Biasakan kita lihat televisyen (TV) terpasang, tapi anak tak tengok pun. Dia sibuk buat benda lain tapi kadang-kadang tengok TV kejap, lepas tu main lagi. Bukan sekadar kanak-kanak, kita orang dewasa pun biasa buat macam tu kan.
Tapi kita nak lihat kesan TV terpasang pada pembelajaran, interaksi dan fokus bermain pada kanak-kanak.
Berikut perkongsian dari Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim mengenai kesannya pada anak berdasarkan kajian.
Ads
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Lerner & Barr, 2015 jika TV terpasang semasa kanak-kanak bermain, dan kandungan TV tersebut tiada kaitan pun dengan pembelajaran kanak-kanak, pembelajaran mereka akan terganggu kerana mereka akan kerap melihat pada skrin dan mereka akan gunakan banyak kebolehan berfikir mereka untuk memahaminya. Ia sukar bagi mereka kerana kandungan pada skrin tidak masuk akal pada mereka. Jika perkara ini berulang, ia akan memberikan kesan negatif pada fungsi kognitif anak.
Tambahan pula ia akan mengganggu proses bermain kanak-kanak, kerana kanak-kanak akan berhenti bermain seketika dan melihat ke arah TV jika sesuatu menarik minat mereka. Dari kajian juga menunjukkan kanak-kanak akan kurang bermain dengan mainan sekiranya TV terpasang. Bermain adalah masa belajar kanak-kanak.
Ads
Dengan TV terpasang juga akan mengurangkan masa interaksi antara ibu bapa dan anak. Sekiranya TV terpasang, ibu bapa dan anak akan kurang engage dan ibu bapa juga sukar untuk mendapat perhatian anak.
Ads
Bila ada gangguan TV, ibu bapa akan lebih sukar untuk memerhatikan dan memberi tumpuan pada respon yang diberikan oleh anak dan semestinya sukar untuk membalas respon anak. Semua ini akan memberi impak negatif pada perkembangan pembelajaran anak sekiranya berlaku secara berterusan.
Ini fakta dan kajian yang telah dilakukan. Bergantung pada kita untuk menialainya dan mengambil langkah yang sepatutnya.
Bila anak menangis, ibu mulalah susah hati. Tapi orang sekeliling bila tengok ibu pujuk anak akan ada macam-macam persepsi. Sebenarnya ada sebab kenapa ibu-ibu resah dan tidak sampai hati mendengar bayi menangis.
Biasalah akan ada suara-suara sumbang yang mengatakan “Biar dia menangis. Jangan manjakan sangat. Jangan angkat dia. Nanti bila besar dia besar kepala.” ataupun “Biar dia menangis. Kita perlu disiplinkan anak dari bayi lagi.”
Menurut Pengasas Parent Connect, Puan Nor Afidah Abu Bakar, pendapat ini mengarut dan tidak ada asasnya.
Ikutlah naluri keibuan itu dan jangan dibiarkan bayi anda menangis. Abaikan suara sumbang itu yang mungkin tidak (belum) sampai ilmu kepadanya.
Membiarkan bayi menangis dan mengabaikannya antara lain boleh menyebabkan:
*Perubahan struktur dan fungsi otak.
*Kesannya sama seperti orang dewasa yang mengalami kemurungan.
*Sistem adrenaline yang terlampau aktif boleh menyebabkan tingkah laku impulsif, ganas dan agresif apabila dewasa.
*Mengganggu tumbesaran dan sistem imun hingga mudah dihinggapi penyakit.
*Mempengaruhi perkembangan intelektual dan sosial.
*Menyukarkan anak mengawal emosi.
Dan bermacam-macam lagi kesan jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang ke atas anak hanya kerana tangisannya diabaikan ketika bayi.
Tangisan adalah satu-satunya cara bayi berkomunikasi.
Jangan diambil mudah perkara ini.
Kita boleh ubah amalan dan kepercayaan karut dalam masyarakat dengan ilmu.
Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Dari awal kelahiran hingga mampu berdikari sendiri. Namun culas dalam mendidik dan membangunkan minda anak-anak, akan memberi kesan negatif kepada sikap dan perilaku.
Umur antara 2 hingga 6 tahun adalah waktu yang sangat penting untuk membentuk sikap anak. Masa ini ibu bapa kena beri perhatian dan elak perkataan ‘nanti’. Alasannya sebab anak kecil lagi. Ini yang silap sebenarnya.
Persoalan kini, adakah sikap anak itu diwarisi atau dibentuk?
Semula jadi dan genetik
Persoalan natural/nature ini ada kaitan dengan genetik. Ia melibatkan faktor kelahiran seseorang bayi itu. Nature pula menyebabkan individu berpersonaliti sedemikian disebabkan pengalaman hidup dan persekitaran.
Sikap dan perilaku anak-anak boleh terbentuk sama ada secara semulajadi atau melalui persekitaran. Ya kedua-duanya sekali.
Kalau bapa adalah seorang yang garang dan panas baran, tidak mustahil anak yang dibesarkan itu juga akan jadi seorang yang pemarah dan baran.
Genetik yang diturunkan pada si anak akan membentuk sifat tersebut. Ia akan ditambah pula dengan persekitaran dan pengalaman hidup yang telah dilaluinya. Jadi, bagi membentuk sifat positif serta anak yang baik, ibu bapa harus tunjukkan teladan yang elok dan sikap yang positif terlebih dahulu.
Bahasa mudahnya, sesekali luangkan masa anda untuk berbual dan bertanya pada anak tentang perihal mereka. Ketika berdialog atau berbual, ikutlah kesesuaian pemikiran anak tersebut. Rendahkan suara dan pandai menarik perhatian mereka untuk ada komunikasi dua hala.
Usah borak dan tanya dengan panjang lebar. Lebih teruk lagi kalau ia perkara yang membosankan. Jika ada kata-kata nasihat, pastikan nasihat yang diberikan haruslah secara terus dan ikut kemampuan akal anak kita.
Contoh: kalau anak buang sampah merata-rata, jangan terus marah dan tengking mereka. Nasihatlah secara berhemah dan ajarkan anak tentang kebersihan. Ya sangat mudah dan usah cepat melenting.
Rasulullah ada menjelaskan ada tiga waktu yang sesuai untuk tegur dan nasihatkan anak.
Dalam waktu-waktu tersebut, anak-anak ini mudah untuk terima kata-kata dari ibu bapa mereka. Segala teguran dan nasihat akan mudah untuk mereka fokus dan ambil inti patinya.
Ibu bapa, tolong luangkan masa untuk anak. Anak ini kalau dibiarkan tak tentu arah jadinya. Kita yang dewasa ini juga perlukan perhatian bukan?
Sebenarnya, aktiviti yang disertai oleh kita dapat melatih pancaindera si anak. Ia juga dapat membantu mereka meniru sesuatu perkara yang diajarkan oleh anda ibu bapa.
Sekiranya anak minat melukis dan mewarna, turunlah padang sekali sekala dan tunjukkan skil anda. Cara ini akan buat anak kagum dan memerhatikan gaya anda. Malah mereka akan belajar menirunya.
Dengan beraktiviti bersama-sama, ia akan melahirkan sifat ingin tahu kepada si anak. Contohnya seperti membuat kapal terbang kertas. Mereka, (anak-anak) akan teruja ingin tahu bagaimana ibu bapanya mencipta kapal terbang kertas tersebut.
Selain itu, aktiviti bersoal jawab atau berteka teki juga baik untuk membentuk sifat anak selain mengerakkan minda mereka. Anak-anak akan berfikir untuk menjawab, dan ia sungguh menghiburkan dengan gelak ketawa mereka.
Semua perkara ini mungkin ada halagannya juga. Bergantung pada faktor luaran. Halangan yang mungkin dilalui dalam pembentukan sikap anak-anak adalah dari aspek kesihatan, masa, persekitaran dan media sosial.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seawal anak dalam kandungan lagi, mereka dah boleh mendengar apa yang diperkatakan oleh orang paling dekat dengannya.
Sebab itu, penting untuk ibu bapa sentiasa merangsang anak bercakap dengan menggunakan bahasa penuh walaupun si kecil masih belum memahaminya. Mengapa sedemikian?
Menurut Puan Maznah Ibrahim, waktu anak kecil otak mereka menyerap apa sahaja yang biasa di dengarinya.
Pernah juga menerima segelintir komen mengenai penggunaan bahasa penuh saya kepada anak-anak. Kata mereka, anak faham ke?
Kata saya, tak perlu tunggu anak faham, yang pastinya anak dengar dan rakam!
Auditori anak sememangnya deria paling utama selain bau, sebaik lahir. Malah auditori mereka sudah amat aktif sejak dalam kandungan usia 5 bulan lagi, kan?
Dalam gelap itulah mereka amat sensitif dan mula ‘mendengar’. Dengar apa saja. Gaya Bahasa kita, jadi gaya Bahasa si kecil….
Apa perkataan anda, bahasa anda, anak belajar dan kembali menggunakannya.
Semasa ingin menegah dan perkara cemas, memang perlu perkataan pendek, ringkas dan tepat, bukan berjela-jela.
Namun semasa waktu lain, waktu biasa biasa, terutama waktu anak mendengar (komunikasi dua hala setiap hari, waktu tidur, dalam perjalanan, mood baik dll), anak dapat serap dengan amat baik.
Saya ingat lagi, usia 1 tahun 10 bulan, anak saya dapat ucapkan satu ayat dengan 5 patah perkataan (seolah dia usia 5?).
Tapi, bukanlah perkataan penuh, ia hanyalah suku kata separuh perkataan:
“Ami, teh nak nek kapal tu” (Mummy, Fateh nak naik kapal itu).
Disusuli anak kedua, sama juga. Lagi usia 11 bulan, sebut perkataan betul, tepat pada konteks betul (tetiba dia sebut ‘Nasi’, ‘Roti’ dengan betul situasinya).
Belum usia 2 tahun (macam abangnya), sudah berupaya mengucapkan ayat penuh (5 perkataan satu ayat walau sukukata macam abang dia, dan tepat subjek predikatnya). (Ingat lagi ke subjek dan predikat)
Soalnya, Bagaimana Ia Bermula?
Tentu, dari dalam kandungan. Dari semasa bayi. Dari sebelum dia mampu ucapkan apa-apa perkataan pun!
See? Anak rakam, kan?
Apa Kebaikan Anda Mengucapkan Perkataan Baik, Penuh dan Tepat
INI 2 SEBAB UTAMA YANG BESAR
1) Perkataan baik ibarat pohon yang baik. Itu sah, Tuhan yang kata (14:24-25), apa ditanam, itu buahnya. Pohon yang baik memberikan hasil buah yang baik.
— Ia ada akar yang kukuh (ada kajian mengenai bahasa dan otak anak kecil), dahannya menjulang ke langit (anak boleh pergi jauh dengan Bahasa yang baik, akademik (Aspek IQ), sosial dan emosi pergaulan dia semua (aspek EQ) dan faham Apa Tuhan Kata (SQ) yang mana pohonnya memberikan buah yang baik.
— Nah, hasil buah, besar manfaatnya, buah akan menghasilkan pohon buah yang lain pula (boleh bayangkan?). Kemudian jadi kebun pula. Besar impaknya kan ?
2) Anak cakap bahasa penuh, dan anda faham. Maka kurang salah faham dan konflik.
Sebaliknya anak yang tak boleh bercakap, tak luah, hanya tingkahlaku saja ditunjukkan, ramai ibubapa kurang faham dan jelas kemahuan anak.
Untuk kekangan ini, Teknik refleksi tingkahlaku anak dengan perkataan kita, amat membantu.
Anak menangis sahaja tak cakap apa-apa (sebab belum boleh bercakap atau memilih untuk tidak mahu bercakap).
Kita cakapkan untuk mereka
“Ani nak makan buah atau biskut?”
“Ani marah dengan Mama ya ?”
“Ani mahu minum air sebab haus?”
Saya kongsikan pengalaman follower saya Puan Fathin yang awesome, rajin belajar dan apply. Dapat hasilnya.
“Betul Puan Maznah, bila nak cakap elok-elok dengan anak, saya perasan saya sendiri terkeluar ayat formal.. kalau tak anak macam blur arahan saya bagi.
Then saya rasa kurang senang anak terikut cara cakap bahasa biasa, contoh nak anak luahkan apa dia rasa, kalau tak ajar word yang tepat, next day dia guna balik ayat tu, kita rasa ralat.
Dulu saya suka cakap “Aku geram betullah dengan budak-budak ni”
– Memang anak terikut. Nampak time dia main dengan mainan dia, dia cakap “heyyyy aku geram betullah”
Lepas dah belajar, saya cuba ubah sikit-sikit. Kau aku tu tukar kepada saya awak.
“Ya Allah, mommy rasa geram dekat Aishah sebab Aishah tolak adik. Adik sakit bila Aishah tolak macam tu. Kita kena kesian dekat adik sebab adik kecil lagi”
Memang struggle. Kadang rasa kena berlakon depan anak-anak ni supaya anak-anak tak terikut yang salah tu.
Hatta dalam kereta pun bila suami terlepas melatah bila ada pemandu lain buat hal, anak pun jadi terikut. So kena beware setiap word yang keluar.
Saya seronok dan happy anak saya dah boleh cakaap “Ecah rasa sedih sebab mommy marah Ecah”
“Mommy, ecah nak susu boleh ke?”
Kalau tak dulu, “momyyyyyyy susuuuuu”
InshaaAllah kita semua boleh buat sama-sama #wecanbreakthecircle”
Alah bisa tegal biasa, kan? Lama-lama boleh. Kita break the cycle untuk komunikasi baik dan positif dengan anak ya.
Ingat,
➡Bahasa ayat penuh,
➡Perkataan tepat sebenar (sayang bukan cayang)
➡Banyakkan vokabulari perkataan emosi untuk lebih impak kemanusiaan (Mama rasa pelik la adik gigit abang, adik geram dengan abang ke?)
Itu tip nya. Belajar sesuatu ?
Share kan dengan pasangan anda dan rakan anda yang disayangi. Yang suka berubah.