Usia bukan halangan. Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj kini bergelar mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh baginda di laman TikToknya, baginda berkongsi beberapa foto memegang kad pintar UIA yang tertera International Institute of Islamic Thought and Civilization universiti tersebut dengan senyuman yang cukup manis.
Ads
“Kembali ke sekolah, doakan saya!” titah baginda di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat meluahkan rasa teruja apabila mengetahui baginda menjadi salah seorang mahasiswa UIA malah memuji kegigihan baginda untuk terus mengejar ilmu.
Tular video kanak-kanak tadika hingga meraih hampir 5 juta tontonan benar-benar mencuri perhatian ramai di media sosial. Siapa yang tidak teruja melihat seorang anak Melayu tetapi memiliki raut wajah seakan-akan kanak-kanak Barat? Rakaman berdurasi 46 saat itu bukan sahaja menjadi bualan hangat, malah mengundang ribuan komen positif daripada warganet.
Fenomena tular video kanak-kanak tadika ini membuktikan bahawa keunikan semula jadi seorang anak kecil mampu menarik perhatian jutaan pengguna internet dalam masa yang singkat. Dalam dunia media sosial yang pantas bergerak, bukan mudah untuk sesuatu kandungan mencapai angka tontonan sebegitu tinggi.
Kanak-kanak perempuan tersebut dikenali sebagai Nur Hessa Adlena. Menerusi tular video kanak-kanak tadika yang dikongsikan, wajahnya yang unik membuatkan ramai terpaku sebaik sahaja rakaman dimainkan.
Jumlah tontonan yang hampir mencecah 5 juta jelas menunjukkan betapa kuatnya daya tarikan si kecil ini. Dalam tempoh singkat, video berkenaan dikongsi berulang kali sehingga menjadi antara kandungan paling hangat diperkatakan.
Antara perkara paling mencuri perhatian dalam tular video kanak-kanak tadika ini ialah warna mata kelabu semula jadi yang jarang dimiliki, khususnya dalam kalangan kanak-kanak tempatan. Keunikan tersebut membuatkan ramai warganet terpukau.
Ada yang menyangka mata kelabu itu hanyalah kesan pemakaian kanta lekap. Namun menurut ahli keluarganya, warna mata tersebut adalah asli sejak lahir dan dipercayai diwarisi daripada sebelah bapanya yang mempunyai darah kacukan.
Penjelasan tersebut sekali gus menepis segala spekulasi yang timbul selepas tular video kanak-kanak tadika berkenaan menjadi perhatian umum. Keaslian ciri fizikal itu menambahkan lagi keistimewaan yang dimiliki oleh Nur Hessa Adlena.
Selain mata kelabu yang menyerlah, raut wajah polos serta rambut perang yang dimilikinya turut menguatkan tanggapan bahawa si kecil ini seolah-olah berketurunan Barat. Ada yang menyifatkannya seperti kanak-kanak ‘Mat Salleh’, malah ada juga yang menggelarnya persis anak patung hidup.
Kombinasi wajah lembut, senyuman manis dan ekspresi yang tenang menjadikan tular video kanak-kanak tadika ini semakin mendapat perhatian. Ramai tidak menyangka seorang kanak-kanak tempatan boleh memiliki ciri-ciri fizikal sebegitu unik.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dan teruja. Mereka tidak lokek memberikan pujian terhadap kecantikan serta kecomelan kanak-kanak tersebut.
Antara komen yang ditinggalkan termasuk pujian terhadap mata kelabunya yang cantik, wajah yang lembut dan penampilan yang berbeza daripada kebiasaan. Ramai juga yang mendoakan agar si kecil ini membesar dengan sihat serta sentiasa dilindungi.
“Masyaallah, keajaiban dunia,terlahir jadi barbie doll
Bagi kebanyakan pengguna media sosial, tular video kanak-kanak tadika ini bukan sekadar soal rupa paras. Sebaliknya, ia dianggap sebagai satu anugerah semula jadi yang wajar dihargai dan disyukuri.
Secara keseluruhannya, fenomena ini membuktikan bahawa sesuatu yang asli dan semula jadi sentiasa mempunyai tempat istimewa di hati masyarakat. Dalam lambakan kandungan digital hari ini, keikhlasan dan kepolosan seorang anak kecil tetap mampu menyentuh emosi ramai.
Tular video kanak-kanak tadika ini akhirnya menjadi bukti bahawa kecomelan dan keunikan bukan sekadar faktor luaran, tetapi juga daya tarikan yang mampu menyatukan reaksi positif daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Tragedi bas UUM, PTPTN beri pelepasan pinjaman dan sumbangan kepada keluarga mangsa. Manarina Hasya Muhamad Karim, pelajar yang terlibat dalam insiden tragis membabitkan dua buah bas di hadapan perhentian bas Jalan Persiaran Perdana, Universiti Utara Malaysia (UUM), telah disahkan layak untuk pelepasan sepenuhnya hutang pinjaman pendidikan berjumlah RM12,629.82 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Selain pelepasan hutang, waris Allahyarhamah turut menerima khairat kematian sebanyak RM1,500 sebagai sebahagian daripada faedah di bawah perlindungan pinjaman PTPTN.
Dalam usaha meneruskan komitmennya terhadap kebajikan peminjam, PTPTN melalui inisiatif Program Ziarah PTPTN Prihatin telah menyampaikan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang merangkumi wang tunai sebanyak RM2,000 serta kotak makanan kepada keluarga mangsa.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, tragedi yang berlaku pada 19 April itu memberikan impak emosi yang besar kepada ahli keluarga Allahyarhamah. PTPTN memaklumkan bahawa inisiatif sebegini mencerminkan keprihatinan agensi itu dalam meringankan beban yang ditanggung oleh waris peminjam.
Tambahan pula, skim perlindungan takaful berkumpulan yang ditawarkan oleh PTPTN diharapkan dapat memberikan sokongan moral dan kewangan kepada keluarga yang berhadapan dengan saat sukar ini.
Majlis penyerahan sumbangan dan sesi ziarah telah berlangsung di kediaman keluarga mangsa di Felda Chemplak, Labis, Johor. Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Zawiah Wan Abu Bakar, yang mewakili kepimpinan PTPTN, serta Pengurus Cawangan PTPTN Negeri Johor, Rafidah Sidek.
Rasa rendah apabila membaca luahan hati abang kepada mangsa nahas bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang berkongsi keistimewaan mengenai adiknya.
Siapa sangka gadis yang bakal bergelar guru pendidikan khas ini rupanya seorang yang hebat amalannya. Itulah kisah Allahyarham satu peringatan yang sungguh menginsafkan buat kita yang masih diberi nyawa. Moga jadi iktibar dan membuka mata tentang erti kehidupan yang sebenar.
Allahyarham merupakan pelajar Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meninggal dunia dalam nahas melibatkan sebuah bas di di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik Perak.
Hafiz 30 juzuk al-Quran itu meninggal dunia dalam keadaan yang mulia, dengan memeluk al-Quran selain tekun menjaga hafalannya dan rutinnya melazimi bacaan kitab suci itu.
Apa yang mengejutkan, naskhah al-Quran tulisan tangan Allahyarham yang berusia 23 tahun maut bersama 14 yang lain dalam nahas di Gerik, kelmarin, menjadi tumpuan orang ramai yang menziarahi keluarganya.
Bukan itu sahaja,Allahyarham yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Besut, guru-guru juga memuji sebagai seorang yang menjaga hafalan al-Quran biarpun sudah bergelar hafiz selain pintar dan sopan tutur kata.
Dalam perkongsian media sosial abang Nurly, Mohd Najmuddin Azman mendedahkan, al-Quran tulisan tangan milik adiknya sempat ditatap Yang Di Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail, Tengku Puteri Utama Raja, Yang Amat Mulia Tengku Nadhirah Zahrah dan Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Datuk Seri Fatimatuz Zahra’ yang berangkat mencemar dulu menziarahi keluarga.
Kunjungan kerabat diraja yang tiba kira-kira jam 10.20 pagi disambut bapa Allahyarham, Azman Mohamad, 63, bersama ahli keluarga
“Menjunjung kasih Tuanku, mencemar duli berangkat ke rumah arwah Nurly.”
“Tuanku tengok hasil tangan arwah menulis al-Quran pada buku. Itu merupakan amalan arwah untuk menguatkan hafazan arwah. Cantik sangat tulisan arwah,” kongsinya.
Malah, lebih pilu, abang arwah dengan penuh emosi meluahkan tidak tahu apa amalan hayat adiknya sehingga kematiannya menjadi tumpuan.
“Aku tidak tahu apa lagi amalan kau dik. Semalam sampai malam orang berpusu-pusu datang ke rumah dan ke pusara kau dik.”
“”Ada yang datang dari jauh Utara dan Selatan ke rumah semata-mata mahu kenal siapa ibu ayah Nurly.
“ALLAH, bangga aku dengan dik. Kau menyedarkan aku, keluarga dan seluruh orang Islam betapa hebatnya mukjizat al-Quran ALLAH dik,” kongsinya.
Jenazah Nurly Sahirah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gong Pasir, Jerteh pada 4 pagi, Selasa selepas disolatkan bersama 12 lagi jenazah pelajar UPSI lain oleh kira-kira 3,000 jemaah di Masjid Hadhari, Jerteh.
Untuk info, kelmarin, seramai 15 pelajar UPSI meninggal dunia, manakala tujuh cedera parah selepas bas dinaiki mereka terbalik dalam kemalangan jam 1.15 pagi di Kilometer (Km) 53 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, dekat Gerik, Perak.
Rhinitis alergi sering disalah anggap sebagai selesema pada kanak-kanak. Ketahui perbezaan simptom, punca, cara mengenal pasti alahan dan bila ibu ayah perlu membawa anak berjumpa doktor.