Syasya Rizal, bekas anggota kumpulan Dolla, membawa khabar gembira dengan kelahiran cahaya mata pertamanya pada Isnin.
Syasya, atau nama sebenarnya Nursyasya Afiqah Shahrizal, 23, meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi lelaki yang kini menjadi amanah besar untuk dijaga bersama suaminya, Nasrullah Mohd Sapie.
Lebih manis, pasangan itu sepakat memberikan nama indah, Muhammad Yassir Hayyan, kepada cahaya mata sulung mereka.
“Alhamdulillah, ini adalah nikmat terbesar dan amanah untuk mama dan baba. Selamat datang, Muhammad Yassir Hayyan,” kata Syasya dalam satu hantaran di Instagram.
Syasya turut menceritakan bagaimana pada awal tahun ini dia memohon kepada Allah SWT untuk kehidupan yang lebih baik. Tidak disangka, doanya dimakbulkan dengan kehadiran bayi lelaki di penghujung tahun sebagai hadiah terindah.
Ads
LUAH RASA SYUKUR
“Awal tahun ini, saya berdoa untuk kehidupan yang lebih baik dan penuh cinta. Syukur, Allah kurniakan rezeki ini kepada kami,” tambahnya lagi.
Ads
Pada bulan September, Syasya mengumumkan kehamilan pertamanya, dan kini dia serta suaminya menyambut kehadiran permata hati mereka dengan penuh syukur dan kegembiraan.
Untuk rekod, Syasya dan Nasrullah mendirikan rumah tangga pada 20 April lalu.
Mengendali dan menjaga anak autism sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Namun seorang tukang gunting rambut atau ‘barber’ dipuji ramai kerana menyantuni mesra seorang kanak-kanak autism ketika menggunting rambut.
Menerusi video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @imashariza, seorang barber menjadi perhatian ramai kerana sikapnya yang tenang dan sabar melayan kerenah seorang kanak-kanak autisme di kedainya.
Kelihatan kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Aisy sedang duduk di atas sebuah kerusi di dalam kedai gunting rambut itu.
Kemudian, dapat dilihat tukang gunting yang dikenali sebagai Mr D menyantuninya Aisy dengan sebaik-baiknya dalam keadaan tenang dan ceria.
Malah Mr D juga cuba menarik perhatian kanak-kanak berkenaan sebelum menggunting rambut anak kecil itu.
Meskipun Aisy menolaknya dan berlari di dalam kedai berkenaan namun Mr D yang penuh dengan sifat kebapaan itu begitu sabar berhadapan dengan pelanggan cilik itu.
Bahkan Mr D juga membuatkan sesi gunting rambut itu seperti sedang bermain dengan Aisy agar kanak-kanak tersebut terhibur dengannya.
Aisy kemudiannya nampak selesa malah tidak menangis atau menunjukkan rasa tidak suka sepanjang melalui proses gunting rambut bersama Mr D. Memang terbaik!
“Dekat dunia dia mungkin ujian terbesar, tapi dekat sana nanti dia hadiah untuk kamu” Mr D.
“Untuk anak autism dia orang memang tak suka potong rambut, sebab melibatkan sensory issue (isu deria).
“Tadi Aisy terpukul dan tertarik janggut Mr D. Tapi Mr D nasihatkan saya, tak mengapa biarkan dia.
“Dia tengah tertekan kerana tidak biasa. Selepas bermain akhirnya Aisy bagi potong rambut dia dan tidak lari-lari,” tulis Imashariza dalam video tersebut.
Paling menarik pastinya kata-kata dari Mr D yang memberikan kesan di hati.
“Mr D cakap dekat saya, saya patut bersyukur dapat anak istimewa. Kalau jaga dia baik-baik dapat banyak pahala dan masuk syurga.
“Sambil Mr D urut-urut kaki Aisy, dia cakap bagi saya pahala banyak-banyak supaya dosa saya kurang ya,” ujarnya berkongsi.
Mendapat sokongan daripada isteri tersayang adalah salah satu kunci dalam kehidupan rumah tangga yang bahagia dan harmoni. Pelakon Nadzmi Adhwa sangat terharu apabila isterinya Ardell Aryana menghadiahkan sebuah komputer untuknya sebagai tanda sokongan buat Nadzmi yang akan melanjutkan pelajaran ke peringakat Ijazah Sarjana atau Master.
Nadzmi dalam postingnya di Instagram berjanji akan lakukan yang terbaik dan menanam niat untuk ke peringkat tertinggi seterusnya iaitu PHD.
“Balik balik je dia tinggalkan nota kecik atas meja.
“Terima kasih sebab selalu support saya in everything. Dia (Ardell) kata dia dengan Urwa (anak) peminat number satu saya.
“Insyaallah saya akan buat yang terbaik untuk sambung Master ni. Kalau ada rezeki sampai PHD Insyaallah!
“Kawan baik saya tahu segalanya tentang saya, dari dulu sampai sekarang. Kawan baik saya ialah isteri saya. Saya sayang awak isteri,” katanya.
Nadzmi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik video rakaman menunjukkan computer yang dimiliki dan sekeping nota.
Dalam nota tersebut tertulis, “This is for you! Saya dan Urwa support awak sambung belajar,”
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan agar urusannya untuk sambung belajar dipermudahkan.
Terdahulu, Adhwa dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019.
Pasangan itu kemudian berkongsi berita gembira mengenai kehamilan anak sulung pada Disember lalu.
Urwa selamat dilahirkan pada 5 June 2020, jam 2.22.22.
Sumber: Gempak & Ig Nadzmi Adhwa
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Bolehkah ibu hamil makan durian? Setiap kali musim durian tiba pasti persoalan seperti ini muncul, sama ada ibu mengandung boleh menikmati buah kesukaan ramai itu atau sebaliknya.
Ada yang mengatakan durian boleh membahayakan kandungan, manakala ada juga yang percaya ia selamat dimakan. Jadi, apakah fakta sebenarnya?
Hakikatnya, sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan wanita hamil tidak boleh makan durian. Buah ini mengandungi pelbagai vitamin, mineral serta antioksida yang boleh memberi manfaat kepada tubuh jika diambil secara sederhana.
Satu cawan durian segar atau sejuk beku, kira-kira 243 gram, mengandungi sekitar 357 kalori. Selain itu, ia turut membekalkan kira-kira 66 gram karbohidrat, 13 gram lemak dan 3.6 gram protein.
Durian juga mempunyai sifat antibakteria dan antikulat secara semula jadi. Oleh itu, ia boleh dimakan oleh wanita hamil selagi pengambilannya tidak berlebihan.
Namun begitu, seperti makanan lain, durian bukanlah buah yang boleh dinikmati tanpa kawalan. Pengambilan secara berlebihan boleh memberi kesan yang kurang baik, terutama kepada golongan ibu hamil yang mempunyai masalah kesihatan tertentu.
Anemia berlaku apabila paras hemoglobin dalam darah menjadi rendah sehingga menyebabkan gejala seperti cepat letih, pening, sakit kepala dan sukar tidur.
Bagi wanita hamil, keadaan ini boleh meningkatkan risiko komplikasi kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Durian mengandungi asid folik yang penting untuk membantu pembentukan hemoglobin. Oleh sebab itu, pengambilan durian dalam kuantiti sederhana boleh membantu memenuhi keperluan asid folik sepanjang kehamilan.
Selain asid folik, durian juga kaya dengan folat yang memainkan peranan penting dalam pembentukan tisu badan.
Nutrien ini membantu menyokong perkembangan otak serta tulang belakang bayi, sekali gus menjadi antara sebab mengapa folat sangat diperlukan sepanjang tempoh kehamilan.
Masalah sembelit sering dialami oleh wanita hamil akibat perubahan hormon yang berlaku sepanjang kehamilan.
Kandungan serat dalam durian boleh membantu melancarkan sistem penghadaman dan bertindak sebagai julap semula jadi. Serat juga membantu mengurangkan tempoh pendedahan usus kepada bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Selain vitamin dan mineral, durian turut mengandungi zink, triptofan serta organo-sulfur yang mempunyai sifat antioksida.
Antioksida membantu melindungi sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas dan bahan pencemar, sekali gus memberi manfaat kepada ibu serta bayi dalam kandungan.
Durian turut membekalkan pelbagai mineral penting seperti zat besi, magnesium dan tembaga.
Mineral-mineral ini diperlukan oleh tubuh sepanjang kehamilan kerana ia membantu menyokong fungsi badan serta menyumbang kepada aliran darah yang baik kepada janin.
Walaupun ibu hamil makan durian dibenarkan, terdapat beberapa golongan yang dinasihatkan supaya lebih berhati-hati atau mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambilnya.
Secara keseluruhannya, ibu hamil makan durian adalah dibenarkan dan dianggap selamat berdasarkan bukti saintifik yang ada, asalkan diambil dalam jumlah sederhana.
Durian sememangnya mengandungi pelbagai nutrien yang bermanfaat, namun pengambilan berlebihan boleh meningkatkan pengambilan kalori dan gula yang tidak diperlukan.
Jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes gestasi atau berada dalam kumpulan berisiko, sebaiknya berbincang dengan doktor sebelum menikmati durian.
Paling penting, nikmatilah raja buah ini secara berpada-pada supaya ibu kekal sihat dan bayi dalam kandungan terus membesar dengan baik.
Indonesia memadam lima juta akaun kanak-kanak sebagai sebahagian usaha memperkukuh keselamatan digital kanak-kanak menerusi pelaksanaan peraturan PP Tunas dan kerjasama bersama platform digital.