Duit raya memang sinonim dengan hari perayaan. Ianya sebagai simbol kita untuk mengembirakan hati penerima terutama kanak-kanak. Jumlahnya bukanlah ukuran kerana asas utamanya adalah hadiah dan sedekah dan pemberian duit raya bukanlah sesuatu yang diwajibkan.
Tolong ubah niat kita bagi duit raya!!
Saya takut cara pemberian kita tu jadi salah kerana ia boleh jatuh “tasyabbuh” ( meniru ) dengan budaya beri ang pow masyarakat cina.
Menurut pejabat mufti wilayah persekutuan jika niat memberi duit raya tu sebagai satu sedekah ia tak menjadi masalah.
Malah banyak manfaat pada si pemberi sedekah dapat jika bersedekah di pagi raya. Antaranya:
1 – Sedekah kepada mak ayah akan mendapat tiga ganjaran besar antaranya amalan birrul walidain ( berbakti kepada mak ayah ), menjaga silaturrahim dan pahala sedekah.
Ads
2 – Amalan bersedekah sesama saudara mara, kaum kerabat dan kawan-kawan dapat menjaga silaturrahim serta mendapat pahala sedekah.
Duit boleh di cari tapi silaturrahim yang ada ni mustahil boleh di tukar ganti.
Dengan syarat:
1 – Memberi duit raya tak salah asalkan tidak sampai memaksa diri ( takalluf ) untuk memberi dengan jumlah yang besar, luar dari kemampuan.
2 – Mereka yang menerima pemberian “duit raya” ni tak boleh merungut walau berapa pun jumlahnya. Sebaliknya perlu bersyukur dan mendoakan kebaikan pada si pemberi.
Ads
3 – Sebaiknya utamakan memberi “duit raya” kepada golongan fakir, miskin, dan golongan asnaf yang lebih memerlukan. Sedekah wajib bagi golongan asnaf ialah zakat. Oleh itu, sedekah sunat patut di dahulukan kepada mereka.
4 – Elakkan mengungkit terhadap pemberian atau penerimaan duit raya sebagai contoh, “Aku bagi anak dia duit raya RM50, dia bagi anak aku RM5 je”. Tak ikhlas namanya ni!
5 – Jangan sesekali riak kerana beri duit raya besar dan jangan sesekali herdik mereka yang tak mampu beri.
Sambutan hari raya adalah hari kemenangan kita yang telah berjaya menahan lapar dahaga, serta berjaya menjinakkan hawa nafsu sepanjang bulan ramadan ini.
Ads
Semua umat islam layak menyambut hari raya ini. Baik yang miskin, kaya, tua, muda dan sebagainya.
Oleh itu, jangan sesekali kita mengukur tahap keikhlasan seseorang daripada “jumlah” duit raya yang di beri kerana setiap orang ada kemampuan berbeza.
Jangan ajar anak meminta-minta duit raya, tapi kalau di beri salam tangan dan ucap terima kasih.
Hari raya adalah tentang saling memaafkan, mengeratkan silaturrahim, budaya kunjung mengunjung, berkongsi kegembiraan dan memberi sedekah kepada yang memerlukan. Saya rasa ini yang lebih penting!
Wallahu A’lam,
p/s : Bantu saya kongsikan post ini pada lebih ramai orang juga ya supaya lebih ramai dapat membetulkan niat memberi duit raya ni.
Kita tahu dan faham perjalanan ibu untuk menyusukan anak itu sukar sekiranya susu badan tidak cukup yang boleh menyebabkan ibu stress. Memberi bayi anda susu badan secukupnya merupakan impian setiap individu yang bergelar ibu. Oleh itu, bagaimana ibu-ibu boleh menghasilkan susu yang cukup? Jangan risau berikut dikongsikan beberapa tips dari MedTweetMy
Sumber: Canva
Pastikan lekapan betul. Lekapan yang baik boleh mengelakkan puting luka dan bayi dapat minum susu dengan lebih efektif.
Kerapkan pengeluaran susu. Penyusuan mengikut konsep “supply and demand”. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu terhasil.
Lakukan urutan payudara. Urutan payudara semasa menyusukan anak atau memerah susu boleh menambahkan susu sehingga lebih 40 peratus!
Makan dan minum yang cukup. Ibu menyusukan anak, membakar sehingga 500 kalori setiap hari. Jadi ibu perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan minum air minimum 8 gelas sehari.
Pengambilan galactogogoue. Galactogogue adalah makanan yang boleh meningkatkan penghasilan susu. Contohnya adalah oat, sayuran hijau dan kekacang.
Untuk tip tambahan, bagi ibu yang memerah susu menggunakan pam, pastikan saiz flange tepat dann cuba mode yang sesuai untuk mendapatkan hasil optimum.
Kita biasa mendengar kes buli yang berlaku melibatkan remaja dan kanak-kanak. Tetapi bagaimana pula dengan kes dibuli adik-beradik sendiri, adakah ia normal atau tidak?
Dibuli adik-beradik
Cabaran utama bagi penyelidik adalah untuk menentukan sama ada isu yang wujud adalah konflik biasa antara adik-beradik atau lebih menjurus kepada buli. Ini kerana terdapat perbezaan pemahaman mengenai “tingkah laku buli” pada guru, doktor dan pakar kesihatan awam dengan apa yang difahami oleh ibu bapa dan anak-anak.
Umumnya, buli ditafsir sebagai satu tingkah laku yang tidak diingini dan agresif. Ia melibatkan ketidakseimbangan kuasa dan pengulangan yang disengajakan. Salah satu cara terbaik untuk mengenal pasti isu buli adik-beradik adalah melalui tiga komponen buli.
Tiga komponen itu adalah ketidakseimbangan kuasa, tindakan yang sengaja dan tingkah laku berulang. Dalam erti kata lain, apabila konflik adik-beradik ini terlibat dalam panggilan nama, penghinaan atau penyindiran, intimidasi, penderaan fizikal dan tingkah laku berbentuk penganiayaan adalah dikira sebagai satu keadaan dibuli adik-beradik.
Isu pembulian adalah satu perkara yang tidak normal. Tiada adik-beradik yang perlu menjadi mangsa penganiayaan dan dibuli adik-beradik yang lain.
Kesan buli
Sering kali, kes buli antara adik-beradik dianggap sebagai isu remeh oleh kebanyakan ibu bapa. Tetapi tindakan sebegitu sebenarnya boleh memburukkan lagi keadaan, terutamanya kepada individu yang dibuli.
Dibuli adik-beradik sebenarnya boleh mendatangkan kesan bahaya kepada individu yang dibuli sama seperti mangsa buli di taman permainan. Dalam satu kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Pediatrics, menyatakan kesan individu yang dibuli sama ada oleh abang atau kakak adalah sama seperti dibuli rakan sebaya.
Adakalanya kesan dibuli adik-beradik adalah lebih teruk. Ia bukan sekadar memberi kesan ke atas harga diri. tetapi ia akan kekal dalam diri mangsa buli untuk tempoh panjang yang mungkin memakan masa bertahun-tahun. Keadaan ini sekali gus menjejaskan status rumah yang sepatutnya dianggap sebagai sebuah tempat yang selamat.
Jangan ambil mudah
Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu memandang remeh isu ini. Anda harus mengambil tindakan menyelesaikan isu ini atau ia akan berlarutan sehingga memberi kesan yang lebih serius kepada anak yang dibuli.
Jika anda menyedari ada di antara anak anda dibuli oleh abang, kakak atau adiknya, cara yang terbaik adalah untuk berbincang secara bersemuka melibatkan anak yang dibuli dan anak yang membuli. Carilah jalan penyelesaian yang terbaik demi keharmonian keluarga anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dah masuk bulan ketiga dalam tahun 2020 ni, masih belum terlambat lagi nak buat simpanan sendiri. Orang kata duit simpanan ni boleh digunakan ketika emergency.
Nak simpan duit pun perlu kreatif barulah lebih bersemangat dan berseronok nak menyimpan, kan! Sekurang-kurangnya nanti hujung tahun, bolehlah digunakan untuk keperluan anak sekolah atau nak bayar apa yang patut.
Menariknya cara simpanan dari Puan Safura Planner ini ialah menggunakan konsep simpanan setiap hari, setiap minggu dan bulan mengikut amaun yang ditetapkan.
Sekiranya dilakukan secara konsisten, hasilnya juga sangat berbaloi bila kita lihat jumlahnya.
TIPS SIMPAN DUIT CARA SEMPOI
Tahun 2020 ni dah boleh start buat. WAJIB!
Asingkan RM1 Sehari Dalam Tabung. Ada Le
RM1 – Setiap hari masuk dalam tabung. Total setahun genapkan RM400
RM5 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total genapkan setahun RM500
RM10 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total setahun genapkan RM1000
RM20 – Simpan setiap bulan 2 keping. Total setahun genapkan RM500
RM50 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember) Total setahun RM300
RM100 – Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November) Total setahun RM600
TOTAL keseluruhan setahun RM3,300. Jadi simpanan ini boleh digunakan ketika waktu kecemasan atau untuk perbelanjaan seisi keluarga.
Sumber: Safura Planner
#sharingtipsbysafuraplanner
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.