Pelakon dan penyanyi Safura Yaacob memuat naik status bagi memperingati anak perempuannya, Nur Aisyah Mariam yang meninggal dunia pada 12 September 2011 menyentuh hati pengikut Instagram.

Safura dalam statusnya itu memberitahu kehadiran Mariam selama tiga tahun dalam hidup mereka sekeluarga sudah cukup membahagiakan dan berdoa agar Allah mempertemukan mereka di Jannah suatu hari nanti.

Penyanyi lagu Sedalam Mana Cintamu itu juga memuat naik status itu sebagai memperingati tarikh kelahiran Allahyarham iaitu 23 Ogos 2008.

“Senyuman anak syurga ku…lahir 23.8.08..kini tiada lagi..insan yang kukasihi..yang ada hanya pusara sepi..(Biar ku simpan kenangan ini..) Happy birthday bidadari ku..

IKLAN

Perkongsian Safura di Instagram mengenai Allahyarham juga menyentuh perasaan.

“Tunggu mama… jgn lupa cari mama nanti,” coret Safura pada sekeping gambar Nur Aisyah yang dimuat naik di Instagramnya.

“Mama rindu, Al-Fatihah,” katanya.

IKLAN

Mariam meninggal dunia pada usia 3 tahun kerana demam berpanjangan adalah anak pertama penyanyi itu dengan pelakon Sahronizam Noor.

IKLAN

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang dekat sini.Tunggu Mama Di Syurga.. Baju Terakhir Arwah Pakai Ubat Rindu Safura Buat Anaknya

Selain Mariam, Safura dan Sahronizam mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Yusoff Firdaus, 10 tahun, Zara Nur Aisyah, 9 tahun dan Ariana Sofia, 5 tahun.

Safura turut mempunyai dua orang anak lain iaitu Nurul Natasha, 25 dan Muhammad Daniel Khaqim, 19, hasil daripada perkahwinannya sebelum ini.

Sumber: ig safurashah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI