Ads

Tyra Kamaruzzaman Selamat Timang Cahaya Mata Kedua, Pilih Nama Indah Elaira Emran!

Tyra Kamaruzzaman Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Tyra Kamaruzzaman berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 4 Mei lalu.

Berita bahagia itu dikongsikan sendiri Tyra menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan momen penuh bermakna bersama suami tercinta, Emran Rijal dan anak sulung mereka.

Tyra Kamaruzzaman Selamat Timang Cahaya Mata Kedua, Pilih Nama Indah Elaira Emran!

“Doa Yang Dimakbulkan Allah” -Tyra

Dalam perkongsian tersebut, Tyra atau nama lengkapnya Athirah Kamaruzzaman meluahkan rasa syukur atas kehadiran puteri kedua mereka yang dianggap sebagai satu doa yang dimakbulkan Allah SWT.

“Pada pagi yang indah 4 Mei, kami menyambut satu lagi doa yang terjawab ke dalam hidup kami, anak kedua kami, Elaira Emran,” tulisnya penuh emosi.

Ramai juga memuji nama pilihan pasangan ini, Elaira Emran yang disifatkan cukup indah dan lembut didengar.

Ads

Tyra Kamaruzzaman Selamat Timang Cahaya Mata Kedua, Pilih Nama Indah Elaira Emran!

Muat Naik Wajah Elaira Emran

Menerusi perkongsian yang sama, Tyra juga turut memuat naik beberapa foto indah selepas kelahiran bayi mereka. Wajah bahagia jelas terpancar pada pasangan ini yang kini rasmi bergelar ibu bapa kepada dua cahaya mata.

Tyra Kamaruzzaman Selamat Timang Cahaya Mata Kedua, Pilih Nama Indah Elaira Emran!

Namun paling mencuri perhatian pastinya reaksi anak sulung mereka, Tyara yang dilihat begitu teruja menyambut kehadiran adik kecil dalam keluarga. Momen manis itu membuatkan ramai pengikut turut tersentuh melihat hubungan akrab yang bakal terjalin antara dua beradik ini.

Ads

Tyra Kamaruzzaman Selamat Timang Cahaya Mata Kedua, Pilih Nama Indah Elaira Emran!

Ruangan komen juga dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat serta rakan selebriti yang mendoakan agar Tyra dan bayi berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segala urusan berpantang.

Untuk rekod, Tyra mendirikan rumah tangga bersama pereka fesyen terkenal, Emran Rijal pada 3 Mei 2024.

Ads

Tahniah buat Tyra dan keluarga atas kelahiran cahaya mata kedua. Semoga si kecil Elaira Emran membesar menjadi anak yang solehah dan membahagiakan ibu ayahnya.

Baca Lagi: Shila Amzah Dedah Warisi Talasemia, Doktor Nasihat Tak Mengandung & Czer Lagi  

Amira Othman Hamil 7 Bulan, Bakal Bersalin Jun Nanti

Sumber: IG @tyrakmrzmn/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

rambut gugur selepas bersalin

Rambut Gugur Selepas Bersalin? Ini Tip Berkesan Mama Wajib Cuba Untuk...

Rambut gugur selepas bersalin sering dialami ramai ibu akibat perubahan hormon. Ketahui punca, tip penjagaan rambut dan cara pulihkan rambut dengan lebih cepat.