Bila anak menangis, ibu mulalah susah hati. Tapi orang sekeliling bila tengok ibu pujuk anak akan ada macam-macam persepsi. Sebenarnya ada sebab kenapa ibu-ibu resah dan tidak sampai hati mendengar bayi menangis.
Biasalah akan ada suara-suara sumbang yang mengatakan “Biar dia menangis. Jangan manjakan sangat. Jangan angkat dia. Nanti bila besar dia besar kepala.” ataupun “Biar dia menangis. Kita perlu disiplinkan anak dari bayi lagi.”
Menurut Pengasas Parent Connect, Puan Nor Afidah Abu Bakar, pendapat ini mengarut dan tidak ada asasnya.
Ikutlah naluri keibuan itu dan jangan dibiarkan bayi anda menangis. Abaikan suara sumbang itu yang mungkin tidak (belum) sampai ilmu kepadanya.
Membiarkan bayi menangis dan mengabaikannya antara lain boleh menyebabkan:
Ads
*Perubahan struktur dan fungsi otak.
*Kesannya sama seperti orang dewasa yang mengalami kemurungan.
*Sistem adrenaline yang terlampau aktif boleh menyebabkan tingkah laku impulsif, ganas dan agresif apabila dewasa.
*Mengganggu tumbesaran dan sistem imun hingga mudah dihinggapi penyakit.
Ads
*Mempengaruhi perkembangan intelektual dan sosial.
*Menyukarkan anak mengawal emosi.
Dan bermacam-macam lagi kesan jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang ke atas anak hanya kerana tangisannya diabaikan ketika bayi.
Seawal usia anak satu tahun, sudah ada sebutan perkataan yang keluar dari mulut anak. Seronoknya bila dengar anak ‘membebel’ dalam bahasanya sendiri. Bila kita asyik bersembang dengan anak, lebih cepatlah mereka akan dapat bercakap.
Besar peranan ibu ayah untuk menggalakkan anak untuk bercakap mengikut fasa perkembangannya. Ada sesetengah anak mungkin akan mengambil masa untuk mahir bercakap, tetapi jika konsisten diberi galakan mereka pasti boleh!
Biarpun anak-anak masih kecil dan tak boleh bercakap, sangat penting untuk ibu ayah berborak dengan mereka. Dengan cara ini sebenarnya dapat memberi pendedahan kepada anak untuk belajar pelbagai perkataan baharu.
Melalui penulisan Pn. Wawa Shauqi, ada beberapa kesilapan yang dibuat ibu ayah menyebabkan anak mejadi lewat pertuturan.
10 Kesilapan Mak Ayah Punca Anak Speech Delay
1️⃣ Tidak berkomunikasi dengan anak ketika bayi. Kerana menganggap anak tidak faham dan tidak mampu respon.
2️⃣ Tidak belajar teknik rangsangan pertuturan. Kerana merasakan anak akan pandai bercakap dengan sendirinya.
3️⃣ Tidak mendedahkan anak dengan aktiviti dan ransangan yang secukupnya kerana tak tau tentang keperluan sensori.
4️⃣ Menganggap gajet sebagai alat yang berkesan untuk bantu anak bercakap dan berkomunikasi.
5️⃣ Menganggap dialog kartun yang ditiru anak sebagai sebahagian tanda komunikasi.
6️⃣ Terus memberi anak objek yang mereka mahu bila anak meminta dengan cara merengek/ menunjuk dengan jari/ menarik tangan kita.
7️⃣ Bercakap pelat atau ‘baby talk’ dengan anak.
8️⃣ Sering membiarkan anak bermain bersendirian tanpa kita terlibat.
9️⃣ Menjadi wakil untuk menjawab soalan yang diajukan orang kepada anak.
🔟 Membiarkan anak terdedah dengan skrin lebih dari 2 jam sehari. (Termasuk TV, smartphone, tab dan laptop)
Tantrum adalah salah satu perkara yang biasa bagi kanak-kanak dua tahun ke atas. Pada fasa ini ibu ayah perlu lah banyakkan bersabar kerana ia ada kaitan dengan perkembangan otak si manja.
Ibu ini telah berkongsi mengenai tantrum yang dihadapi oleh kanak-kanak. Katanya, tantrum ialah sesuatu yang biasa buat anak kecil. Ibu bapa perlu memainkan peranan masing-masing untuk mengatasi dan mengawal keadaan.
ANAK TANTRUM? WAJIB AMBIL TAHU NI
Ada ke ibu ayah yang anaknya tak tantrum?
Kalau ada, mungkin anak patung, anak kucing atau anak tekak.
Ingat lagi saat anak belum lagi lahir ke dunia, betapa kita berikrar nak menyayangi anak tanpa syarat. Saat anak lahir, ya Allah pipi gebu fluffy bak pau tu mengundang segunung rasa sayang kita yang memandang.
Langsung tak terfikir wajah mendamaikan jiwa itu mampu ‘throw tantrum’ dengan tenaga bak rasaksa. Tak kira di rumah, mahupun di tempat awam, tantrum tetap sesuatu episod ngeri buat ibu bapa/ penjaga.
Hanya kerana mainan tercalar sebesar kaki kuman, suara tangisnya ditekan ke pitch tertinggi.
Saya sendiri waktu mula jadi ibu dan mengadap siri-siri tantrum anak memang berkecai rasa jiwa. Kesabaran benar-benar teruji.
Tau tak siapa yang bertanggungjawab menjadikan anak kiut kita itu bertukar macam anak hulk?
AMYGDALA
Puncanya adalah Amygdala (amik-dah-la).
Amygdala bukan seorang gadis rusia mahupun seekor bakteria. Ia adalah bahagian otak yang terletak di himesfera bawah. Bahagian inilah yang mencetus tantrum anak.
Bahagian ini jugalah yang mendorong kita yang dewasa bertumbuk hanya kerana berebut parking dan mencaci maki di laman sosial. Otak inilah penyebab seseorang bertindak tanpa berfikir. Bertindak terburu-buru dan betul-betul ikut navigasi nafsu.
Walaupun ia menjadikan kita seperti seorang manusia yang teruk, tapi Amygdala ini jugalah yang bantu kita bertindak mempertahankan diri kita bila diancam bahaya.
Tanpa Amygdala, kita mungkin dengan selamba menghampiri seekor ular yang sedia mematuk atau buat tak tau je kalau ada penjenayah mengacu pistol.
Dalam buku Whole Brain Child tulisan Dr Daniel Siegel ada menjelaskan bagaimana otak berfungsi waktu anak TANTRUM.
Beliau mengandaikan otak ibarat rumah 2 tingkat.
Tingkat bawah adalah ruang emosi. Ruang yang dilengkapi kemudahan asas seperti tandas, bilik tv dan dapur.
Manakala tingkat atas adalah ruang rasional dan logik. Ruang terletaknya bilik yang kita gunakan untuk mengurus diri dan berehat.
Waktu anak kecil, tingkat atas ni tak lengkap lagi. Bumbung masih lopong, ruang masih kosong, dinding pun belum berlepa.
Masuk usia 20-an, barulah tingkat atas otak kita siap. Itupun masih ramai manusia dewasa yang dah berusia tapi otak ‘tingkas atas’ masih tak siap-siap’.
Nak tengok otak tingkat atas tu siap atau tak, kita lihat seseorang tu kawal emosi. Kalau seseorang nampak ‘cool’ walau menghadapi situasi yang menekan, itulah tanda otak ‘tingkat atas’nya siap dan berfungsi dengan baik.
Kalau kita sering mengalami kebanjiran emosi sepanjang dewasa, marah, sedih dan kecewa yang tidak disembuhkan, berkemungkinan kita perlukan sedikit masa untuk jadi penyabar.
BAGAIMANA OTAK BERFUNGSI BILA ANAK TANTRUM?
Bayangkan di tangga yang memisahkan tingkat atas dan tingkat bawah, terdapat pagar keselamatan di antaranya.
Bila anak menangis sepenuh hati akibat terlalu kecewa cerita Paw Patrol di tv dah habis, badan akan bertindak balas dengan mengeluarkan tenaga yang amat banyak.
Tenaga yang terlalu banyak tu akan menutup rapat pintu keselamatan sehingga anak tak mampu nak masuk ke tingkat atas, iaitu tingkat rasional.
Cakaplah apa sahaja ayat nasihat, bawaklah Dr Fadilah Kamsah sekalipun untuk bagi motivasi, fikiran anak tetap tak mampu rasional.
Waktu itu, bantulah anak. Bantu dengan kawal dulu emosi kita.
Jiwai sikit watak seorang pelawak dan penghibur tanpa mengharapkan anak kita dan-dan-tu terhibur.
Percayalah, waktu tantrum, anak sendiri rasa terseksa mengawal emosinya yang dah bertukar jadi rasaksa.
Cuba :
1) Samakan paras mata kita dan anak.
2) Maniskan wajah kita pada anak, seperti wajah nurse yang kita nak lihat waktu kita sakit.
3) Nyatakan perasaannya.
“You look so upset.
How big is it?
This big or thiiiisss bigg?”
4) Kalau masih marah, tarik perhatian pada benda lain.
Tunjuk buku cerita favorite anak ke, bawak pergi jalan kat luar ke atau apa sahaja yang dapat alihkan fokusnya.
Cuma, kadang-kadang sebab terlalu marah dengan kita, walaupun fikirannya mula rasional, dia masih ada rasa geram yang berbaki.
Waktu ini mungkin kita boleh tinggalkan dia sementara.
“I think you still upset with me. I should leave you here. Please come to me once you feel ok.”
6) Waktu anak diasingkan, boleh la PANCING anak.
Buat-buat baca buku cerita kuat-kuat, makan biskut kegemaran dia atau tonton kartun kegemarannya.
Bila perasan dia intai-intai kita, terus ajak dia join apa yang sedang kita buat.
Bila dia dah mula mesra dengan kita, waktu itulah kita boleh peringatkan kembali peraturan yang perlu anak ikuti.
Tapi awas! Kadang-kadang anak gunakan otak rasional iaitu otak tingkat atasnya untuk tantrum juga. Ia adalah saat anak tantrum untuk mendominasi kita.
Tantrum untuk dapatkan mainan yang dia nak dan tantrum melebih-lebih depan ayah untuk minta ayah membela nasibnya dari kena marah dengan mama.
Tantrum kerap berlaku pada anak usia 2 tahun. Waktu anak banyak kehendak tapi belum tahu nak menyatakannya atau tak capai standard yang mereka harapkan.
Kentalkan hatimu ayah, ibu. Menghadap tantrum itu langsung tak mudah. Tapi bila dah terbiasa, lama-lama jadi tak susah.
Pukul dan marah mungkin shortcut berkesan pada awal-awalnya. Tapi ia tidak membantu anak membina sistem kawalan diri dan emosi.
Taknak kan, anak jadi macam kita. Dah besar pon, tapi tingkat kedua otak masih lopong sana sini. Sikit hal marah! Tak kena sikit, bocor dinding rumah ditumbuk kita. Sobs!
Bantu anak bina ‘tingkat kedua’ otak dengan baik. Ia sangat membantu anak menjadi dewasa yang tahan tekanan.
Nak ajar anak menulis dengan seronok kena ada teknik yang betul. Barulah anak tak cepat bosan dan ibu pun tak stres sebab anak tak dengar cakap.
Adakah anda juga menghadapi masalah yang sama? Kadangkala proses belajar menulis jadi situasi yang mencabar dan menyebabkan ibu dan anak sama-sama jadi stres.
Walaupun anak akan belajar kemahiran menulis di tadika tetapi tak salah sekiranya anda dedahkan kemahiran ini dari rumah lagi.
Sebagai ibu ayah anda perlu mulakan aktiviti merangsang anak serta membuat persiapan sebelum ke tadika bermula di rumah lagi.
Perkongsian tip mengajar anak menulis daripada Nurul Fauzana, Guru Besar sebuah tadika ini boleh dimanfaatkan oleh ibu ayah. Eloklah praktis aktiviti ajar anak menulis bermula di rumah ya.
2. Kemahiran menulis. Boleh dimulakan awal, lebih awal daripada mengajar membaca dan mengenal warna.
Bulat kecil bulat kecil, bulatlah besaq!
3. Setelah mahir dengan garis lurus, boleh sambung dengan garis serong.
Jika membaca biasanya dimulakan dengan huruf kecil, untuk menulis lebih mudah bagi anak kecil jika dimulakan dengan huruf besar.
4. Dua AKTIVITI MEMBANTU ANAK MENULIS
1. Join dot to dot.
2. Maze.
Sekiranya anak boleh bercakap mengikut umur, tiada isu anak belajar di tadika seawal 4 tahun.
Sementara itu sekiranya anak ada beberapa masalah semasa belajar seperti keliru bentuk, warna atau mudah lupa apa yang diajar maka bolehlah cuba buat aktiviti yang disarankan untuk membantu mengatasi masalah tersebut.
VISUAL SEQUENCING
1. Untuk anak bawah 3 tahun, boleh mula dengan 2 turutan. Contoh susun bentuk bulat, bintang, bulat, bintang.
2. Untuk yang lebih besar, boleh susun 3 turutan seperti, warna merah, biru, kuning, ulang semula, merah, biru, kuning.
VISUAL MEMORY
Ada anak yang sukar mengingat. Ajar a b c, ulang balik a dah lupa
Ajar 1 2 3 4 5, lepas tu 1 dah lupa
Boleh cuba aktiviti di video.
Anak suka berlari dan tidak boleh fokus?
+ Dedahkan kulit dengan pelbagai tekstur. Tepung, pasir dan lain-lain.
+ Buat secara satu demi satu, dari mudah ke susah. Bantu jika kelihatan sukar. Pegang tangan dan bantu masukkan kayu aiskrim ke dalam bekas.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.