Tahniah diucapkan buat pasangan usahawan, Asyraf Khalid dan Tya Arifin yang mengumumkan bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi.
Menerusi Instagramnya, Tya dan suaminya bersama dua cahaya mata mengumumkan jantina anak ketiga itu menerusi sebiji kek sebagai simbolik mendedahkan jantina bayi.
Melalui video itu, Tya dan Asyraf meletakkan gelas di atas kek yang berwarna merah sebagai tanda bayi perempuan.
Keluarga kecil ini dilihat tersenyum kegembiraan dengan kehadiran cahaya mata perempuan yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut menumpang gembira dan menitipkan ucapan tahniah.
Ads
Sekadar info, Asyraf dan Tya mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5.
Baru-baru ini, Betty Rahmad, pelakon dan usahawan berkongsi kisah menyentuh hati tentang hubungannya dengan ibu tercinta, Che Semah.
Dalam satu perkongsian di media sosial, Betty menceritakan bagaimana masa kecilnya banyak dihabiskan bersama pembantu rumah kerana kesibukan ibu bapanya.
“Hari ni aku temankan Wira main… dan sebelah aku, mak aku. Dulu masa kecil aku cuma duduk dengan mak sampai umur 9 tahun. Lepas tu, Kak @ermafatima yang jaga aku sebab Mak & Arwah Bapak selalu sibuk kerja untuk kami 6 orang beradik. Dari baby hingga 9tahun banyak masa aku bersama pembantu. Aku tak pernah salahkan mak. Tapi aku selalu rasa… kosong. Rindu moment yang aku tak sempat ada dengan dia.”
Namun, kini di usia 78 tahun Che Semah, Betty diberi peluang untuk meluangkan masa bersama ibunya, menggantikan kekosongan yang pernah dirasai. Betty tidak hanya menemani ibunya, tetapi juga mengabadikan momen-momen berharga mereka dalam bentuk video.
“Hari ni, umur mak dah 78 tahun. Rambut dah penuh uban. Jalan pun dah perlahan. Tapi Allah itu Maha Baik. Dia tak bagi aku kasih sayang mak waktu kecil… tapi Dia gantikan dengan peluang temani mak di usia senja.”
“Aku bersyukur sangat bila duduk sebelah dia. Pegang tangan dia. Dengar dia bercerita. Sebab tu aku selalu buat video dengan mak. Bukan sebab nak kejar views. Tapi sebab aku nak simpan kenangan. Aku nak rekodkan setiap detik yang indah, supaya satu hari nanti… bila mak dah tak ada, aku boleh tengok balik. Atau sebaliknya.”
Bagi Betty, rakaman ini bukan untuk mengejar tontonan, tetapi sebagai kenangan yang akan dikenang apabila tiba masanya. Selain itu, Betty juga membantu memasarkan produk ibunya, Biskut Kelapa Che Semah, sebagai satu bentuk penghargaan dan hadiah kecil untuk ibunya.
Dan di usia sekarang ni… Allah beri aku rezeki untuk commercialise produk mak aku, Biskut Kelapa Che Semah. Sesuatu yang dia boleh bangga. Sesuatu yang dalam diam… adalah hadiah kecil dari aku. Sebagai seorang anak… yang sedang belajar berbakti semampu yang boleh.
Syukur Ya Allah. Untuk masa ini, untuk peluang yang aku tak pernah dapat waktu kecil… Tapi Kau gantikan dengan waktu yang lebih dalam, lebih bermakna, di hujung usia mak aku.
Dalam pada itu, coretan Betty telah mengundang sebak dikalangan netizen yang turut melalui situasi yang sama.
Namun bersyukur akhirnya diberi peluang untuk berbakti kepada ibu ayah tersayang. Bukan menyalahkan ibu bapa tetapi menghargai penat lelah mereka mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak.
Kisah ini mengingatkan kita tentang pentingnya menghargai masa bersama orang tersayang dan bagaimana kasih sayang seorang anak boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk.
Bangga dan terharu dengan pencapaian diri apa lagi dapat menghabiskan hafazan kalimah Allah, seorang budak perempuan gagal menahan sebak apabila berjaya menghafaz al-Quran dalam tempoh hanya 9 bulan 6 hari.
Anak kecil yang dididik di Akademi al-Quran Akmal itu menangis dan berpelukan dengan gurunya ketika sesi tasmik diadakan.
Menerusi video yang tular di aplikasi TikTok memaparkan budak perempuan yang dikenali sebagai Fatimah Al-Zahra Ramadhani menangis ketika tasmik bagi menguji tahap pencapaian dalam penguasaan bacaan dan hafalan al-Quran.
Fatimah yang memakai tudung merah jambu memeluk gurunya sebaik sahaja melepasi ujian tersebut telah mengundang rasa sebak ramai.
“Fatimah Al-Zahra Ramadhani Al-Hafizah, pelita yang menyinar terang, air matamu adalah inspirasi buat semua yang takkan pernah hilang,” ujar pusat Akademi al-Quran Akmal.
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya turut kagum dengan pencapaian adik Fatimah apatah lagi diketika usianya masih muda. Satu pencapaian hebat yang perlu dibanggakan.
Menerusi video berkenaan juga turut diadakan acara penyampaian hadiah buat anak kecil itu atas pencapaian cemerlangnya. Semoga dapat memberi inpsirasi kepada anak-anak yang lain.
Bapa kepada Zayn Rayyan, kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu menyatakan dia dianiaya dan difitnah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Sementara itu, di luar mahkamah, keluarga kepada ibu bapa Zayn itu berkumpul sambil memegang kain rentang bertulis ‘Justice Zaim dan Isma’.
Ibu kepada bapa Zayn juga turut menjerit meminta keadilan untuk anak lelakinya itu.
“Kami mahu pembunuh yang sebenar, ibu tahu Zaim tidak salah,” jeritnya.
Peguam, Fahmi Abd Moin yang mengesahkan beliau dilantik bagi mewakili ibu bapa kepada kanak-kanak itu tiba di mahkamah pada 8.25 pagi.
Terdahulu pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai, dekat sini, pada 10 malam.
Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.