Siapa sangka, pujian seperti “Pandainya kakak.” “Bijak anak mama ni.” Boleh jadi pujian yang TOKSIK.
Terkejut juga masa awal-awal belajar dulu. Baca tweet dari Psikologis Akif Basri ni. Kita akan faham kenapa.
Cara pujian macam kat atas tu, memberi 3 impak negatif terhadap mindset anak. Mereka membesar dengan sangkaan bahawa:
🙅 Pandai itu bakat. Tak pandai tu nasib.
Sedangkan tak pandai boleh jadi pandai melalui usaha.
🙅Anak lebih concern untuk dilihat pandai. Sampai sanggup menipu atau tindas orang lain.
Ads
🙅 Susah nak mengakui kesilapan.
Mindset ini disebut sebagai ‘fixed mindset’.
Anak akan mudah down bila gagal capai sesuatu. Paling tak best, ada yang sanggup tipu/ tiru dalam exam, asalkan skor.
Kalau anak yang bernasib baik pulak, risau-risau akan timbul sifat diva dalam diri. Selalu merasa dirinya lebih baik. Dan tak suka bila kawan lain lebih dari dia.
Ads
Cuba tukar pujian tu jadi lebih diskriptif. Kita tak label ‘pandai’, atau ‘bagus’. Tapi kita describe USAHA yang anak dah buat.
“Asbab dari kakak banyak habiskan masa study sebelum exam, Allah izinkan result exam akak cemerlang macam ni.”
“Mama tengok, sejak abang banyam melukis ni, lukisan abang makin kemas. Pilihan warna pun makin cantik.”
“Mama tengok, sejak adik kerap bantu mama, makin cekap adik buat kerja. Basuh pinggan akin bersih. Lipat kain makin kemas.”
Ads
Pujian-pujian diskriptif ni membentuk ‘growth mindset’ dalam diri anak-anak.
🦹♀️Kesilapan boleh diperbaiki. Malah ia adalah peluang untuk belajar.
🦹♀️Gagal bukan sebab kita tak pandai, tapi sebab kurang berusaha.
🦹♀️Gagal tak bermakna kita perlu berhenti berusaha. Tapi perlu cari jalan dan usahakan cara lain.
Ada beberapa perkara rawak yang suka dilakukan oleh anak membuat anda kurang senang seperti memanjat dan membuka dan tutup pintu peti sejuk. Tapi tahukah anda ia memberikan faedah kepada perkembangan mereka!
Menurut Aisyah Rozalli, Juruterapi Cara Kerja,GymCademy ada diantara ibu bapa kerap mengeluh bila anak suka menerokai dan membuat sesuatu di luar kebiasaan. Alasannya kerana bimbang keselamatan anak.
Tapi anda perlu tahu, segala aktiviti yang dilakukan anak itu ada faedah dan sudut positifnya. Anak anda sebenarnya tidak nakal! Dia sedang melatih dan menajamkan beberapa skil yang bermanfaat untuk perkembangan diri. Apa yang perlu dilakukan ialah pantau dan elakkan bahaya.
#1 MEMANJAT
Perbuatan memanjat di dalam rumah mahu pun di taman permainan sebenarnya memberikan faedah kepada anak. Perbuatan yang paling disukai ialah memanjat bahagian gril pintu, ia mungkin berbahaya tetapi ada kesan positifnya kepada perkembangan otot dan pergerakannya.
Antara kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti memanjat ialah;
#2 MEMBUKA DAN TUTUP PINTU PETI SEJUK
Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini juga sungguh berminat untuk membuka pintu peti sejuk dengan kerap. Malah ada ibu bapa yang terpaksa menggunakan pengunci khas untuk mengelakkan peti ais dibuka oleh si manja terlalu kerap!
Si kecil mungkin tertarik dengan elemen kejutan yang ada di dalamnya atau mungkin kerana terpesona dengan ciri magnetik pintu peti ais yang boleh tertutup dengan mudah.
Antara kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti membuka dan tutup pintu peti sejuk ialah;
buk
Walau apa pun, pemantauan dari ibu bapa amat penting untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Anak suka koyak buku, tapi nak didik anak suka buku. Apa cara yang sepatutnya ibu bapa buat. Sama ada nak biarkan anak dengan tindakan tu atau halang anak dari berbuat demikian.
Bila difikirkan lumrah anak kecil suka buat perkara yang cukup mencabar kesabaran ibu bapa kan?. Lagi-lagi bila diberikan buku anak koyak dan menyepahkan. Itu belum lagi bab menconteng sana sini.
Disebabkan tak mahu anak bertindak macam tu sebab kita rasa membazir, sampai satu tahap ibu bapa marah dan simpan buku tersebut di rak. Bila anak nak baru diberikan. Tujuannya tak mahu rumah nampak bersepah.
Namun cara kita buat pada anak-anak salah ya. Melalui perkongsian dari Al Irfan Jani nak anak sukakan buku ibu bapa kena beri kebebasan pada anak tu nak buat apa pun, bukannya dimarah dan menyimpannya di tempat yang tinggi.
Ada dua kategori yang dibincangkan sama ada Sayang Buku atau Sayang Ilmu.
Ada sekali tu, bersama saya dan Prof J, ada seorang anak seusia 5 tahun, di ruang tamu, sedang mengoyak buku. Tak pasti cucu, atau anaknya.
Saya tanya, “Prof, itu buku siapa yang dia koyakkan tu?”
– “Oh, itu memang buku dia. Buku mewarna. Ah, tak apa, abaikan.”
Jadi kami pun mesralah bersembang pasal manuskrip, sampailah ke topik buku dan anak.
“Prof, anak-anak ni asyik koyak buku, bila dia nak ada rasa cinta buku?” (Yalah, masa tu saya bujang lagi).
– “Ala Fan, buku itu memang dicipta untuk dikoyakkan budak.”
Selamba Prof jawab macam tu.
Terkejut juga saya.
“Wah rugilah, asyik nak beli baru aje. Bila pulak nak ajar dia baca.”
Begini perkongsian Prof J,
Biasanya, kita fikir, kalau nak bagi anak sukakan buku, maka kita hadiahkan dia sebuah, kan?
Maka lepas tu terjadilah kes-kes macam ni:
KES 1
Dia dah belek-belek, dia ronyokkan. Lepas tu dia koyak.
Kemudian, kita marah dia, yalah duit kita dah bazir kan. Kita pesan dia jaga baik-baik buku tu, kita ajar dia, supaya ada rasa sayang pada buku.
KES 2
Kadang, anak tu lepas baca, letak sepah-sepah. Ada kes sampai dia melangkah dan pijak-pijak buku tu pun ada.
Kemudian, kita larang dia melangkah buku. Kita ajar dia pickup buku, dan susun di almari.
Sudahnya, setiap kali dia nak ambil buku, dia kena guna buku tu hati-hati. Letak balik di rak hati-hati.
KES 3
Anak suka conteng buku tu. Padahal buku tu untuk dibaca. Bukan untuk diconteng.
Maka, kita pun belikanlah dia buku yang lain, khusus untuk diconteng.
Kita ajar dia jenis-jenis buku, tujuannya, dan cara guna buku-buku itu.
Ada untuk dilukis/diconteng, ada untuk dibaca, ada untuk dipeluk, dan lain-lain.
Hakikatnya, ANAK KITA AKAN KELIRU!
Yalah, kita nak ajar semua benda ni, SERENTAK:
1) Nak ajar anak membaca.
2) Nak ajar anak beradab dengan buku (ilmu)
3) Nak anak belajar sukakan buku.
4) Nak jaga poket (keadaan buku).
5) Nak ajar anak kenal dengan jenis dan kategori buku.
6) Nak jaga anak jangan itu dan ini..”
Banyak tu, kan?
Sudahnya, anak tu tak belajar apa pun.
Kenapa gagal? Puncanya, ANAK ANGGAP ITU BUKAN BUKU DIA. Semudah itu saja.
Logik anak ni simple. Kalau dah jadi milik sendiri, kenapa ada pantang-larang? Ada undang-undang?
Benda ni fitrahnya tak berlaku pada mak ayah yang memang suka buku.
Mak ayah yang BETUL-BETUL suka buku, mereka TAKKAN SAYANG PADA BUKU. Tapi, mereka SAYANG PADA ISINYA.
Sayang Buku (SB) VS Sayang Ilmu (SI)
SB
Orang yang SAYANGKAN BUKU, mereka akan sanggup beli buku banyak-banyak, sebab…
-TAKUT BUKU TU NAIK HARGA
-TAKUT BUKU TU HABIS
-TAKUT BUKU TU TAK DIJUMPAI LAGI
Akhirnya, buku-buku yang dibeli bertahun pun masih tak dibuka. Berdebu.
Ibu bapa yang SAYANG BUKU, dia ajar anaknya menjaga FIZIKAL BUKU. Itu saja.
SI
Mereka yang SAYANG ILMU, dia tahu kesempatan MEMBACA lebih sedikit daripada peluang MEMILIKI.
Jadi dia tidak fikir bagaimana ingin penuhkan rak bukunya. Tapi dia lebih fokus untuk habiskan bacaannya. Beli 1 habiskan 1. Beli 3 habiskan 3. Beli 10 habiskan 10.
Ibu bapa yang SAYANG ILMU, dia tahu anaknya memang tak akan faham ilmu. Jadi hadiahkan saja buku sebagai OBJEK.
Biarlah anak nak buat apa pun dengan buku itu. Sebab itu dah jadi buku dia. Asalkan bukan BUKU ORANG LAIN.
NOTA SAYA: Dua-dua ini kita kena raikan.
Tak ada golongan SB, golongan SI pun tak boleh beli buku dengan murah. Tak ada golongan SI, golongan SB tak dapat miliki buku bagus yang banyak.
Kita yang dewasa ni,
kena sayang dua-dua. Sayang OBJEK dan Sayang ILMU.
Kerana,
OBJEK dibeli dengan DUIT.
Dan DUIT diperoleh dari ILMU.
NAMUN, INI TIDAK BERLAKU PADA ANAK
Anak ni dia tak tahu cara nak sayang ILMU. Membaca pun belum, apatah lagi nak faham perkataan?
Jadi, anak tu koyak, warna, pijak, baling, apa saja yang dia buat pada buku itu, itulah caranya dia belajar. ITU ILMU BAGI DIA.
Cuma kena ingat,
PASTIKAN BUKU ITU KEMBALI KE TANGANNYA SEMULA.
B ) Conteng? Kita padam/tulis semula, lalu pulangkan padanya.
Sebab, dari situ anak belajar bagaimana mak ayahnya melayani sebuah buku.
Dan itulah yang akan ditiru.”
Demikian diskusi petang kami yang berat
Saya kagum dengan pemikiran begini. Saya juga kagum dengan hidup anak-anak Prof J bersama Quran dan buku-buku.
Terima kasih, Prof.
Saya pegang kata-kata ini,
“Jangan sayang buku, kerana, buku hanyalah objek. Sayang dulu pada manusianya. Dan manusia itu yang akan sayang pada objek.”
Ramadan yang masih berbaki lima hari lagi pastinya membuatkan kita rasa bersedih. Anak-anak pastinya merasa cukup gembira untuk menyambut hari raya, nanti dalam rasa teruja itu selalunya berpesan pada mereka di hujung-hujung ramadan ini.
Perkongsian Dr Taufiq Razif mengenai bulan mulia dan mengingatkan erti malam Lailatul Qadr terutamanya kepada anak adalah perlu. Biar mereka turut sama bersedih meninggalkan bulan penuh suci ini. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Nasihat anak kita 7 perkara ini sebelum Ramadhan berakhir
1. Bagitahu anak kita bahawa hati kita ni tempat Allah pandang dan lihat
2. Kita kena selalu sucikan dan sental hati kita daripada sifat tercela ( mazmumah) seperti buruk sangka, iri hati pada orang dan suka marah-marah. Barulah Allah suka pada kita
3. Lepas itu kita kena install sifat sifat terpuji ( mahmudah) dalam hati kita seperti sifat pemurah, suka berterima kasih dan selalu bersabar barulah Allah pandang kita dengan penuh kasih sayang.
4. Ada 1 malam di bulan Ramadhan yang mana ibadah selama 1 jam kita lebih baik daripada ibadah selama 9.8 tahun!
Dan ibadah selama 1 malam lebih baik daripada 83 tahun ibadah. Nama malam itu adalah Lailatul Qadr
5. Minta anak kita baca doa ini setiap malam terutamanya pada 10 malam terakhir Ramadhan :
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni’
Ertinya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku.”
Doa ini baginda Nabi Muhammad S.a.w ajarkan pada Siti Aisyah r.a supaya dosa kita terhapus terus daripada buku catatan amal. Seolah-olah kita tak pernah buat dosa tersebut.
6. Bagitahu anak kita untuk selalu mendoakan kita setiap kali lepas solat kerana anak kita masih suci dibandingkan kita yang banyak dosa dan kesilapan.
Siapa tahu doa anak kita lebih makbul daripada doa kita. Cuba tanya anak kita “nak tak kalau kita boleh bertemu berpelukan di syurga kelak? Haa.. Kalau nak, adik tolong doakan emak ya ”
7. Bagitahu anak kita bahawa kita tak selamanya akan berada di sisi dia dan dia adalah bekal terbaik kita ada bila kita berada di akhirat nanti sebab itulah dia kena jadi anak yang soleh dan selalu mendoakan kita selepas kita dah meninggal dunia. Sebak.
p/s : Saya doakan anak lelaki dan anak perempuan anda semua menjadi anak yang soleh & solehah yang menjadikan doa kepada ibubapa sebagai amalan harian. Amin.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!