultrasound. Kedudukan sebegini dinamakan sebagai circumferential.
Apabila kandungan semakin membesar, rahim akan mengembang dan kedudukan uri akan dilihat dengan lebih jelas dan terperinci. Kedudukan uri boleh dibahagikan kepada bahagian depan (anterior), belakang (posterior) atau di sisi rahim (lateral). Ultrasound perlu dilakukan, lebih-lebih lagi pada pertengahan trimester (dalam 16 minggu) untuk menentukan kedudukan uri.
Mengikut RCOG Guideline 2018, uri yang menutupi bahagian dalam pangkal rahim dikenali sebagai placenta praevia. Walau bagaimanapun, sekiranya ultrasound dilakukan pada awal kandungan dalam 16 minggu, istilah uri rendah atau uri bawah (low lying placenta) lebih biasa digunakan kerana ada kebarangkalian uri tersebut akan ditarik naik pada 32 minggu. Jarak uri yang terlampau dekat dengan pangkal rahim turut dinamakan uri bawah atau uri rendah. Selalunya jarak yang digunakan adalah kurang 2cm.
Ultrasound lanjutan perlu dilakukan pada 32 minggu untuk menentukan bahawa uri kekal di bawah (placenta praevia) atau tidak. Kadang kala ultrasound dari bawah melalui faraj (trans-vaginal scan) perlu dilakukan untuk melihat dan mengukur dengan lebih tepat kedudukan uri. Jangan risau, trans-vaginal scan adalah selamat semasa mengandung!
Kes-kes placenta praevia dikategorikan sebagai tahap satu, dua, tiga atau empat, bergantung kepada keputusan ultrasound yang doktor lakukan ke atas kehamilan. Ada juga doktor gemar membahagikan placenta praevia kepada 2 kumpulan iaitu placenta praevia major dan minor.
Sekiranya minor, ibu berpeluang untuk mencuba melahirkan anak secara normal. Ibu yang mengalami keadaan ini perlu mendapatkan penjelasan daripada doktor tentang keadaan dirinya.
Risiko kes placenta praevia adalah ia boleh mengakibatkan pendarahan. Keadaan ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja selepas 32 minggu. Ini adalah kerana ibu akan mengalami braxton hicks dan kemudian tanda-tanda bersalin yang mengakibatkan pembukaan pangkal rahim di mana letaknya kedudukan uri. Kadang-kala tanpa tanda-tanda bersalin, ibu mengalami pendarahan dengan tiba-tiba.
Pendarahan yang berterusan membahayakan nyawa ibu dan bayi yang dikandung. Oleh sebab itu, kebanyakan kes placenta praevia major, si ibu dikehendaki mendaftar masuk hospital sehingga tarikh pembedahan. Ini adalah kerana sekiranya berlaku pendarahan semasa berada di hospital, ibu dan bayi mempunyai peluang yang cerah untuk selamat. Pembedahan akan dilakukan segera dengan darah yang telah tersedia jika perlu untuk pembedahan.
Doktor akan berusaha mengeluarkan bayi dan uri; dan pada masa yang sama memberhentikan pendarahan secepat mungkin. Hanya beberapa minit ibu boleh kehilangan banyak darah. Pada keadaan kritikal ini, doktor sakit puan akan bekerjasama dengan doktor bius untuk memastikan keadaan ibu stabil.
Disebabkan oleh itu, ibu tidak dibenarkan untuk mengurut cara tradisional atau bukan tradisional kerana takut berlaku pendarahan. Nyawa ibu boleh terancam dan bayi dalam kandungan boleh maut bila pendarahan berlaku. Sekiranya ibu kurang faham atau kurang percaya, dapatkan pendapat dari beberapa doktor yang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kencing manis semasa hamil atau gestational diabetes (GDM) sering dihidapi wanita hamil. Kadangkala buntu juga bila bacaan gula dalam darah sentiasa tinggi sedangkan anda sudah berusaha mengawalnya.
Menurut Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, glukosa atau glukos adalah bahan yang menjadi sumber tenaga bagi kehidupan sehari-hari. Namun jika tahap glukos dalam darah berlebihan, ia boleh memberi kesan buruk kepada organ-organ dalam tubuh kita seperti merosakkan lapisan retina di bahagian mata sehingga boleh menyebabkan buta. Tahap glukos yang tinggi semasa hamil pula akan menyebabkan pelbagai masalah di dalam janin misalnya, masalah jantung pada bayi dalam kandungan.
PERLU SENAMAN SEDERHANA
Tahap glukos dikawal oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas supaya tahap glukos terkawal dan tidak kekal tinggi. Di kalangan wanita yang hamil pula, hormon-hormon yang dihasilkan ketika hamil akan berlawan dengan insulin. Ini menyebabkan paras glukos wanita hamil mudah meningkat naik. Setelah bayi dilahirkan dan uri dikeluarkan, tahap glukos akan kembali normal semula.
Inilah yang dikenali sebagai gestational diabetes mellitues (GDM) atau masalah kencing manis ketika hamil. Pesakit GDM selalunya mengamalkan pemakanan yang seimbang tetapi tidak melakukan senaman, tahap gula atau glukos selalunya akan kekal tinggi.
Senaman yang dimaksudkan adalah senaman sederhana seperti berjalan kaki selama 30 hingga 45 minit setiap hari. Ramai yang bertanya, setelah melakukan kerja-kerja rumah, maka perlukah melakukan aktiviti berjalan kaki ini? Jawapannya adalah, ya!
5 TIP KAWAL SELERA
Soalan-soalan yang juga sering ditanya ialah bagaimana caranya untuk mengawal pemakanan ketika mengalami gestational diabetes ini? Bagaimana cara untuk mengekang selera?
Terdapat pelbagai tips yang boleh dicuba tetapi langkah yang pertama adalah untuk berjumpa dengan pakar pemakanan di hospital. Setelah mendapat taklimat tentang diet/pemakanan daripada beliau, anda bolehlah mencuba tip di bawah.
Dr Norintan merayu kepada semua wanita yang mempunyai tahap glukos yang tinggi dan wanita yang mengalami kencing manis supaya tidak hamil sebelum tahap glukos & selera dapat dikawal. Katanya, tahap glukos yang tinggi dan tidak terkawal boleh menyebabkan masalah jantung di dalam janin yang di kandung.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.