Kalau ingat balik zaman-zaman dulu, sebelum maghrib mesti mak-mak atau nenek bising minta masuk rumah dan mandi awal. Katanya tak bagus maghrib masih di luar rumah. Pintu dan tingkap pun mesti ditutup sebelum azan maghrib.

“Tutup Pintu Dan Tingkap Sebelum Maghrib Elak Anak Diganggu Syaitan!” Ustaz Kongsi Cara Tenangkan Bayi Menangis

Masih ramai ibu bapa yang tidak kisah anak mereka diluar sehingga habis azan maghrib. Ada juga ibu-ibu yang asyik bersembang sambil mendukung anak sehingga terleka maghrib dah berlalu. Tapi sebenarnya waktu maghrib di luar rumah sangat tidak elok untuk anak kecil.

Kenapa tak elok waktu maghrib masih kat luar rumah? Mesti ramai yang tertanya. Rupanya ada sebab kenapa tak elok dan kenapa ibu nenek selalu larang kita berada di luar rumah ketika maghrib. Ketika ini langit sedang terbuka luas, dan pertukaran waktu dari siang ke malam sedang berlaku. Waktu inilah syaitan mula bertebaran untuk mecari tempat tinggal. Ikuti perkongsian dari Ustaz Azhar Idrus;

Apakah Maksud Ummu Shibyan. Ummu bermaksud ibu dan sihbyan bermaksud budak-budak. Dalam kitab dipanggil syaitan daripada jin kafir. Pekerjaanya adalah menganggu budak-budak bawah umur 2 tahun pada waktu maghrib. Pada waktu maghrib dia akan duduk di hujung syiling rumah.

Apa yang perlu dilakukan untuk elak gangguan syaitan?

10 minit sebelum maghrib ibu bapa perlu menutup pintu, tingkap rumah. Ummu shibyan akan masuk melalui pintu dan tingkap, dalam hadis nabi “Ummu Shibyan”, menceritrakan cara berjalannya seperti cicak, kepala kecil dan matanya besar.  Dia akan menjelir kearah bayi dan bayi akan menagis tanpa henti.

“Tutup Pintu Dan Tingkap Sebelum Maghrib Elak Anak Diganggu Syaitan!” Ustaz Kongsi Cara Tenangkan Bayi Menangis

Apakah punca anak diganggu syaitan?

Anak menangis tanpa henti dan bila kita alihkan pandangan mata dia, atau pusingkan kepalanya, dia tetap menangis dan matanya tetap melihat keatas iaitu tempat yang sama. Dia sebenarnya sedang melihat Ummu Shibyan

Apa yang perlu dilakukan jika anak menangis tanpa henti?

Jangan biarkan anak anda baring dan melihat ke atas, pusingkan bayi ke bawah dan bacakan ayat Qursi, 3 Qul dan tiup diatas ubun-ubun kepalanya sampai dia tenang dan berhenti menangis.

“Tutup Pintu Dan Tingkap Sebelum Maghrib Elak Anak Diganggu Syaitan!” Ustaz Kongsi Cara Tenangkan Bayi Menangis

Baca ayat kursi dan bagitahu “Wahai ummu sibyah, jangan gangu rumah aku, keluar dari rumah ini”. Dia akan keluar.

Fitrah manusia takut dengan benda yang menggerunkan. Walaupun bayi tidak kenal atau tidak tahu apa itu syaitan, tapi syaitan menunjukkan rupanya yang menggerunkan, jadi bayi akan berada dalam keadaan takut.

Sumber: Youtube HambaFaqir Channel

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI